PAS akui kerjasama dengan Umno, akan guna hudud bagi PRK
Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti Islam itu akan mengambil kesempatan untuk membawa isu hudud sebagai bahan kempen pada dua pilihan raya kecil akan datang.
"Kita akan bawa benda ini (isu rang undang-undang persendirian) dalam pilihan raya kecil nanti. Umno pun mungkin akan bawa dan semua ada hak untuk bawa atau tak nak bawa (isu).
"Segala isu akan dibawa untuk rakyat dan ini peluang kita dalam pilihan raya kecil nanti. Rakyat di Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan mendapat penerangan awal berbanding di tempat lain dalam isu ini," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada isu rang undang-undang persendirian akan dibawa pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Selain itu, ditanya sama ada kebenaran rang undang-undang tersebut dibaca pada Parlimen hari ini membuktikan wujudnya kerjasama antara PAS dan Umno, Nik Abduh tidak menafikannya.
Malah, anggota parlimen Pasir Mas itu berkata kerjasama antara dua parti itu dapat dibuktikan melalui rang undang-undang persendirian tersebut.
"(Kerjasama PAS dan Umno) bukan dakwaan. Kerjasama itu wujud tetapi hanya perkara-perkara untuk kepentingan bersama. Itu kita dah jelaskan cuma ada orang lihat sekiranya kerjasama dengan kerajaan itu tak boleh.
"Inilah antara kerjasama yang PAS maksudkan. Kita berterima kasih pada Speaker dan kerajaan yang berani pertama kali benarkan usul persendirian ini," katanya.
Berikutan bacaan rang undang-undang persendirian tersebut, Nik Abduh turut berharap agar semua ahli parlimen yang beragama Islam akan menyokong perkara tersebut sekiranya dibahaskan pada sesi Parlimen akan datang.
Malah, beliau juga yakin bahawa rakannya dari PKR dan AMANAH akan turut memberikan sokongan terhadap rang undang-undang itu.
"Saya yakin semua ahli parlimen Islam akan sokong termasuk dari AMANAH. Kalau ada yang bukan Islam sokong lebih baik.
"Saya yakin PKR pun akan sokong," ujarnya.
Sementara itu, ditanya sama ada PAS akan memberi pendedahan terhadap masyarakat bukan Islam tentang Akta 355 itu, Nik Abduh berkata perkara itu akan dilakukan bagi memastikan semua pihak dapat memahami undang-undang berkenaan.
"Kita akan terus usaha kita sepanjang masa. Kita yakin, semakin penerangan diberikan oleh PAS dan seluruh umat Islam yang memberi kerjasama, ia akan diterima rakyat dan saya yakin dan tak pelik jika DAP pun boleh menerimanya," katanya
Rang undang-undang persendirian Akta 355 dibawa bagi memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap pesalah jenayah di negara ini.
Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 itu juga akan membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Rang Undang-undang itu tidak dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat sebelum ini kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pula telah meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac tahun lalu. -mk
ULASAN GB
GB dah banyak kali ulas bab hudud ini. Ia bukan hudud, tapi pindaan EKJS. Digembar-gemburkan ia sebagai hudud kononnya nanti untuk memerangkap mereka yang menolak usul berkenaan sebagai penentang hudud.
Ada beberapa yang menarik hari ini:
1) RUU itu pada awalnya disenaraikan sebagai agenda terakhir, tetapi ia dipercepatkan. Ia amat mengejutkan. YB Khalid Samad, MP Shah Alam bertanya mengenai pertimbangan-pertimbangan yang digunakan sehingga Private Members' Bill itu boleh diutamakan dari urusan-urusan lain supaya mudah untuk ahli parlimen lain mempelajarinya untuk pembentangan Private Member's Bill pada masa akan datang. Tetapi ada pihak yang tak tentu pasal menuduh Khalid menolak RUU tersebut.
2) Yang membawa usul supaya ia dipercepatkan ialah wakil Penggerang, Datuk Seri Azalina Othman Said. Ini lagi pelik dan macam tak percaya. Mungkin PAS terlupa nak menasihatkan ahli-ahli parlimen wanita UMNO supaya datang ke parlimen menutup aurat. Sedangkan di dalam Islam ulama-ulama fiqh menyatakan menutup aurat itu WAJIB. Kalau ya pun nak bersandiwara, suruhlah ahli parlimen yang lebih bersopan untuk membawa usul berkenaan....
3) Marang kemudiannya memohon pembentangan RUU itu ditangguhkan sehingga sidang Parlimen berikutnya pada Oktober nanti. Paling pelik. Dia mencadangkan, dia mohon menangguhkan, Supaya tak diperpanjangkan hari ini kerana akan menyebabkan BN berantakan setelah MCA juga menentangnya(?)
Kemudian timbul pula tuduhan-tuduhan di laman sosial golongan tegar PAS menyatakan AMANAH tolak hudud. Malah sebelum ini pun dah dituduh sebagai balaci DAP kerana bersekongkol menolak hudud.
AMANAH tidak pernah menolak hudud, tetapi AMANAH tidak percaya UMNO menyokong hudud. AMANAH berpegang kepada fatwa Ketua Ulamak Sedunia, Syeikh Yusof Al-Qardhawi, yang menyatakan "tegakkan kehidupan Islam terlebih dahulu, bukan HUDUD.
Di negara ini bukan sahaja bukan Islam, DAP, MCA dan MIC tak faham hudud, UMNO sendiri belum faham mengenainya. Perlaksanaan hudud bukan main belasah sahaja, ia perlu perancangan, perlukan pendidikan terlebih dahulu, malah kehidudpan Islam perlu ditonjolkan terlebih dahulu. Sehingga hari ini, Kelantan pun masih gagal untuk menunjukkan sistem kehidupan Islam yang baik malah isu-isu pembalakan haram dan kehidupan mewah pemimpin-pemimpin PAS di negeri menimbulkan tandatanya apakah benar PAS sudah melaksanakan kehidupan Islam di sana?
Tiba-tiba bising nakkan hudud, atau ia hanya agenda untuk menutup kelemahan-kelemahan PAS di negeri yang diperintah PAS yang hutangnya kini lebih dari RM1.3 bilion berbanding Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP dengan hutangnya hanya RM69.3 juta? Negeri mana yang lebih Islamik pemerintahannya atau Islam menggalakkan hutang seperti Kelantan?
Berbalik kepada hudud, Haji Hadi sendiri pernah menyatakan Hudud Bukan Agenda Utama.
Hari ini, Ketua Pemuda PAS sendiri mengakui bahawa PAS akan guna hudud bagi PRK yang akan datang ini. Hudud dijadikan bahan dagangan untuk 'melariskan' sokongan terhadap PAS dan UMNO. Alangkah buruknya sifat sedemikian. Menjual agama untuk kepentingan politik.
Jelas hudud bukan kerana Allah, tetapi untuk menipu rakyat dan meraihkan sokongan. Al-Quran mendedahkan ...
Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri mereka sendiri sedang mereka tidak sadar. Al-Baqarah:09
Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS akan terhukum di dunia (ditipu UMNO) dan di akhirat (kerana menipu untuk habuan dunia).
IKLAN BERBAYAR

CATATAN SENJA DI PARLIMEN
Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu, saya menyentuh soal memperundangkan syariah dengan melihat halangan-halangan perundangan yang menyekat proses memperundangkan hukum hudud.
Ada dua isu iaitu, dalam konteks mafhum Syariat ia perlu dilihat luas mencakupi aspek pencegahan, pendidikan dan infra perundangan.
Kedua ialah, melalui proses memperundangkan syariat ia perlu melalui legaslatif dan kemudian diadaptasi ke peringkat negeri.
Apa yang berlaku di parlimen hari ini ialah aspek kedua iaitu dalam meminda seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 dibentangkan secara bil persendirian oleh wakil Marang.
Bagi saya ia peluang untuk dibahas secara demokratik dan proses menerima atau tidak juga melalui proses demokratik.
Pihak ahli legaslatif diberi ruang mengkritik dan membahas isu syariah dalam kerangka memperundangkan dari sudut kerangka perlembagaaan dan halangan-halangan secara perlembagaan dan bukan sentimen menerima atau menolak secara emosi.
Malangnya usul persendirian yang jarang mendapat perhatian Speaker disiakan dengan Marang sendiri minta ditangguhkan perbahasan.
Ini bermakna kenyataan bil persendirian dizinkan untuk dibentang dalam hal undang-undang syariah seksyen 355 tanpa bahas boleh terdedah kepada berbagai manipulasi.
Yang menentang akan jadikan ini sebagai muqaddimah pada hudud manakala yang menyokong akan menjadikan isu ini sebagai bahan kempen PRK dan untuk konsumsi ahli parti manakala yang betul-betul mahu melihat perincian dan penjelasan tidak dapat membuat apa-apa rumusan kerana proses ini masih tergantung.
Apapun diharapkan akta berkenaan dengan hak muslim untuk mengikut hukuman jenayah syariah tidak dieskploitasikan untuk tujuan politik sempit apatah lagi untuk tujuan kempen PRK yang terdekat ini.
Jikalau ini berlaku maka agama akan 'dijual' sekali lagi untuk 'melariskan' sokongan yang bakal diraih.
Saya menunggu perincian Marang dan mahu membahasnya dalam korum parlimen supaya peranan demokrasi tidak membelakangkan keperluan perundangan syariah sebagai sebahagian dari atur mainan demokrasi.
Sebagai demokrat yang muslim, saya akan menyokong perbahasan yang bebas, adil dan bertanggungjawab yang akhirnya menelurkan satu keputusan seperti mana-mana rang undang-undang.
Tetapi saya bantah jika usul Marang dibuat sebagai bahan kempen untuk mengukuhkan kedudukan partinya atau untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Semua pihak yang berkolobrasi untuk tujuan politik sempit atas nama memperundangkan syariat bukan sahaja tidak ada moral tetapi telah 'menjual agama' untuk tujuan politik.
Saya harap ianya tidak begitu walaupun sejarah 'jual agama' sinonim dengan beberapa kelompok umat beragama termasuk Islam.
Sememangnya RUU persendirian pindaan Seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 masih lagi dalam kekaburan.
Catatan Parlimen
26 Mei 2016
Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia
ULASAN GB
GB dah banyak kali ulas bab hudud ini. Ia bukan hudud, tapi pindaan EKJS. Digembar-gemburkan ia sebagai hudud kononnya nanti untuk memerangkap mereka yang menolak usul berkenaan sebagai penentang hudud.
Ada beberapa yang menarik hari ini:
1) RUU itu pada awalnya disenaraikan sebagai agenda terakhir, tetapi ia dipercepatkan. Ia amat mengejutkan. YB Khalid Samad, MP Shah Alam bertanya mengenai pertimbangan-pertimbangan yang digunakan sehingga Private Members' Bill itu boleh diutamakan dari urusan-urusan lain supaya mudah untuk ahli parlimen lain mempelajarinya untuk pembentangan Private Member's Bill pada masa akan datang. Tetapi ada pihak yang tak tentu pasal menuduh Khalid menolak RUU tersebut.
2) Yang membawa usul supaya ia dipercepatkan ialah wakil Penggerang, Datuk Seri Azalina Othman Said. Ini lagi pelik dan macam tak percaya. Mungkin PAS terlupa nak menasihatkan ahli-ahli parlimen wanita UMNO supaya datang ke parlimen menutup aurat. Sedangkan di dalam Islam ulama-ulama fiqh menyatakan menutup aurat itu WAJIB. Kalau ya pun nak bersandiwara, suruhlah ahli parlimen yang lebih bersopan untuk membawa usul berkenaan....
3) Marang kemudiannya memohon pembentangan RUU itu ditangguhkan sehingga sidang Parlimen berikutnya pada Oktober nanti. Paling pelik. Dia mencadangkan, dia mohon menangguhkan, Supaya tak diperpanjangkan hari ini kerana akan menyebabkan BN berantakan setelah MCA juga menentangnya(?)
Kemudian timbul pula tuduhan-tuduhan di laman sosial golongan tegar PAS menyatakan AMANAH tolak hudud. Malah sebelum ini pun dah dituduh sebagai balaci DAP kerana bersekongkol menolak hudud.
AMANAH tidak pernah menolak hudud, tetapi AMANAH tidak percaya UMNO menyokong hudud. AMANAH berpegang kepada fatwa Ketua Ulamak Sedunia, Syeikh Yusof Al-Qardhawi, yang menyatakan "tegakkan kehidupan Islam terlebih dahulu, bukan HUDUD.
Di negara ini bukan sahaja bukan Islam, DAP, MCA dan MIC tak faham hudud, UMNO sendiri belum faham mengenainya. Perlaksanaan hudud bukan main belasah sahaja, ia perlu perancangan, perlukan pendidikan terlebih dahulu, malah kehidudpan Islam perlu ditonjolkan terlebih dahulu. Sehingga hari ini, Kelantan pun masih gagal untuk menunjukkan sistem kehidupan Islam yang baik malah isu-isu pembalakan haram dan kehidupan mewah pemimpin-pemimpin PAS di negeri menimbulkan tandatanya apakah benar PAS sudah melaksanakan kehidupan Islam di sana?
Tiba-tiba bising nakkan hudud, atau ia hanya agenda untuk menutup kelemahan-kelemahan PAS di negeri yang diperintah PAS yang hutangnya kini lebih dari RM1.3 bilion berbanding Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP dengan hutangnya hanya RM69.3 juta? Negeri mana yang lebih Islamik pemerintahannya atau Islam menggalakkan hutang seperti Kelantan?
Berbalik kepada hudud, Haji Hadi sendiri pernah menyatakan Hudud Bukan Agenda Utama.
Hari ini, Ketua Pemuda PAS sendiri mengakui bahawa PAS akan guna hudud bagi PRK yang akan datang ini. Hudud dijadikan bahan dagangan untuk 'melariskan' sokongan terhadap PAS dan UMNO. Alangkah buruknya sifat sedemikian. Menjual agama untuk kepentingan politik.
Jelas hudud bukan kerana Allah, tetapi untuk menipu rakyat dan meraihkan sokongan. Al-Quran mendedahkan ...
Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS akan terhukum di dunia (ditipu UMNO) dan di akhirat (kerana menipu untuk habuan dunia).
51 ulasan:
Ini jelas mainan politik Umno. PAS terperangkap lagi. Kempen nanti Umno akan kata "Kami bukan tak sokong Hudud, tengok kita beri laluan untuk RUU didebat dalam parlimen." PAS pula akan syiok sendiri dengan kempen hudud mereka. PKR menjadi serba salah - sokong PAS maka hilang undi bukan Melayu. Jika putus hubungan dengan PAS, maka dituduh tak mahu hudud. Amanah pun boleh terperangkap.
ELOK PH JANGAN BICARA HAL HUDUD DALAM KEMPEN NANTI. ATAU MESTI PANDAI BERHUJAH. KEMPEN ISU EKONOMI, RASUAH, GST DLL. SALAH LANGKAH MAKA TERPERANGKAP.
Datang Oktober isu hudud akan dilengah-lengahkan lagi di Parliamen. PAS akan tertipu sekali lagi. Isu hudud tidak akan diteruskan...
Malangnya, bukan PAS dan penyokongnya sahaja rakyat juga yang turut tertipu dengan strategi Umno ini....
Sidang lepas pergi makan sushi, sidang ni minta tangguh pula.
Jadi modal utk kempen.
Gumbira, gumbira.
Di Sarawak sikit pun tak sebut hudud krn nak pancing undi Kristian. Tiba2 di PRK Sg Besar dan KK hudud akan muncul kembali. Klu ini bukan mempergunakan agama utk tujuan politik, apalagi?
Ulama pas memang suci mulia
Yang suci mulia mesti ulama pas
Mereka setiasa betul, yang Tak betul tu mesti Cina kapir yang hina agama
Pas adakah parti politik??
Pas adalah parti Atau agama??
Eloklah la tu...kalo Mat Sabu n Nizar menang PRK nie bole berhujah berbahas secara anak jantan dan Allah Maha Mengetahui Segalanya.
Bangang adalah perkataan yg tepat untuk Nik Abduh bila beliau mengatakan kerjasama dengan UMNO adalah kerjasama strategik demi kepentingan umat Islam di Malaysia. Tidak mungkin UMNO jujur dalam perlaksanaan Hudud. Tidak mungkin. UMNO lebih mementingkan undi Melayu dari Islam. UMNO lebih mementingkan survival politik dari memelihara hukum agama. Tindakan UMNO ini adalah untul meraih simpati PAS agar undi Melayu tidak berpecah, untuk menjauhkan Melayu dari DAP dan PKR dan yg paling utama PAS akan berpecah dan holang dari peta politik Malaysia. Kepimpinan PAS gagal membezakan kepentingan politik demi masadepan agama yg lebih mantap dan berpanjangan. Tanggungjawab terhadap agama bukan ditentukan semata-mata dengan perlaksanaan hudud tetapi kebolehan menjadikan agama sebagai rahmat seluruh alam. Satu pertanyaan untuk Nik Abduh, bolehkah kita mendirikan mesjid dengan bekerjasama dengan perompak yg aktif merompak harta awam ? Mungkin niat mendirikan mesjid itu murni tetapi perompak bukanlah rakan untuk bekerjasama.
Bila lebai sarkas berpolitik..
Husam rayu batalkan pemecatan beliau?minta tuan gb ulas sikit bab ni.hairan juga nampak husam spt terhegeh hegeh pulak nk kembali kepada pas.apa dah jadi dgn husam ni?mmg pelik, rakyat punya la besar harapan supaya husam masuk Amanah tp lain pulak jadi nya. Hampa btl aku dgn husam. Hrp ada perubahan lebih baik tp hampa...apa lagi walaon semua melalak la kata husam br sedar dan nk balik pada pas.secara otomatiknya spt pas pulak hebat.. Bangga la hadi....hebattttt depa ni...
Nampak sangat hudud mainan politik
Komisyen pilkuda dibawa ke London
Berjoli sakan 'semput' di Turki
Penyamun pencuri bahagia sedondon
Nak ber 'hudud' sakan geli-geleman nya dihati
Mrk menipu diri sendiri
Menipu tak sedar sampai kemati
Itu lah janji suratan ILAHI
Mukjizat yg terang tak perlu diragui!
Yang aku tahu, the story is PKR kena terajang. Terjelepok depan pintu...
Ini permainan PAS UMNO.
PAS tidak tertipu dalam permainan yang telah di aturkan.
DAP kena buat sesuatu supaya MCA bersuara. Jika tidak teruk AMANAH di uli-ulikan.
Betul tu
Sepatutnya UMNO yang buat hudud di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Apa kena mengena hudud Kelantan dengan negeri lain.
Bentang hudud dapat title ulamak.
Macam tu Azlina pun ulamak lah...
PAS ... ehmm, kira barua lah.
Sungai Besar ada ikan bakar jer...
Bagi Mat Sabu dan Nazar peluang menyokong hudud di Parlimen.
PAS kena uji mereka berdua samada sokong hudud atau tolak hudud apabila di bentang untuk mengelak menuduh mereka tidak sokong hudud.
Tak boleh merompak untuk dirikan mesjid... mana ada mesjid guna kayu balak.
Bukan UMNO sahaja yang perlu undi melayu, PAS pun terdesak perlukan undi melayu.
Mesjid akan digunakan untuk lebai sarkas buat persembahan.
Dulu tak dapat tauliah sekarang pun tak dapat tauliah sebab hudud punya pasal PAS tak ada tauliah pun boleh guna mesjid.
Tak silap beberapa menteri UMNO ada beri kenyataan apabila hudud gagal di bentang mengenai ketidak-sesuaian hudud dengan masyarakat di Malaysia.
Bila pegang anjing, semua alim ulamak bagi pandangan dan membantah macam satu dosa yang tidak boleh diampunkan sedangkan anjing lah juga yang menyelamatkan bayi yang di tinggalkan terbiar dan boleh di samak.
Hudud jika di permainan dan di kendalikan untuk kepentingan politik lagi teruk dari pegang anjing.
Bawa lah isu apa pun...bn akan menang di kuala kangsar... pembangkang pecah dua...sendiri mau ingat..sapa.yg dapat kelebihan tu nanti...
Apakah peluang Husam rayuan nya diterima sedangkan Husam berterusan bantai PAS dengan isu Balak dan kegagalan PAS Kelantan mengawal hutan.
Tindakan Husam bukan nak tunjukkan PAS hebat tetapi menunjukkan PAS bukan parti berlandaskan Islam kerana mereka yang di hukum ke tali gantung pun di beri hukuman yang lebih ringan.
Jika Hadi hebat, kenapa Hadi diam ? Sebab Hadi tahu dia di kenakan oleh Husam.
PAS juga tak boleh mendesak Husam letak jawatan sebagai ADUN. Bagaimana Husam nak letak jawatan sebab dia ingin kembali pada PAS. Kalau PAS inginkan sangat kerusi ADUN, batalkan sahaja pemecatan Husam.
Sekian.
Satu perkara perundangan yang diberi salutan kosmetik syariat sedang dijaja sebagai arahan ugama kemudian diperdagangkan kepada umum menjadikan semua itu sebagai komoditi politik untuk meraih habuan dunia. Maka terpengaruhlah makcik dan pakcik, ustaz dan ustazah, lebai dan kiai dengan sebab musabab tersendiri. Ada yabg terpengaruh kerana jahil dan mudah ditipu dengan serban dan jubah, ada yang menyokong kerana habuan dunia, ada yang menyokong kerana tidak berani menyanggah amanat tok lebai kerana tok lebai menjanjikan neraka kepada penentang dan akhirnya kerana nampak dan telah merasai kemanisan daki dunia yang selama ini dinikmati musuh ALLAH S.W.T.
Pas di bodohkan utk kali keberapa entah....
Lebai yg tahu mainan politik...
Org kelantan mangsa banjir dpk dlm khemah dah 2tahun
Mana hudud
Kenapa tak hududkan mb kelantan
Alhamdu lillah. Baru dapat bentang. Insya Allah kami yang beragama Islam akan terus memberi sokongan agar undang-undang Islam akan terlaksana di bumi Malaysia yang asal usulnya Tanah Melayu. Ayuh penganut Islam, beri sokongan kepada agamamu.
Lawak betullah PAS ni! Sendiri bawa masuk usul sendiri yang minta tangguh. Kalau macam ni baik tak payah bawa masuk usul tu kalau tuan empunya badan pun tak faham atau arif tentang usul yang dia nak mesukkan dalam Parlimen. Inilah dia taraf "bangang" ahli2 Parlimen PAS ni. Masuk Parlimen bukan nak berkhidmat untuk rakyat tapi nak berjoli, makan angin, duduk goyang kaki dan cukup bulan amik gaji dan elaun. Tak pernah serius nak buat penelitian, kajian, pencarian fakta dan pengumpulan maklumat bagi digunakan dalam perbahasan Parlimen.
Datang Parlimen saja tunjuk muka pastu tidur dengan mata terbuka. Sidang2 yang lepas pun dah menelanjangkan akan "ketidakmampuan" serta "kekurangan IQ" yang amat kronik dikalangan MP2 PAS ini. Ia terbukti apabila sidang sedang membahaskan tentang kemasukan bank2 dan badan2 kewangan asing yang berkemungkinan menjejaskan kedudukan bank2 tempatan, ada seorang MP PAS yang bangun bertanya tentang kebanjiran pekerja2 asing yang jauh tersasar dari topik perbahasan. MP PAS itu yang konon2nya hendak menunjukkan kecerdasannya dalam berbahas terus duduk malu apabila timbalan speaker megarahkan timbalan menteri yang diajukan soalan itu supaya tidak menjawab kerana soalan tu secara kasarnya adalah soalan bodoh yang mungkin dikeluarkan oleh seseorang yang terbangun dari tidur dan tak tahu apa2 terus menyampuk perbahasan.
Orang jadi MP dia pun nak jadi MP tapi bangang. Kesemua ahli2 parlimen PAS hanya duduk makan gaji saja tanpa membawa apa2 manafaat kepada rakyat. Manafaat untuk Islam? Usul akta 355 tu pun diaorang sendiri minta tangguh, jadi apa yang boleh diharapkan lagi dari MP2 PAS untuk menegakkan Islam? Ini kah orang2nya yang akan menegakkan Islam? Nak tegakkan nilai Islam dalam diri sendiri seperti bijaksana dan bertanggungjawab atas amanah setelah dilantik MP pun tak dapat nak pikul. Nak bawak Hudud? Mungkin berlaku selepas PAS berjaya menjadi kerajaan dan berkuasa keatas negara. Oppps... bukan ke PAS yang cakap bahawa ia tak mahu kuasa hanya mahu menjadi penasihat kepada UMNO. Maka jawabnya Hudud tak akan dapat dilaksanakan pun sampai bila2 sebab PAS akan sentiasa jadi penasihat je. Kena tipu bulat2 je pengikut2 Hj hadi and geng!
Nick.
Cape Tiger.
Betul la saudara. Tiada siapa menipu siapa dalam soal ini. Pas berusaha nak bawa usul ruu, sampai gilirannya maka ia dibatalkan, tetapi oleh kerana kesuntukkan masa, maka pas minta tangguh. Okt nanti bentang semula. Ada penipuan ka di sini? Jgn bnyk buat analisa yg menipu la...
Aq baca komen2 teringat hadis nabi
...zaman membenarkan apa yg nabi kite smpi kan...hahahaha..
Ini celaka punya manusia.Guna Ugama dan Ayat Allah untuk kepentingan politik duniawi.Allah Amat mengtahui amal perbuatan kamu.Jangan kamu mampus sebelu bertaubat.
Tanpa nama 8.12...kalau berpolitik setahun jagung tak payah komenlah..permainan hudud dan dijaja utk raih undi saja..kalau pas betul2 nk islam kenapa tak laksana islam betul2 di kelantan mcm zaman TGNA..sekarang mcm2 masalah moral,sosial,pecah amanah berleluasa di kelantan..lihat negeri Acheh bila ikhlas tegakkan islam,islam makmur dgn cara hidup islam di sana...berbeza sgt dgn kelantan,pemimpin bermewah2,curi balak haram merata2...islam apa mcm ni..pembohong rakyat.
Yg ditipu pun bukan org lain.semuanya walaunta, walakeldai, walakontol dan walapuki pas juga.
Nak jadi ulamak tak susah...lilit kepala dgn kain putih besar2 mcm bawang besar & pakai baju kelawar besar labuh2...dptlah title ulamak dari puak2 tu...tak tahu ckp arab tak apa..diam saja dan berlakun jadi org bisu.
Itu pasal lah...tak payah nak permainkan hudud.
Bentang lah hudud pada bulan oktober. Banyak masa untuk dibahas.
Ini bentang bulan ini bahas bulan Oktober.
Presiden kau yg cadang..parlimen minta bahas..presiden kau mintak tangguh pulak sampai oktober..gila ke apa..bukan kesuntukan masa lah baghal..mainan pas dan umno utk pilihanraya kecil nanti..
Sesiapa rasa dekat nak mati atau fikir kan bila-bila boleh mati dan takut nya mati dalam keadaan tolak hukum, bawa bertenang.
Ini cerita bulan oktober. Yang mati bulan oktober dan matinya dalam keadaan tolak hudud, itu baru berdosa.
Tukang bawak hudud yang dah beberapa kali masuk hospital jantung pun boleh tangguh-tangguh, tak pulak dia rasa berdosa kerana menagguhkan benda yang dah beberapa kali di usul, apa cerita?
Dah ada peluang utk bahaskan..kau mintak tangguh pulak..dasar ulamak plastik..mainkan ugama..
Bukan dibodoh lagi tapi dah di sesatkan....
Dari sungguh-sungguh nak buat hudud jadi mempermainkan hudud.
Mudah-mudahan dengan terlaksana nya hudud, tidak ada lagi keluarga yang makan nasi dengan garam. Betapa susahnya rakyat mudah-mudahan tak sesusah mengumumkan bayaran zakat fitrah sebelum menjelangnya Ramadhan. Mudah-mudahan juga tahun ini Kelantan tidak di timpa musibah banjir sebagaimana yang lepas sebaik sahaja hudud di luluskan, entah macamana Kelantan boleh banjir. Mudah-mudahan pada bulan oktober, semua orang Islam tidak ke Jepun. Mudah-mudahan Azlina keluarkan air mata kesyukuran seperti mana pemimpin UMNO terkeluar airmata semasa membahaskan hudud di Kelantan. Mudah-mudahan Allah tidak berikan kemenangan kepada sesiapa yang mempermainkan hudud.
Mudah-mudahan saudara tolong amin kan semasa solat jumaat nanti.
Kena di tangguhkan.. bukan sampai bulan oktober tetapi sampai pru..mana tahu ditakdirkan dengan izin Allah AMANAH yang menang dan berkuasa di Kelantan.....
PRK pun ditangguhkan apalagi nak PRU..
Saya nak tanya sikit je. Harap ada orang dapat
menjelaskan kepada saya.
APA HUKUM dalam HUDUD bagi mereka yang mempermain
atau menggunakan HUKUMAN INI untuk tujuan POLITIK...???
* Potong lidah.....???
* Potong jari.....????
* Rejam dengan batu sampai bengkak.....???
Tuan, saya yang kurang arif ini sekadar memberi pandangan mengikut apa yang saya faham.
Masa Nabi saw sampaikan ialah supaya kita mengelakkan dan bukan membenarkan apa yang Nabi saw sampaikan.
Jika tidak semua ulamak akan jadi macam ini sebab Nabi saw pernah sampaikan di akhir zaman ulamak hanya mengejar dunia. Itu sebab ulamak jenis ini ada sebab alasan Nabi saw kalau sampaikan memang benar.
Wallahualam. Mohon maaf.
Maaf semua...PAS adalah parti yang menggunakan Islam secara berpilih-pilih.
PAS adalah untuk orang orang yang tidak mahu berfikir...sebab tu pemimpin2 nya senang memperbodoh bodohkan pengikut2 fanatik nya yang belum tentu faham Islam yang sebenar. Lagi bodoh dan tidak berpelajaran lagi suka PAS berkuasa dan teruskan menakut-nakutkan pengikut nya pasal seksa akhirat.
Selagi ada orang bodoh selagi itu PAS berkuasa....dan UMNO sekarang ni pun tidak ada kurang
nya...cuma DEDAK di-gunakan dan NAJIB dan Menteri nya memakai kopiah putih dan jubah untuk
mencantikan imej ala2 orang beriman....sungguh JIJIK permainan mereka.
Sape rogol balak..dapat di hudud kan.
Kak minah
Hadi penah kapirkan umno (utusan melayu )
Mcm dia tuhan tahu siapa waraq dan siapa kapir
--- kak minah ---
Dah jelas celaka serban tinggi yg sama mencelakan hukum tuhan . Jgn heran kak minah
Namunhagi oemimpin PAS sebarang penipuan ke atas mereka adalag nikmat...
Pas akan terus ditipu umno sampai hari kiamat dan Pas pula akan menipu ahli2 mereka juga sehingga kuamat tiba.Hudud akan terus jadi bahan dagangan umno dan Pas.
Pas pun Sama.. Parti melayu.
Pas bukan dibodohkan, tetapi bersama Ummo nak bodohkan rakyat
Najib kata,saya TAK kebas 2.6 B,tak caya TANYA hADI.
Hadi kata,saya nak buat HUDUD,TAK caya tanya Najib.
Ahli PAS kata:tenguk tu! ulamak kami beriya-iya nak buat hudud,sanggup berdakwah hingga ka Japun.
Ahli umno kata,Tenguk tu Najib,perihatin kat pelarian pelastin,sanggup bederma kat orng2 islam tertindas. Seperti yg menerima derma terbesar ialah riza Aziz.orng islam pertama buat film xxxx hollywood.bangga melayu islam tu!!!.
Rakyat kata: ciss lahanat/lahabau punya kedua-dua pemimpin.buat kan hidup rakyat menderita.
Najib dan Hadi:hehehehh....laughing happily to the banks.(mapooslah ko orng gaduh same sendiri..aku dan hadi sedang kira duit derma).
Biarkan UMNO dan PAS gunakan isue ini dalam kempen PRK yang terdekat ini kemudian kita tunggu hingga oktober 2016 nanti apa akan berlaku dengan RRU yang akan dibahaskan jika benar UMNO ikhlas RUU ini akan mudah diterima oleh semua yang menyokong dan ditolak oleh yang tidak menyokong dengan alasan mereka sendiri tapi jika sebaliknya berlaku kita lihatlah nanti UMNO dan PAs akan terima balasan dari Allah pada PRU14 kerana parti berdua ini telah mempermainkan hukum Allah ameeeeen.
Umno menang di dua dua prk.... harap harap bt PRU 14 awal.... malas nk lihat sanggul besar. Meluat sgt sgt
Catat Ulasan