1 Jun 2016

Kostum "Pahlawan Melayu" Muktamar PAS Jadi Bahan Lucu Oleh Netizen

Gambar-gambar sekitar Muktamar Pemuda PAS yang berlansung di Kelantan hari ini yang menyaksikan kelainan apabila pemimpin kanannya tampil dengan pakaian seperti pahlawan Melayu telah menjadi viral di media sosial.

Penampilan ketuanya Nik Abduh Nik Mat yang sebelum ini selalu tampil berkopiah hari ini nyata berbeza yang mana beliau hari mengenakan bertanjak dan menyelit keris di pinggang.

Keadaan ini berbeza dengan sebelumnya apabila pemimpin PAS lebih selesa dengan imej biasa mereka berkopiah putih, berserban dan berjubah.


Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Ketua Pemuda Muhammad Khalil Abdul Hadi dan naibnya, Khairul Nizam Khirudin turut berpakaian demikian.

Ke empat-empat mereka diarak bagaikan pahlawan Melayu dalam majlis perasmian muktamar Dewan Pemuda Pas yang berlangsungnya petang ini.

Tampak seperti peragaan pakaian beragam, kata seorang netizen. Macam-macam warna ada.

Namun ia juga menjadi bahan lucu kepada netizen lain yang rata-rata melihat pakaian "pahlawan Melayu" yang dikenakan gagal apabila aura sekeliling tidak dipadankan dengan pakaian berkenaan.

Sebagai contohnya Unit AMAL masih berpakaian moden dengan warna merah hatinya dengan tidak bertombak dan tidak berlembing sepertimana yang terdapat pada hulubalang-hulubalang zaman silam.


Begitu juga suasana dalam dewan yang rata-ratanya adalah berkonsepkan modenasasi dan "pahlawan-pahlawan" ini duduk di kerusi empuk yang tidak berlaku di zaman silam. Sehingga ada yang memberi komen: "Mujur tak tertikam keris di perut bila duduk di kerusi empuk itu".


Ada yang memberikan komen-komen lucu hasil dari gambar-gambar yang diviralkan itu. Misalnya ada yang membuat persamaan dengan Pendekar Mustar bersama-sama dengan tiga pahlawan di dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Allahyarham P.Ramlee.:


Ada pula yang menyamakan pakaian pemimpin PAS itu dengan pakaian pemimpin UMNO yang mengenakan kostum yang hampir serupa.


Malah ada yang menyatakan bahawa pakaian pahlawan PAS itu adalah gambaran kepada persamaan perjuangan PAS dan UMNO masakini.

Tidak kurang juga ada yang memberi persepsi dan interpretasi yang lebih jauh, apakah tema ini sebagai satu "amaran" untuk permulaan perang antara kaum di negara ini?

Ada pula yang agak nakal sedikit menyamakan pakaian itu dengan pakaian yang pernah dipakai oleh Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.


Tetapi ada yang jauh lebih melucukan. Ia tertumpu kepada kostum Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggunakan dua keris.


Dan "anugerah foto paling lucu" pula yang dipilih oleh warga siber ialah juga foto Timbalan Presidennya juga dimana seorang "pahlawan Melayu" memberi tabik... sehingga ada yang memberi komen, agaknya dulu begitu Sultan Melaka beri tabik hormat kepada Hang Tuah yek ...


Demikian episod lucu dan bahana yang menimpa PAS setelah ketiadaan atau kekurangan golongan profesyenal di dalamnya. Mentaliti zero, kata seorang facebooker. Mahu membawa PAS ke era dulu-dulu, era kurang bertamadun, kata seorang yang lain.

Ini muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan selepas golongan progresif meninggalkan untuk membentuk Parti Amanah Negara.

Muktamar ini berlangsung menjelang dua pilihan raya kecil bulan depan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang ditandingi mereka. -GB

66 ulasan:

Saiful berkata...

Kah222.. Buang tabiat..tu pun geng utara dok sokong lagi..melayu bukan kat baju ..tu bawa keris tu salah ..senjata..kah222222.. dey kabaliii

Unknown berkata...

Pahlawan Melayu brgabung dgn Pahlawan Bugis lwn ultra man.

Tanpa Nama berkata...

After all that Malaysia and Malaysians have had to face in the last one year plus due to the 1MDB, GST and whatnot, it is time for some good laugh! Really. Thank you pas.

Tanpa Nama berkata...

Pas SAH dah jd umno! Tahniah

Unknown berkata...

Salam:



Pada mamat PAS,Wa,tabik SPRIIIIING sama u all.Salam pada wan Rosli pejuang hudud versi baru,
Kita berkawan dengan umno kerana kerana dia mengekalkan undang-undang penjajah,kita berjiwa melayu,sebab melayu umno dah membenarkan kita mencipta sejarah membentangkan...undang2 hudud...oooops sorry ruu355.


IDUP MELAYU..IDUP UMNO IDUP pas....last sekali idup islam..allah huakbar.

TQ..GB...JOKE OF THE DAY.

Unknown berkata...

Minum air ketum / tertelan pil Kuda

Unknown berkata...

Pas dengan agenda ketuanan melayu versi hadi marang..

Unknown berkata...

Lebih umno dari umno..
Umno pun tak pakai keris

Ha3
Lucu2
Buang tabiat kot

Tanpa Nama berkata...

Mabuk pil kuda semua tu..hahaha. Simbol ketololan otak siku lutut PAS terbaru kih kih kih. Afhdal

Unknown berkata...

Sudahlah PAS ! tak payah nak bikin gimik,berlakonlah!

Pahlawan melayu konon...poorah cit!
Pahlawan melayu suka makan dedak bolehlah. Demi wang ringgit, pangkat..sanggup gadaikan maruah Islam ya....puii!

Tanpa Nama berkata...

Sampai 2 blah keris....yg terse lit..... yg di gengaman...... kelucuan apakah ini....ulamak pas dh jd pendekar ala ala buying lupus...

Tanpa Nama berkata...

Adoii, inikah hulubalang2 kpd Sultan Jibby Putrajaya?

Tanpa Nama berkata...

Hadi kenalah letak keris atas tanjak pulak!!!!

Malaysiabaru berkata...

Mana pergi serban

Mcm umno dah

Confirm mp pasir Mas Nik aBUDoh

Pak pandir ...

P.s azmin hapuskan pas sebelum terlembat.. Inilah peluang utk party bilang kaum pkr jd juara.. Cepat min hgapuskan pas lunyai

Tanpa Nama berkata...

Ketibaan Hadi akan di pikul dengan tandu.

Macamana lah pulak pakaian Permaisuri dan Puteri-Puteri PAS?


Tanpa Nama berkata...

Azmin macai pas.mana mau hapuskan pas.kahkahkah

air gunung berkata...

Ini rupanya idea canggih lagi angkasa dr pemuda PAS yg baru...
Bdk sekolah menengah biasa dah kuar idea mcm neh...
Tlg laa PAS oiiii...

Tanpa Nama berkata...

Sampai 2 blah keris....yg terse lit..... yg di gengaman...... kelucuan apakah ini....ulamak pas dh jd pendekar ala ala buying lupus...

Tanpa Nama berkata...

Dulu suruh sanding atas pelamin, tak nak.

Tak Islam...

Tanpa Nama berkata...

Simbolik untuk menggerunkan lawan supaya jangan mencabar walaun...kah..kah..kah.

Tanpa Nama berkata...

barangsiapa yg menjelek-jelekkan perbuatan dosa yg dilakukan oleh saudaranya, maka ia tidak akan mati sampai ia melakukannya.maksud hadis. dah buang tabiat. betulah kt abg mat sabu. muktamar lepas baca DOA, muktamar kalini baca talkin. dulu kuat Sgt Serang umno, NK matini ikut perangai umno.

Gedohom berkata...

hangpa 4 org ni dah jadi bahan lawak 1malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Kasi ajar sama DAP.

Tanpa Nama berkata...

Ha...ha,...ha...ha pelik betul geng PAS ni....

Jangan risau Presideng akan datang kemudian dengan jubah dan menaiki UNTA. Bukan lagi keris tetapi PEDANG padang pasir.

Setahu kami kat padang pasir depa tak pakai keris....

Berlakon betul puak2 ni.... pandai pun...

hipokrit semua...

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf.

Memang para sultan membawa dua senjata. Satu keris baginda dan satu keris, kalau tak silap selundang...kurang pasti. Tetapi keris yang panjang adalah kepunyaan kerajaan dan lambang pemerintahan raja jajahan tersebut. Ianya keris adat istiadat dan hanya pembesar di raja yang membawanya.

Persoalannya apa sudah jadi pada bulan yang bulat putih yang selama ini lambang PAS?

"Nukilan - Aku Prihatin" berkata...

Hahaha ... No further comment.

Unknown berkata...

Itu keris double barrel. Habis la PH kali ni. Ya Ampuuunnnn!!!!

bijak berkata...

bodoh...

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni pakaian rasmi muktamar boleh tukar dah pakai songkok tinggi

Tanpa Nama berkata...

Ini peluang terbaik untuk Azmin dan PKR tinggalkan Pandikar-Pandikar PAS.

Tanpa Nama berkata...

Pakai kasut doc marten ka apa tu? Capal mana? Pakailah capal

Tanpa Nama berkata...

Tahniah pada Pas kerana telah dimelayukan (diUMNOkan?). Macam majlis ijabkabul la pulak. Dah rasmi ke bergabung dgn umno? Hahaha

Tanpa Nama berkata...

semakin jelas.. tak dak pendirian.. tak dak halatuju.. bodoh sombong.. sapa dpt nama buruk?.. buruk nama Islam angkara pascai

Afif Rayyan berkata...

Melayu la sangat.. hmmm

Tanpa Nama berkata...

Kelakar jugak aksi si luncai-luncai ni...nasib baik aku dah kluar pas, buat malu kompoeni je...

Unknown berkata...

Kita semua dah faham TGNA.pandangan arwah kat umno. Mula2 nik abduh masuk politik aku dpt rasa dia akan terjemahkan pandangan TGNA kat umno pada perbuatannya.rupa2 dia bukan ikut sikap2 org tuanya.. rupanya sikap tuang presiden di jadikan contoh.masa org tuanya hidup lagi.. kata2 mula bias pd umno. Apa nak jadi kat nik abduh ni.. rasanya cita2 dia nak jadi MB kelantan mimpi je lah kot.. cengkaman nik amar di kelantan sukar utk nik abduh lawan..

Tanpa Nama berkata...

Pas nak lawan otomen tarooo

Tanpa Nama berkata...

Muktamar thn depan pakai spender otomen pulak....

Tanpa Nama berkata...

Kalau berserban berjubah dan berkopiah mereka buat tak betul dan cakap merapu, mungkin dengan berpakaian begini mereka berubah. Orang melayu yang berpakaian begini bahasanya cantik dan budi bahasa nya tinggi.

Masa berucap guna bahasa arab ke, bahasa lebai guna nas ke atau guna bahasa istana ?

tok janggut berkata...

SATELAH PUAK PENASIHAT DINASIHATI OLEH BN/UMNO MAKA PUAK PENASIHAT AKUR DAN MENYEDARI YG PUAK PENASIHAT SELAMA NI ADALAH MELAYU ..

Unknown berkata...

Masa kawan2 hantar gambar 4 pahlawan tu saya sangka gambaar diedit...rope2 sungguh..ish2

Unknown berkata...

Kumpulan 'DIKIR BARAT' PAS...........HAHAHA

Tanpa Nama berkata...

Udah mcm pendekar melayu.elokla pas kembali ke zaman gelap.sebijik umno konon perjungkan melayu padahal perjuangkan fulus.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah.Guano parok eangat puak2 ni.Maru (buang tabiat)dah ko. Lepah Tok guru Pak Nik tadak punah ranah abih dah PAS ni .Muka lagu ni tak leh nak arap jadi pemimpin.Jenis Ngor tak Ngor.Nampak gaya PAS akan jadi gemulah pah ni'Amo dan geng amo gelak sapa terkentut.Ha20000

Unknown berkata...

PUNK lima PUNK lima ni msk maharaja lawak ke.

Tanpa Nama berkata...



Ketua pemuda punya idea budak sekolah.

Kata Pas makin matang ttp fikiran level budak sekolah.

Macam nak buat pementasan bangsawan. Agaknya dr dulu bercita-cita nak jd pelakon tp takut dgn ATGNA.

Dulu org meluat tgk Hishamudin cium keris dlm PAU.

Skrg parti penasihat pun ikut.

Tiada idea dan wawasan yg bernas.



Tanpa Nama berkata...

tak perlu orang lain meriwayatkan siapa sebenarnya mereka ini lah wajah2 munafik dan jangan terkejut lepas ini agenda menegakan ISLAM akan dibakul sampah diganti ngan agenda MELAYU

Unknown berkata...

Salam Hormat semua dan selamat sejahtera, semoga Ramadhan mendatang membawa perubahan kepada kita kearah Islam Sebagai Cara Hidup,

1. Singapore sebagai 'Islamic City by Practice' no 7 manakala kita no 33 sudah memberi gambaran apa kah kita tidak memahami kebobrokan yang dilakukan olih umno selama ... 57 Tahun manakala kawan kita dalam PAS merayakan Muktamar ke 57 dengan gaya Pendekar 3 Abdul, paling tidak Ramlee, Azis, Sudin dan Pak Mustar mengajar kita melalui pandangan bernas mereka sedangkan puak2 pinpina PAS mengajar kita menjadi rasis,
2. Wajah dan karekter mungkin Qadharullah, bagaimana bisa TITM mirip Pak Mustar ? adakah sub-conscious mind orang no 2 ini sudah menjadi interpretasi sebenar Pak Lawak ni ?
3. Alhamdulillah Sdr2 semua dalam PH, harapan Negara, Agama dan Seluruh Bangsa di Negara ini.

Pictures tell 1 million words....

Tanpa Nama berkata...

guano gamok ni ?

Tanpa Nama berkata...

Tahun depan pakai kostum batman atromen dan spiderman pulak..

Tanpa Nama berkata...

Bila luncai jadi pelakun kalah ninja turtule...
Bila tua tak makan ajor jadi tolol

Tanpa Nama berkata...

Presideng dtg dgn pedang arab dan tunggang unta tp pakai selipar jepun sbb selalu ponteng parlimen pergi makang anging kat jepong.

Tanpa Nama berkata...

Dah berduyun duyun dah keluar pas..yg masih tinggal tu jenis2 jahil mcm ayam2 daging tunggu masa nk kena semelih.

Benbrahem berkata...

Kostium Dewa Kemakmuran sempena TBC dah dipakai. Sekarang 4 figura Pas pakai kostium pahlawan Melayu. Lepas ni apa pulak nak dipragakan? Ok apa kata Depavali nanti pakai kurta dan Krismas pakai Santa Claus.

Tanpa Nama berkata...

hebat kali ni gb,mencecah 50 comment.keranan nak menyaksikan peserta-peserta raja lawak mega buat lawak.

Saha berkata...

Siapalah yang dok atur ...misti ada mastermind, yg pelik nya mereka itu sanggup pakai macam tu....

Tanpa Nama berkata...

Ambe takleh tahan ketawa.. astaghfirullah.. apakah petanda yang tuhan tunjukkan kepada wadah PAS ini?.. adakah mereka mula cenderung kepada asobiyyah.. jika begitu maka jelaslah mereka telah terpesongg...

Al-Imam Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari Jundab ibn ‘Abdillah al-Bajali berkata bersabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera ‘immiyyah, mengajak kepada kepada ‘asabiyyah atau membantu ‘asabiyyah maka ia mati dalam jahiliyyah.” (Hadis Sahih Muslim, al-Imaarah, hadis 3440. (terdapat 14 riwayat tentang asabiyyah).

Dilarang segala bentuk ‘asabiyyah perkauman, kenegerian, bangsa, keluarga, kecuali kecintaan kepada agama Allah. Hanya bendera Islam yang diterima dan diizinkan, dilarang marah kerana kaum, negara, bangsa, keluaraga, kebendaan, ideologi, sistem selain Islam. Segala perjuangan, seruan, dan pergerakan jahiiyyah adalah haram kecuali perjuangan Islam.

akulajuki berkata...

Bakpo laaarr mu jadi begini? Tak seko lah pada jako anok betuoh jadi cencalo. Hok ni lar mek hok ayoh kato ..... teringak ko lagu dikir barat "Jahane" tapi tok ingak doh namo penyanyi nyor. Cumo duk tertanyo-tanyo bakpo lar jadi gini. Bengong make apah nyor doh ko belako-lako?

Unknown berkata...

UMNO=Melayu, PAS=Melayu
[PAS = UMNO = Melayu]

Pencolekhangek berkata...

Janganlah tuan-tuan memperlekehkan mereka berbaju Melayu, segak dan bergaya. Secara tak langsung mereka yang bergelar ustaz, tuan guru, sheikh, maulana dan ulamak tetapi berada diluar Pas kenalah mengambil contoh dengan mengena pakaian serupa juga, terutama dalam majlis rasmi dimana-mana termasuk majlis Ilmu. Bayangkan nyanyi yahana yahana pakai samping siap berkeris. Dr Maza pun begitu juga, ustaz Kazim, ustaz Halim Hassan, Ustaz Kassim, Ustaz BOLLYWOOD dan last sekali ustaz Azhar Idrus (sori ini penyokong ulamak Pas). Hebat memang hebat.

Pemuda parit kings berkata...

Jgn silap tuan...TGNA membawa hidup yg sederhana...anaknya nik abduh ingin hidup mewah...baik kita lihat sama2...dibawah perintah TGNA semua ditolak elaun Dan lain2...masa nilah diorg nk jadi senang Dan lupa diri...Subhanallah...

Pemuda parit kings berkata...

Bila dibaca komen2 semua...dah mcm Gila la plak...gelak tak henti2...haha...pelawok2...sedih pun iyer...hihihi...kenapala bodoh sampai tahap ni???kah3x...

Tanpa Nama berkata...

Pengaruh anti Asobiah yg dicanang dulu oleh walaun pas dulu sudah tak kedengaran..ularmak pas kini mula mimpi indah mahu berkuasa dengan malaun ameno..hanyut didendang ameno akibat kebodohan golongan walaun..

benartetapbenar berkata...

Zat dedak tidak sesuai utk otak manusia... jadi bingai!

Tanpa Nama berkata...

Laksamana Jebon/

Tanpa Nama berkata...

HADI TK PAKAI TENGKOLOK.. HANYA TITM YG PAKAI BERSAMA KUNCU2NYA NK TUNJUK DEPAN HADI BAHAWA INILAH PAS SEKARANG.. BUKAN SAJA HATINYA SUDAH UMNU TP PAKAIAN PUN SUDAH UMNU

TITM PERLI TU.. HADI BUAT BODOH AJE... ATAU MEMANG SAH BODOH TK FAHAM