14 Jun 2016

[VIDEO] Abby Abady Bantu Kempen Calon AMANAH

Abby Abadi percaya Amanah mampu bela agama, penuhi keperluan rakyat

Rakaman video berdurasi 18 saat yang sedang viral di media sosial menyaksikan artis yang sinonim dengan Pas, Abby Abadi berkempen bagi calon Amanah.

Bertudung merah jambu dan berkaca mata hitam, Abby dilihat sedang ditemubual di kawasan parkir kenderaan tidak jauh dengan rumah kayu yang dipenuhi bendera Amanah.

"Apa yang rakyat perlukan... dari segi agama, kebijaksanaannya InsyaAllah rakyat akan terbela...," ujarnya dengan dilatari ucapan pemimpin Pakatan Harapan pada masa sama.


Beliau dipercayai merujuk kepada calon Amanah bagi Parlimen Kuala Kangsar, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang menyaksikan pertandingan empat penjuru itu.

Pemilik nama Arbaiyah Abd Manan, 39, itu mulanya dikenali sebagai anggota penyanyi kumpulan Elite lewat 1990-an sebelum terjun ke bidang lakonan.

Abby yang kemudiannya sinonim dengan watak Inspektor Aleeza dalam drama dan filem kepolisan, Gerak Khas sejak 1999 menjadi ahli Pas pada 2012 apabila membuat keputusan untuk bertudung.

Pada 2015, Abby mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan Muhammad Faizal Zakaria yang merupakan wartawan portal rasmi Pas, Harakahdaily. -Arif Atan/MD


Abby Abadi sertai kempen Amanah, 41 lagi serah borang jadi ahli

Pelakon Abby Abadi yang baru saja menyertai Muktamar Pas di Kota Bharu awal Jun lalu menyertai majlis kempen untuk calon Amanah dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar malam tadi.

Tidak diketahui apakah Abby menyertai Amanah tetapi kini dilihat mesra Amanah dan turun membantu kempen Amanah dan Pakatan Harapan di Kuala Kangsar ketika calon Pas juga bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini.

Turut serta berkempen untuk Amanah dalam PRK kali ini adalah bekas naib presiden Pas yang dipecat keahliannya Datuk Husam Musa.

Dalam majlis malam tadi juga, 41 menyerahkan borang untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) di majlis berbuka puasa bersama rakyat di Kampung Jalan Baru Jeliang, Kuala Kangsar.

Borang-borang tersebut diserahkan oleh wakilnya, Md Bakar kepada Presiden Amanah Mohamad Sabu dengan disaksikan setiausaha agung Amanah Anuar Tahir.

Selain beberapa pemimpin Amanah, majlis tersebut juga dihadiri bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli turut bersama-sama dalam majlis tersebut.

Mohamad dalam ucapannya menyeru rakyat Kuala Kangsar memilih Ahmad Termizi pada 18 Jun ini bagi membolehkan suara mereka dibawa ke parlimen.

Beliau berkata pengundi khususnya yang beragama Islam seharusnya menolak calon yang menyokong pemimpin yang rasuah.

"Saya pelik kenapa orang Islam tak sensitif dengan rasuah.

"Orang bukan Islam pula bersungguh-sungguh menentang rasuah.

"Pilihan raya kali ini, pilih calon dari Amanah yang menolak amalan rasuah dan salah guna kuasa," katanya.
- Hazayani Zakaria/MD


ULASAN GB

Syabas Abby Abady!

Sekadar untuk makluman, suami Abby Abady, Muhammad Faizal Zakaria yang sebelum ini merupakan wartawan harakahdaily telahpun mengemukakan surat perletakan jawatannya dengan portal milik PAS itu beberapa minggu yang lalu.

14 ulasan:

Saiful berkata...

Amanah bila nak keluar paper..

Malaysiabaru berkata...

Maahitah kata ustazah express.. Exgangstee ustaz abg long express...

Mulut longkang ularrrmak umbo

Dan PIS pula Nik abudoh akn kata dap supply pelacur dlm bentuk ustazah kpd petugas amanah...

Ini lah tuan tuan wajah umno/PIS swbenar apabila mereka bergabung

Di benarkan oleh abuya mereka tuan guru ayoh hadi Ping Marang AL DEDAKi

Tanpa Nama berkata...

Terbaek sokongan utk Amanah tp sygnya terlalu sukar utk menang. Aku xpercaya Amanah blh menang sbb undi pembangkang dah terbahagi dua ditambah pulak undi2 hantu.Tp kita xtau kuasa Allah.usaha yg terbaek dulu.Nt lihat hasil kemudian

Tanpa Nama berkata...





Siratol MUSTAQIM...AMANAH yg LURUS
CAHAYA Universal...TERANG dan Telus
Segala PERBUATAN..."NIAT" yg Halus
FITNAH Men CURI...Semuanya TEMBUS
Tiada yg KELIRU...Tiada yg Ber KABUS
Itulah Cahaya AMANAH...Insan yg KUDUS


AMANAH yg LURUS...Terang Ber CAHAYA
Bersinar Me MANCAR...Di Dasar HATI
AMANAH Adalah...Cahaya yang'ESA
Menyuloh yg GELAP...Menyuloh Yg Ter SEMBUNYI
Menyuloh "rahsia"...Pem FITNAH Pen Dusta
Menyuloh "rahsia"...'Dedak'@ Pen CURI


Menyuloh "rahsia"...Dedak @ Pen CURI
Menyuloh Angkara...Segala DUSTA
Menyuloh Tabiat...Meng Hina Me MAKI
Menyuloh Si PONTENG...Putar BELIT nya
Menyuloh FITNAH...Yg Bejat & Keji
Tunggang TERBALIK itu = Murtad yg NYATA


Murtad itu...Bahasa ARAB nya
Bahasa Mudahnya...Tunggang TERBALIK
AMANAH Umpama...Terang Ber CAHAYA
Murtad Itu 'GELAP'...Bobrok dan Jelek
AMANAH Itu Lurus...AUDIT Hisab "NYA"
Murtad Itu Ber BELIT...Ber Biliyun Hutangnya
AMANAH Itu CAHAYA...Menyuloh Bahagia
Murtad Itu BEJAT Kesumat...BALA Derita




Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
AMANAH Menyuloh...Mnjd DEWASA
Jgn lah Menjadi...BUDAK2 Hingusan
Yg Men CURI Dedak...TAMAK Haloba
Ber Gurukan FITNAH...Iblis dan Syaitan
Jadikan lah AMANAH...Be "RAJA" Di Dada
Insan Yg AMANAH...Kecintaan-NYA TUHAN
Yg Kaseh Mem-BERI...Mnjd AMANAH Nya
Yg Kaseh Mem-BERI...CINTA dan Impian Nya
Yg Kaseh Mem-BERI...Membawa Nya Ke Syurga..














Tanpa Nama berkata...

Rasanya Adun dan MP PAS yang mengetahui parti semakin jauh dari perjuangan sebenar dan ragu-ragu dengan Hj Hadi tapi tidak ada keberanian eluk lah pinjam tudung Abby Abadi kerana tidak ada keberanian.

Baiah? Gunakan lah untuk bercakap benar seperti Husam yang di pecat. Bukan mengikat lidah dan hati

Unknown berkata...

Salam


Tahniah Abby,sekurang2nya last minute momentom bagi undi melayu.Dari pengamatan kami Amanah ketinggalan 8%-10% daripada undi Melayu.Jika last minute momentom yg akan dibuat oleh Azmin dan Mahathir dibeberapa kawasan melayu insyallah.Berhasil MENGURANGKAN GAP CAPAIAN UNDI MELAYU.

hARAP-HARAP PENGUNDI KELUAR 75%-80%.

aMANAH/ph,Akan mendapat bonus andaikata 10-20% pengundi tegar umno tak keluar mengundi.Di samping pertambahan 10% undi cina/lain2 bangsa.

PAS,nampak panic,setakat ini,tiada nampak perubahan penambahan pengundi,ISSUE bodoh dikeluarkan oleh PAS,dimana beberapa orng ahli PAS,complaint dgn SPR agar Amanah/PH dibatalkan,kerana issue bendera.Tetapi ditolak oleh spr.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Dari seorang pelakun Abby terbuka hati mendekati Islam dengan memilih perjuangan PAS. Bukan satu perkara yang mudah berbanding dengan artis yang di beri publisiti kerana berhijrah memakai hijab. Begitu juga muslimah PAS yang telah selesa dengan keadaan mereka yang dikelilingi oleh suasana yang jauh berbeza dari keadaan sekeliling yang dilalui oleh Abby.

Kini PAS barubah dan tidak tentu arah. Beranikah muslimah mengambil tindakan seperti Abby dengan meninggalkan PAS ? Memulakan sesuatu yang baik memerlukan keberanian dan kekuatan dari Allah.

Banyak kan lah berfikir supaya menjadi bijak.

Tanpa Nama berkata...

Muslimah pas pulak dgn lantang mengutuk PAN xlayak digelar Amanah.Haje buruk perangai pas sekarang..xda issue dok heboh bendera Amanah.Kahkahkah.Rafizi bwk isu jet rosmah tp pas bwk bwk isu bendera. Kan jauh sgt perbezaan IQ pas dgn ph.harap2 ph boleh menang kali ni. Kalau pun xmenang tp undi melebihi pas..biar pas ambil pelajaran...

Tanpa Nama berkata...

Pas berbelit2 memalukan orang islam..tuduh orang khianat dia sebenarnye pengkhianat perjuangan pemimpin3 terdahulu..

air gunung berkata...

Yes..insya Allah Amanah berada atas landasan yg betul..ini kerana Amanah adalah parti baru..walau dipimpin oleh otai2.sekurang2nya ia satu kelebihan.

Nampaknya usaha Amanah setakat ini telah nmpak impaknya..sgt baik untuk promosi sebuah Parti yg baru...kelam kabut lawan dibuatnya..

So tapak serta landasan sudah nampak.perjalanan pru 14 agak jauh..teruskan usaha serta penambahbaikan strategi...

Sebagaimana yg selalu sy katakan..
Tiada tekanan kpd Amanah dlm PRK ini..
Org lain yg tertekan kerana berhadapan dgn bdk mentah/parti 2 tahun jer dan bla bla..teruskan.go Amanah go..

Unknown berkata...

Terbaek.....ambo sokong 100% pakatan harapan....selamat tinggal PAS.....istiqamah x kena pada tempatnya....

Tanpa Nama berkata...

Saya tertarik untuk komen disini. Sepanjng gerak kerja kami di kuala kangsar sukar meramalkan kecenderongan pengundi di sini. Promosi Amanah perlu diperhebatkn lagi kpd org2 kmpung & bukan melayu. Pd pengamatan saya kaw perumhn sekitar pekn kuale ada sokongan pd amanah tetapi kaw kmpung spt manong, senggang & sayong pekat BN

Tanpa Nama berkata...

Bukan kah ahli PAS yang hadir atau terlibat dengan program AMANAH akan di pecat?

Alangkah ruginya mereka yang menyokong PAS sejak muda-muda dulu tetapi di hujung umur berkesudahannya begini.

Mufti Perak yang pro UMNO iaitu sahabat baru PAS juga menegur Hj Hadi kerana mengaitkan dosa pahala untuk mengundi. Sedangkan apa yang terjadi di parlimen ialah MP PAS sendiri yang bertanya soalan yang tidak berkaitan.

Hj Hadi jua telah memaafkan Mahathir kerana tak baca Islam. Kalau kira begitu Hj Hadi tidak layak jadi orang politik kerana untuk baca Islam perlu banyak membaca dan tidak ada masa untuk politik. Hj Hadi hanya menerima kata-kata yang berupa nasihat dari orang di sekelilingnya yang handal berpolitik. Makna nya orang politik jaga politik, orang agama jaga sahaja agama.

Sejauh mana kebenarannya kuran pasti tetapi ada yang mengatakan ada di kalangan ahli PAS yang menganggap Hj Hadi bukan sekadar Presiden tetapi mempunyai karamah seorang wali? Sebagai Wali adalah tanggung jawab nya membebaskan seseorang bukan mengikut wali sepanjang masa. Memerdekakan seorang hamba. Jika tidak muridnya dan sesiapa menjadi pengikutnya adalah hamba kepada wali tersebut. Kata orang lah...

Wallahualam.

Din berkata...

Tunggu la hadik akan serang abadi plak..hadik ni ingat parti dia jer yg perjuangkan islam. Perangai dia, percakapan dia tak nampak pun sebagai org yg memertabatkan kesucian islam