16 Apr 2016

[VIDEO] Mahathir: Najib Perlu Letak Jawatan, Tak Tahu Apa Yang Dia Tandatangan

'Tandatangan tanpa baca dokumen, Najib mesti letak jawatan'

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan, kali ini kerana "langkah bodoh" menandatangani dokumen tanpa membacanya.

Dr Mahathir berkata, ini berdasarkan hasil laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB yang menunjukkan bagaimana Najib diperlukan untuk mengesahkan semua keputusan penting yang dibuat.


"Bagaimana kita sahkan sesuatu dokumen? Kita sahkan dengan cara tandatangan. Bila kita tandatangan satu artikel, kita sahkan dokumen itu.

"(Tapi) ada lawyer Najib kata, itu tak bermakna (Najib) sahkan. Najib dia sign saja, tak tau apa-apa. Dia tak baca pun," katanya dalam forum laporan PAC mengenai 1MDB malam semalam.

Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun dipetik sebagai berkata Rabu lalu bahawa tandatangan Najib pada dokumen 1MDB adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan tadbir urus korporatnya.

Beliau juga berkata majlis menandatangani dokumen tidak semesinya bermaksud perdana menteri mempunyai pengetahuan mengenainya atau membuat keputusan mengenai perkara berkaitan 1MDB.


"Macam mana orang macam ni boleh jadi perdana menteri? Saya nak minta kepada Najib, berasaskan kebodohannya sign dokumen tanpa baca, lebih baik dia letak jawatan sekarang," katanya.

Perkara 117 dalam memorandum dan artikel penubuhan syarikat (M & A) menyatakan bahawa Perdana Menteri perlu menandatangani semua keputusan penting.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dilaporkan memberitahu PAC tahun lepas bahawa klausa itu termasuk ketika firma itu dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan untuk melindungi kepentingan kerajaan.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata laporan PAC nampaknya telah dibersihkan untuk membebaskan Najib daripada semua dakwaan tersebut.

Shahrol sejak itu mengisytiharkan tiada apa yang salah telah berlaku sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB. -mk

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tun Mahathir umpama ketam yang cuba mengajar ketam lain berjalan lurus. Apa yang dia tahu tentang menyelamatkan Malaysia? Sekiranya asas yang dibina beliau di antara tahun 1981 hingga 2003 kukuh, sudah tentulah Malaysia tidak menjadi seperti hari ini.

Tanpa Nama berkata...

alo lo...best gak cerita che det
menceritakan bukan najib tapi diri sendiri he he
apa2 lah janji tak ngantuk.

Tanpa Nama berkata...

Barang yang lepas, hai janganlah dikenang ...
Kalau lah dikenang merosak kan diri ...

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi kebodohan Najib.

Jika itu alasan yang di beri oleh Peguam Najib, mengapa perlu nya Perkara 117 yang menyatakan bahawa "Perdana Menteri perlu menandatangani semua keputusan penting." Hehe... agaknya Najib lupa buangkan Perkara 117...

Kalau setakat untuk memenuhi keperluan tadbir urus korporatnya, Hassan Malek pun boleh buat.

Silap-silap tanahair kita dah menjadi kepunyaan kuasa asing sebab Najib tidak tahu apa yang di tanda tangani nya. Apa lagi kalau yang suruh ialah Obama atau Perdana Menteri China.

Bukan nak tahu semua pun. Yang perlu sahaja seperti Syarikat mana yang terlibat, tujuan perjanjian, jenis operasi/perniagaan dan jumlah wang pelaburan. Untung rugi bergantung pada keadaan dan kecekapan pengurusan. Ada juga Syarikat milik Kerajaan yang rugi tapi yang Najib turunkan tanda-tangan termasuk pembayaran kepada syarikat yang tidak ujud dengan jumlah yang berjuta-juta.


Apakah 1MDB mempunyai wang yang banyak? Walau banyak mana pun, 1MDB perlukan juga kelulusan yang telah ditanda-tangani oleh Najib untuk menguna wang dalam akaun 1MDB sendiri, mengikut 117. Dan ini juga bermakna Menteri Kewangan telah memasukkan wang yang sangat banyak ke akaun 1MDB semasa awal penubuhan 1MDB lagi.

Sedangkan wang tersebut perlu di masukkan secara berperingkat atau bila di perlukan, dengan kelulusan dari Menteri Kewangan setelah berpuas hati dengan kertas kerja dan cadangan yang di kemukakan oleh 1MDB.

Jika bukan tanda-tangan Najib yang diperlukan untuk menguna wang dalam akaun 1MDB sekali pun, Najib samada subahat atau tidak, Najib bersalah (BERSUBAHAT ATAU TIDAK BERSALAH) kerana telah memasukkan wang yang sangat banyak ke akaun 1MDB sekali gus.



Tanpa Nama berkata...

Yg lepas tetap lepas.
Tapi..yg ada ni memudaratkan negara dan masa depan rakyat. Mesti di tendang yg ada ni. Lagi lama lagi mudharat kita dan anak cucukita. Hutang dari RM42B dg jadi RM55B. Jgn main2. Bln Jun ni nak kena bayar hampir RM6B. Duit mana lg mau angkat. Ini si MAHAREMBAT punya pasal

Tanpa Nama berkata...

Ini Peguam jenis percent.

Sebaik-baiknya Najib sendiri yang cakap tidak semetinya dia sebagai perdana menteri mempunyai pengetahuan mengenai perjanjian 1MDB atau membuat keputusan mengenai perkara berkaitan 1MDB. Tanda-tangan dia cuma tanda-tangan yang sama taraf nya dengan tanda-tangan yang peminat dapat dari se orang artis pujaan nya.

Kita tidak mahu, orang lain menyibuk menjawab untuk Najib atau mengandaikan keadaan dan kedudukan Najib. Najib melalui balacinya akan menafikan kenyataan Peguamnya apabila di balas teruk oleh pihak lawan yang menuduh Najib adalah PM yang bodoh.

Najib mesti bertanggung-jawab dan bukan sepertimana dia senang-senang lepas tangan dan menafikan kenyataan yang di buat oleh orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin yang baca Kak Ros yang sign Abg Jib ,, maklumlah queen control katakan Kerajaan Bi.. Na...

Tanpa Nama berkata...

Sejahtera semua pembaca GB.
Tun Mahathir umpama ketam yang cuba mengajar ketam lain berjalan lurus.
Mungkin yang baca Kak Ros yang sign Abg Jib.
Tuan penasihatnya mana ???.
Pemimpin Malaysia dah takboleh pakai.
Pincang keseluruhannya.
Tak tahu bahasa apa yg patut kita keluarkan utk mereka.
Anjing menyalak..
Binatang pemakan dedak..
Firaun...
Semua ada di Malaysia.
Tapi walaubagaimana pun hari ini kita sedang melihat
Allah memberi pembalasan yg setimpal dengan apa yang
tangan mereka lakukan sedikit masa lalu.
Tampa menunggu dihari akhirat.

Untuk Tun Mahadir...anda akan terus menyalak hingga ke akhir hayat.

Tahniah Datuk Sri Anuar Ibrahin. Orang yang terhebat yg pernah aku ikuti...
Semuga anda di berkati..

Tanpa Nama berkata...

Pergolakkan politik dlm parti perkara biasa dlm Umno,tapi tidak memudaratkan rakyat,walaupun pendapatan Rakyat kecil tapi kos Sara hidup masih bertahan.Rakyat hidup selesa dan tak tertekan pd masa mahathir.Tiada ptptn,gst,subsidiary utk Rakyat,graduan dan lepasan spm tidak ngganggur,tawaran kerja sektor Awam tetap bkn kontrak,mampu beli rumah,kenderaan dan mcm2 lagi.Krg pembaziran dan byk pembangunan utk Rakyat.Skrg ni Rakyat dah tertipu dan rasa terhimpit dgn polisi2 putrajaya yg banggang.Skandal1 mdb,lembu,tabung haji,jakim,ltat,Mara dan mcm2 lagi sehingga rugi berbillion dan htg Rakyat perlu tamping,cukup2lah tggu Pru 14.