9 Apr 2016

Kalau Najib Tak Bersalah, kenapa PAS Suruh Beliau Minta Maaf?

1MDB dan 2 misteri yang belum selesai

Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) 1MDB menyatakan dengan jelas bahawa 1MDB mendapatkan kebenaran bertulis daripada perdana menteri dalam:

Sebarang perubahan terhadap M&A syarikat, sama ada secara keseluruhan ataupun sebahagiannya;

Sebarang perlantikan dan penamatan mana-mana pengarah (termasuk pengarah urusan dan pengarah alternatif) serta pengurusan tertinggi syarikat; dan

Sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan semula atau perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan untuk kepentingan syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi kerajaan.


Terdapat dua pelaburan 1MDB yang sehingga masih menjadi misteri untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu:

Pelaburan berjumlah AS$2.318 bilion melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global SPC) yang berusia sebulan dan tiada lesen pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar.

Penyaluran dana sebanyak AS$993 juta kepada Aabar Ltd yang 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa ia merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investmnet Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).

PAC gagal mengesan pengaliran kedua-dua pelaburan ini kerana keengganan pihak 1MDB memberikan penyata akaun bank luar negara.

Meskipun, laporan PAC tidak menuding jari kepada PM dalam isu 1MDB, namun artikel 117 M&A 1MDB jelas menunjukkan sebarang keputusan pelaburan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis PM termasuk dua pelaburan yang bermasalah di atas.

Sejajar itu, PAS menuntut PM untuk:

Memohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas isu 1MDB, yang dibiarkan sehingga berjaya ‘mengumpul’ hutang sebanyak RM50 bilion.

Menyokong penuh tindakan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam ‘tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai’ terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah AS$1.83 bilion yang berada di luar negara agar integriti sistem kewangan terjaga. Besar kemungkinan isu yang dibangkitkan gabenor Bank Negara mempunyai kaitan besar terhadap dua pelaburan bermasalah 1MDB di atas.

Mengambil sikap kepimpinan melalui teladan dengan mengambil tanggungjawab penuh kelemahan pentadbiran 1MDB dengan mengundurkan diri sebagai menteri kewangan pada kadar segera.

Memberikan sokongan penuh selaku PM kepada PAC dan Bank Negara untuk mengesan aliran tunai pelaburan 1MDB ke Bridge Global SPC dan Aabar Ltd dengan mengarahkan 1MDB mengemukakan penyata bank luar negara untuk disemak dan diteliti.

Melepaskan laporan audit 1MDB kepada awam untuk menjaga integriti laporan PAC. -mk

ULASAN GB

Kenyataan TITM, Timbalan presiden PAS di atas telah menutup mulut para "ultra taksub Hadi" di dalam PAS.

Salah seorangnya bernama Faiz Al-Hajari yang menulis seperti berikut di dinding FBnya:


Kenyataan Penyokong Hadi Di FB

Berhubung isu 1MDB, secara asasnya TGHH ada keluarkan 2 statement besar -

• x boleh hukum Najib selagi tidak terbukti dia bersalah
• kepincangan 1MDB hanyalah mengulang kepincangan firma2 terdahulu.

Masa tu semua kutuk TGHH. Dituduhnya TGHH sudah dpt habuan RM2.6b. Dituduhnya TGHH mahu UG dgn Najib. Baju sedondon dijadikan modal. Pelbagai lagi.

Dikatanya Pas x serius mendepani isu rakyat. Pas mahu bersekongkol dgn Umno hanya kerana Pas tidak meratib kisah 1MDB.

Selama ini kami menahan rasa.

Nah, laporan PAC tadi - yg suka diingatkan mengandungi ahli dr pembangkang dgn hanya sorg sahaja dr Pas manakala ahli Dap merupakan VCnya - jelas menyatakan

• Najib tidak terlibat
• pengurusan 1MDB amat pincang dan tiris


Sekaligus MEMBENARKAN kedua2 pandangan TGHH selama ini. Dan ianya juga MEMBENARKAN usaha Pas yg tidak mahu hanya menjatuhkan Najib semata2, tetapi mahu mengubah sistem dan dasar agar skandal2 seperti ini tidak berulang.

Alhamdulillah..anda tuduh presiden kami nyanyuk, tidak pandai berpolitik, hanya layak mencandat sotong dan sebagainya...namun terbukti betapa pandangan beliau amat jitu dan tepat.

Tuan Guru Presiden, kami ahli2 Pas AMAT BERBANGGA berpresidenkan anda.

FB : Faiz Al-Hajari

Jika benar begitu, mengapa TITM perlu meminta Najib meminta maaf jika Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan di dalam isu 1MDB?

Ternyata golongan ultra taksub hadi kini terperangkap sendiri. Dia begitu percaya kepada laporan 1MDB yang kononnya telah membersihkan Najib.

PAS akan sentiasa bertilingkah di dalam kenyataan dan tindakan mereka. Ia petanda bahawa PAS kini sedang diambang kehancuran. Yang menghancurkannya: bukan orang lain tetapi pemimpin dan ahli mereka sendiri bermula dari Tuan Presidennya.

17 ulasan:

mat yeh berkata...

kah kah kah
kalau si jahil makan dedak dan terkencing bau dedak siapa peduli.
namun jika bila lebai makan dedak dan terkicit keluar dedak, maka bukan solat lebai sahaja terbatal, bahkan makmun yang tak terkicit juga terbatal.
kalau nak makan dedak pun, janganlah rosakkan jemaah, kesian kepada orang kampung yang bejuang habis-habisan untuk parti.

Unknown berkata...

Apa ke banggang nya faiz al-hajari ni...betullah byk blog ckp penyokong2 pas byk yg pendek akal.. dah lah pendek akal.. tak suka membaca.. baca pun blog dan media pro pas je..oooh faiz yg pendek akal... 53 media dunia condong najib salah dlm kes 1MDB.. bukan pembangkang malaysia je berckp. Kes pac..memang lah dlm siasatan najib tak disentuh..sbb fakta2 dr badan tertentu tak di masukkan dlm siasatan tu...kenapalah byk benar penyokong2 pas pekdek akal..tim pac org dap .. pegi lah cari faktanya.. kenapa org dap boleh keluarkan kenyataan begitu..

Tanpa Nama berkata...

kalau inilah tahap yg dikatakan politik matang, sebenarnya politik pas hanya setaraf tadika sahaja. PERASAN JE LEBIH

Tanpa Nama berkata...

Pada aku, gambar Tuan Jebon tu pun tak yah masuk kat sinilah. Biarlah dengan kenyataannya saja dah cukup.

Malaysiabaru berkata...

Pas dah berpecah dua

Esok lusa berpecah 4

Undi pas mcm undi umno

Undi umno mcm undi pas

Tanpa Nama berkata...

Sokong sgt Najib sampai gitu ... Apa sebab nampak suci sgt Najib banding anuar

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB dah baca ka lapuran PAC tu?

Dalam lapuran itu ada sebut 2 kali mengenai sejumlah 700 juta dollar usd
yang dimasukkan ke akaun 11116073 bank RBS Coutt ltd
yg dimiliki oleh syarikat yang tidak ada kena mengena dengan 1mdb pada 30/9/2009.

Dan lagi PAC berulangkali menyatakan komitmen kewangan yang dibuat oleh
pehak pengurusan hanya dirujuk kepada lembaga pengarah selepas bayaran dibuat.

Lembaga mana lagi yang lebih tinggi kuasanya daripada lembaga pengarah kalau bukan
Lembaga Penasehat? Siapa pengerusi lembaga ini? Apa fungsi Artikal 117?

Macai Pas bukan ada akal untuk pikir sampai tahap ni. Tuang presideng pun tak tercapai iqnya
nak kaji kes sebegini.

Unknown berkata...

Malaih dah nak berbicara dgn puak walaun ni...........
Lebih baik kita tumpukan kat PRN negeri. Puak walaun ni dibiarkan saja reput sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Jenis penulisan Al Hajari pembodek besar lagi pembelit. Kalau tak faham meneliti isu dan kepincangan pemerintah zalim yang "cerdik", jangan buat komen, terserlah kebodohan diri sendiri. Kalau betul begitu kenyataan Hj Hadi seperti dinukilkan Al Hajari, adalah amat malang dan tidak matang sebenarnya. Kalau betul ikut Islam...disegi "pembuktian qarinah" sahaja banyak persoalan tidak berjawab.
Kenyataan Hj Hadi lebih gambaran kenyataan politik dan seorang yang berkepentingan.

Tanpa Nama berkata...

Bermacam-macam isu dan masalah yang terkait dengan Najib sebelum Najib jadi Perdana Menteri lagi. Alih-alih, Hj Hadi sekonyong-konyongnya condong kepada Najib semata-mata kerana Najib pergi umrah?

Hj Hadi begitu optimis Najib tidak terbabit tanpa menunggu lama sedangkan siasatan tidak dijalankan lagi. Bagaimana nasib Husam nanti, jika begini caranya Hj Hadi menyelesaikan masalah? Hj Hadi tidak ambil peduli tentang keadilan apabila dua orang yang terlibat dengan lapuran 1MDB di dakwa atas akta Sosma.

Tindakan Najib menukar pegawai asal dalam PAC menambah kecurigaan awam terhadap Najib. Ditambah lagi, Najib yang beriya-iya sungguh nak menyaman WSJ tetapi seperti telah di jangkakan Najib akhirnya tidak cukup berani. Ramai yang tidak terkejut langsung!

Bagaimana Hj Hadi hanya seorang Presiden parti cai, yang sekadar tahu menguruskan tin milo, sedar dan tahu mengenai kepincangan dan ketirisan pengurusan 1MDB, sedangkan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan tidak tahu mengenainya? Sampai seliuh lidah Arul, orang suruhan Najib menafikan semua hujah dari Rafizi. Setelah didedahkan oleh WSJ baru lah Najib seperti orang baru bangun dari tidur bercakap mengenai 1MDB.


Najib tersangkut dengan dua isu yang disentuh oleh Tuan Ibrahim dan juga isu penilaian semula harta 1MDB.

Ini bukan kecuaian tetapi satu tindakan yang disengajakan. Cuba sekali ini, demi kebenaran dan agama, Hj Hadi diam dan jangan beri kenyataan membabi-buta. Apakah tindakan Najib dengan kenyataan Tuan Ibrahim yang meminta Najib minta maaf?

Pemuda parit kings berkata...

Adakah semua rakyat percaya bahawa najib x bersalah???hahaha...yg percaya terlalu sedikit...penerangan diperingkat kampung2 perlu ada...perlu dijelaskan...jgn jadi pengecut nk menyatakan yg benar...

Rangga berkata...

Oowh...ya???
politik matang yg selama ni ku tatang rupanya natang c musang bebulu ayam...
kesian sunguh laa pd al marhaen yg bekopiah, bersongkok, berjubah & bersarban d cerok kampung & felda. Kena putar alam dek hadis & firman utk survival ulama & walaun...

Abdul Said berkata...

Makin sehari makin terserlah kebodohan Hadi. Kita tidak hairanlah kalau orang yang menyokong Najib tu perompak, pemyamun, pencuri, kaki umpat dan fitnah, penjilat dan pengampu atau pun memang bodoh betul sampai alif sebesar tiang elektrik pun tak kenal. Ini orang yang faham alquran, orang yang disanjung oleh sebahagian masyarakat, orang yang terpesona dengan petahnya menghuraikan suruhan Allah s.w.t. pun sama juga perangainya. Hilanglah huraiannya dulu bahawa 'cenderong dengan puak yang zalim akan memasukkan kita dalam neraka'. Hilang sudah ceramahnya mengenai mereka yang memuja toghut!!. Hadi, Hadi, nampak sangat otak engkau sudah rosak. Simptom-simptom strok kecil atau/dan dementia sudah jelas ada pada kau. Dosa-dosa pengikut kau bukan sahaja kerana mengikut membabi buta (maaf En Babi kerana melibatkan mu!)bahkan berdosa kerana tidak membetulkan kesalahan kau dan juga kerana tidak membawa kau berubat samaada berjumpa pakar otak atau pakar jin!!

anon oi berkata...

Biarla yg pakar tegur.. Klu ade isu kat pasar malam, biar pakar kat pasar malam handle... Nie masalah negara beb... Biar yg betul pakar handle.. Nie yg pakar jadi jadian yg ramai, sudahny gigit ujung sarban la..

Tanpa Nama berkata...

Apa lah nak di banggakan dengan Hj Hadi sekadar mengatakan Najib tidak boleh dihukum selagi tidak terbukti bersalah dan 1MDB hanya mengulangi kepincangan yang lepas.

Orang biasa-biasa pun cakap macam itu. Masalahnya bila Najib bercakap tidak masuk akal dan berselirat dengan penipuan demi penipuan, lalu puak ultra taksub pendek akal kata Najib telah di hukum bersalah apabila hujah Najib dibalas dengan hukum logik.

Siasatan PAC bukannya menentukan samada Najib bersalah atau tidak. Itu sebab PAC minta Lembaga Pengarah di siasat oleh pihak berkuasa.

PAC tidak boleh menghukum atau memutuskan mana-mana pihak bersalah atau tidak. Status Najib masih tidak berubah dan akan terus diperkatakan.

Oleh itu memang betul lah presiden kamu nyanyuk, tidak pandai berpolitik, hanya layak mencandat sotong kerana terbukti betapa pandangan beliau adalah sekadar untuk bercakap tanpa menimbangkan apa yang telah terjadi.

Tanpa Nama berkata...

Penulisan Al Hajari mengenai hj hadi memang menunjukkan betapa hj hadi dan gerombolannya dari kalangan yang bercakap isu yang mereka sendiri tidak mengerti atau duduk di posisi seolah terpaksa menyokong Najib atas sebab-sebab yang hanya mereka boleh menjawabnya. Kalau tak faham membaca laporan kewangan dan memahaminya berkaitan isu-isu yang dibangkitkan dan persoalan-persoalan yang menjadi rungutan tanpa jawaban yang telus serta berkaitan prosedurnya, baik hj hadi diam dari kelihatan bodoh dan terserlah sikap menyokong Najib seolah ada terhutang budi.

benartetapbenar berkata...

Sian para walaunta, maka berlumba2 lah mereka setiap hari untuk membuktikan bahawa mereka MEMANG SEBENARNYA BODOH!