10 Mei 2016

Isu Satu Logo Untuk Pakatan Harapan

Pasca PRN Sarawak: Gagasan satu logo dan kesatuan Pakatan Harapan Oleh AMMAR ATAN, Exco Pemuda Amanah Nasional dan Mantan Presiden PMUM

Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak yang ke 11 merupakan simbolik kepada kepada kegagalan Pakatan Harapan yang gagal untuk menambah inti (isi) tetapi hanya mampu menambah polemik pergeseran dan politik seksi yang kerap dimainkan oleh pembangkang.

Tanpa menafikan bahawa BN juga memperuntukkan puluhan juta wang untuk memastikan kemenangan di tangan mereka dengan pelbagai strategi kotor dan juga kesan daripada persempadanan semula. Tetapi dalam masa yang sama, Pakatan Harapan perlu sedar bahawa mereka juga lemah kerana gagal mengatasi kelemahan mereka sendiri.


Kelemahan yang paling ketara ialah kegagalan untuk menghormati keputusan mesyuarat, prinsip agree to disagree perlu dihapuskan sepertimana yang digagaskan dalam Dokumen Konsensus Pakatan Harapan yang dilancarkan pada hujung tahun lepas di SACC Shah Alam.

Kegagalan mempamerkan kesatuan sehingga menyebabkan pertindihan kerusi dan kekalahan di kerusi pertindihan adalah strategi politik bodoh yang tidak seharusnya berlaku dalam sesebuah koalasi politik.


Siapa yang rugi? Asasnya sudah pastinya rakyat, kerana atas kegagalan kita mengurus persepsi dan strategi, rakyat Sarawak terpaksa terus menderita lebih lama dibawah pemerintahan korup BN.

Analisis yang dijalankan oleh Prof. Madya Dr. Awang Azman dari Universiti Malaya sewaktu ditemu bual di Agenda Awani Khas Sarawak, beliau mengatakan bahawa peratusan keluar mengundi yang rendah di Sarawak adalah bukti bahwa rakyat Sarawak sedang berada dalam sindrom kekeliruan, khususnya dalam hal pertembungan kerusi pembangkang antara DAP dan PKR.

Sewaktu Konvensyen Majlis Presiden Pakatan Harapan yang lalu saya selaku anak muda yang mewakili parti Amanah mencadangkan dengan penuh semangat bahawa dalam jangka masa panjang Pakatan Harapan (PH) perlu bergerak atas satu logo dan satu bendera.

Supaya mesejnya jelas, inilah adalah Pakatan Harapan, bukannya PKR+Amanah+DAP secara literalnya dan dalam mana-mana pilihan raya PH perlu bergerak secara koalasi dan atas satu simbol.

Dalam jangka masa panjang saya percaya PH akan “better off” dari aspek kesatuan politiknya.

Timbalan Presiden PKR mengajak PAS untuk bersama dalam DAP, AMANAH & PKR.

Secara peribadi saya bersetuju atas usaha ini, namun secara prinsipnya, usaha ini seharusnya didahului dengan perbincangan lumat dalam Majlis Pakatan Harapan, soal ia diterima atau tidak ia soal yang ke 10, tetapi perlu menghormati parti-parti yang lain, lebih baik ia dibicarakan terlebih dahulu, sebelum diberikan secara terbuka bagai seorang lagak hero yang cuba mengganti hero yang terpenjara.

Konklusinya, sebagai sebuah koalasi yang matang yang telah menghadapi pelbagai pengalaman dan siri pilihan raya, seharusnya golongan senior politik di dalam parti perlu sedar bahawa kesatuan di antara pakatan adalah kunci utama kepada ketumbukan sesebuah koalasi, isi pembawaan serta imej koalasi tidak akan sempurna tanpa ada satu kesatuan yang jelas yang dapat dibuktikan kepada pengundi khususnya rakyat Malaysia.

Sekiranya kita gagal untuk menguruskan persepsi dan konflik kita, bagaimana kita mampu memimpin Malaysia?

Anologi mudah untuk rakyat menilai kita, “gagalnya kita menunjukkan kesatuan, selama-lamanya rakyat tidak akan percaya bahawa kita mampu memimpin Malaysia.” -Malaysia Dateline

ULASAN GB

Memang gagasan satu logo itu menjadi hasrat kita tetapi ia amat mengerikan buat UMNO BN. Lantas RoS tidak pernah meluluskan pendaftaran ketiga-tuga parti itu semenjak Pakatan Rakyat lagi. Pelbagai helah dilakukan sehingga pernah di satu ketika ditahun 2011, GB mencadangkan agar PR mengheret RoS ke mahkamah.


Tapi PR tidak mengambil inisiatif itu sehinggalah PR terbubar dengan tersingkirnya PAS dan PR digantikan Pakatan Harapan (PH).

Satu permohonan baharu perlu dikemukakan. Sekrateriat PH perlu mengorak langkah pro-aktif mengenainya.

Namun, Azmin pula jadi penghalangnya. Katanya:


Azmin berkata demikian kerana beliau mahu autonomi. Beliau tidak mahu terikat dengan PH. Beliau ingin memberi ruang kepada PAS yang berada di luar PH. Itu masalahnya bagi PH, dan pimpinan PKR sendiri seperti tidak berupaya untuk menyekat Azmin.

Seperti yang GB sudah ulas sebelum ini, kecelaruan dan huru-hara yang berlau di dalam PH di PRN Sarawak yang baru lalu adalah disebabkan Azmin. GB masih pertahankan dakwaan tersebut.

Kita tidak tahu sampai bila PH akan berlansung di dalam keadaan begini. Selagi ada duri dalam daging, nampaknya selagi itulah PH sukar membentuk satu pakatan yang ampuh dan kukuh bagi mengalahkan BN.


IKLAN BERBAYAR


13 ulasan:

Unknown berkata...

Gara gara azmin, aku dah tawar dengan parti keadilan.Aku malu pada DAP kerana angkara azmin yang mungkir janji dengan DAP.Dap berpendirian gentleman.Aku tak jadi ahli mana mana parti politik setelah menyisihkan diri dari umno, namun perkembangan kini aku lebih rela condong pada DAP.

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh ke tunjukkan logo, kemudian kan ROS.
Biar masyarakat tahu PH telah maju kehadapan dengan ada nya logo PH.

Antara logo dan mengajak PAS bersama-sama PH yang logo lah yang menjadi keutamaan. Sebab jika PAS bersetuju dengan PH, itu belum dikira maju ke hadapan. Kerana hasil dan kebaikkan PAS bersama PH perlukan di buktikan, yang memakan masa.

Tetapi logo baru akan menyuntik semangat dan memberi persepsi baru apalagi dengan PH dalam keadaan sekarang.

Tumpukan usaha merealisasikan satu logo. UMNO tidak takut PAS bersama PKR AMANAH DAP, yang UMNO takut ialah PH ada satu logo !

Tanpa Nama berkata...

Azmin yang jadi nusang berbulu
ayam dalam pakatan harapan.
sanggup bertuankan hj hadi
yang khianat dengan pakatan
rakyat.singkirkan azmin dari
pkr.dia dah jadi duri dalam daging

abrarmujahideen berkata...

Satu bendera, satu hati.

Tanpa Nama berkata...

Wan Azizah dan Nurul Izzah perlu lebih peranan dlm menangani autonomi Azmin. Azmin bukan Presiden tp dilihat dia mcm Presiden. Azmin tidak ada penyokong sbenarnya.

Jika Azmin blh langgar perjanjian PH dlm PRK Sarawak, apa salahnya ketiga2 pimpinan PH, Mat Sabu, Kit Siang dan Azizah langgar saja apa Azmin cuba halangkan.

Aku kat penang, dah meluat kat geng2 Azmin yg dok sebarkan Anwar perlu beralah jd PM, kononnya Anwar dah tua. Laluan perlu diberi kpd Azmin. Kartel Azmin di penang jg sedang giat sebarkn Amanah adalah tajaan DAP dan DAP berjaya pecah-belahkn PAS dgn wujudnya Amanah.

Unknown berkata...

Salam:


Saya mengucapkan TAHNIAH,Pada exco Amanah,kerana mengHIGHLIGHTKKKAN issue ini,kepada yg baru sebenarnya issue ini sudah diketengahkan oleh PKR di mana setiausha agungnya tak silap Saifuddin nasution/Rafizi, empat tahun dahulu,selepas kedua2 mereka tiada lagi dijawatan itu issue ini senyap sepi.Malah permohonannya telahpun dibuat pada SPR tapi gagal.Dan tiada Follow up,bila geng2 Azmin berkuasa dlm PKR isssue ini hilang entah kemana.

Ramai mengagak kenapa satu logo yg diperkenalkan oleh pembangkang ini ditolak,mungkin campur tangan oleh ahli politik BN.

aDA 2 SEBAB.

Pertama: Nak menunjukkan pembangkang tak bersatu,tiada logo.(bengapnya pembangkang tak highlightpun pada rakyat satu logo yg dihantar pada pembangkang).Rakyat tak tahu keadaan sebenarnya yg spr tolak.

Kedua: Kita difahamkan untuk menjaga bangsa melayu supaya kuasa tak pupus (versi umno),sebenarnya fungsi BN,SATU BENDERA,SATU PARTI cuma momokkan kosong sahaja.Mereka mana ada,AGM,Mesyuarat agong BN,yg mewakili semua komponenen BN,Tiada mesyuarat pemilihan,adakah pernah kita tengok dlm TV,Ada pemilihan calon presiden,naib president BN tak?seperti pemilihan agong umno,McA,mic,ppp,gerakan,pkr,dap..dan lainnya ..jawapannya TAKADA.Untuk pemilihan PM dan TPM hanyalah melalui mesyuarat agong umno sahaja.Parti2 lain dalm BN cuma,parti anggok sahaja.
Jika SPR benarkan pembangkang ada satu logo,tentulah pembangkang akan ikut disiplin mesyuarat PH,president,naib president dan lain2nya.Tentulah pembangkang akan hantar ka SPR tentang mesyuarat PH mereka.Tentulah ganjil,BN memerintah bertahun2 takada mesyuarat pemilihan BN??????

Di sebabkan pembangkang yg ada sekarang BENGAP sangat,tidak mengexploit issue ini,sepatutnya.pembangkang ada kes untuk membawa issue ka ka mahkamah.Saya cadangkan exco Amanah cuba dapatkan info/logo PR dulu yg disubmit oleh rafii/saifuddin dan jawapan yg diberi untuk buat rujukan.Amanahkan ramai lawyer2 yg bagus,cuba kaji dan buat kata sepakat untuk tidakan selanjutnya.Kalau kita cerdik ,kita dah ada logo siap ada perlembagaan lagi,tapi ditolak,kita kena tanya SPR kenapa ditolak????kita boleh beritahu rakyat,inilah logo PH tapi ditolak???dan bagitahu rakyat logo dan parti BN tak SAH,sebab mereka tak ada AGM dan tak mengikut aturcara orginisasi diMalaysia.

INI ISSUE BESAR,BUKAN KECIK anak,NANTI SEPANJANG MASA RAKYAT INGAT KITA TAK NAK BERSATU.......................KECUAAAAAAAAALI KITA SENDIRI YG TAK MAHU...HABIS NAK BUAT MACAMANA????cuma kita cuba kalau PKR tak nak,discuss dgn DAP ,mereka nak atau tidak???kalau boleh dgn muhyiden lagi bagus,parti serpihan umno baru.kalau nak harap amin tunggu sampai kucing bertandula kita.

sekian.

Unknown berkata...

Mana pergi majlis presiden pakatan harapan? Tido ka..

Azmin Ali bersuara....hangpa buat apa?

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong PAS semenjak 1980an dulu.

Tapi PAS semenjak akhir-akhir ini sudah macam ala-ala Taliban. Meluat aku tengok.

Ni satu lagi Pak Azmin. Tak habis-habis buat statement yang boleh menguatkan lagi pihak UMNO/BN. Kalau boleh Wan Azizah anak-anaknya kurangkan sedikit kisah "kasihankan Anwar" dalam ucapan. Memang semua orang sedih. Tapi kita sedih seluruh rakyat Malaysia yang di susahkan oleh Pak Najib. Rakyat Malaysia juga selama ini sokong Anwar.

Harap parti Amanah kerja kuat tapi bijak ke seluruh pelusuk Malaysia. Ikut suasana negeri masing-masing.

Kalau ke Sarawak kerjasama dengan pihak PKR seperti Baru Bian dan pihak DAP. Pergi ke akar umbi. Pergi ke rumah panjang. Jangan macam PAS takut melihat babi hutan dekat rumah panjang. Buat kerja amal di Sarawak dan Sabah. Fahami adat dan budaya orang di pedalaman.

Jangan sikap seperti Amanah tahu segalanya di Sarawak. Biar pihak Amanah orang Sarawak di ke hadapankan, bukannya Amanah dari Semenanjung. Bina kepimpinan orang Sarawak dalam Amanah/PKR dan DAP.



Unknown berkata...

Setuju 2.6 b % tuan

Unknown berkata...

Setuju 200 %..

Unknown berkata...

Rasa kecewa tgk pr ni,kita memberi sokongan yg jitu dan padu terhadap mereka,baru berkuasa d beberapa negeri dah menunjukkan sikap tamak kuasa dan berpecah belah,macamana nak menghadapi pru 14?

Unknown berkata...

Salam

Mohon kemaafan,permohonan satu logo yg dibuat oleh saifuddin /rafizi bukan ka SPR, Tapi ka ROS.Terlalu emosi sangat pada sebahagian pemimpin PKR yg bengap sangat,bila rakyat bersama mereka,sehingga dapat memerintah selangor,mereka-mereka ini yg buat DEK, keatas rintihan2 rakyat,supaya satu logo mesti disegerakan.

maaf sekali lagi.

Tanpa Nama berkata...

Bila pemimpin yg tamak haloba dan pentingkan jawatan pangkat bersuara...statement mereka akan melemahkan parti dan merugikan rakyat!!