Ajak masuk Islam selepas ‘kafir harbi’ memalukan, kata Amanah
PETALING JAYA: Amanah hari ini menganggap tindakan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang menjemput Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memeluk Islam sebagai bertentangan dengan cara dakwah Islam.
Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang berkata ia lebih-lebih lagi selepas kontroversi “kafir harbi” yang dicetuskan Abdul Rahman.
“Kalau sudah mengajak bergaduh dengan menimbulkan isu kafir harbi, selepas itu nak mempelawa masuk Islam, itu bukan cara Islam,” kata Ahmad kepada FMT.
“Kalau sebelum kita ajak masuk Islam kita sudah tunjukkan wajah yang hodoh seperti berkasar, macam mana nak tarik minat mereka untuk masuk Islam.”
Abdul Rahman semalam menjemput Kit Siang dan Guan Eng memeluk agama Islam demi perpaduan. “Tidak akan ada huru-hara dan kita juga boleh menumpukan kepada pembangunan,” kata Abdul Rahman semalam.
Sebelum ini, kenyataannya melabel DAP dan golongan menentang pelaksanaan hudud sebagai “kafir harbi” (golongan memerangi Islam) mengundang kecaman pelbagai pihak.
Ahmad menasihatkan Abdul Rahman berfikir panjang sebelum membuat sebarang kenyataan.
“Dia banyak keluarkan kenyataan yang bercanggah dengan cara Islam. Saya kesian. Harap-harap dia berfikir panjang sebelum keluarkan kenyataan,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata tindakan Abdul Rahman itu tidak sihat dan menimbulkan persoalan mengenai kaedah Islam.
“Banyak lagi cara lain yang boleh dicontohi misalnya cara Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik orang bukan Islam untuk meminati Islam. Kalau tidak dapat tarik pun dapat mendekatkan mereka dengan Islam, mereka memahami dan menghormati Islam sudah baik.
“Tetapi apa yang dilakukan Mufti Pahang sebaliknya,” kata pemimpin Amanah itu.
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir menasihatkan Abdul Rahman memohon maaf dan menarik semula kenyataan kafir harbi yang sebelum ini mencetuskan kontroversi itu.
“Mufti Pahang perlu belajar lagi dan berhenti keluar kenyataan. Jika dibiarkan Islam akan rosak,” katanya.
ULASAN GB
"Kepala Tok Dia" (meminjam kata-kata balu Almarhum Syed Jamal tatkala mengulas isu perobohan Arca Purnama oleh DBKL).
Setalah kau kafirharbikan mereka, setelah kau cemari Islam dengan melabel secara nafsu dan melulu terhadap DAP, sekarang kamu ajak mereka memeluk Islam.
Begitukah cara umat Islam diajar berdakwah?
Dan nak tanya juga parti yang menyokong mufti berkanaan, UMNO dan PAS, setelah kamu bermusuh dengan semua orang sekarang kau kibarkan "panji perpaduan". Bukankah itu jelas dan nyata KHAWARIJ?
PAS nampaknya bermusuh dengan semua orang, semua parti kecuali UMNO. Baguslah tu. Boleh kongsi kezaliman UMNO bersama. Satu untuk engkau dua untuk aku....

39 ulasan:
Sy xbrp faham bab kapir harbi dan kapir zimmi.Kalau sesiapa ada info berguna tlg share maklumat yg betul sbb kapir harbi dan zimmi ni dah jadi mcm2 tafsiran,tafsiran umno lain pas lain dan mcm2 tafsiran.sesiapa ada info yg betul tlg beri pencerahan.tq
Mufti...YOU ARE FIRED!! Bikin malu Ugama Islam jer....bodek, ampu dan berdakwah la konon....ajak orang masuk Islam.
Pameran karekter dan cara fikir Mufti pun jelas belum sampai tahap yg wajar....
Bila agamawan bengong, orang awam jadi biol.
Yakinkah kalau LGE dan LKS memeluk Islam, maka perpaduan akan berlaku.
Sempena dengan bulan Ramadhan ni pun, orang Islam sendiri telah memutuskan siratul rahim. Kalaulah Tok Mufti nak berkempen, kempenlah pada Tok Jib and the geng dulu. Antara Islam dengan Islam pun, depa cantas semacam sahaja.
Setelah tuduh kafir harbi dan diikuti oleh oleh fitnah "rasuah" oleh Islam terhadap LGE, cuba bayangkan apa yang orang bukan Islam lihat pada Islam itu terutama di Tanah Melayu ni? Kemunafikan yang amat sangat. Bila DAP minta derma dengan orang ramai, depa rasa susah hati dan dengki dengan pencapaian DAP itu.
Kalaulah orang ramai dah sanggup berderma untuk DAP (pemimpin) yang dilanda musibah, inilah petanda bahawa rakyat Malaysia dah mula meluat dengan .... Fikirlah sewarasnya.
Selamat Aidil Fitri.
Cuci muka dulu tok.. ngantuk jgn cakap apa2.. nanti melalut.. pi cuci muka dulu tok.. malu wei....
dakwah secara berhikmah versi mufti pahang...
Bila mufti berpolitik, rosak binasa agama...dipandang hodoh oleh bukan islam...islam agama indah tetapi dihodohkan oleh golongan berkepentingan seperti sebuah parti yg mengaku islam tetapi akhlak mengalahkan kafir harbi...renung-renungkanlah
Elok lantik tok peti tu jadi org kanan mursyidul am parti pis utk cawangan negeri pahang.
Tok mofti...mintak maaflah kalau terlanjur ckp. Dah berapa kali pic tok keluar di media.. tak kira media umno ke media ph.. wajah tok takde berseri..kelam dan hitam je nape.?.ulamak2 selalu cerita berkenaan bilal.. sahabat nabi.hitamnya bila sama dgn kuali..tp sahabat2 nabi heran kenapa hitam bilal..hitam berseri..tok mufti mesti tahu sebabnya kan
Sahutan terbuka dari mana-mana tokoh agamawan tidak kira datang
dari mana pun mestilah berhati-hati...nanti pihak lain
pula buat sahutan yang sama jangan ada yang banggang
nak menghunus keris pulak.
Islam sepatut nya menjadi contoh buat lain-lain pihak
hormat dan kagum...bukan Islam yang di-bawa dan di-pamerkan
oleh puak banggang UMNO dan PAS!!
Macam ni punya manusia pun boleh jadi mufti!!! Berat nanang!!!
sebenarnya apa yg kita tunggu sekarang ni ialah imam Mahdi..dia lah sahaja yg tinggal utk kita umat akhir zaman ni..jadi pastikan kita berdoa supaya Allah mempercepatkan zahirnya imam mahdi kepada umum secepat yg mungkin..Aamiin..
Kerohnya air muka tok peti
ulama dah jadi ULARmak..... ini masalahnya. apakah kalau semua manusia Islam tiada permusuhan? SALAH.
Lihat di Iraq, Syria, Pakistan dan negara-negara Islam di mana semua seagama tetapi masih bergaduh sesama sendiri.
Teori yang mengatakan kalau semua Islam tiada perbalahan itu tak betul....
Manusia harus mempunyaI PRINSIP hidup yang betul. Ini lebih penting daripada menjadi hipokrit.
Berjayanya Singapura bukan kerana agama. Begitu juga dengan Jepun, Korea Selatan, Iceland dan banyak lagi negara-negara bukan Islam.
Mereka mempunyai prinsip hidup yang betul. Itu sahaja. Tak guna cakap agama sana sini, tetapi rasuah dan pembohongan tidak ditegur.
Kelmarin tak fikir panjang terus kafir harbikan LKS dan LGE (DAP), dah puas memalukan islam dengan cara biadap dia baru hari ini ajak masuk Islam. Kan bagus kalau hari tu lagi berdakwah begitu.
Dah berasa buat dosa dan kesilapan minta lah maaf dengan DAP, baru lah mulia disisi Allah dan dipandang tinggi oleh manusia lebih2 lagi oleh orang yang kamu kafir harbikan tu. Tapi kalau dalam hati masih ada sifat sombong, bongkak dan ego maka ini lah jadinya, tak mahu minta maaf. Agamawan bengong belajar tak khatam.
Saya yang Islam pun tersinggung. Orang yang sudah ada kepercayaan perlu di hormati bukan terus menyeru mereka kepada Islam.. Lebih baik dia terus terang mengaku kesalahan dia dan mohon maaf.. tunjukkan Islam yang sebenarnya.
Dia seolah-olqh tidak ada pengalaman berdakwah pada orang bukan Islam dan tidak pernah langsung ambil kesempatan dengan bangsa lain yang ada di Malaysia.
Pendakwah India di negara bukan Islam berjaya mengajak orang masuk Islam. Sebaliknya Malaysia negara Islam yang mesti berusaha mengajak orang masuk Islam dengan berbagai jawatan termasuk mufti tetapi tak reti ajak orang Islam.
Jika penceramah India dapat negara seperti Malaysia, bayangkan berapa ramai yang dapatkan di Islam kan.
Jika Tuan Mufti jadi mufti di India dan terus mengajak orang yang di tuduh dan di ajak bergaduh... masuk lah Islam ! ...
Baik HATI
Ada orang selalu berkata, itu orang Baik Hati.
Tapi adakah ayatnya betul2 difahami orang yang memberi gelaran sedemikian.
Orang Baik Hati ialah jenis manusia yang amat sukar dikenal pasti.
Tersangat jarang dijumpai pada zaman kebendaan sekarang.
Mengambil masa puluhan tahun teruji.
Tidak akan lentur apabila ditekan.
Tidak akan cair apabila dirasuah.
Tiada nafsu tinggi kepada kebendaan serta kemewahan.
Yang paling utama, hatinya selalu jernih dan bersih.
Contoh manusia yang paling Baik Hati ialah
Almarhum Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Buktinya tanyalah orang ramai, dari utara hingga selatan. Timur ke barat. Muda atau tua. Melayu Cina maupun India. Awe kelate maupun mat yala. Kristian maupun Sami Buddha. Jawapan nya mesti "itu orang Baik Hati".
HATI BUSUK
Manusia Hati Busuk ialah jenis yang sekelip mata boleh dikenal pasti dengan watak -
1. Dengki
2. Tamak
3. Gila Pangkat
Jika 3 perkara ini tak nampak, boleh dikenal pasti mudah dengan sifat -
Nafsu - isteri satu tak cukup.
Mulut Busuk - Hari ini memuji esok mengutuk dan lusa ditabur fitnah.
Mempermainkan Tuhan - suka2 mengkafir sesama orang Islam.
Memperalatkan Agama - sekejab mulut buih berbungaan sekejab meludah maki hamun.
Talam Dua Muka – didepan berkawan dibelakang ditikam.
Menipu - Hari ini berjanji esoknya berbelit-belit.
Menyeleweng – Hari ini mengutip esok membaham derma bersama
Rasuah - Hari ini melawan kezaliman esok dijadikan kawan sepunasihat.
Walaupun Mufti Pahang miliki sebahagian besar sifat dan watak diatas tapi
mana satu di atas yang tidak ada pada sifat Hj Hadi Awang?
Manusia seperti Mufti Pahang ataupun Hj Hadi jika ditanya kepada orang ramai dimana2 samada muda atau tua, Cina atau India. Yang sopan akan kata itu Orang Hati Busuk, yang keras akan jawap itu Manusia Jahat.
Youtube yang ini juga boleh kenal pasti salah satu watak paling ketara iaitu Dengki
https://www.youtube.com/watch?v=BlVYwiXe1R0
Talam Dua Muka - Yang ini banyak juga berwatak tapi jujur tak sehebat Hj Hadi main belakang.
https://youtu.be/Nr4wBsprEXQ
Belum pun PAS bersanding dengan UMNO penyakit yang dibawa oleh PAS kini berjangkit kepada UMNO. PAS seperti membawa sial kepada UMNO. Kini UMNO pula giat memecat ahli dan pemimpin yang tidak sehaluan dengan kumpulan mereka.
Tidak lama lagi UMNO akan suruh mereka yang keluar parti utk tubuh parti baru. Mereka umpama nyamuk menganggu tidur.
Mereka yang tidak sehaluan juga dilabel sebagai pengkhianat, menikam dari belajang dan sebagainya.
Patut pun PAS parti yang membawa sial dan ketulahan, penyakitnya sudah menular dalam UMNO....huh habis cerita.
Ye la....tak ajak liaw kongkhek dan supermaniam sekali kah masuk islam.......ke dua malaun ni dah islam macam mufti!
Dia ada ahlol syorga sebelah dia.......tak nampak kah?
Di mata aku pun begitu
Kahkahkah..
Terbaek..
Ajak masuk islam?
Kapir takut dgn islam pasal mufti cakap belit belit, lidah bercabang
Aku rasa tok peti ni ikut strategi PR bila mana 'dakwah' PR berjaya mengPRkan Madey dari 'anutan' asal, Unmo Baru.
Apa yang PR buat? Ha ha Madey tidak di beri label yang mesra alam. Semuanya kapiaq habis: maha ini, maha itu dsbnya.
Susulanya, Madey berubah. PR berjaya mengPRkan Madey. Cara PR berkesan dan akan jadi ikut ikutan.
Mufti ni perasan dia paling berilmu berbanding ulama'2 tersohor dunia seperti Prof Dr al Qaradawi dan lain2nya. Entah apa2lah tesis phdnya sampai dapat ijazah itu.
Imam Malik berkata, " Berfeqah tanpa tasawwuf adalah fasiq, manakala bertasawwuf tanpa feqah adalah zindiq". Mungkin mufti ni hebat feqahnya...
Pencen awal masuk umno kalau nak berpolitik..kalau nak dakwah ,dakwahlah penyamun tarbus dulu..
Sebenarnya ini perangai melayu..bukan perangai islam..islam agama syumul..beri sinar utk semua makhluk di dunia..mamat mufti ni bangsa melayu..penuh hasad dengki..
Patutnya nkau yg patut masuk islam dulu rasanya..sbb pekerti nkau tak mcm islam..nkau mufti melayu aje..
Para agamawan adalah pewaris Nabi yang mana salah satu sifatnya tabligh iaitu menyampaikan untuk menarik bukan islam kepada islam sepertimana yang dilakukan Nabi dengan cara menunjukkan betapa mulianya agama islam itu disisi Allah Tuhan yang orang islam sembah tapi mufti separuh sedar ini telah menunjukkan kebencian bukan islam pada agama suci orang yang yang negara ini mengaku sebagai agama resmi negara patutkah mufti ini dipecat terus dari menjawat jawatan yang merosakkan agama resmi negara,jawablah sendiri.
klu begini bercelarunya org melayu dgn islam kerana politik,mngkin satu ktka nnti
allah gntikn bangsa melayu dgn dap sbg penyebar agama islam d ngra ini,ini krna dap mmpunyai intgriti dn mrka tlh mnnjukkn kecendrungn trhadp islam suatu ktka dulu, bla mrka brcramh slalu rujuk alquran.dn mndapt hidayh mmelok islam.
Akhir zaman akan lahir agamawan atau ulamak yg mmbawa kerosakan dan cinta dunia...dah ada ke pun...
Takda nur........
Mcm mana dia boleh jadi mufti kalau buat kenyataan pun dah mcm Najib. Memang rezeki Najib ada mufti mcm ni di Pahang. Tapi bukan rezeki Rakyat plak
Muka mcm pecah rumah..penyamun..
Saya Cina dap kapir "harbi", betul bro Jenis agamawan ni nak halau Cina. Mereka ni sama seperti ulama pas suci mulia
Apabila rakyat memilih pemimpin yg benggap...beginilah jadinya...tak kiralah APA parti pun...rakyat Malaysia sekarang byk yg bodoh lagi memualkan...sikap org melayu yg amnya akan membantu kemenangan bn...bawaklah APA isu sekali pun...rakyat melayu akan terus layu dan bahalul tahap stim ais...Susah yg mcm mana lagi yg rakyat melayu mahu???takkan nk sampai negara dijajah semua???Bebal apakah ini???
mrka mengamok dh tk dapt gaji sbb tk dapt jual minyak iraq dn syria.
Mufti versi UMNO
Macam kerbau cucuk hidung.
Catat Ulasan