SOKONGAN TERBUKA ADUN DAN AHLI PARLIMEN PAS SELANGOR KEPADA KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN DAN NAIB PRESIDEN PAS UNTUK SERTAI PAKATAN HARAPAN
Setelah meneliti dan membincangkan dengan mendalam, kesemua ADUN dan Ahli Parlimen PAS di Selangor dengan ini menyatakan sokongan secara terbuka terhadap pandangan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, YB Dato Iskandar Abd Samad agar PAS Selangor bersama Pakatan Harapan.
Selanjutnya ADUN dan Ahli Parlimen Pas di Selangor juga berpendirian seperti berikut :-
1. Parti parti politik Pro "Blok Pembangkang" berhenti menyerang diantara satu sama lain dan menghalakan serangan terhadap UMNO dan BN Selangor;
2. Mencari pendekatan atas nama "Pakatan Pembangkang" untuk mempertahankan kemenangan di Negeri Selangor dengan bergabung bersama Pakatan Rakyat kini Pakatan Harapan yang telah dicapai semenjak 2008;
3. Menumpukan kepada pembelaan kebajikan rakyat dan pembangunan di Selangor;
4. Penyertaan PAS Selangor dalam Pakatan Harapan adalah pendekatan terbaik untuk "1 lawan 1" menentang BN dalam pilihanraya umum ke 14 nanti;
5. Mencari titik persamaan yang terbaik berdasarkan demografi di Selangor dengan syarat menghormati prinsip yang dibawa oleh setiap parti yang berbeza.
Maka ADUN & MP Pas Selangor akan menyerahkan suatu surat kepada pimpinan pusat untuk PAS Selangor sertai Pakatan Harapan yang di sokong dan di tandatangani oleh kesemua ADUN dan MP Pas di Selangor.
Jumaat, 15hb Julai 2016
t.t
YB DATO’ DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI
N.51 - SIJANGKANG
t.t
YB MOHD SHAFIE BIN NGAH
N.26 - BANGI
t.t
YB MOHD KHAIRUDDIN BIN OTHMAN
N.38 - PAYA JARAS
t.t
YB ZAIDY BIN ABDUL TALIB
N.15 - TAMAN TEMPLER
t.t
YB Ir. MOHD.HASLIN BIN HASSAN
N.54 - TANJONG SEPAT
t.t
YB DR ABD RANI BIN OSMAN
N.42 - MERU
t.t
YB KHASIM BIN ABDUL AZIZ
N.20 - LEMBAH JAYA
t.t
YB DR HALIMAH ALI
N.45 - SELAT KLANG
t t
YB UST HASBULLAH BIN MOHD RIDZWAN
N.17 - GOMBAK SETIA
t.t
YB NOOR HANIM BINTI ISMAIL
N.29 - SERI SERDANG
t.t
YB RAZALY BIN HASSAN
N.23 - DUSUN TUA
t.t
YB UST SALLEHEN BIN MUKHYI
N.02 - SABAK
t.t
YB DR CHE ROSLI CHE MAT
P.101 - HULU LANGAT
ULASAN GB
ADUN-ADUN dan MP-MP PAS di Selangor sedia maklum bahawa parti mereka akan tewas teruk jika terus bertanding sebagai blok ketiga jika tidak berbincang dengan Pakatan Harapan di dalam PRU14 nanti.
Justeru mereka bersetuju dengan saranan "gencatan senjata PAS-PH" yang dibuat oleh Timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Seperti selalunya, saranan TITM itu tidak mendapat respons yang positif dari Presiden PAS. Haji Hadi menyatakan bahawa PAS tidak akan sertai bahtera yang kelm-kabut.
ADUN dan MP PAS Selangor mempelajari trend pengundian di PRK Sungai Besar dimana kekalahan calon PAS, Dr.Rani Osman di tangan BN dan memperolehi undi yang lebih rendah dari calon AMANAH membuka mata mereka.
Jika calon sehebat Dr.Rani yang menang dengan majoriti 25.6% di DUN Meru pun boleh tewas di era kewujudan Pakatan Harapan, apakah nasib ADUN-ADUN dan MP-MP yang memenangi majoriti yang lebih kecil dari itu?
Di PRK Sungai Besar yang lalu, Dr Abdul Rani Osman hanya mendapat 6,902 undi berbanding calon yang baharu dari AMANAH yang memperolehi 7,609 undi.
Perlu diingat, di dalam PRU13, tidak ada calon PAS yang mendapat majoriti lebih dari ADUN Meru kecuali di Cempaka yang memperolehi 25.9% (iaitu lebih hanya 0,2% dari DUN Meru)
Kemenangan mereka sebahagian besarnya disumbangkan oleh pengundi bukan Melayu yang dahulunya bersama dengan Pakatan Rakyat.
Kini sokongan bukan-Melayu terhadap PAS menjunam jatuh ditambah pula kini dengan sokongan Melayu yang turut merudum kerana beralih kepada parti AMANAH yang merupakan komponen PH.
Justeru itu, PAS Selangor bakal lenyap dari DUN Selangor jika mereka tidak bersama atau setidak-tidaknya bekerjasama dengan PH
UMNO awal-awal tidak suka dengan saranan TITM itu dan mengharapkan agar Haji Hadi tidak menerimanya kerana usaha mereka untuk memecah-belahkan pembangkan tidak berjaya.
Benar, ia jadi kenyataan. Haji Hadi seperti solah-olah mengikut telunjuk UMNO dengan "tidak menyatakan secara tegas" menyokong saranan timbalannya. Jawapan Haji Hadi itu telah melegakan UMNO.
,
33 ulasan:
Kamon la pas. Ko tak payah masuk mana2 la. Tapi jadi je la pembangkang yg melawan bn umno. Itu je. Nak blok 3 ka batu blok ka ko punye pasal.
Aku mengandaikan hj hadi kini bertindak hanya sbg penyelamat umngok be end...x tau samada ada upah dedak di sebaliknya...stateginya mudah x perlu gabung masuk umngok...sekadar jadi pengacau utk pecah undi PH...mohon kongsi pandangan...
Bangsat politik.
Arouse MahJuly 17, 2016 at 11:15 AM
BACA DGN TELITI
raya baru ni aku bersembang dgn geng TERAJU (Think tank najib) . depa ingat aku pun geng umno.
skrg mereka tak mahu menafikan lg ttg rasuah dan salah laku najib. SR dan WSJ dah terlalu banyak pendedahan info. tak guna menafikan lg.
depa skrg dah masuk fasa terakhir michaevalian - who smart won the game. secara mudah...buat apa saja, guna apa saja untuk menang....tiada istilah main kotor
Politik is about power. depa dah praktiklan pada LGE, pada SPRM, AG, POLIS, MAHKAMAH, SPR
bg mereka, biarkan 20% orang cerdik menentang. mereka akan pastikan 80% rakyat mengundi mereka. dimalaysia mudah....money is king.
wang akan digunakan secara terang terangan...setiap undi akan dibayar wang. Cuba fikirkan, rakyat mana yg tak akan undi bn kalau dijanjikan rm100 selepas mengundi.???....janji ada bukti bergambar. SPR dah kata tak salah ambil gambar guna HP.
PRU14 akan menyaksikan penggunaan wang paling besar. geng TERAJU dah mula kumpul dana dgn apa cara sekalipun. jagalah TH, KWSP, ANGKSA, AMANAH RAYA, TAT, .....mereka ini akan kerugian besar
sebelum ni, depa takut dgn pas....kerana ahli pas wala pada ulama, susah nak beli.
tapi sekarang selepas dua pemimpin pas masuk perangkap...mereka goyang kaki.
target mereka sekarang ...rm100bilion. ...PRU14 mereka punya. bila ada kuasa wang boleh cari.
wassalam
Reply
Jadi buang hadi dan harun dulu
Salam semua...
Ingat tak dalam paspispus ni ada 3 H...Harun Taib (dh jalan) tinggal 2 lagi H...Hj Hadi n H. Haron Din...
Hahaha....depa berdua ni takdak....lega paspispus...
Percayalah...
Salam:
PAS dah beritahu dibawah hadi/harun,sesiapa nak bersama PAS,kena ikut ACUAN PAS,menurut PAS,ulamak sedunia pun tidak mengikut piaiwan pas,malah erdogan lagi jauh nak mengikut pas.
Pada pendapat saya,PH Enough is Enough,Cukup,Cukuplah.PH dah habis tenaga,masa,keewangan semata-mata nak memujuk pada orng yg tak SUDI.gunakkanlah masa,tenaga dan keewangan untuk memperkukuhkan PH,SUPAYa LEBIH mantap,kuat dan bertenaga pada PR14.PH ada kawan baru,group Mahathir,muhyidin,mukriz dan shafie Afdal.Sepatutnya PH dah bergerak laju bersama team Mahathir.
Peluang didepan mata,team mahathir mempunyai kekuatan pada orng2 melayu luar bandar,manakala shafie afdal dapat mengkucar-kacirkan sabah.PH kena berbincang dgn team mahathir,dalm mempersiapkan manefesto pembangkang yg kuat.
memperbaiki apa yg ditulis dalam buku jingga :Apa TAWARAN untuk Rakyat jika "PEMBANGKANG MEMERINTAH"
Tawaan-tawaran
Pisahkan:Executive.Mahkamah.administration.Tak macam sekarang "one man show"
PM dan MB dapat memerintah hanya dua terms sahaja.
tAWARAN Ekonomi: Selepas 100 hari memerintah MENGHAPUSKAN GST./TOL
:mEMPERKASAKAN PELABURAN ASING.Mempertingkatkan kepakaran technogy tinggi untuk rakyat.Kurang bergantung pada tenaga asing.innovatif dan ceativity ditingkatkan.Menegarakan "PETROLEOM"/"BALAK" di bawah kuasa kabinet.
Pelajaran:Meninggikan quality pendidikkan malaysia bertaraf dunia.Ranking university malaysia bertaraf dunia.Meseragamkan pendidikan sekolah,agama,kebangsaan,cina,india. kearah persepakatan yg lebih teratur.
Administration: MEMBASMI RASUAH,mengurangkan biakrasi,mempebaiki sistem sekarang.
Penerapan NILAI-NILAI Islam dipertingkatkan kepimpinan melalui teladan.Bagi yg bukan islam nilai-nilai akhlak universal dipertingkatkan.
Bantuan rakyat Malaysia diteruskan.Mengikut keadaan ekonomi.bantuan Zakat pada rakyat yg berpendapatan rendah,pekerja-pekerja kerajaan akan datang mencari,bukan macam sekarang rakyat terhegeh-hegeh meinta-minta,kadang2 rakyatpun tak tahu,mereka sebenarnya qualified utkdapat bantuan.
Pasukkan beruniform akan dibela,polis,tentera,kastam dan bomba.Bantuan selepas pencen akan dititikberatkan.Kerajaan akan pantau mereka.
Penguna: Kawalan harga barang yg berterusan,bukan bermusim.
Mengurangkan kronisma /Nepotisma.
mENTERI2 YG RASUAH boleh didakwa selepas mereka bersara.
Tawaran 2 di sabah:Melantik TPM Borneo dari sabah/serawak
Perbelanjaan oleh pemimpin2 negara termasuk spouse ada standard dan had sendiri.Termasuk PM/isteri/Raja2 dan kerabat.Mereka tidak ada "KEKEBALAN"seperti sekarang.Asset-asset PM dan menteri2 kabinet hendaklah diISTIHARKAN pada bank negara./dan ada limit tertentu untuk menteri2 dan PM UTK MEMILIKI HARTA.
Semuanya di atas akan didetailkan dalam buku "jinga".....Jika pembangkang dapat bersatu dgn "TAWARAN di atas"Insyallah rakyat semuak kaum akan beramai-ramai menyokong kita.
Disini BN tak boleh MATCH dgn tawaran"PEMBANGKANG"
SEKIAN.(mungkin banyak lagi,tawaran-tawaran yg realistik dari pembangkang dimana BN,tak dapat memenuhi)
Kalau xnak berpolitik baik jadi badan dakwah jer..ni bila berpolitik tapi bodoh sombong..
Dua bangkai bernyawa yang menerajui Pas dah sampai masanya di tendang keluar dalam muktamar akan datang. Lebai2 agama yang menyokong mereka juga patut di humban bersama.
Hahahaaaaa....baik tukar je presideng pas ni,wa rsa tuan presideng dh x relevan gn arus politik semasa....hahaaaahaaa....akhir zaman mmang byak yg pelik2...
Lepas PRU 14 Hadi nak jaga periok nasi dia, kenalah jaga Najib...asalkan BN menang. PAS Selangor nak jaga periok nasi depa setuju nak sepakat dengan PH dengan harapan depa boleh menang kat Selangor. Ini lah namanya Pas berjuang untuk penuhkan tembolok sendiri bukan nak bela rakyat. Jangan dilayan Pas biar mereka terjun dengan Hadi dan Haronnya.
Go AMANAH Go
X nak naik bahtera kelam kabut konon..kat selangor apa cerita..apasal x keluar dpd kerajaan negeri..ini politik bangsat hadi..
Setuju...hadi jaga periuk nasi hadi manakala pas salangor pun jaga periuk nasi mrk juga tu sbb mrk sokong titm...skrg titm pulak serang khalid samad suruh bubar Amanah..hairan bin ajaib..,titm ajak berdamai tp skrg dia pulak serang Amanah..titm pun nak jaga periuk nasi dia jgk sbb dgr2 cerita dia nk kena tendang dah....semua malaon pas jaga periuk nasi masing2..bukan keredhaan Allah.Ph jgn layanla makhluk pas mcmtu..
jgn spoilkan Amanah dgn menjemput TITM masuk.. mcm kemaruk pulak.. kalau diorg nak masuk silakan...with or without them.. Amanaha just move foward..
Semua orang boleh meramalkan kerajaan Selangor sekarang ini tidak boleh dipertahankan apabila berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU 14 yang bakal menjelang. Berdasarkan undi yang diperoleh pada PRU 13, sememangnya kemenangan Pas dibantu oleh pengundi-ppengundi penyokong Pakatan Rakyat. Seandainya Pas mahu menyendiri, tidak menyertai PH atau pun BN, pasti berlaku petembungan tiga penjuru. Natijahnya semua calon Pas Selangor akan tersungkur jika Pas bersendirian.
Adun-adun dan MP Pas di Selangor sudah terbayang kekalahan. Mereka sudah terbayang kehilangan jawatan MP, adun, exco dan jawatan-jawatan lantikan politik yang lain. Jawatan-jawatan tersebut menjanjikan kuasa, elaun, dan habuan-habuan lain yang lumayan. Lantaran itu, mereka sanggup mempersetujui cadangan Tuan Ibrahim Tuan Man bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain, walaupun bertentangan dengan hati nurani presiden. Hadi Awang telah menolak mentah-mentah cadangan TITM. Majoriti rakyat mahukan kerajaan Selangor sekarang dikekalkaan dari jatuh ke tangan BN yang bobrok kuasa. Harap-harap ada sebilangan adun-adun Pas Selangor mengorak langkah bijak menuruti jejak YB Shaari Sungip dan YB Hasnul Baharudin menyertai Amanah.
Hadi Awang tidak mahu berkongsi kuasa dengan Amanah dan Dap lantaran prinsip perjuangannya. Berpolitik tanpa strategi yang berkesan akan menyebabkan Pas bakal menjadi arwah. Satu soalan kepada walaqun-walaqun Pas, mana lebih baik, dapat sedikit atau hilang semua? Kalau mengikut perkiraan Hadi Awang, beliau rela hilang semua demi prinsip yang keras dan jiwanya yang autotarian.
Bila lebai auta Pas lebih nampak dedak Umno daripada kesusahan rakyat
Melayu PAS hanya layak jadi budak suruhan/baruah dan kuli batak cina jee..dapat upah sikit menyalak bagaikan anjing di jalanan jee..
Ini bukan lagi antara yang baik dengan yang lebih baik tetapi antara yang lebih baik dengan yang benar.
Adakah keputusan Hj Hadi di turuti kerana lebih baik atau kerana ia nya benar.
PAS Selangor pun sama tak berguna punya pemimpin kerana hanya menyokong cadangan Tuan Ibrahim untuk genjatan senjata untuk Selangor sahaja.
PH perlu menolak sokongan PAS Selangor kerana PH bukan sahaja ujud di Selangor.
Apa jua cadangan dan kenyataan PAS yang nampak seperti bertolak ansur dalam hubungan dengan PH, jangan lah di layan.
Khalid Samad dah cakap terima lah hakikat lawan 3 penjuru. Bila balas kenyataan PAS sebut sekali bagaimanapun. PH telah bersedia lawan 3 penjuru.
Komen aku mudah saja pecat Hadi Awng dan kuncu-kuncu dedak dia amanlah P:AS dan percayalah selagi Hadi gila kuasa vetonya selama itulah PAS kkasnya dan pembangkang amnya akan bertelagah sesama sendiri dan itulah yang sangat dikehendaki oleh UMNO/BN kalau tak percaya lihat saja menteri-menteri dedak Najib telah berani membuat analisa yang UMNO/BN akan menang dua pertiga mejoriti pada PRU14 nanti insya Allah jika PAS masih menyimpan Hadi Awang tunggu jika sama-sama kita dipanjangkan umur kita adapat lihat semua calun PAS akan kehilang wang pertaruhan dan Kelantan akan dirampas oleh UMNO dan pemakan dedak UMNO seperti Nik Bodoh akan dilantik menjadi cai UMNO untyuk melagakan pembangkang. Tunggu dan lihat.
Ini orang batu besar kepala atas ada duduk.
Kamilah antara ug menaikkan dr Rani
Dan kamilah yg terawal menjahanamkanya dan mengkuburkannya
Maaf lah Dr terbantut..inilah politik namun ana ucap terima kasih di atas segala pengajaran dinniyah dari ante..
Tuan Ibrahim Tuan Man minta AMANAH dibubarkan lak...memang jahat celaka haramjadah..PAS Selangor mcm percaya mulut bangkai camnie. Letak la jawatan dlm Kerajaan Negeri Selangor..skrg xde mandat la..kalo ade junjung maruah
Pas tetap berkeras utk bkerjasama dgn dap dan amanah...kerana titik tolak drpd kononnya dap menentang hudud...kalaulah aku sbg presiden pas, aku sikit tidak gentar dgn dap nak tolak hudud...sbg seorg presiden parti islam, mestilah hebat seperti dr zakir naik..mampu menerangkan dgn hujah dimana tidak kena dgn islam? spt sifat TGNA..blapang dada..mampu menerangkan islam..tidak gentar dgn musuh yg menolak islam dgn hujah..hujah dibalas hujah..bukan putuskan psahabatan yg tjalin...hadi sorg pemimpin yg xblapang dada dan xpenuh ilmu di dada..tidak lgsg seprti TGNA.
Mmgla bagus kalau pecat hadi dan konco2..masalahnya hadi sendiri Gila kuasa..xsiapa berani bertindak..maka terpaksa lahirlah Amanah..kalau hadi undur Awal,selesai masalah...
Hipokrit pas terdedah lagi..knp pas selangor sj setuju dgn titm..pas negeri lain mcmne???jwpn mudah pas selangor berjawatan....kalau xda jwtn,mrk pun xhairan..maka jelas lah wajah pas bukanlah berjuang krn Allah tp krn harta pangkat...
Bukan saja Hadi dan harun, banyak lagi Makan dedak najis seperti nik buduh.
Parti Ni dah busuk daripada atas bawah
Akhirnya...Pas skrg sudah hancur...nk baik pulih pas???boleh ker???tiada gunanya jika dibuang 2 org penting dlm paspispusss ni...hakikatnya tetap sama...tiada perubahan pun..percayalah...bila dengar cerita kawan2 yg pergi himpunan besar pas distadium dikelantan Satu saat dulu...diorg bercerita..kenapalah org pas tak ikut mcm umno?maksudnya walaupun pemimpin yg rasuah dan pelbagai masalah yg dicipta...namun ahli umno tetap menyokong pemimpin nya...skrg ni..pas mendidik ahli pas supaye jadi seperti ahli umno yg taat setia pemimpin yg korup.dan teryata benar2 ahli pas sudah menyamai atau lebih Dari ahli umno...menanam sifat sebegini pada ahli pas adalah memualkan tekak saya...percayalah kata2 saya bahawasanya pas sudah meniti kehancuran yg nyata...Bukan kerna pemimpin atasannya...Malang sekali ahli bawahannya turut terpalit...
Ceased fire bukan bererti bergabung ..sama mcm bila Hamas ceased fire dgn al fatah
Hakikatnya semua orang memahami bahawa TITM tiada pengaruh dalam partinya sendiri. Walaupun berjawatan Timbalan Presiden Pas, saranannya tidak dipandang walaupun sebelah mata oleh presidennya, Hadi Awang. Cadangannya murninya ditolak mentah-mentah oleh sang diktator, walaupun barisan kepimpinan Pas Selangor menyetujuinya. Lantaran saranan genjatan senjata di kalangan parti-parti pembangkang di lihat ada kesignifikannya, namun Hadi Awang ada agenda besar untuk menolaknya. Penggabungan parti-parti pembangkang sangat-sangat membimbangkan BN, kerana parti bobrok ini akan menemui pusaranya pada PRU 14.
Kerjasama parti-parti pembangkang menyebabkan BN tidak dapat memecah undi rakyat yang sudah menyampah dengan kerajaan BN. Pertembungan tiga penjuru pada PRU 14 adalah formula terbaharu BN untuk terus berkuasa. Berdasarkan tindak-tanduk Hadi Awang mutahir ini, seakan-akan ada permainan "kongkalikong" beliau untuk menyelamatkan Najib.
Pengaruh TITM Timbalan Peresiden Pas tercalar lantaran idea dan saranannya dibakulsampahkan oleh ketuanya. Lantaran sudah termalu, TITM cuba mengalihkan isu agar ahli-ahli Pas tidak lagi berpolimik mengenai penyatuan parti pembangkang. Reaksi awal, beliau menyatakan isu genjatan senjata parti-parti pembangkang adalah pandangan peribadi, tetapi alasan tersebut masih memamah diri. Terkini TITM menyarankan pula agar Parti Amanah Negara dibubarkan. Dalam partinya sendiri beliau tiada pengaruh, apatah lagi parti yang tiada kena-mengena dengannya. Tidak perlu berusaha membubarkan Amanah, tugas berat beliau adalah untuk mengembalikan agar prinsip dan asas perjuangan Pas di landasan yang betul.
Strategi dan approach Pas yang kini dilihat menguntungkan BN, seharusnya diperbetulkan agar caca-marba parti pemerintah itu dapat ditukar kepada kerajaan baharu yang menjiwai rakyat. Amanah walaupun baru ditubuhkan, namun parti baharu setahun jagung ini telah mempamerkan sokongan rakyat melebih Pas yang sudah berusia 60 tahun. PRU Sungai Besar membuktikan Amanah lebih berpotensi dan popular berbandingb Pas. TITM seharusnya melihat gajah yang di depan mata, bukannya beria-ia mencari kuman yang jauh dari sudut pandangannya. Lapahlah Pas yang berada di depan mata, dan bukan Amanah parti lawan yang menjadi seterumu.
Aku selalu berdoa agar pas jadi badan dakwah.....barulah bolih cerita fasal syorga Dan neraka
Apa-apa pun ceritanya, selepas PRU akan datang sekiranya ameno kekal memerintah kerana pertolongan hadi, hadi sekeluarga akan menjadi kaya raya. Lebai-lebai lain akan gigit jari. Soru miss!! Takde jawatan. Takde elaun. Kereta kena tarik. Rumah besar kena lelong. Program ceramah kena sekat. Harakah lingkup. Lebai-lebai kena buat bisnes. Jual kepok, jual madu, jual air liok,jual segala macam benda yang telah dijampi, bodek ameno untuk dapat lesen umrah dan ziarah, jual kitab, buat wakaf alquran dan tidak lupa menjual ubat kuat!! Satu lagi yang pasti ceramah pas tidaklah lagi menjadi crowd puller!! Mungkin ada surau dan masjid boikot lebai-lebai pas!. Saya menantikan hari-hari tersebut. Nak tengok berapa ramai pengikut-pengikut tolol buat u turn macam yang telah diajar oleh tuang presideng!!!
Semua komen2 diatas tidak berlaku adil dengan meramalkan PAS akan kehilangan kuasa di selangor tanpa mengira keseluruhan parti DAP dan PKR juga akan kehilangan kuasa lebih2 lagi AMANAH jika berlaku pertandingan 3 penjuru.
Tulangkering ... Lu poyo la.
Hihi ..poyo pun poyo lah...inilah realiti yg akan berlaku
Catat Ulasan