26 Mac 2016

Kes Aminulrasyid: Bukankah Lebih Baik KPN Letak Jawatan Sekarang...

Kes Aminulrasyid: Khalid perlu letak jawatan sebagai Ketua Polis Negara

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar didesak melepaskan jawatan sebagai langkah tanggungjawab terhadap kematian Aminulrasyid Amzah.

Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen, berkata tindakan Khalid secara terang-terangan mahu melindungi pegawai bawahannya yang didapati bersalah terhadap kematian Aminulrasyid.


“Maklumat yang diberikan Khalid kepada media sebelum ini adalah satu percubaan untuk menyembunyikan kematian Aminulrasyid yang mati ditembak polis.

“Mahkamah juga telah mendapati Aminulrasyid mati ditembak atas sikap kecuaian Koperal Jenain Subi bertindak melulu dan bertentangan dengan piawai dalam perintah tetap Ketua Polis Negara.

“Kami mendesak Khalid bertanggungjawab dengan meletakkan jawatannya sebagai Ketua Polis Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Khalid bersalah dan memerintahkannya untuk membayar ganti rugi RM100,000 bagi kemungkiran awam yang dilakukan oleh Khalid yang ketika itu Ketua Polis Selangor.

Ini berikutan kenyataan Khalid yang dibuat sehari selepas berlakunya kematian Aminulrasyid dengan mendakwa, polis telah menemui sebilah parang dan mendakwa Aminulrasyid cuba melanggar kereta polis.

Selain itu, keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati terkena tembakan polis enam tahun lalu, memperoleh ganti rugi RM414,800 selepas berjaya dalam tuntutan saman terhadap Koperal Jenain Subi dan empat yang lain.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membenarkan tuntutan itu selepas mendapati pihak keluarga mangsa berjaya membuktikan dakwaan mereka terhadap defendan.

Dalam penghakimannya sebentar tadi, Ahmad Zaidi berkata, setelah meneliti keterangan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati Koperal Jenain Subi bertindak secara melulu dan bertentangan dengan piawai dalam perintah tetap Ketua Polis Negara.

Saman difailkan oleh Norsiah dan kakak mangsa, Nor Azura Amzah terhadap Jenain, yang didakwa melepaskan tembakan dalam kejadian kejar-mengejar berkereta pada malam 26 Apr 2010; Ketua Polis Daerah Shah Alam pada waktu kejadian; Tan Sri Khalid; Ketua Polis Negara masa itu dan Kerajaan Malaysia, pada 17 April 2013.

Keluarga remaja terbabit menuntut ganti rugi hampir RM50 juta untuk kematian anak dan adik mereka yang didakwa akibat luka terkena peluru. Jenain disabit kesalahan oleh Mahkamah Sesyen kerana mengakibatkan kematian Aminulrasyid pada 13 Sep 2011. -FMT


Kes Aminulrasyid pengajaran buat penjawat awam salahguna kuasa

Salah laku awam oleh Ketua Polis Negara (KPN) dalam kes polis tembak Allahyarham Aminulrasyid Amzah boleh dikaitkan dengan saman yang dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad dan dua yang lain pada Rabu lalu, terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak atas alasan sama 'misfeasance in public office'.

Pengerusi Kanun Parti Amanah Negara, Mohamed Hanipah Maidin berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam, adalah termasuk dalam kesalahan 'tort' iaitu kes di mana penjawat awam yang menggunakan kuasa awamnya telah menggunakan kuasa itu secara salah dan tidak sah.

Ia boleh mengakibatkan penjawat awam itu disaman seperti dalam kes adik Aminulrasyid.

"Kini kita sama sama menunggu giliran PM Najib yang disaman oleh Tun Mahathir juga atas alasan yang sama iaitu "misfeasance in public office"'dalam kes RM2.6bilion. Tunggu keputusan Mahkamah nanti insyaAllah." ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Hanipah menerangkan dalam kes mahkamah yang memutuskan polis yang menembak Aminulrasyid Amzah dan Ketua Polis Negara (KPN ) diperintahkan bayar gantirugi RM 414,800 kepada kakak dan ibu Allahyarham yang menjadi plaintif dalam kes saman tersebut.

"Yang saya nak kongsi di sini lebih kepada keputusan Mahkamah yang putuskan KPN kena bayar gantirugi (untuk beliau mahkamah arah bayar RM100,000.00) kepada plaintif kerana telah melakukan kesalahan tort yang dikenali sebagai "misfeasance in public office" (salah laku/kemungkiran dalam penjawatan awam)," ujarnya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam memerintahkan defendan, termasuk KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membayar ganti rugi kepada keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati terkena tembakan polis enam tahun lalu.

Terang Hanipah lagi, dalam kes Aminulrasyid ini, KPN disaman kerana beliau telah dikatakan melakukan tort "misfeasance in public office ". Macam mana KPN dikatakan telah lakukan tort itu ?

"Mahkamah putuskan KPN (pada masa tu beliau adalah Ketua Polis Selangor) bersalah melakukan kesalahan "misfeasance in public office" apabila beliau dalam sidang akhbarnya cuba melindungi salah laku polis yang tembak itu dengan mendakwa kononnya ada parang dalam kereta yang dipandu oleh adik AminulRasyid sedangkan Mahkamah putuskan tidak dapat dibuktikan parang itu wujud dan apakah motif guna parang kalau parang itu sendiri tiada.

"Jadi, untuk menyaman kes "misfeasance in public office" kita kena buktikan pelaku itu adalah seorang penjawat awam, dia telah guna kuasa awamnya,dan dalam penggunaan kuasanya itu, ia telah menggunakannya dengan salah dan secara tidak sah dan juga dengan niat yang jahat. Akhirnya akibat daripada penyalahgunaan kuasa itu, ia menyebabkan kerugian kepada mangsa.Giliran IGP menyalahguna kuasa awam telah disahkan oleh Mahkamah," terangnya.
-MD


ULASAN GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Tan Sri Khalid Abu Bakar sudah pun menerima tamparan yang pertama. Diisytiharkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagai "bersalah" kerana kemungkiran awam berhubung kematian remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak oleh anggota polis, Koperal Jenain Subi enam tahun lalu.

Keputusan hakim berkenaan dibuat sehari sebelum Sambutan Hari Polis ke-206 yang jatuh pada hari ini 25 Mac 2016. Reputasi dan integriti Ketua Polsi Negara tercemar.

Justeru sewajarnya KPN meletakkan jawatannya.

Kita khuatir jika KPN tidak meletakkan jawatannya sekarang, maka hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan, pada masa itu KPN mungkin sahaja sudah "tidak berupaya" untuk meletakkan jawatannya secara "terhormat". Takutlah kepada ketentuan dan hukum Allah.

Sekadar nasihat dan peringatan.

17 ulasan:

Unknown berkata...

Rasanya inilah yang hadis nabi sebut.. 4 org hakim 3 masuk neraka. Sebagai seorg hakim yg menegakkan keadilan di dunia... keadilan yg hakim ni..ulas.. seolah2 tergantung.. Patut ulasan kes KPN di ulas sampai kesudahannya. sbb hakim ada hak kesalahan KPN itu..sama ada dia mengulas kes KPN di serah pada JPA atau agong. Di sbb kenyataan hakim ni seolah2 tergantung..KPN sudah keluarkan kenyataan bega dan sombong...

Unknown berkata...

Bangsa melayu adalah satu bangsa yg muka tebal..
Kantoi buat salah apa pun,haram nak letak jawatan.dari org bawahan sampai la ketahap menteri

Anti Fitnah berkata...

Kezaliman, Penyelewengan, ....
Lama dah ...
Cuba lihat setiap barang kes yang diletak di bawah penjagaan depa tu mesti ada cacat celanya bila dipulangkan kepada tuan asal. Harapkan Pagar, Pagar yang makan Padi.
Patutlah Tok Jib dok marah, "HARAMJADAH, HARAMJADAH, HARAMJADAH" 3 kali disebutnya.
Habiskan beras sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Ahli Politik menipu dan cover-up, perkara biasa.

Tapi Ketua Polis menipu dan cover-up, kes menyebabkan kematian ... memang Malaysia dah rosak !

Polis memang ada masa menipu untuk mendapatkan maklumat dan mengelirukan suspen. Tapi menipu untuk menganiayai budak 15 tahun adalah sangat kejam.

Parang mana? Parang ada. Masa Khalid cakap parang dah ada. Dalam balai macama-macam parang jadi barang kes. Khalid ingat alasan boleh pakai tetapi rekod arwah bersih. Disekolah pelajar yang baik. Rekod dadah tak ada. Itu yang parang 'hilang'.

Kesalahan seperti ini akan membawa kepada kesalahan-kesalahan yang lain. Oleh itu, Khalid perlu letak jawatan.

Tanpa Nama berkata...

Apakah akan terjadi sekiranya dalam keluarga Aminulrasyid Amzah, ada yang menjadi Tentera ?

Tanpa Nama berkata...

Jom ramai2 kita buat bantahan depan BKT AMAN desak KPN letak jawatan. Beliau tak layak memegang amanah tu. Banyak tindakkan beliau yg tersasar sebagai penjawat awam. Rakyat berhak menyingkirkan beliau.

Unknown berkata...

Standard Org melayu UMNO. berlagak dengan jawatan tertinggi yang mereka dapat secara bodek, memang susahlah mereka hendak letak jawatan, walaupun memang benar mereka yang bersalah.

Hanya apabila Allah swt turunkan kesakitan misteri, pada mereka..barulah mereka akan letak jawatan.

Melayu UMNO ni...sifat mereka memang bodoh sombong,ego...apabila berjawatan dan berduit.

Tanpa Nama berkata...

Inilah sindrom penguasa di Malaysia..time berkuasa ego bongkak nt dh pencen baru la terhegeh2 bgtau kerajaan begitu begini,polis kene buat itu ini..ini perkara biasa DiMalaysia... Jgn harapkan yg baik dr org mcmni atau pemimpin2 malaysia..kes 1mdb pun masih xletak jwtn,apalah sgt diorg pandang kes aminurashid ni.n

Tanpa Nama berkata...

Sejahtera semua.
Bertambah malang rakyat Malaysia.
Memang sukar untuk kita percayai..keadaan di Malaysia.
Dari orang pertama hinggalah kebawah .
Bila di beri kuasa, penyelewengan akan berlaku sekehendak rasa.
Baik mereka yang berkolar putih mahu pun besorban putih.
Untuk nak mengaku akan kelemahan sendiri ..memang tidak.
Langsung tidak ada sifat profesnal dalam kerjaya.
Namun begitu Melayu Kampung tetap bebal dan tolol.
Pengikut Hadi dan Tok Jib tetap dgn ketaksubannya walau dgn apa sekali pun di tarbiah.
Memang tak masuk.
Pilihan raya nanti pasti diumpan dgn pelbagai hidangan.
Melayu dapat makan ..akan lupa segala pahit perit kehidupan.
Tok Jib/Hadi dah tahu sejak dulu lagi kelemahan Melayu.
kalau kita kata aku benci Melayu maka kita takada kawan.
Duduk di kampung jadi kera sumbang.
Letih kita di buatnya…
Inilah nasib Melayu.

Naazar berkata...

P.Ramli kata...."امنو"=SARKIS

Tanpa Nama berkata...

aku tak heran pun kalau kalid tak mahu mohon maaf atau letak jawatan TETAPI yang aku heran mengapa ulamk Pas peminpin tertinggi Pas mahu bersengkongkol dengan peminpin zalim.mana ilmu qurqn dan hadis yang mareka belajar selama ini.pakai jubah ,berserban tetapi sikap tidak menghormati pakaian yang ada pada dirinya.Gambaran yang dapat digamabar ialah ulamk2 jenis ni berpakaian ala islam tetapi merokok dan minum berdiri menunggu bas.itulah nilanya ulamk Pas kini.Jauh bumi dengan langit kalau nak dibandingkan Hadi dengan Al marhum TGNA.al fatihah untuk TGNA .untuk Hadi ?

Tanpa Nama berkata...

Siratol MUSTAQIM... LURUS Ber CAHAYA
SYSTEM Sempurna... EFISYEN dan Pantas
Merit-INTEGRITY... Yg AMANAH Ukurannya
Yg Halus-JITU... Yg Ter Hebat Yg Ter ATAS
Bak SEKILAS Pandang... Dah Nampak PUNCA
Bukannya Yg MEDIOCARE... Lembab dab CULAS
Yg TAKde BEBAN... "BADAK" Di Galas


Lorong yg GELAP... Tunggang TERBALIK
Penjilat PENGAMPU... Diberikan TEMPAT
FITNAH Menipu... Yg Murtad dan SYIRIK
Di Per BODOH Menyerudu... "Dedak" dan NOBAT

Usop ali berkata...

memang x amanah mamat eeee nie...

Tanpa Nama berkata...

KPN sekarang adalah Ketua Politik Negara. Dia mengeluarkan kenyataan yang bongkak dan sombong sekaligus menghina keputusan mahkamah. Maka jangan salahkan rakyat bila mereka sudah hilang keyakinan pada pihak berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Kalau mahkamah dah sahkan ketua polis menipu lebih baik buang kerja sajedan dia dengan polis yg tembak. Mati budak tu bayar saman keluarga budak yg mati

Tanpa Nama berkata...

Kenapa hamba kena minta maaf, Bukan hamba yg bunuh isteri tuan hamba. Pembunuh isteri tuan ialah...... Sekarang berada di Matang Menora.

Di atas antara dialog filem 6 JAHANAM.

Abdul Said berkata...

Zaman ini kita mempunyai ramai musuh disekeliling dan musuh terbaru ialah apa yang dipanggil oleh media barat sebagai IS. Sebagai rakyat kita bayar pelbagai jenis cukai. Dari cukai itu pemerintah membelanjakan berbillion-billion untuk pertahanan serta keselamatan dan juga hidup mewah. Sekarang perangilah musuh itu. Kerajaan ada undang-undang. ada polis, ada tentera, ada mahkamah dan ada penjara serta pembunuh berlesen. Buatlah kerja kamu dan jangan libatkan rakyat!! Kami tidak ada masa nak menyebuk dengan hal keselamatan. Kami sebuk cari duit untuk famili kami. Kalau tak reti buat kerja boleh letak jawatan dan bagi kepada orang lain yang lebih cerdik dan pandai dari yang ada!!