'Masalah besar' landa HARAPAN selepas PKR-DAP bertembung
Pertembungan calon-calon Pakatan Harapan dari PKR dan DAP di enam kerusi pada pilihan raya Sarawak ke-11, selepas proses penamaan calon hari ini adalah tanda-tanda masalah besar bakal melanda pakatan pembangkang, kata penganalisis politik.
Prof Madya Andrew Aeria dari Universiti Malaysia Sarawak memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-dua parti politik itu telah mengecewakan penyokong dan pengundi mereka yang menaruh HARAPAN sebagai alternatif kepada BN.
"Kegagalan untuk kompromi menunjukkan bahawa mereka melanggar peraturan utama dalam politik. Ini sangat malang. Pakatan Harapan nampaknya mempunyai masalah yang besar dalam usaha untuk bekerja sama.
"Rakyat amat mengharapkan mereka boleh menyelesaikan perbezaan dan mengelakkan pertembungan itu," kata Aeria.
Menurutnya, masalah itu berpunca daripada kegagalan dalam kepimpinan kedua-dua parti untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
"Pertembungan hanya membuktikan terdapat dendam dan rasa tidak puas hati di antara pemimpin-pemimpin mereka di peringkat tempatan (di Sarawak)," katanya.
Merujuk kepada pertembungan lima penjuru di Batu Kitang, Aeria berkata keadaan itu mencerminkan "tahap dendam dan tidak puas hati di antara parti-parti gabungan itu".
Di Batu Kitang, calon DAP, Abdul Aziz Isa akan menentang calon PKR, Voon Shiak Ni.
Ini berikutan selepas PKR mengingkari perjanjian untuk tidak meletakkan calon di lima kerusi luar bandar.
Tiga lagi calon lain di Batu Kitang adalah Lo Khere Chiang (BN), Othman Bojeng (Bebas) dan Sulaiman Kadir (Bebas).
Berdasarkan perjanjian yang dicapai dua minggu lalu antara pemimpin pusat Pakatan Harapan, DAP sepatutnya melepaskan Batu Kitang dan bertanding melawan BN di lima kerusi luar bandar - Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.
Sehingga malam tadi, Abdul Aziz masih dijadualkan untuk bertanding di Stakan dan Aeria berkata keputusan saat akhir untuk meletakkannya di Batu Kitang menunjukkan bahawa "idea untuk berkhidmat kepada rakyat adalah fiksyen".
Pada masa yang sama, Aeria berkata BN juga tidak terkecuali daripada pertembungan sedemikian antara parti komponennya.
"BN juga tidak ada bezanya (dengan HARAPAN)... Secara keseluruhan ini menunjukkan politik di Sarawak masih demi mementingkan diri sendiri," katanya.
Penganalisis politik Ibrahim Suffian bersetuju dengan Aeria.
"Pertandingan tiga penjuru menunjukkan pertikaian antara bersetuju dengan kepimpinan dalaman parti dan untuk mengekalkan pakatan yang berdaya maju.
"Pertembungan juga seolah-olah menunjukkan bahawa kelemahan dalaman parti boleh dieksploitasi oleh pihak lawan dan juga rakan-rakan gabungan," katanya.
Sebanyak 80 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak dipertandingkan selepas BN menang dua daripadanya tanpa saingan.
Hari pengundian ditetapkan pada 7 Mei.
ULASAN GB
Kewujudan "Kartel Azmin" di dalam PKR menyebabkan seluruh Pakatan Harapan menjadi huru-hara. Akibat darinya, Azmin dan PKR menjadi sasaran maki hamun oleh rakyat Malaysia kerana mengkhianati Perjanjian Pakatan Harapan.
Sebelum ini Azmin menyatakan beliau melakukan apa sahaja untuk "mengelakkan" pertandingan tiga penjuru tetapi apa yang berlaku rupa-rupanya kartel Azmin inilah yang "menggalakkan" pertandingan tiga penjuru tersebut.
Azmin juga dilaporkan berkata bahawa beliau yang memberi kuasa PKR Sarawak bertanding di lima kerusi yang sebelum ini telah diperuntukkan kepada DAP.
Jadi amat jelas bahawa Azmin merupakan orang yang perlu dipersalahkan ekoran kecelaruan yang berlaku di hari penamaan calun apabila terdapat pertembungan sesama sendiri di kalangan PH di beberapa buah kerusi yang dipertandingkan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu merasa "diperdaya".
"Ia bukan hanya satu kerusi, ia lima kerusi. Jika satu kerusi, kita faham dan kita boleh cuba untuk melupakan tetapi lima kerusi. Bagaimana kita boleh terlepas pandang?" katanya kepada pemberita di Miri.
"Kami rasa bahawa DAP telah ditipu," katanya kepada pemberita di luar pusat penamaan calon Senadin di Miri hari ini.
Menurut Lim, tidak ada komitmen daripada PKR untuk mematuhi perjanjian Pakatan Harapan supaya mereka tidak bertanding melawan antara satu sama lain.
DAP turut melahirkan rasa kecewanya dengan sikap PKR yang tamak kerusi di PRN Sarawak kali ini. Dan melalui beberapa catatan di media sosial, pemimpin dan ahli-ahli DAP sudah bersiap sedia untuk bertindak-balas di Selangor nanti. Kartel Azmin akan menghadapi laluan sukar mempertahankan kerusi-kerusi di majoriti pengundi bukan-Melayu pada PRU14 akan datang.
Hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan hari ini menunjukkan PKR MEMANG BERSALAH. Buktinya, 2 kerusi DUN telah dimenangi tanpa bertanding oleh BN iaitu di Bukit Sari dan Bukit Kota.
"Orang tamak sentiasa rugi," tulis seorang penyokong PH difacebooknya.
"Kerana PKR gila sangat berebut kerusi, akhirnya Allah hukum dia awal-awal, dia peneyebab PH hilang dua kerusi. Macamana calon boleh tiba-tiba "hilang" dan bagaimana seorang muflis boleh dijadikan penyokong?," bentaknya lagi.
"Kalau dulu, PKR marah PAS kerana PAS memberi watikah untuk bertanding di kerusi miliknya, kini PKR pula meniru perangai PAS memberi watikah untuk bertanding di kerusi yang telah diperuntukkan kepada parti lain. 2x5 sahaja perangai PKR dan PAS," tweet seorang lagi penyokong PH.
"Bagitahu kepada Azmin, bagitahu Tian Chua, bagitahu kepada Shamsul, supaya jangan pertahankan kesalahan kamu, kita akan berusaha dan berdoa agar mereka ini akan kalah di dalam PRU akan datang kerana mengkhianati PH sama seperti PAS mengkhianati PR dahulu," tulis seorang lagi di dalam satu kumpulan Whatsapps.
Sementara itu Setiausaha Penganjur AMANAH, Suhaizan Kaiat juga ketika itu memberitahu, jika mana-mana parti yang didapati melanggar perjanjian berkenaan, parti lain dalam HARAPAN mempunyai hak untuk memecat pihak yang ingkar itu daripada gabungan pembangkang.
Ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk menghentikan persetujuan untuk tidak bersetuju, yang membawa kepada terkuburnya Pakatan Rakyat
Pertembungan calon-calon Pakatan Harapan dari PKR dan DAP di enam kerusi pada pilihan raya Sarawak ke-11, selepas proses penamaan calon hari ini adalah tanda-tanda masalah besar bakal melanda pakatan pembangkang, kata penganalisis politik.
Prof Madya Andrew Aeria dari Universiti Malaysia Sarawak memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-dua parti politik itu telah mengecewakan penyokong dan pengundi mereka yang menaruh HARAPAN sebagai alternatif kepada BN.
"Kegagalan untuk kompromi menunjukkan bahawa mereka melanggar peraturan utama dalam politik. Ini sangat malang. Pakatan Harapan nampaknya mempunyai masalah yang besar dalam usaha untuk bekerja sama.
"Rakyat amat mengharapkan mereka boleh menyelesaikan perbezaan dan mengelakkan pertembungan itu," kata Aeria.
Menurutnya, masalah itu berpunca daripada kegagalan dalam kepimpinan kedua-dua parti untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
"Pertembungan hanya membuktikan terdapat dendam dan rasa tidak puas hati di antara pemimpin-pemimpin mereka di peringkat tempatan (di Sarawak)," katanya.
Merujuk kepada pertembungan lima penjuru di Batu Kitang, Aeria berkata keadaan itu mencerminkan "tahap dendam dan tidak puas hati di antara parti-parti gabungan itu".
Di Batu Kitang, calon DAP, Abdul Aziz Isa akan menentang calon PKR, Voon Shiak Ni.
Ini berikutan selepas PKR mengingkari perjanjian untuk tidak meletakkan calon di lima kerusi luar bandar.
Tiga lagi calon lain di Batu Kitang adalah Lo Khere Chiang (BN), Othman Bojeng (Bebas) dan Sulaiman Kadir (Bebas).
Berdasarkan perjanjian yang dicapai dua minggu lalu antara pemimpin pusat Pakatan Harapan, DAP sepatutnya melepaskan Batu Kitang dan bertanding melawan BN di lima kerusi luar bandar - Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.
Sehingga malam tadi, Abdul Aziz masih dijadualkan untuk bertanding di Stakan dan Aeria berkata keputusan saat akhir untuk meletakkannya di Batu Kitang menunjukkan bahawa "idea untuk berkhidmat kepada rakyat adalah fiksyen".
Pada masa yang sama, Aeria berkata BN juga tidak terkecuali daripada pertembungan sedemikian antara parti komponennya.
"BN juga tidak ada bezanya (dengan HARAPAN)... Secara keseluruhan ini menunjukkan politik di Sarawak masih demi mementingkan diri sendiri," katanya.
Penganalisis politik Ibrahim Suffian bersetuju dengan Aeria.
"Pertandingan tiga penjuru menunjukkan pertikaian antara bersetuju dengan kepimpinan dalaman parti dan untuk mengekalkan pakatan yang berdaya maju.
"Pertembungan juga seolah-olah menunjukkan bahawa kelemahan dalaman parti boleh dieksploitasi oleh pihak lawan dan juga rakan-rakan gabungan," katanya.
Sebanyak 80 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak dipertandingkan selepas BN menang dua daripadanya tanpa saingan.
Hari pengundian ditetapkan pada 7 Mei.
ULASAN GB
Kewujudan "Kartel Azmin" di dalam PKR menyebabkan seluruh Pakatan Harapan menjadi huru-hara. Akibat darinya, Azmin dan PKR menjadi sasaran maki hamun oleh rakyat Malaysia kerana mengkhianati Perjanjian Pakatan Harapan.
Sebelum ini Azmin menyatakan beliau melakukan apa sahaja untuk "mengelakkan" pertandingan tiga penjuru tetapi apa yang berlaku rupa-rupanya kartel Azmin inilah yang "menggalakkan" pertandingan tiga penjuru tersebut.
Azmin juga dilaporkan berkata bahawa beliau yang memberi kuasa PKR Sarawak bertanding di lima kerusi yang sebelum ini telah diperuntukkan kepada DAP.
Azmin: Saya beri kuasa PKR S’wak tanding di 5 kerusi DAP
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengakui bahawa beliau memberikan kuasa kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menandatangani surat kebenaran untuk calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.
Keputusan itu menyaksikan PKR dan sekutunya, DAP menghadapi persaingan pelbagai penjuru dengan BN pada hari penamaan calon.
Azmin mendakwa beliau membuat keputusan itu berdasarkan mandat yang diberikan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepadanya untuk menyelesaikan pertikaian kerusi.
"Saya telah diberi mandat secara bertulis oleh presiden untuk menyelesaikan semua isu mengenai pilihan raya negeri, termasuk peruntukan kerusi dan calon," katanya pada satu majlis di Shah Alam hari ini.-petikan Malaysiakini
Jadi amat jelas bahawa Azmin merupakan orang yang perlu dipersalahkan ekoran kecelaruan yang berlaku di hari penamaan calun apabila terdapat pertembungan sesama sendiri di kalangan PH di beberapa buah kerusi yang dipertandingkan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu merasa "diperdaya".
"Ia bukan hanya satu kerusi, ia lima kerusi. Jika satu kerusi, kita faham dan kita boleh cuba untuk melupakan tetapi lima kerusi. Bagaimana kita boleh terlepas pandang?" katanya kepada pemberita di Miri.
"Kami rasa bahawa DAP telah ditipu," katanya kepada pemberita di luar pusat penamaan calon Senadin di Miri hari ini.
Menurut Lim, tidak ada komitmen daripada PKR untuk mematuhi perjanjian Pakatan Harapan supaya mereka tidak bertanding melawan antara satu sama lain.
DAP turut melahirkan rasa kecewanya dengan sikap PKR yang tamak kerusi di PRN Sarawak kali ini. Dan melalui beberapa catatan di media sosial, pemimpin dan ahli-ahli DAP sudah bersiap sedia untuk bertindak-balas di Selangor nanti. Kartel Azmin akan menghadapi laluan sukar mempertahankan kerusi-kerusi di majoriti pengundi bukan-Melayu pada PRU14 akan datang.
Hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan hari ini menunjukkan PKR MEMANG BERSALAH. Buktinya, 2 kerusi DUN telah dimenangi tanpa bertanding oleh BN iaitu di Bukit Sari dan Bukit Kota.
"Orang tamak sentiasa rugi," tulis seorang penyokong PH difacebooknya.
"Kerana PKR gila sangat berebut kerusi, akhirnya Allah hukum dia awal-awal, dia peneyebab PH hilang dua kerusi. Macamana calon boleh tiba-tiba "hilang" dan bagaimana seorang muflis boleh dijadikan penyokong?," bentaknya lagi.
"Kalau dulu, PKR marah PAS kerana PAS memberi watikah untuk bertanding di kerusi miliknya, kini PKR pula meniru perangai PAS memberi watikah untuk bertanding di kerusi yang telah diperuntukkan kepada parti lain. 2x5 sahaja perangai PKR dan PAS," tweet seorang lagi penyokong PH.
"Bagitahu kepada Azmin, bagitahu Tian Chua, bagitahu kepada Shamsul, supaya jangan pertahankan kesalahan kamu, kita akan berusaha dan berdoa agar mereka ini akan kalah di dalam PRU akan datang kerana mengkhianati PH sama seperti PAS mengkhianati PR dahulu," tulis seorang lagi di dalam satu kumpulan Whatsapps.
Sementara itu Setiausaha Penganjur AMANAH, Suhaizan Kaiat juga ketika itu memberitahu, jika mana-mana parti yang didapati melanggar perjanjian berkenaan, parti lain dalam HARAPAN mempunyai hak untuk memecat pihak yang ingkar itu daripada gabungan pembangkang.
Ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk menghentikan persetujuan untuk tidak bersetuju, yang membawa kepada terkuburnya Pakatan Rakyat
90 ulasan:
Izinkan saya turut maki azmin mamgkuk ali.ni
Azmin kawal nafsu serakah ko
Jgn jd ayoh Ping gombak
Bodoh bangang diaorg semua ni. Dasar org politik mesti khianat rakyat itu suatu yg wajib. Tunggu akan tiba suatu parti yg akan tibai semua ahli politik yg mcm cibai ni tak kira dr bn atau pembangkang! Cibai lu semua!
PKR bg 2 kerusi free pd BN.
Jgn nnt kat selangor pun bg kerusi free pd umno.
Janji 2.6m american pies masuk dlm akaun.
Pas tak boleh pakai. Pkr pun tak leh pakai. Umno pun tak leh pakai.
Dap juga parti yg berprinsip.
Izinkan gua bermadah sikit.
Gua dah mula percaya kata-kata pemimpin BN bahawa satu2nya parti politik yang boleh memerintah Malaysia adalah mereka.
Maka, terbukti BN sahaja yg boleh perintah negara dan negeri.
Takyah sesiapa nak remind gua pasal Selangor, Kelantan dan P Pinang.
Pascai pengkianat... pkr pun ikut jadi penkhianat... hopeless..
Pru14 kita turunkan Pula pemimpin taik kucing
nampaknya Dap lebih Islam dr Pkr..
Ini pemimpin UG versi PKR.
Rasanya Azmin yang membawa masalah kepada PKR.
Singkirkan Azmin dan kuncu2 dalam PKR sebelum PRU 14. Atau, buang terus PKR dalam Pakatan Harapan.biaq parti yang berprinsip teguh sahaja meneruskan perjuangan..Iaitu AMANAH dan DAP.
Amanah dan DAP harapan kami.
Sokong kenyataan Baru Bian yang perbincangan bukan suatu yang mudah. Jadi kami sokong DAP letakkan calon di Bukit Antarabangsa dalam PRU akan datang. Perbincangan bukan suatu yang mudah kan? Biar puak2 UG ni rasa :)
Bebal azmin nie..wan azizah kat mane skrg nie? Tak turun padang mase penamaan calon??*
amanah berpotensi besar...pkr umno pas mmg acuan melayu perosak...jenis bagi apa pon melingkop...bagi negara lingkop...bagi negeri lingkop...bagi duit lingkop...bagi agama pon dia pelingkop...mmg dasar kna jajah sampai mati..
Oooo kesahnya.... Mcm ni la senang cerita... Pru 14 nnti DAP pakat ngan Amanah jer... Biar PKR join PAS ngan Ikatan dlm block ketiga tu....
Azmin akan ikut jejak ezam ,team ug dlm. Pkr. Tiada prinsip!Respek Amanah dan Dap. Sekian
Ps pkr akan buka plak blok ke4, hah baguslah tu! Hidup Rakyat slogan tu da ke laut dlm pkr dan pas! Bangun Amanah !
ps stanby sokong Amanah jika parti ini lebih berwibawa membawa suara rakyat
Selamatkan maruah pkr dgn memecat azmin ali dan rakan sekutunya dlm parti. Tidak mengapa selangor jatuh kpd umno/pas dan azmin. Sebab rakyat selangor akan tendang mereka semula pd pru14 nanti.
Kalau tidak. Pecat saja pkr dpd PH. Biar DAP dan AMANAH saja yg berjuang utk tumbangkan BN!! Rakyat akan sokong mana2 pihak yg bersungguh sungguh menyingkirkan BN yg jd perosak negara.
Tingkatkan kerjasama dap dan amanah dpd skrg. Pkr tak lebih dpd beban yg memperdayakan rakyat. Mana2 pemimpin pkr yg cintakan keadilan. Baik korang keluar pkr dan masuklah parti amanah atau dap!!
Tak baloi korang jd bodoh duduk dlm pkr. Biarlah walaun pas saha yg masih bodoh bertenggek kt parti karut marut pas..!
Dap patut keluar dari Kerajaan Selangor.Biar Azmin jadi ADUN aje
Dap patut keluar dari Kerajaan Selangor.Biar Azmin jadi ADUN aje
Selagi azmin ada dalam pkr, selagi itu pkr akan bercelaru.... Shamsul iskandar pun dah jadi sebiji macam umno shahidan kassim, membabi buta je backup si azmin.... Kalau salah tu mengaku je salah, tak perlu tegakkan benang yg basah.... Sokong sepenuhnya parti yg berprinsip seperti amanah dan dap
Masalahnya Azmin Ali ni main tangkap muat ja calun. Dah nak terberak baru nak cari tandas.
Memang bengong...
Ini PRU la....nasib masa depan rakyat dimain2kan
Dah tu mana batang hidung wan azizah? Azmin tu lebih tinggi pangkat drp dia ke? Buatlah sesuatu...azmin dah makin besar kepala skrg...bijak pandai mcm rafizi, saifudin nasution dll...apa komen lu org bila tengok PH mcm jahanam di sarawak bertembung sesama sendiri?
Sisa kepercayaanku kini hanya tinggal buat Amanah dan dap sahaja...kesian kat Anwar dlm penjara tu...buat azmin, tiada lagi undi buat kamu pada pru akan datang...aku pengundi gombak setia...
Azizah suruh selesaikan masalah pembahagian kerusi. Si azmin kasi tambah pulak masalah.... pening woo wan azizah!!!
Politik tidak matang diantara DAP dan PKR. Tiada gunanya pembentukan PH sekiranya pertelagahan di Serawak di teruskan. Isyarat apa yang mahu diberikan PKR dan DAP kepada para pengundi. Benarkah PH sudah bersedia untuk menerajui negara sekiranya sikap tamak, berlagak, besar kepala dan over confident yang tidak berdasarkan fakta masih menguasai PKR dan DAP. Pemimpin PH seperti LGE, Azmin jangan bersikap seperti kera dapat bunga. Jangan terlalu cepat perasan dan menganggap segala tindak tanduk mereka sentiasa akan disokong dan kuasa yang ada hari ini bukanlah sumbangan LGE dan Azmin semata. Tolak ansur dan rendah diri adalah kunci kejayaan Nik Aziz. Pengalaman di Serawak ini memperlihatkan bahawa rakyat sudah bersedia untuk mengubah teraju negara tetapi malangnya sikap pemimpin PH yang mendahulukan parti dan kumpulan sendiri berbanding rakyat amatlah memalukan, memualkan, menyakitkan hati dan memusnahkan harapan. PKR dan DAP sila sedar diri.
PAKATAN HARAPAN DAH JADI PAKATAN HAMPEH!!!
ISU ASAS PUN TAK BOLEH SETTLE... CALON BANKRAP & TAK HADIR....
INI KE GAYA NAK GANTI BN....
azmin dan kartelnya menyebabkan pkr hilang kredibiliti.....gantung je azmin tgk macam mana dia....pasal dia lah pkr haru biru....igt x selepas pru lepas kritik anwar semasa perhimpunan di stadium mppj......gantung atau pecat dia habis cerita...
Buang masa betul pkr ni.. ko nak main apa lagi? Berapa puluh tahun lg ko nak main wayang politik babi ni? Org d bawah ni sudah bersungguh2.. korang nak berebut jadi calon.. hakkkktui.... buang masa betul..
Kekecohan PKR lawan DAP.
Kalau orang dah biasa dengan politik Sarawak, kemungkinan berlakunya pertandingan sesama sendiri dalam satu parti yang bergabung pasti akan berlaku.
Ahli politik Sarawak mempunyai kecederungan tinggi untuk menjadi calun dalam sesuatu pilihanraya. Bahkan mereka lebih rela dibuang dari parti sendiri, demi mencapai cita-cita menjadi calun pilihanraya.
Sebenarnya isu ini telah lama dialami oleh BN di Sarawak.
Sejarah membuktikan kebanyakkan calun-calun bebas yang bertanding dalam PRU Sarawak merupakan calun yang ditaja oleh parti-parti yang bergabung dalam BN.
Isu pertindihan calun di antara DAP dan PKR bukan merupakan isu, walaupun kelihatan janggal kepada pengkaji politik di semenanjung.
Sebenarnya gabungan dalam PH tidak menggunakan satu lambang bersama, masing-masing parti menggunakan lambang parti sendiri. Maka lebih mudah bagi ahli politik yang mengangotai parti pembangkang di sarawak menggunakan lambang parti masing-masing.
Namun dalam isu ini, PAS merupakan parti yang paling selamat dari isu pertindihan calun sesama sendiri. Ini disebabkan gabungan PAS hanya dengan parti IKATAN. Semua orang mengetahui parti gabungan PAS merupakan parti tepi longkang yang mengandungi tiga orang ahli aktif sahaja. Kebetulan pula ketiga-tiga ahli IKATAN ini tinggal di Kedah dan tidak berminat untuk menjadi ADUN di Sarawak. Maka pertindihan calun tidak mungkin dihadapi oleh PAS dalam PRU Sarawak.
Namun sebenarnya PAS telah gagal dalam ujian kesabaran dalam PRU13, apabila mereka sanggup meletakkan calun di kawasan yang ditandingi oleh parti yang menganggotai gabungan (PR).
Sedangkan sebelum itu pimpinan tertinggi parti-parti dalam gabungan telah setuju dengan pembahagian kawasan yang dipersetujui.
Inilah menjadi tanda tanya kepada pengkaji politik, "adakah PAS parti yang berdisiplin dan boleh dipercayai oleh parti sahabat?".
Tak perlu borong isu PH kat sini...PH tetap utuh dan dinamik, isunya kita nmpak kat sini Azmin & geng bermasalah, so masalah dah dikenalpasti...jd pemimpin PH boleh ambil iktibar....jgn2 pengomen kat sini ada yg bertaraf anjing mat maslan..
Izinkan aku puji hadi sikit blh x gb,sbb selalu aku kutuk2 hadi.ni sekali sekala nk puji pulak la cian hadi kene kutuk2 je.mungkin betul kut telahan hadi yg ph blh bertahan 2 tahun aje kot.Hihihihi. Tu je nk puji hadi sikit.jgn mare aaaa.bila tanye masadepan pasikatan.hanya.tuhan yg tahu.haha
sejarah tetap berulang. org melayu sampai kiamat akan khianat. tak kiralah yg pakai serban jubah atau songkok.
krn nak sorok kerja khianat, maka diwar2kan asobiyah. kononnya cina akan perintah Negara ini. tp mrk lupa, siapa yg bawa bangsa2 ini ketanah melayu? siapakah yg beri kuasa pd inggris dulu?
atas pengkhianatan ini, Amanah dan DAP mestilah menolak pkr sptmn pas ditolak.
sejarah tetap akan berulang. once a pengkhianat, always a pengkhianat!
pd pru akan dtg, Amanah DAP mestilah meletakkan calon mrk dikerusi2 yg ditandingi oleh azmin dan kuncu2nya.
sila lancarkan projek nyahkan azmin.
Maaf saya berbeza pendapat. Analisa tuan Greenboc yg menyalahkan Azmin Ali dalam isu pertindihan kerusi di Sarawak sebenarnya jauh menyimpang & sangat tidak tepat.
Tuan GB & teman2 disini perlu faham bahwa masalah pertikaian kerusi di Sarawak antara PKR & DAP sebenarnya bukan isu baru. Ianya sudah memanas waktu Pilihanraya negeri Sarawak yg lalu.
Pada pilihanraya negeri Sarawak 2011, Pakatan Rakyat telah membuat kejutan besar dgn berjaya memenangi 15 kerusi, dimana 12 daripadanya diperolehi oleh DAP & selebih 3 kerusi dimenangi oleh PKR.
Walaupun pencapaian Pakatan Rakyat sangat membangga para penyokongnya berbanding dengan pencapaian pilihanraya negeri Sarawak tahun 2009 dimana pembangkang hanya mendapat 8 kerusi, (perolehan baru kerusi hampir 100%), tetapi dikalangan pimpinan dan ahli parti PKR di Sarawak banyak hal yg telah dipendamkan & menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan mereka terhadap DAP.
Sebabnya PKR melihat faktor terbesar perubahan pengundi Sarawak kepada Pakatan adalah kerana usaha gigih PKR, khususnya Anwar Ibrahim & pimpinan lainnya yg telah membuat insiatif besar menggempur masuk ke daerah2 yg dulunya menjadi kubu kuat BN.
Usaha2 berterusan Anwar & PKR akhirnya membuahkan hasil hingga siri jelajah ceramah Anwar di Sarawak waktu itu menjadi fenomena baru politik Sarawak kerana berjaya menarik kehadiran ribuan rakyat Sarawak.
Malangnya diwaktu perundingan kerusi antara PKR & DAP mula berjalan, DAP sangat berkeras. DAP menuntut & mahu memonopoli kerusi2 di kawasan bandar & kerusi majoriti bukan Islam seolah2 kesemua DUN ini adalah hak mutlak mereka yg tak boleh dipertikaikan, sedangkan banyak dari kerusi2 ini berpotensi besar utk dimenangi oleh PKR kerana mereka lebih aktif menyusun program2 yg membangkitkan kesedaran baru dikalangan rakyat Sarawak.
Hal ini telah menimbulkan ketegangan diperingkat ahli & pimpinan PKR dengan DAP. Untuk meredakan ketegangan, Anwar Ibrahim memilih untuk mengalah pada DAP dalam perebutan kerusi.
Harus difahami walaupun PKR bertanding lebih banyak kerusi DUN Sarawak berbanding DAP, kerusi2 yg diberi laluan oleh DAP kepada PKR adalah majoritinya kerusi2 di pendalaman & luar bandar yg sangat sukar untuk dimenangi.
Demi memikul harapan rakyat untuk melihat pertandingan satu lawan satu disetiap DUN Sarawak PKR mengambil tanggungjawab ini yg tidak mahu dipikul oleh DAP. Namun PKR pula dituduh tamak sedangkan hakikat sebenarnya bukan begitu.
Ketengangan antara PKR & DAP masih terbawa2 hingga sekarang. Ramai ahli & pimpinan PKR menilai pembahagian kerusi bersama DAP sebagaimana yg dipersetujui oleh Anwar Ibrahim adalah suatu kesilapan besar bagi perkembangan pengaruh politik PKR dimasa hadapan.
Hal yg sama boleh dilihat terjadi di Johor & Sabah dalam PRU 13 yg lalu. Rakyat Johor & Sabah berbondong2 keluar beramai2 mendengarnya pidato Anwar Ibrahim, suatu hal yg tidak pernah berjaya dilakukan oleh mana2 pimpinan DAP.
Anwar & PKR lah yg mula mengambil inisiatif Jelajah Merdeka Rakyat yg menyaksikan kebangkitan baru rakyat Johor, Sabah & Sarawak. Malangnya bila tiba isu pengagihan kerusi DAP mengambil pendekatan keras & kepala batu demi merebut kemenangan bagi partinya.
Lihat apa jadi di kerusi Gelang Patah & beberapa DUN lainnya di Johor. Kerusi Gelang Patah sedari awal digerakkan aktivitinya oleh Dr Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor. Majlis ceramah & makan malam yg dianjurkan oleh Chua Jui Meng di Gelang Patah mendapat sambutan dari puluhan ribu rakyat.
Tetapi DAP tetap berkeras untuk bertanding disitu hingga Lim Kit Siang sendiri sanggup berpindah dari Ipoh Timur semata2 mahu bertanding disitu.
Dalam hal ini Lim Kit Siang sebenarnya telah menyalahgunakan prinsip kesepakatan rundingan kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat yg bersetuju memberi laluan kepada mana2 tokoh besar antara parti dalam Pakatan Rakyat utk bertanding.
Seharusnya Kit Siang tidak perlu bertanding di kerusi yg sudah jelas tokoh nya.
Akibatnya karier Dr Chua Jui Ming dalam PKR menjadi rosak kerana gagal menjadi ahli parlimen & beliau sudah terlalu tua untuk menunggu PRU ke 14.
Tuan GB dalam hal ini masih tidak faham bahwa masalah sebenarnya ialah politik anak beranak Lim DAP.
Tuan GB menyerang Azmin tapi tuan GB sebenarnya tidak sedar kelicikan politik Lim Guan Eng & Kit Siang anak beranak.
Dari sudut permainan politik, Lim anak beranak ini bukanlah pemain politik yg bersih. Lihat, buka mata seluas2nya & perhatikan bagaimana mereka mengatur, membunuh & menghalang pesaing2 politik mereka dalam DAP.
Lihat permainan Guan Eng terhadap Liew Chin Tong, pesaing terbesarnya dalam DAP.
Chin Tong yg sebelum ini menang besar di kerusi Parlimen Bukit Bendera Pulau Pinang dilihat sebagai pengganti yg paling natural & munasabah bagi jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Chin Tong bukan sahaja punya pengaruh besar dalam DAP Pulau Pinang tetapi juga diperingkat pusat & pernah mendapat undi tertinggi pemilihan jawatankuasa CCC Pusat DAP, jauh mengungguli Guan Eng.
Apa jadi akhirnya? Guan Eng dgn bantuan ayahnya dengan liciknya mengeluarkan Liew Chin Tong dari arus kepimpinan DAP Pulau Pinang dengan mencampakkan beliau bertanding di Johor tanpa alasan yg kukuh. Mujur beliau menang juga di Johor.
Untuk menjadi penganalisa politik yg baik pandangan kita harus tajam. Analisa harus objektif & tidak boleh terikut2 sentimen emosi yg belum jelas dasar hujahnya.
Dalam hal ini Azmin dilihat bersalah kerana DAP sedari dulu sangat licik & pintar bermain politik "sidang akhbar".
Belum apa2 lagi Pegerusi DAP Sarawak sudah mengumumkan keputusan bertanding di kerusi2 yg sebenarnya masih belum disepakati. Begitu juga dengan Lim Guan Eng.
Kalau diperhatikan dengan cermat, PKR adalah parti TERAKHIR dikalangan pembangkang yg mengumumkan calon2 bertanding kerusi di Sarawak.
Yang paling gelojoh seperti biasa PAS & DAP. Kerana apa PKR parti yg terakhir umum calon? Jawapannya kerana PKR dari dahulu sangat menghormati budaya perundingan!
Kesilapan besar Azmin barangkali ialah apabila beliau dikatakan bersetuju menandatangani perjanjian pembahagian kerusi dengan Lim Guan Eng (itupun kalau betul laporan). Lebih parah berita ini tidak diralat & dibiarkan tersebar luas begitu sahaja.
Apa yang nyata tindakan Azmin Ali memberi watikah perlantikan calon PKR dilakukan setelah berunding, bermesyuarat & megambil kira SUARA & ASPIRASI AHLI & PIMPINAN PKR SARAWAK. Keputusan ini diambil secara KOLEKTIF.
Adalah sangat tidak tepat malah sangat berniat jahat utk menggambarkan Azmin bertindak sesuka hatinya apatah lagi menyamakan tindakan Azmin sama dengan Hadi Awang yg diketahui umum sering mengambil keputusan secara diktatorial & sepihak!
Jgn persalahkan PH... Azmin Ali dan Hj Hadi adalah dibawah grand master yang sama... ejen yang menyeludup masuk dalam parti politik pembangkang sejak sekian lama dan ditugaskan utk kekal dan bertindak seumpama pembangkang sejati... tapi sebenarnya adalah musuh dalam selimut kepada pembangkang... seperti duri dalam daging... Azmin Ali dapat jadi MB pun atas bantuan dan perancangan dari grand master... wauallahualam.. Allah yang maha tahu.. jangan kita mudah tertipu...
Satu perkara besar para pengkritik Azmin & PKR termasuk tuan empunya blog terlepas pandang ialah mengapa DAP memilih utk memperbesarkan lagi masalah pertikaian daripada 5 kerusi menjadi 6 kerusi?
Bukankah kerusi Batu Kitang sudah jelas ada kesepakatan dari DAP sebagaimana yg dinyatakan sendiri oleh Lim Guan Eng dalam sidang medianya beberapa hari lalu bahwa DAP sepakat & setuju memberi laluan pada PKR utk bertanding disitu?
Bukankah ini jelas memperlihatkan ketidakmatangan Lim dua beranak yg berdolak dalik kononnya memberi restu pada pencalonan PKR tetapi bercabang lidah utk kacau daun di DUN Batu Kitang?
Cuba saudara2 & kawan2 semua fikir baik2. Mulia & baik kah sikap seperti ini?
Bukankah ini namanya politik dendam, berniat jahat & sangat kebudak2an?
Salah Azmin jugakah bila DAP khianat & berkeras bertanding di DUN Batu Kitang?
Ya Azmin yg membawa masalah...cuba fikir dalam2...bagaimana penerimaanya terhadap PH..setiap keputusan dlm PH mesti dipatuhi, jgn ulangi seperti kes dalam PR dulu..jgn buat cerita panjang2..ikut arahan, kami penyokong PH sudah jelik dengan perangai kamu, skrg guna nama saudara Anwar tp dulu kamu juga sabotaj dia...
Sdra Ilyas Hussein,
Soal batu Kitang adalah soal yang lain.
DAP mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Batu Kitang, walaupun sebelum ini diperuntukkan kepada PKR sebagai 'tindakbalas' dan "teguran" saat akhir kerana PKR sudah memungkiri janji dan tidak mematuhi perjanjian yang termaktub di dalam Pakatan Harapan.
Apakah PKR perlu dibiarkan sahaja bertindak "khianat" tanpa sebarang "teguran"?
Apa-apa pun seperti mana yang Tuan GB telah catatkan, akhirnya hukum kebenaran dan keadilan 'membuktikan" PKR bersalah. 2 kerusi dimenangi oleh BN tanpa bertanding adalah kesalahan serius PKR, bukan DAP.
Sdra Ilyas Hussein,
Sdra sendiri telah mengakui bahawa, di dalam PRN10, "Pakatan Rakyat telah membuat kejutan besar dgn berjaya memenangi 15 kerusi, dimana 12 daripadanya diperolehi oleh DAP & selebih 3 kerusi dimenangi oleh PKR."
Bukankah itu membuktikan bahawa "kerja-kerja" DAP itu lebih ke depan dan lebih berkesan dari PKR?
Di dalam apa juga bidang, kita tidak sahaja perlu membuat "dengan" betul dan cekap tetapi hendaklah membuat perkara "yang" betul dan cekap.
Itu beza diantara "efficient" dengan "effective".
Efficient ialah "doing things right" manakala effective ialah "doing right things".
Masalahnya, dah dibuat perjanjian. Kena tunaikan janji tu. Kalu tak setuju kenapa buat perjanjian.
Tidak dinafikan Anwar Ibrahim adalah pemidato yang hebat. Beliau seorang "crowd puller" tetapi anda perlu faham bahawa sokong rakyat tidak semata-mata kerana faktor itu. Banyak lagi angkubah-angkubah lain yang perlu diberikan perhatian.
Kalau dinilai dari aspek pentadbiran sahaja misalnya, walaupun Selangor yang dipegang oleh PKR negeri yang kaya-raya, tetapi ia tidak dapat menandingan negeri P.Pinang yang dipegang oleh DAP. Lihat sahaja hutang negeri masing-masing. Siapa lebih cekap di dalam mentadbir?
Siapalah pengulas yang bernama Ilyas Hussein ni.... betul-betul x empuk ulasan dia. Bila dh tak boleh menjawab secara professional, lalu dituduhnya LGE dan LKS anak beranak licik politik.
Dan katanya mereka bukan pemain politik yang bersih.
Habis Anwar yang letak WAWI, Nurul Izzah itu pemain politik yang bersih?
Kemudian katanya, lihat permainan Guan Eng terhadap Liew Chin Tong dimana katanya Chin Tong menjadi mangsa politik kedua-dia pemimpin DAP berkenaan.
Sedangkan di dalam PKR lebih teruk lagi. Lihat berapa ramai pemimpin PKR yang telah dicantas dan akhirnya meninggalkan parti itu?
Sudah tidak menjadi rahsia di dalam pemilihan PKR, Anwar akan mencaturkan orang-orang untuk bertanding dan memegang sekian-sekian jawatan. Itu permainan yang bersihkah?
Banyak lagi kelemahan PKR dan Anwar jika dibongkarkan tetapi kita bukan jenis politikus bankrap seperti PKR yang menyerang peribadi apabila sudah tidak ada isi.
Seorang lagi yang suka kata yang sjaak semua Cina kapir!?
Apa macam 5 kerusi pkr nak juga tanding? Apa macam 2 kerusi pkr di menang free Oleh BN?
Tak apa, masih boleh salahkan "Cina kapir", nana Sudah kapir mesti boleh jadi kambing hitam
Akibat terlalu berkawan dengan walaun...perangai pun dah sama
Hello Illiyas, soal Chua Jui Meng itu ialah faktor kesalahan ndirinya sendiri yang rkayat Johor sudah baca dan meluat dengannya.
Isu bannger beliau bergambar dengan Sultan Johor adalah cara politik murahan Chua Jui Meng, apalah lagi dia mendakwa bahawa dia bakal MB Johor.
cukup mudah ya salahkan DAP kononnya politik anak beranak bila pekung PKR sudah terbuka....
itulah mentaliti Melayu lembam yang memundurkan PH.
Ketiadaan DSAI banyak memusnahkan perancangan PR/PH.... PH memerlukan pemimpin yang dihormati lawan dan kawan seperti ketokohan DSAI.... Sekiranya DSAI masih memimpin insya Allah banyak masalah politik yg timbul dapat diselesaikan.... sekarang masing-masing ego dan keras kepala... DAP pula hanya nak bertanding dikawasan yg mempunyai peluang utk memenangi undi yg besar..
Saya tak nampak GB membelasah Azmin. Yang kami lihat GB utara dan laporkan ialah apa yang diluahkan oleh netizen dan rakyat di media-media sosial.
Sdra ILLYAS ni rasanya ada penyakit taksub.... sama macam golongan PAS yang taksub kepada presidennya kerana gani beliau semuanya salah DAP..
Setuju
Mujur ada AMANAH.
Nak tanya lah Kerajaan Negeri mana yang beri jawatan perkerjaan pada Mejar Zaid ?
Ayat paling sesuai,,,sgt2 setuju
Setuju
Nie salah parti atau pemimpin parti yg tamak...x hormat keputusan majlis presiden..mcm mane la xde keputusan muktamad ..biar jelas
Lks cpt2 minta maaf pada rakyat sarawak kerana tak dpt elakkan 3 penjuru tanpa menyalahkan sesiapa until lepas pilihanraya..tapi pkr cpt2 salahkan dap tk mahu bertolak ansur.. siapa yg lebih berakhlak?
Lain kali sebaik-baiknya watikah di tanda tangani oleh ketiga-tiga Presiden. Jangan dan tidak boleh mengambil-kira ini kawasan DAP, DAP yang keluarkan watikah. Dengan ketiga-tiga tanda-tangan itu lah baru Parti setiap Negeri yang berkenaan mengeluarkan watikah yang diperlukan oleh calun untuk bertanding.
Saya tidak yakin dengan pengakuan Azmin bahawa dia telah diberi mandat. Kelebihan ada pada Azmin sepertimana kelebihan ada pada Hj Hadi yang mempertaruhkan masa depan parti. Ahli nak tinggalkan parti dia orang peduli apa.
Dalam hal begini, Presiden mana-mana parti dalam PH tidak dibenarkan memberi kuasa kepada orang lain melainkan dipersetujui oleh ketiga-tiga Presiden atas sebab-sebab tertentu.
Sampai sekarang tak sudah-sudah dengan masalah begini.
En ilyas.. kenapa asyik2 salah dap.. apakah tuan sudah mempunyai sikap2 spt pas.. asyik2 salahkan dap. Asyik2 kita nak ucapakan tak tahu menari di katakan papan jongkang jongkit...salahkan papan. contoh di swak.. memang dr lapuran2 media.. pkr swak lembab.. kalau sudah tahu diri lembab.. patut 2 tahun seblm PRN sentiasa buat kerjasama dgn dap swak dgn kerjasama pimpinan tertinggi parti masing2. Kalau baca dr dulu lagi di media2 cara dap amat tersusun. Pasal azmin.. memang sikap azmin sejak dulu ramai org marah.. terlalu ikut corak2 umno. Semasa pru 13 azmin jadi pengarah PRU PKR.... salah seorg pimpinan PKR bg tahu. Dua tiga hari nak umumkan calun2 bertanding pru di malaysia.. baru senarai2 yg nak bertanding sampai di tangan penasihat, presiden dan pimpinan pkr.. begitu cekap strategi azmin.. azmin tahu dua tiga hari.. pimpinan pkr sukar nak ubah senarai yg hendak bertanding tu. Kenapa azmin jaga prn swak..? wan azizah senyap... dr awal lagi azmin sudah letak org2 dia di swak.. kalau wan azizah dtg pun wan azizah jadi patung..ingat sebelum bertanding pimpinan PKR seblm ni..seblm bertanding azmin buat ucapan pada org2 dia.. kalau tak salah di shah alam.. kenapa byk org swak dan sabah..Azmin dan kroni dia bg aku tak betul..sbb patut jatuh kan umno dulu.. baru tetap kroni2 dlm parti.. yg azmin buat sebaliknya.. seolah2 tidak menghormati anuar. Memang aku mengharap dap dan amanah bergabung utk memikirkan kws bukit antarabangsa dan gombak pru 14 ni.lagi satu yg aku dengar pengarah pru pkr bukan azmin lg.. jawatan di pegang oleh dua org pimpinan pkr..harap pru14 nanti dua tiga hari br azmin dpt senarai calun yg akan bertanding...
Pakatan Harapan musnah hancur berderai-derai sekiranya Azmin menjadi Presiden PKR.
Seperti kata TN 12 11 mengenai perhimpunan MPPJ, Azmin biarkan diri dia di pergunakan oleh TV3 dan Azmin menghantar message 'Jangan heret rakyat...' Azmin menunjukkan sikap ingin menjadikan parti Anwar Ibrahim sebagai parti rakyat kepada parti Azmin. Apa perasaan dan penerimaan ahli yang sama-sama berhimpun di Dataran Merdeka semasa Liwat 1 tidak dipedulikannya.
Jasa dan pengorbanan Azmin ketika itu tidak di lupakan tetapi jangan menjadi nya satu kelebihan sehingga untuk dia berbuat suka hati. Jaga lah kesucian pengorbanan dan perjuangan kamu, Azmin.
Memang betul Azmin bersetuju Wan Azizah menjadi calun MB. Tetapi bukan Azmin sahaja malah ramai tahu kesukaran Wan Azizah mendapat perkenan dari Sultan.
Politik Azmin sangat licik tetapi cukup merbahaya kepada cita-cita Pakatan Harapan.
Pendekata, Pakatan Harapan tidak akan kekal sekira nya AMANAH dan DAP tidak bersedia dengan ketiadaan PKR apabila Azmin menjadi Presiden.
Madey yg korup
Ajib gorr yg korup
Ady Awing dan lebai2 rembat korup
Min Aly and d geng ddlm pkr yg korup
SEMUA dan SEMUA yg korup kaki rembat kat atas tu sgt takut kpd KUASA yg akan jatuh ketangan RAKYAT
Sekali dah buat KHIANAT mrk akan terus berbuat KHIANAT dgn sgl onar makar tipu keliru belit dan FITNAH
Mrk ini sgt TAKUT apb KUASA ditangan rkyat yg dpimpin Anwar Rafizi Mat Sabu Husam @ LKS dimana mrk ini akhirnya nanti akan diSIASAT dan dibawa ke mahkamah!
Perasuah @ PENCURI yg merembat khazanah rkyat sentiasa kecut dan TAKUT sbb itu sekali dah terjerat khianat mrk akan terus mngKHIANATI rkyat!
Sebenarnya, HAYAT politik mrk bergantung kpd BN dan umno dan tujuan politik mrk adalah utk mnguntungkan umno yg zalim n korup itu
Sdra Ilyas Hussein,
Komen tuan 4 07 PG.
Selagi PKR mendabik dada mengatakan faktor Anwar dan kerja keras penyokong PKR yang menjadi penyumbang utama kepada
kemenangan PR, selagi itulah PKR Sarawak dan di mana-mana negeri tidak akan berpuas hati dengan DAP. Dan juga ini lah punca nya mereka jadi sombong.
Jika faktor Anwar, mengapa PKR cuma menang 3 kerusi sahaja?
Dalam rundingan semua pihak perlu berkeras pertahankan hak atau menuntut hak masing-masing. Yang penting apabila telah dipersetujui dan setelah melepaskan apa yang di pendam, semua pihak perlu hormat dan patuh pada apa yang telah dipersetujui. Bukan nya memendam hal-hal yang baru.
Apa tujuan, selepas kemenangan besar DAP di Sarawak, tidak ada bantahan dari mana-mana ahli PKR untuk terus bersama bukan sahaja dengan Pakatan Rakyat tetapi dengan Pakatan Harapan.
Sdra Ilyas Hussein,
Komen tuan 4 08 PG.
Jika benar Anwar Ibrahim telah mengalah kepada tuntutan DAP, apa nak buat? Sekurang-kurang nya DAP buat tuntuan. DAP tidak buat macam apa yang Azmin buat. Mengapa semasa rundingan selepas itu untuk PRN Sarawak, PKR mengalah lalu mencari jalan lain?
Mengapa tidak cadangkan pertukaran 3 atau 4 kerusi PKR dengan kerusi DAP yang dalam bandar? Ini tidak PKR ambil 5 kerusi DAP. Jika PKR ambil 5 kerusi DAP, kerusi yang mana sebagai ganti?
Kejayaan Anwar Ibrahim ialah kerana berjaya menyatukan tiga parti terutama DAP dengan PAS. Jika Anwar hanya bersama PKR sahaja PR tidak akan berjaya dan PKR pun tidak kemana. Azmin pun tidak merasa menjadi MB Selangor!
Lagi sekali tiada salahnya mana-mana parti keras kepala & berkepala batu demi merebut kerusi untuk kemenangan bagi partinya. Adakah PKR ingin menang secara mudah atau sememang benar PKR ada niat 'memperdayakan' DAP?
Sdra Ilyas Hussein,
Komen tuan 4 09 PG.
Apakah begitu naif nya pemimpin PKR sehingga begitu mudah mengalah kepada DAP dan Lim Kit Siang ?
Bagaimana dengan tindakan Azmin meletakkan calun nya sendiri di Semenyih yang di tandingi PSM?
Jika masalanya ialah politik anak beranak Lim, mengapa yang jadi mangsa nya DAP Sarawak?
Bagi saya DAP telah berjaya membolosi Negeri Johor.
Sdra Ilyas Hussein,
Komen tuan 4 10 PG.
Masalah Lim anak beranak... masalah dalam parti.
Jika sikap begitu cuba digambarkan yang anak beranak tidak boleh dipercayai, bagaimana pula Azmin?
Ketepikan cara Azmin berkempen semasa pemilihan PKR. apakah jika benar dia diberi mandat oleh Wan Azizah, bererti Azmin berkuasa penuh tanpa memaklumkan tindakannya lebih awal kepada Wan Azizah?
Tidak samakah tindakan Lim anak-beranak dengan tindakan Azmin ?
Allah Maha Besar dan Maha Adil. Yang buta kayu, buta perut, buta hati hanyalah manusia yang tidak berhati perut sampai benda yang jelas pun tidak nampak dan benda yang kecil pun tidak dihiraukan. Untuk umat atau bani melayu khasnya dan untuk umat Malaysia amnya. Pertama ameno dan penjilat-penjilatnya tidak boleh pakai langsong. Elakkan macam kita elakkan taik kucing. Pas pun sama juga. Selepas Almarhum TGNA tiada ia sudah jadi tamak, gila kuasa, kaki kencing, gila harta dunia dan tidak boleh dipercayai. PKR sejak Azmin berkuasa parti ni dah mulai dimakan anai-anai. Mula tunjuk samseng. Mula berlagak dan sudah tunjuk belang asalnya. Yang tinggal hanya Amanah dan DAP. DAP sudah lama wujud. Suka tidak suka itu awak punya pasal. Kalau kata ia anti Islam itu awak punya pasal. Tapi mesti ingat DAP tidak pernah roboh surau, roboh sekolah ugama, tidak pernah buang mufti dan tidak pernah suruh polis serang dan bunuh orang Islam. Amanah parti baru. Tapi orang dia berpengalaman. Dihalau dari pas kerana dikatakan tidak sebulu dengan geng ulamak. Mesti ingat. Ini bermakna macammana pandai pun tetapi kalau tiada kelayakan ugama serta sanggup membodek anda tidak akan dipedulikan dalam pas. Ketua-ketua Amanah sudah paham apa yang tersembunyi dalam jubah-jubah ketua-ketua pas selain dari buah-buahan yang kecut. Belang sebenar sudah nampak. Harus ingat. Tiada beza ketua-ketua pas dengan ketua-ketua tarikat sama ada di Malaysia, Senegal, Tunisia dan Iraq. Semua mahu hidup senang lenang kalau boleh dalam istana, pakaian catik, isteri-isteri cantik, kereta besar dan duit berkoyan-koyan!!! Diharap Amanah akan membawa impian yang telah dilakarkan oleh pejuang-pejuang ugama di Nusantara sejak zaman berzaman. Kalau kalian berperangai juga macam ameno atau pas atau pkr, kalian akan hancur macam kayu dibaham api atau pun anai-anai!!
Komen Tuan 4 11 PG
Azmin mempunyai niat tersembunyi lewat mengumumkan calon2 bertanding kerusi di Sarawak. Memang DAP licik berpolitik dan sebab itu lah mereka dapat menghidu tindakan Azmin. Memang ini lah tujuan Azmin lewat mengumumkan calun PKR.
Dan jika berita persetujuan Azmin menandatangani perjanjian pembahagian kerusi dengan Lim Guan Eng adalah palsu, siapakah yang perlu memperbetulkannya? Kenapa lambat ?
Tindakan Azmin Ali memberi watikah perlantikan calon PKR dilakukan setelah berunding, bermesyuarat & megambil kira SUARA & ASPIRASI AHLI & PIMPINAN PKR SARAWAK. Keputusan ini diambil secara KOLEKTIF...adalah tidak berkaitan dengan Pakatan Harapan. Yang masalah nya ialah Kerusi.
Tidak mustahil calun-calun ini akan memberi menafaat kepada Azmin semasa pemilihan PKR akan datang walaupun mereka kalah dalam PRN Sarawak.
Setuju...pecat jea si berlagak tu.. ingat...rakyat yg angkat kamu dan rakyat juga bakal humbankan kamu.. jgn cepat sgt lupa diri bila berada di puncak kuasa...contohilah pemimpin yg kita sayangi spt nik aziz...
Setuju bro...azmin n the geng punca masalah...
Dia tau mgkin azmin dah bisik kat telinga dia kot...maklumlah kwn baik kann...hihihii...
En ilyas husin...tak payah nak ulas panjang yea...that point here adalah dah buat janji dan keputusan, tetapi kenapa ingkar dan langgar keputusan? Itu yg menimbulkan kemarahan...tak payah konar2 kot lain mcm geng umngok ok...
Mari kita sama sama usahakan supaya azmin kalah dlm pru 14 nanti..memang dia ni gunting dlm lipatan dlm PKR dan PH.
Setuju..puak2 dlm pkr pun asal dari spesis umno..perangai oun dah sebijik umno terutamanya azmin abg sibapok tu..
Amat2 setuju..saya pun masih ingat dia kritik anwar kononnya anwar susahkan rakyat pergi berhimpun..tu mesti ada yg tak puashati tu...dasar bangsat punya org.
Amat setuju dan tepat sekali.
azmin = hadi awang.
Bahagia sekali saya melihat begitu ramai yg berminat mengulas komentar saya. Terima kasih :)
Kalau ada teknologi microfon dalam ruangan ini yg boleh berdiskusi langsung tentu lebih mudah. Namun saya akan cuba juga jawab segala sanggahan yg dikemukakan.
Pertama buat pengomel diatas yg menyuruh saya untuk tak payah nak ulas panjang, jawapan saya inilah contoh mahkluk yg tak faham nilai demokrasi :D
Saudara setuju ataupun tidak dgn pendapat saya, itu hak saudara. sebagaimana menjadi hak saya untuk mengemukan pendapat.
Saya juga tidak memaksa pendapat saya utk diterima oleh semua pihak.
Nama pun berforum, berkomentar & berdiskusi. Kalau saudara tak suka dengan komentar saya tak perlu baca, kan mudah :)
Kalau mahu mematahkan hujah, balas lah dengan hujah bukan dgn menghina atau memperlekehkan orang yg mengemukan pendapat. Hakikat sesuatu kebenaran itu akhirnya Allah sahaja yg Maha Mengetahui & sebaik2 hakim.
Namun menjadi tanggungjawab kita sebagai mahkluk yg berakal untuk berfikir & mengambil pendapat yg terbaik yg menghampiri kebenaran.
Bagi pengulas yg mengandaikan saya menyalahkan DAP, saya tidak menghalakan kritikan saya pada DAP secara keseluruhan & pukul rata. Ini perlu diberi penjelasan.
Yg membuat andaian sedemikian kurang memahami hujah saya. Kritikan saya dihalakan khusus kepada ketua DAP Sarawak & Lim anak beranak.
Saya sangat hormat pada pemimpin DAP lainnya. Liew Chin Tong, Anthony Loke, Tony Phua, Dr Tan Seng Giaw, Dato Mohd Ariff Sabri, Gobind Singh Deo, Ong Kian Ming & Zairil Johari adalah tokoh politik yg cemerlang tanahair kita.
Mereka ini mempunyai daya intelektual yg tinggi. Mereka ini adalah pejuang rakyat yg pandai berkawan & boleh berunding dgn baik. Menurut pendapat saya sudah masanya mereka ini yg menerajui DAP bukannya Lim anak beranak.
Kalau ada yg mengkritik & bertanya kepada saya bagaimana pula dgn PKR yg dikuasai oleh keluarga Anwar?
Jawapan saya konsisten. Saya kagum & sangat hormat pada Dato Seri Anwar Ibrahim tetapi saya berpendapat sudah waktunya Wan Azizah memberi laluan pada pemimpin pelapis untuk menerajui PKR.
Sesiapa yg mengambil pendirian menyalahkan Azmin semata2 perlu juga jujur Menilai kepimpinan Dr Wan Azizah dgn saksama.
Saya akui & memberi tabik hormat pada Wan Azizah atas usaha gigihnya menubuhkan PKR & membina kekuatannya bersama pimpinan yg lain hingga berjaya mencapai kedudukan yg ada sekarang.
Namun kita tidak boleh terlepas pandang begitu sahaja & terus menutup mata akan kelemahan kepimpinan Dr Wan Azizah selama ini.
With due respect Wan Azizah telah memimpin PKR dgn tempoh yg sangat lama, sudah 17 tahun - suatu tempoh yg cukup lama bagi mana2 pemimpin utk menerajui sesebuah parti.
Dinamika perkembangan sesuatu parti pasti terbantu apabila ianya dipegang terlalu lama oleh seseorang pemimpin.
Suka atau tidak, kemelut pembahagian kerusi ini pasti tidak timbul sekiranya Dr Wan Azizah mampu menampilkan kepimpinan yg cemerlang. Tetapi ini tidak terjadi.
Bagi pengulas yg menulis kalau betul PKR kuat pada pilihanraya negeri Sarawak tahun 2011 kenapa PKR hanya menang 3 kerusi? Jawapannya saya ulang sekali lagi ialah - hampir kesemua kerusi yg berpotensi di menangi oleh PKR telah dibolot oleh DAP.
Saudara yg bertanya ini kalau matang fikirannya & punya pengalaman berkecimpung dalam gerak kerja pilihanraya pasti boleh memahami situasi ini. Soalan ini sebenarnya boleh di misalkan (contoh) dengan bertanya kepada DAP - kalau DAP betul2 kuat kenapa DAP tidak pernah menang di Kelantan? Harap perumpaan ini boleh difahami.
Untuk membina kekuatan sesuatu kerusi bukannya mudah. Ianya mengambil masa yg lama & gerak kerja yg berterusan. Pasti timbul & melebar rasa tidak puas hati dikalangan ahli & pimpinan PKR bila kerusi2 yg telah dikorbankan oleh PKR kepada DAP sebelum ini demi menjaga keharmonian sesama Pakatan masih mahu lagi di bolot & diambil ke kerusi2 lainnya dengan angkuh & kasar oleh pemimpin DAP Sarawak. Inilah isu nya yg ramai nampaknya tidak faham.
Saya mengkritik Lim anak beranak kerana mereka inilah yg berkeras & memberi restu kepada DAP Sarawak utk mengambil sikap angkuh & kepala batu terhadap PKR Sarawak.
Sebagaimana yg telah saya ulas sebelumnya kemelut ni dilihat seolah2 salah PKR semata2 yg tidak menepati janji adalah kerana bijaknya DAP Sarawak & Lim Guan Eng dalam "permainan politik sidang akhbar".
Belum betul2 tuntas & final persetujuan pembahagian kerusi antara DAP & PKR tetapi DAP (Sarawak & Lim) awal2 lagi dengan liciknya membuat pengumuman kerusi2 yg mahu ditandingi oleh mereka.
Tindakan ini telah menyudutkan PKR yg pastinya akan dilihat tamak & tidak mematuhi perjanjian apabila terjadi pertembungan kerusi kedepannya sebagaimana yg telah terjadi hari ini.
Aku rasa Azmin ni dah nak jadi balaci BN
Satu je nk cakap...inilah keparat politik namanya, kami sokong suruh buat elok, kamu berdrama nk dpat pengaruh dlm parti..yg susah rakyat yg sokong dan undi, keparat2 ni apa dia org peduli, pangkat dapat, gaji besar, elaun besar..hampass, harapan kita dalam Amanah , pemimpin, ahli, pengundi dan penykong dpt bergerak seiringan..berjuang utk rakyat bukan tembolok sendiri...
Tuan Ilyas Hussein..
Pengomen yang kata tak payah ulas panjang maksud kan terus kepada persetujuan Azmin dengan Lim Guan Eng. Kena tipu ke, didesak ke, dah bersetuju, mana boleh mengelat.
DAP tidak seperti parti lain, semua orang boleh bercakap. Jika kawan-kawan DAP tuan yang bertanggung-jawab di PRN Sarawak mereka juga buat keputusan yang sama. Kawan-kawan juga, tapi parti, parti juga. DAP punya sebab tidak bersetuju Azmin menjadi MB Selangor dan menguna alasan peluang PKR 'berpotensi menang' di bolot oleh DAP bukan alasan yang baik.
PKR juga bertanding di 3 kerusi PAS yang mana PAS menganggap PKR adalah sebagai rakan. Kalau ini bukan bolot, tamak !
... rasa tidak puas hati dikalangan ahli & pimpinan PKR bila kerusi2 yg telah dikorbankan oleh PKR kepada DAP ... tak lah seteruk Lim Kit Siang kena baling gelas sebab memberi satu kerusi di Johor kepada PKR. Jangan lupa bolot atau tidak, Azmin bersetuju.
Tuan begitu mudah meletakkan kesalahan pada Kak Wan sedangkan pada Suaminya pun Azmin kurang ajar. Azmin lah yang kata Jangan heret rakyat, semasa perhimpunan di padang MPPJ, satu ungkap yang di guna oleh UMNO.
Percaya lah Kak Wan pun tidak mahu memegang jawatan Presiden tetapi kita boleh bayangkan apa yang terjadi. Jika Azmin tidak bermasalah dengan yang lain dah lama Kak Wan berehat bermain dengan cucu. Tapi demi masa depan PKR Kak Wan harung juga.
Bagaimana tuan boleh melabelkan DAP Sarawak & Lim Guan Eng bijak dalam "permainan politik sidang akhbar" sedangkan memang benar PKR tanding di 5 kerusi tersebut! Perangai Azmin sama macam Najib, yang jawab Zuraidah. Apa ini? Lagi pun 5 kerusi, kalau ya pun marah, 2 kerusi cukup lah.
Hujah saudara sangat emosi & tidak berdasarkan bukti. Apa bukti rakyat Johor meluat dengan Chua Jui Meng?
Chua Jui Meng adalah ahli parlimen Johor yang telah dipilih oleh rakyat Johor selama 5 penggal bermula dari pilihanraya 1986, 1990, 1995, 1999 & 2004. Majority kemenangan Chua Jui Meng juga bertambah dari tahun ke tahun. Ini suatu pencapaian politik yg sangat cemerlang yg membuktikan Chua Jui Meng diterima rakyat Johor.
Chua Jui Meng tidak dicalonkan bertanding pada pilihanraya 2008 kerana waktu itu Chua Jui Meng sudah berkrisis dengan Chua Soi Lek Presiden MCA yg juga dari Johor yg menyebabkan kerusi parlimen Bakri jatuh ketangan DAP.
Tidak lama setelah PRU 12, Chua Jui Meng mengumumkan diri menyertai PKR. Walaupun Jui Meng pernah mewakili Bakri selama 5 penggal beliau tidak menuntut kembali kerusi itu kerana menghormati kemenangan DAP disitu.
Semenjak kemasukannya kedalam PKR Chua Jui Meng telah membangunkan kekuatan PKR & Pakatan di Gelang Patah. Kemasukan Chua Jui Meng kedalam Pakatan Rakyat sangat memberi impak kepada peralihan undi Cina pada Pakatan.
Malangnya kerusi Gelang Patah yg telah digerakkan kekuatannya oleh Chua Jui Meng terpaksa diserahkan pada Lim Kit Siang yg tidak pernah langsung bertanding di Johor.
Walaupun jelas Jui Meng sangat kecewa dgn perubahan calon saat akhir, Chua Jui Meng adalah tokoh yg berjiwa besar. Beliau sanggup mengenepikan kekecewaan pribadinya & memberi sokongan pada Kit Siang yg menyaksikan kerusi Gelang Patah berjaya dimenangi Pakatan.
Namun perangai buruk Lim anak beranak ini masih terbawa2 sampai sekarang.
Berhubung soal banner foto Chua Jui Meng dengan Sultan yg diheboh2kan suatu ketika dahulu ini JELAS FITNAH yg telah dinafikan sendiri oleh Chua Jui Meng, Hassan Karim & Badan Perhubungan PKR Johor.
Kewujudan banner itu adalah kerja2 kotor UMNO/Special Branch yg mahu menggambarkan cina Chua Jui Meng ini kemaruk kuasa mahu menjadi Menteri Besar Johor hingga sanggup mempolitikkan imej Sultan Johor.
Sangat malang walaupun sudah bertahun2 saudara sampai sekarang masih termakan najis propaganda UMNO!
woiiiii...jaga jaga. parasit suda masyuk..jgn layan sgt...
Geleng kepala saya ......
Ketika Abang Jib sudah terpalit dengan skandal cerita 1MDB, seolah-olah sudah memberi harapan besar kepada Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjuangan demi rakyat.
Tapi sedih .... percanggahan pendapat antara penyokong PKR dan DAP timbul betul-betul di ambang Pilihanraya Negeri Sarawak. Ketika mana waktu ini sudah menjadi medan "benchmark" test untuk RAKYAT melihat sejauh mana kematangan politik PKR/DAP, akhirnya timbul krisis perebutan kerusi.
Ini menunjukkan kepimpinan PKR/DAP masih dapat dipersoalkan oleh RAKYAT terutamanya RAKYAT atas pagar.
Bagaimana RAKYAT SARAWAK nak pilih PKR/DAP? Ketika perebutan kerusi berlaku antara PKR/DAP, Adnan Satem sudah memberi banyak harapan kepada RAKYAT SARAWAK itu ini itu ini itu ini dan segala macam projek.
Jangan salahkan RAKYAT SARAWAK kalau masih pilih BN lebih-lebih lagi ketika Adnan Satem kata dia tidak mahu ada unsur perkelahian parti dari Semenanjung
merosakkan suasana aman di bumi Kenyalang.
Pimpinan PKR/DAP harus ingat, orang miskin Sarawak tidak mahu dan sudah muak mendengar krisis pertindihan kerusi antara kawan dalam parti, apa yang mereka mahu ialah projek untuk rakyat. Itu sahaja. Tidak terfikirkah pimpinan PKR/DAP akan hal ini?
Selagi BN masih berkuasa wak ima nama Najib sudah bau busuk seranto dunia, orang miskin Sarawak tetap mahu melihat ada projek rakyat.
PKR/DAP tidak akan dapat buat projek besar di Sarawak, tapi PRK/DAP akan mampu buat HARAPAN BESAR di hati rakyat Sarawak sekiranya ego masing-masing di ketepikan.
PKR/DAP sudah di amanahkan untuk Rakyat Sarawak, tapi kalau perkara tetek-bengek di perbesarkan, maka akhirnya orang Sarawak yang selama ini sokong DAP dan PKR akan alih haluan untuk kembali kepada parti Barisan Nasional.
Kasihan... gelombang tsunami Pakatan Rakyat hanyalah merupakan gelombang kecil di tepi sungai Sarawak....
Memungkiri perjanjian adalah suatu perkara yg dimurkai oleh Allah swt...
Hati2 klon wan rosli...hihihii...
Tolong jgn kerana nyamuk habis kelambu dibakar, yg buat masalah di sini adalah azmin n the geng, jangan salahkan pkr secara keseluruhannya, yg penting kak wan kena lakukan sesuatu...sekadar bagi pendapat.
Azmin dan kartelnya memang pengkhianat
Bagus ulasan anda...tp sy nk mencelah sedikit...sy akan berpihak kpd keadilan(bukan parti keadilan) tanpa mengenal agama atau kaum..sunnguhpun sy islam.xsemestinya sy perlu bpihak kpd org islam jika perkara tersebut tidak adil...maaf tuan, jika faktor anwar berjaya menarik berbondong2 org ke ceramahnya, itu bkn bmaksud org berpihak kpd partinya...yg menghadiri crmhnya ada juga rkyat drpd yg tidak berparti, ada juga dr umno, dr dap, dr pas dan sbgainya...dan perlu juga dilihat, ramainya dtg ke cermaah anwar juga dtg dr faktor pakatan rakyat...kerana anwar mmg dpersetujui secara bersama utk dilantik sbg pemimpin menerajui pembangkang...xkan la ceramahnya, org dr dap xboleh dtg berbondong bondong utk dgr ceramah drpd pemimpin pakatan mereka..xboleh dijadikan kehadiran anwar shingga berbondong bondong rkyat hadir itu sbg indikator semua rkyt yg hadir itu dr pkr...klu anwar buat ceramah tertutup yg menghadkan pkr saja yg hadir di sesuatu tempat,itu boleh dijadikan indikator bahawa yg hadir itu mmg dr pkr...
Catat Ulasan