APAKAH TUN M JUGA AKAN DISIASAT?
Tanpa berselindung lagi, Tun Mahathir Mohamad bukan saja meneruskan serangannya terhadap Perdana Menteri, bahkan secara terbuka mengatakan Malaysian Official 1 yang disebut oleh Jabatan Kehakiman AS ialah Najib Razak.
"Walaupun nama Najib tidak dicatit, tetapi semua tahu Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysia Nombor 1) ialah Najib.
"Hanya yang bangang saja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia Nombor 1. Dan mereka saja yang masih sanggup menerima Najib sebagai pemimpin mereka," kata bekas Perdana Menteri itu dalam tulisan terbaru di blognya.
Hari ini juga, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau SKMM berhubungnya tulisannya di laman sosial Facebook yang menuduh Najib adalah Malaysian Official 1.
Tony Pua berkata, beliau dimaklumkan bahawa SKMM memanggilnya kerana suruhanjaya itu menerima lima aduan daripada orangramai berhubung tuduhannya terhadap Najib itu.
Pengerusi DAP Selangor itu bagaimanapun bertegas tidak akan menarik balik statusnya di Facebook itu, malah berikrar untuk meneruskan peranan sebagai Ahli Parlimen untuk meminta kerajaan bersikap telus dalam soal 1MDB.
Kenapa ada yang membuat aduan terhadap Tony Pua?
Adakah menuduh Najib sebagai Malaysian Official 1 suatu kesalahan?
Jika begitu, adakah Tun Mahathir juga dianggap telah melakukan kesalahan?
Apakah selepas ini Tun Mahathir juga akan turut disiasat oleh SKMM? -shahbudindotcom
ULASAN GB
Satu dunia sudah tahu MO1 itu ialah Najib, Jdi seperti katan Mahathir memang bangang jika pemimpin UMNO cuba untuk menyatakan MO1 itu bukan Najib.
GB sudah berulangkali menyatakan hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Dan Mahathir kini seperti mengulangi dakwaan GB.
Sindrom penafian (denial syndrome) yang melanda Najib dan UMNO tidak boleh menutup hukum kebenaran dan keadilan.
Malah segala tindakan mengugut, mengancam, menekan dan menindas samasekali tidak boleh menghalang hukum kebenaran dan keadilan itu terus berjalan. Lagi banyak ugutan, ancaman, tekanan dan penindasan dilakukan lebih besar balasan yang bakal menimpa Najib dan pemimpin UMNO.
Itu keyakinan orang beriman, itu keyakinan orang yang berpegang kepada hukum kebenaran dan kadilan dan hukum Ilahi.
Najib dan UMNO serta para pemakan dedaknya hanya menunggu masa!
VIDEO BERKAITAN
FEATURED ADS

Mahathir: Bangang sahaja tak kenal Najib sebagai 'MO1'
Bilakah pemimpin Umno akan mengakui kebenaran tuduhan yang dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak?
Sejak mula skandal 1MDB didedah, pemimpin-pemimpin Umno cuba menidakkan tuduhan terhadap Najib.
Kononnya semua tuduhan ini berniat jahat – bertujuan untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang dipilih secara demokratik. Mereka sengaja lupakan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri kelima juga dipilih secara demokratik tetapi dijatuhkan oleh Najib sendiri.
Dalam negara demokratik banyak sudah pemimpin yang dipilih dalam pilihanraya yang dijatuhkan sebelum edahnya.
Demikian Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.
Presiden Brazil digantung jawatan atas keputusan mahkamah tinggi supaya siasatan dapat dibuat ke atasnya tanpa halangan.
Sekarang ini pula tuduhan dibuat bahawa saya yang membuat laporan terhadap Najib kepada Amerika Syarikat sehingga laporan berkenaan salahguna kuasa dan melesapkan wang kerajaan dibuat oleh pasukan keadilan Amerika terhadap Najib.
Saya tidak buat apa-apa laporan. Tetapi jika saya buat laporan pun, hanya kerana itu kesalahan Najib tidak akan menjadi tidak salah.
Benang basah tidak mungkin ditegak. Percubaan pemimpin-pemimpin Umno mendakwa Najib tidak bersalah tidak mungkin menjadinya tidak salah.
Tuduhlah, kecamlah, makilah. Yang salah tetap salah.
Negara penipu
Sejak skandal 1MDB didedah, bukti-bukti salahguna kuasa dan penipuan Najib menjadi semakin nyata.
Bermula dengan laporan dalam akhbar, ia diikuti dengan laporan oleh Bank Negara, SPRM, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Tiap satu menerangkan kesalahan Najib.
Menjadikan laporan-laporan ini rahsia pemerintah tidak berjaya menutup isi kandungan laporan.
Di zaman ini tidak ada cara bagi merahsiakan dokumen.
Sarawak Report melapor berkenaan wang yang ada dalam akaun Najib di Ambank yang disertai dengan dokumen-dokumen yang tidak boleh disangkal. Najib tidak dapat membuat apa-apa, jauh sekali dari menyaman malu Sarawak Report.
Akhirnya Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bukan sahaja mengeluarkan laporan bertulis tetapi penjelasan dibuat secara terperinci oleh pegawai-pegawai DOJ melalui TV.
Malaysia sudah jadi negara penipu dan rasuah yang terbesar di dunia. Semua orang berasa malu tetapi pemimpin Umno sahaja yang tidak tahu malu.
Walaupun nama Najib tidak dicatit tetapi semua tahu bahawa Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysian Nombor 1) ialah Najib.
Hanya yang bangang sahaja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia Nombor 1. Dan mereka sahaja yang masih sanggup menerima Najib sebagai pemimpin mereka.
Wahai pemimpin Umno berhentilah dari menipu diri. Kamu tahu Najib bersalah. Kamu tahu Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Merahsiakan segala laporan berkenaan dengan kesalahan Najib melalui OSA mungkin mengelirukan sebahagian kecil dari rakyat Malaysia. Tetapi OSA tidak boleh rahsiakan perbuatan Najib di kalangan masyarakat dunia.
Kamu, pemimpin Umno akan dipandang hina kerana masih mencuba menidakkan penipuan Najib dalam pengurusan 1MDB.
Kerajaan sekarang menghadapi kekurangan dana.
Untuk menampung beban hutang 1MDB rakyat dipaksa bayar cukai GST, tol dinaikkan, subsidi minyak dihapuskan, Langkawi dan Labuan sebagai pulau bebas cukai ditamatkan.
Bayaran dilewatkan
Bajet yang besar dibuat tetapi kementerian, jabatan dan agensi kerajaan diarah supaya mengurangkan belanja sebanyak 20 peratus. Bayaran kontrak dilewat-lewatkan.
Untuk membayar hutang 1MDB, tanah kerajaan yang bernilai RM 7,000/- skp dibeli dengan harga RM 60/- skp dan dijual dengan harga RM 3,500 skp.
Sekarang laporan akhbar luar mendedahkan kontrak membina landasan keretapi di pantai timur yang ditawar oleh syarikat China sebanyak RM 30 billion dinaikkan kepada RM 60 billion, supaya lebihan dari harga kontrak sebanyak RM 30 billion boleh diguna untuk bayar hutang jaminan RM27bilion yang dituntut oleh IPIC, Abu Dhabi.
Hutang 1MDB boleh dibayar secara ini. Tetapi wang yang dilesapkan melalui 1MDB masih berada di tangan orang yang diketahui melesapkannya.
Jenayah ini masih perlu ditangani melalui proses undang-undang. Dengan perkataan lain, walaupun hutang dibayar oleh kerajaan, penjenayah yang menghilangkan duit 1MDB tidak terlepas dari dituduh dan dibicara dalam mahkamah.
Pemimpin-pemimpin Umno perlu sedar akan hakikat ini dan mendesak supaya proses undang-undang dikuatkuasakan. Jika tidak kamu mungkin dianggap sebagai bersubahat dalam perlakuan jenayah ini. -chedet
ULASAN GB
Satu dunia sudah tahu MO1 itu ialah Najib, Jdi seperti katan Mahathir memang bangang jika pemimpin UMNO cuba untuk menyatakan MO1 itu bukan Najib.
Hanya yang bangang sahaja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia Nombor 1. Dan mereka sahaja yang masih sanggup menerima Najib sebagai pemimpin mereka.
Wahai pemimpin Umno berhentilah dari menipu diri. Kamu tahu Najib bersalah. Kamu tahu Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
GB sudah berulangkali menyatakan hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Dan Mahathir kini seperti mengulangi dakwaan GB.
Benang basah tidak mungkin ditegak. Percubaan pemimpin-pemimpin Umno mendakwa Najib tidak bersalah tidak mungkin menjadinya tidak salah.
Tuduhlah, kecamlah, makilah. Yang salah tetap salah.
Sindrom penafian (denial syndrome) yang melanda Najib dan UMNO tidak boleh menutup hukum kebenaran dan keadilan.
Malah segala tindakan mengugut, mengancam, menekan dan menindas samasekali tidak boleh menghalang hukum kebenaran dan keadilan itu terus berjalan. Lagi banyak ugutan, ancaman, tekanan dan penindasan dilakukan lebih besar balasan yang bakal menimpa Najib dan pemimpin UMNO.
Itu keyakinan orang beriman, itu keyakinan orang yang berpegang kepada hukum kebenaran dan kadilan dan hukum Ilahi.
Najib dan UMNO serta para pemakan dedaknya hanya menunggu masa!
14 ulasan:
Salam
Apakah Najib akan mengangkat sumpah di masjid lagi!!,sepertimana yg ia lakukan semasa kes Altantuya dulu?
Orang yg dalam kelemasan akan melakukan apa sahaja demi untuk menyelamatkan diri hatta bertaut pada beberapa ketul najis.
Madey ni, kes Najib klepet duit 1MDB mmg syok la dia buat bising.. sbb nak cover duit berbillion dia klepet utk anak2 dia.
Ini cara false flag. Sapa punya yang bawah ni??
1. Beli San Miguel RM2900 juta secara tunai.
2. Beli ESSO tukat kpd PETRON RM1700 juta woo..
3. Pak Lah dok diam2 ja.. ingat Pak Lah bersih sangat yer..
~400 billion hutang negara mencanak naik di zaman 7-8 tahun Pak Lah jadi PM.. Melayu xtau apa..
Nak lagi?? Tgk sini: (https://www.youtube.com/watch?v=AQERzlHjjZ0)
Xsabar nak lihat laki bini nie dipenjara. Pengkhianat dan memalukan negara. Agong mane? Majlis ketua 9 raja buat ape????
Walaupun byk benda aku xbrp setuju dgn madey tp aku akui kata2 mahadey mmg tepat.kalau dulu dia kata "melayu mudah lupa"..btl,mmg melayu mudah lupa...marah kejap selang setahun 2 ilang marah.sokong bn semula...yg ni mahadey kata "org bangang je x kenal mo1"..juga yg paling tepat kebanyakan melayu masih dlm keadaan "bangang"..berbeza dgn cina dan india , melayu paling teruk itu sbb umno blh terus berkuasa dgn sikap org melayu..inilah kenyataan walaupun pahit utk ditelan...
Saya bukanlah marah sangat kat penyokong Najib Bangang @ Mangang tapi say simpati dan kasihan melihat depa tu. Sokong bawa rebah bukan sahaja pada Najib tetapi diri depa sendiri terutama yang beragama Islam. Apa yang hangpa nak cakap bila berdepan dengan Allah swt nanti? Oooppps ... silap bercakap soala agama sebab depa ni bukan sahaja buta agama malahan pekak agama. Bukan depa tak tahu tapi mata dah jadi buta, telinga dah jadi pekak, hati pun dah tak kenal agama, ... yang kenal ialah RM.
Orang yang kuat mohong memang macam tu. Depa akan putar belit apa sahaja yang datang. Jawab apa sahaja walaupun nampak Modoh dan Mangang.
Yang paling sedih ialah rakyat Malaysia yang ibarat si Luncai terjuan dengan labu-labu atau Pak Pandir yang menang sorak kampung tergadai.
Hidup Malaysia tapi dah diHARAMJADAHkan oleh Najib.
Smpai bila kan Malaysia akan mcm ni. Kesian rakyat Malaysia sampai ke anak cucu cicit nt menanggung hutang
Mahathir lebih sayangkan UMNO dari Negara.
Masa zaman Mahathir semua perkara yang dibuat termasuk campurtangan bidang kuasa kepolisian dan kehakiman adalah semata-mata untuk pastikan UMNO terus berkuasa.
Sampai sekarang, Mahathir masih buat hanya untuk UMNO. Tubuh parti baru pun sebab nak selamatkan UMNO.
Bilakah masanya Mahathir akan buat semua ini untuk negara ?
Semua tahu jika buat untuk negara, UMNO mampus.
Jangan salahkan Islam, salahkan wang, kata Pope Francis
Free Malaysia Today
Free Malaysia Today
"pope-france© Provided by MToday News Sdn Bhd pope-france
ROME: Pope Francis berpesan supaya tidak mengaitkan Islam dengan keganasan kerana ketidakadilan sosial dan pemujaan wang yang menjadi punca utama keganasan"
Hahaha..masing2 dah jd mcm budak2 hingusan yg bangang sbb SYIRIK bertuhankan DUIT wang @ harta berbiliyun2 berjuta2 termasuklah pak2 lebai jubah wal sorban fitnah wal auta!
Lagi ada hati nak tuduh org itu sesat, rosak akidah dan kafir harbi, klu takde no. AHLI..huhuhu kelakor
Bila sebut PEMIMPIN DARI KALANGAN UMNO BN kebanyakannya sama aje perangainya. MENYAMUN HARTA RAKYAT.Sebab tu pada PRU14 akan datang kita harap PArti Laindari UMNO BN akan memerintah Malaysia. Insya Allah ... Amiiin.
Dah lah bagang, bagi lah pulak makan dedak. Mana Otak tak jadi mamai. Apa tujuan hidup ... janji hidup.
Apa tanggungjawab Kerajaan, tak ambik tahu. Apa hak rakyat... anak cucu.. pandai-pandai dia orang lah.
Kalah bola lawan negara lain, bersuara pulak. Kalah ekonomi dengan negara lain, senyap.
Sah memang dia orang bangang !
Penyokong najib dan penyokong UMNO tu Allah telah pekakkan telinga butakan mata dan bisukan mulut dengan hati yang telah jadi batu seperti yang difirmankan dalam kitab suci Al-quran surah lembu betina ayat 19 yang bermaksud "Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)."
Sapa yang MO1 tu memang bangang tahap gaban..
'menjatuhkn pemimpin yg dipilih secara demokrasi'.
ketika prmimpin dipilih secara demokrasi.. ia bersyarat. dgn harapan pemimpin itu membela rakyat dn negara.
ia tidak termasuk perompak dn penyamun yg menzalimi rakyat. itu maksud dn niat mereka dipilih.
ketika kita membeli terompah baru..ia dipilih dgn sebb ia dipercayai dpt memberi keselesaan dan perlindungan kpd kaki ketika digunakan.
disaat terompah mula menyusahkn dn menyakitkn hidup kita...ketika itu demokrasi dlm diri kita berhasrat utk membuangnya dlm hutan.
tidak timbul dulu kita yg memilih terompah itu maka sekarang bila ia sudah bangsat maka hujah dulu tertolak dgn hujah sekarang.
wahai MO1(bukan najib), kau telah mengkhianati sumpah wallahi wabillahi wataullahi utk amanah dn menjaga negara didepan YDP Agung..Allah dan RasulNya
jgn kamu buat2 muka macho mcm tkde apa2 yg bersalah
sumpah maki hamun rakyat pasti terkena pd kamu dn semua yg tumbuh dagingnya dpd duit haram yg kamu rompak.
senyum munafiklah utk sementara waktu ini.
SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA SEMUA BERITA YANG BERKAITAN DGN 1 MDB INI MENGECEWAKAN AMAT SANGAT KERNA DANA NEGARA DAN RAKYAT LEBUR SEDANGKAN RAMAI RAKYAT NEGARA DI MALAYSIA INI HIDUP DALAM PENDERITAAN AKIBAT DARI SARA HIDUP YANG BEGITU MENINGGI KETIKA INI.KEHIDUPAN HARIAN TIDAK UBAH SAPERTI KAIS PAGI MAKAN PAGI DAN MALAM NYE BELUM TENTU.DAN PENGKHIANAT DURJANA NEGARA RIZA AZIZ DAN JHO LO BERMEWAH MEWAH DGN DANA NEGARA RAKYAT MENGGUNAKAN NAJIB/ROSMAH SEBAGAI PENYALURNYE.SEBAGAI RAKYAT MEMANG TIDAK MAMPU MENENTANG PENKIANATAN DURJANA INI.TETAPI SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA HORMAT KAMI TIADA,KEBENCIAN MENDALAM PADA SEMUA YANG ADA BERKAITAN DGN 1 MDB INI,KAMI DOAKAN MAK BAPAK KAMU DISEKIRANYE MASIH HIDUP KAMI DOAKAN DILAKHANAT OLEH ALLAH SEKIRANYE DAH MAMPOS MOGA DICAMPAKAN OLEH ALLAH KEDALAM NERAKA YANG PALING DALAM DIATAS KESIALAN MEREKA MELAHIRKAN PENGKHIANAT DURJANA INI.BEGITU JUGA ANAK,BINI,ZURIAT SERTA KETURUNAN PENGKHIANAT DURJANA NEGARA MALAYSIA INI DILAKHANAT,DIAZAP,DIBENCANA DAN DIHAPUSKAN DARI MUKA BUMI INI.Aamiin
Catat Ulasan