21 Mac 2016

Pengajaran Dari Rayani Air

Rayani Air indah khabar dari rupa – Timbalan Menteri

PETALING JAYA: Seorang Timbalan Menteri menegur syarikat penerbangan patuh syariah pertama di negara ini, Rayani Air, kerana membatalkan penerbangan sesuka hati sehingga menimbulkan kesusahan kepada penumpang yang sudah mengatur pelbagai urusan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Rayani Air bukan sahaja indah khabar dari rupa tetapi juga gagal mematuhi prinsip patuh syariah yang sebenar.


Katanya, Rayani Air sepatutnya bukan hanya perlu berbangga dengan peragaan pakaian krew yang menutup aurat tetapi juga perlu menunai janji dan menepati masa, yang menjadi salah satu prinsip syariah.

“Kalau prinsip perkhidmatan yang asas seperti ini tidak dapat dipatuhi, usah mendabik dada mendakwa kononnya penerbangan pertama patuh syariah.

Akhirnya Islam bukan hanya sekadar label apatah lagi untuk diperdagangkan tetapi perlu memenuhi prinsip syariah, nilai dan akhlak yang lebih utama,” tulisnya di Facebook.

Baru-baru ini, Rayani Air membatalkan beberapa penerbangan menyebabkan penumpang menyerbu pejabat syarikat penerbangan terbaharu itu di KLIA2.

Rayani Air juga pernah membatalkan dua penerbangan dari dan ke Langkawi gara-gara cermin korpit pesawat retak yang menyebabkan ramai penumpang terkandas. -FMT

Penumpang Rayani Mengamuk Di KLIA 2



ULASAN GB

Apa yang jelas dari kes Rayani Air di atas ialah umat Islam di negara kita lebih mementingkan "form" berbanding "substance".

Zahiriahnya Islam tetapi batiniahnya tidak Islam. Berbangga dengan peragaan pakaian krew yang menutup aurat tetapi tidak menunaikan janji dan menepati masa, yang yang lebih utama di dalam prinsip syariah.

Demikianlah bagaimana umat Islam tertipu apabila ramai yang percaya sesuatu itu jadi Islam kerana ia diletakkan rupabentuk Islam, walaupun hakikatnya ia tidak memenuhi ciri Islam.

Ia berlaku di dalam segenap kehidupan, politik, ekonomi dan sosial.

Seorang yang zahiriahnya berserban besar, lebat janggutnya tinggi pangkatnya di dalam hirarki ulama keduniaan, tiba-tiba didapati tidak mempunyai ciri-ciri rohaniah yang Islamik. Tidak menghiraukan sistem kepimpinan dan tatakelola yang baik, tidak menepati janji, ponteng kerja, kuat memaki hamun - adalah contoh-contoh penyakit rohaniah yang tidak sepadanan dengan pakaian zahir Islamnya.

Itu sebab mengapa GB sentiasa mengguna-pakai hukum kebenaran dan keadilan iaitu sunnatullah (ayat manzurah) disamping hukum syariat (ayat maqruah). Kerana syariat (zahir)nya saja Islam belum pasti melahirkan insan yang mempunyai budipekerti yang Islam. Sebab zahirnya Islam tetapi belum melalui tarbiyah Islami akan hanya melahirkan watak-watak Muslim palsu yang merosakkan Islam itu sendiri.

Lihat sahaja di media sosial, mereka yang menamakan diri dan kumpulan mereka sebagai "pejuang Islam", tetapi mempunyai sikap dan perangai yang lebih teruk dari al-kafirun.

Allah swt berfirman:


“Orang-orang Arab itu berkata: “Kami telah beriman.” Katakanlah (olehmu Muhammad kepada mereka): “Kamu belum beriman, tapi katakanlah ‘kami telah Islam’ kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat pada Allah dan Rasul-Nya, Dia tak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat:14).


18 ulasan:

Unknown berkata...

Tibai Dato Ayun Jin, diapun ada peranan sebagai penasihat Rayaniair, makan duit elaun buta saja.

Tanpa Nama berkata...

Benar dan tepat ulasan GB, akhlak islam perlu ada pada seseorang yg mengaku islam, apatah lagi jika kita ketua agama,ulama,uztaz , mufti dsb. Malangnya akhlak islam bukan berada pada pemimpin islam yang berkuasa kini, tetapi berada pada bukan islam. Mencarut, memaki hamun, ponteng kerja, menuduh sesuatu tanpa bukti cthnya menjual pil kuda, adalah suatu akhlak yg buruk dan lebih buruk jika ia dilakukan oleh seseorang yg berpangkat besar dlm organisasi memperjuangkan islam.

Islam adah panduan hidup, dan sepatutnya menjadi contoh tauladan kepada semua insan termasuk bukan islam.

Pak Cik Mi, teganung kite.

Abdul Said berkata...

Tepat sekali ulasan tuan GB. Ramai umat tertipu dengan perkara-perkara sebegitu. Banyak produk-produk dijaja dan dikaitan dengan assunnah namun tidak jelas dan kadangkala tiada langsung berkaitan dengan suruhan Rasulillah s.a.w.

Tanpa Nama berkata...

indahnya islam tidak terbina atas namnya tp ia terbina kerana amalnya, sgt setuju dgn gb, luarnya islam belum tentu dlmnya islam, sama spt pas yg sering mendabik dada dgn bangga hanya mereka saja parti yg memperjuangkan islam smpai ke tahap ada pengikut buta percaya bahawa "islam itu pas" dan "pas itu islam"..... hakikatnya itu adalah satu silap yg besar kalangan penyokong2 pas mereka gagal membezakan antara agama dan parti...

Tanpa Nama berkata...

Lepas menderam satu jam sambil asap kemiyan berkepol2, datang pulak pak lebai merenjis2 sambil berdoa, agaknye macam tu lah pesawat ni dikerjakan tiap hari ye..

Last2 brek tak makan, tingkap masuk air, engin berdengung lain macam dan ape2 tah. Tunggu punye tunggu, penumpang tak penuh. Macam mana nak bayar gaji dan 14 hal berkaitan pesawat. Nak bayar tukang pam tayar pun tak lepas..

Sepatutnya ada perjanjian bersama. Mana2 pesawat tak layak berlepas harus memindahkan semua penumpangnya ke pesawat syarikat lain. Macam bas express tuh. Utamakanlah penumpang.

Tanpa Nama berkata...

Syarikat telah mengena kan pakaian yang menutup aurat, sesuatu yang perlu di puji.

Di sebab kan mengena pakaian menutup aurat, secara automatik kena patuh pada ketepatan masa (syariah).

Syarikat yang tidak mengenakan pakaian tidak tutup aurat dan menghidang arak tetapi patuh ketepatan masa, Alright.

Bagaimana pula yang lain-lain yang jelas dengan label ISLAM nya, seperti Tabung Haji dan YAPIEM ?

Bukan kah yang sepatutnya memberi teguran ialah Menteri Pengangkutan.

Islam buruk jadinya jika di kaitkan dengan bertudung, berjubah dan berserban. Sebab bila yang tak baik atau tak eluk orang kaitkan dengan bertudung dan berserban.

TGNA, ada orang sibuk kata dia berserban sebab itu dia jadi baik. Tapi kerana baiknya lah, pakaian yang dipakai jadi sesuai dengan peribadinya.

Tanpa Nama berkata...

Islam itu Addin , cara hidup , meletakkan sesuatu kena pada tempatnya , contoh kalau pakai kopiah hendaklah diletakkan dikepala bukannya dilutut.

Tanpa Nama berkata...

Masa perlancarannya dulu ramai puji. Bila ada masalah yg puji sblm ni kutuk kaw kaw. Bukn senang nak buat bisnes ni yg perlu modal tinggi. Tengoklah kapal terbangnya, munkin usia 20,30 tahun, bkm mcm kapal najib, tukar tiap 10 thn. Prone to breakdown. Bersimpatilah sikit. Depa dah berusaha utk ikut Islam. Satu pengajaran. Tak perlu war war kan ini syarikat patuh syariah, syarikat Islam. Segala yg baik itu Islam. Tak yah nak ada jenama Islam. Sbb tu Tariq Ramadan kata theres no such thing as islamic finance. Apa saje bentuk transaksi yg tidak menganiaya org, itulah kewangan Islam. Islam bkn ugama jenama, bukan ritual. Kita tak tadah tangan dongak ke langit bila baca doa utk masuk tandas, naik kenderaan dn sbgnya. Apa saje yg baik itulah Islam.

Unknown berkata...

Yg serban besar , berjanggut pjg ada diantara bawa lari duit dermasurau dn majid . NSb

Tanpa Nama berkata...

Kadang2 kumpulan yg guna jenama islam ini mementingkan retorik, nostalgia silam, imej dll. Memang betullah, tahap kerja boleh dikatakan lemah. Tak nampak langsung spt yg dikatakan dlm ajaran qgama tentang kualiti hasil kerja. Bila orang tak sokong, maja dilabel macam2...

Unknown berkata...

Tak jadi lah dato ayun tu jadi penasihat... dah keluar kenyataan..yg aku heran tu.. masa nak tubuh syarikat penerbangan ni dan minta laluan..takkan takde syarat kapalterbang gantian.. kalau itu takde..bererti kementerian pengangkutan lah yg salah.. kalau dah bg laluan 5.. kapalterbang pun ada 5.. kapalterbang yg aku tgk semua mcm dah terpakai je. Jadi salah kat kementerian pengangkutan lah..kurang2 5 laluan.. ada 7 kapalterbang..dah lah penerbangan berunsur islamik... tuanpunya india..salah sape tu..salah dap kot...

Tanpa Nama berkata...

dulu tun m tedgur riayani air puh melenting fullamak2
aku naik skali no dua kali
guna islam utk untung

Tanpa Nama berkata...

kalau nak lihat cara kehidupan islam pergilah ke negeri kapir.
kalau nak lihat cara kehidupan kapir pergilah ke negeri islam .

Unknown berkata...

Mungkin Rayani hanya gunakan Islam pada pakaian dan hidangan sahaja. Tadbir urus secara khasnya mereka belum belajar lagi.

Kalau kes Rayani ni....nak related kan cara pengurusan parti Islam Semalaysia(PAS)boleh tak? Hehehe...

Tanpa Nama berkata...



Jalan Yg LURUS... TERANG Ber CAHAYA
Menyuloh HALUS... Ke Dasar HATI
Kaseh Mem-BERI... Kaseh-NYA Yg'ESA
Meng ABADI kan CINTA... CINTA Yg Sejati
Kaseh Mem-BERI... Ke KALBU Di 'RASA'
Ter Kenang Ter PAHAT... Sampai Ke MATI
Krn FITRAH Mem-BERI Itu... Tak Meminta Apa2
Ibarat MENTARI... Yg Ber CAHAYA Menerangi
Bak OKSIGEN Di Udara... Yg Melimpah PERCUMA
Indah Nya Mem-BERI... INDAH nya Tak Ter KATA
SENYAP dan SUNYI... Tak Meminta NOBAT dan Puji
Se Kudus Se Halus JIWA... Nabi dan WALI
Itu lah Hakikat yg "HAKIKI"... ISLAM yg Azali


Jalan Yg LURUS... Menerangi HATI
Menyuloh TERANG... MAKNA dan "ISI"
Menyuluh DEFINASI... ERTI yg HAKIKI
Menyuluh "KULIT"... Yg Menimbulkan SANGSI
"KULIT" dan Mulut... Dwi-LIDAH yg Keji
Jubah dan SORBAN... "BANGKAI" Di Lindungi



Jalan yg LURUS... Menerangi HATI
Menerangi "Big-PICTURE"... SYSTEM-Azali
Menerangi POKOK... Hingga Ke AKAR Umbi
Yg Menyuloh NURRANI... Nabi dan WALI
Yg Kaseh Mem-BERI... Tak Sesekali Rembat Men CURI
Tak MINTA Di Puji... Tak Sklumit pun Penting DIRI
Hanyalah AMANAH-"MU"... Yg Memenuhi "NAFAS" Ini
Oh! Alangkah HARUM nya... Semerbak Me WANGI







Tanpa Nama berkata...

Dalam industri pernerbangan,berlakunya kelewatan atau penerbangan dibatalkan adalah perkara yang normal.Bukannya mereka sengaja hendak berbuat demikian,ianya terjadi sebab2 teknikal,faktor cuaca dan sebagainya.
Bila berlaku kelewatan dan sebagainya,syarikat pernerbangan akan menanggung kerugian yang banyak.Yang penting mereka utamakan keselamatan.Contohnya,sekiranya berlaku kerosakan teknikal,patut kah meneruskan pernerbangan atau dibatalkan.Kalau teruskan pernerbangan,berbagai perkara boleh terjadi.
Penumpang akan berasa marah tetapi ramai yang tak faham keadaan sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ini alasan nya ... 11 02 PG ada lah jawapannya.

Ini masalah jadual dan booking. Jadual kapal landing turun penumpang dan naik penumpang terus jalan. Tapi sangkut. Booking buat awal-awal baru cari pesawat.

Jika betul masalah luar kawalan penumpang tak tunggu lama l atau dimaklumkan lebih awal.

Pencolekhangek berkata...

Betul kata tuan tanpa nama 11:29 pg. Kalau nak kenal Islam kena baca alquran dan hadith. Jangan tengok orang Islam. Ini kerana ramai orang mengaku Islam tetapi mereka hanyalah 'nominal adherents'.