19 Mac 2016

"Balaci DAP", Wirid PAS Kepada AMANAH... PAS Perlu Mohon Maaf!

Isu hudud: AMANAH tuntut PAS minta maaf

Tahniah blok ketiga PAS-IKATAN. Tergantung kepada usaha dan pendekatan blok baru ini, jangka usianya akan ditentukan. Sebagai ingatan, parti berdasarkan ideologi dan kuat pula doktrinnya bukan mudah untuk bergabung dengan pihak lain, tambahan kalau mereka mengakui “western-educated liberal”. PAS wajar segera dewasa dengan realiti.



Pun begitu, ramai yang terkejut dengan laporan sidang akhbar mereka semalam (FMT dan lain-lain). Kejutan tercetus kerana tajuk yang diberikan portal berita FMT “PAS-IKATAN sepakat hudud tidak sesuai di Malaysia”. Pada awalnya saya jangka FMT silap lapor atau ada 'spin' tajuk oleh wartawan.

Setelah mendengar dengan teliti sendiri video sidang akhbar itu, saya yakin laporan itu adalah benar dan tepat dengan maksud penerangan yang dibuat oleh kedua-dua presiden parti itu.

Dengan ini maka jelas kepada semua bahawa pendirian dan sikap PAS terhadap kedudukan hudud telah berubah. PAS yang sebelum ini menganggap, bahkan menuduh pelbagai pihak yang menolak perlaksanaan hudud di Malaysia – dengan hujah memerlukan suasana kondusif, tidak bertepatan dengan keutamaan dan umat yang belum bersedia – sebagai golongan yang menolak hudud.

Bahkan ada sesetengah pimpinan dan ulama PAS langsung menuduh pihak-pihak tersebut sebagai liberal, sekular serta menentang syariah. Lebih berat lagi, ada di kalangan ustaz-ustaz PAS ini yang mengajar di masjid-surau, telah menjatuhkan hukuman murtad dan kafir ke atas mereka yang didakwa perlu bertaubat.

Ternyata mengikut video ini, PAS telah menggunakan hujah yang sama untuk memberi alasan mengapa hudud tidak boleh dilaksanakan ketika ini di Malaysia.

Sikap melampau

Justeru PAS wajar menjelaskan kedudukan sebenarnya serta segera menarik balik tuduhan dan memohon maaf kepada semua pihak yang telah mereka zalimi dengan sikap melampau (al-ghuluw). Antara yang tertuduh adalah Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin yang telah pun mengeluarkan kenyataan beliau dalam Facebooknya semalam.

Mengandaikan mereka sebenarnya faham prasyarat perlaksanaan hudud (termasuk keperluan pindaan perlembagaan), maka tidak dapat dielakkan tanggapan dan persepsi umum bahawa PAS telah secara sengaja, menekankan agenda perlaksanaan hudud sebelum ini, demi untuk mencetuskan pertelingkahan di kalangan pemimpin dan parti-parti Pakatan Rakyat, bagi akhirnya memecahkan gabungan pembangkang ini. Perkara ini telah pun menjadi rakaman sejarah.

Pimpinan ulama PAS juga telah menggunakan isu pelaksaan hudud bagi berkempen untuk menyingkirkan golongan aktivis-profesional, yang kononnya menolak perlaksanaan hudud dalam muktamar Pas lalu.

Berdepan dengan suasana kemelut kepimpinan politik yang hampir memusnahkan negara ini, saya secara peribadi dari pimpinan AMANAH menyeru seluruh kepimpinan politik daripada semua parti-parti politik pembangkang mahupun kerajaan supaya menumpu agenda besar reformasi dan penambahbaikkn (al-lslah) dalam rangka memenuhi gagasan #SelamatkanMalaysia.

Wajar ditamatkan segera dan selama-lamanya mempolitikkan agama, khususnya persoalan hudud, bagi menjatuhkan lawan dan seteru politik dengan tuduhan dan hukuman mengkafirkn lawan.

Sebaliknya kami menganjurkan supaya persaingan politik di pentas demokrasi dengan cara penganjuran (advokasi) dasar-dasar dan polisi serta program masing parti dan gabungan.

Pemangsaan rakyat

Ini bagi memacu dan menjamin pembinaan kembali maruah, kedaulatan dan daya saing negara ini yang amat terjejas dewasa ini.

AMANAH menekankan perjuangan menggapai matlamat dan cita-cita yang terangkum dalam maqasid al-syariah, yang antara lainnya bermatlamatkan mengangkat 'kemuliaan insan' (karamah insaniyyah), sekali gus membanteras segala bentuk diskriminasi dan pemangsaan rakyat atas apa jua pemahaman agama dan perkauman yang sempit dan salah.

Segala matlamat dan tujuan syariah yang untuk memelihara dan mengembangkan kesejahteraan, kemakmuran dan kedamaian individu rakyat dan masyarakat dengan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan dan kebertanggungjawaban adalah kemestian yang harus diperjuangkan semua.

Kami bercita-cita untuk mewujudkan satu konstruk politik yang sihat dan vibrant, di mana semua institusi kritikal negara dapat berperanan menjalani tugasan menyemak-imbangi serta mencegah pemusatan kuasa eksekutif.

Hanya ketika penyalahgunaan kuasa oleh penguasa politik dapat dicegah serta pembanterasan amalan rasuah, ketirisan, pembolotan dan pembaziran dapat dijayakan, barulah negara mampu memacu pembangunan yang adil dan mapan serta rakyat seluruh mengecapi kekayaan dan pertumbuhan yang bermakna.

Semua kebejatan rasuah, ketirisan dan salah-guna kuasa, sama ada yang berlaku di pihak kerajaan Persekutuan mahupun mana-mana kerajaan negeri, wajib dibanteras segera dan rakyat yang celik dan mempunyai maklumat serta informasi, tidak lagi boleh diperkotak-katikkan serta dibelenggui oleh pimpinan kerajaan pusat dan negeri.

Semoga Allah merahmati rakyat dan negara tercinta ini!

DR DZULKEFLY AHMAD pengarah strategi, Parti Amanah Negara (AMANAH).


“Pendirian kami mengenai hudud terbukti benar”- Raja Bahrin

KUALA LUMPUR: Keputusan PAS menangguhkan perlaksanaan hudud membuktikan pendirian yang diambil AMANAH berhubung isu itu adalah tepat.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin berkata bekas wakil-wakil rakyat PAS yang menyertai AMANAH berpendirian bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu ditekankan dalam perkiraan perlaksanaan hudud di negara ini.

Katanya, DAP juga turut mengambil pendirian yang sama seperti AMANAH.

“Tentang polisi dan persetujuan untuk melambatkan pelaksanaan hudud ini tidak ada beza apa kami dahulu lakukan, semasa dalam PAS kami (bekas pemimpin PAS) berpendapat kalau mahu laksanakan hudud Perlembagaan Persekutuan mesti diperhalusi,” katanya dalam sidang media di ruang legar Parlimen hari ini.

Raja Kamarul turut mempertikaikan sikap berbeza PAS berdepan dengan AMANAH dan IKATAN.

“Dulu kami dituduh menjadi penentang kami tidak nampak apa bezanya bertahun-tahun masa dulu. Perkara yang datang dari mulut kami tidak diterima tapi kini bersama IKATAN diterima pula,” katanya.

Semalam, Hadi semasa pengumuman gabungan blok pembangkang terbaru bersama IKATAN berkata agenda utama pembangkang itu buat masa ini adalah melakukan transformasi positif menerusi nasihat dan cadangan supaya kerajaan berubah serta bebas rasuah.

Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam temu bual eksluksif bersama FMT pula mengakui kedua-dua pihak sepakat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. -FMT



Rakaman wawancara berkenaan hudud

PETALING JAYA: Laporan wawancara khas FMT bersama Presiden Parti Ikatan Rakyat Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.

Bagi tujuan merungkai sebarang salahfaham yang mungkin berbangkit daripada laporan berkenaan isu hudud itu, berikut adalah petikan rakaman audio wawancara bersama veteran politik itu yang diadakan pada 15 Mac lepas, sehari sebelum pengumuman kerjasama politik PAS-Ikatan.

Dalam wawancara itu, Kadir menegaskan orang Islam tidak boleh menolak hudud, namun keadaan di Malaysia menyebabkan hudud belum sesuai dilaksanakan.

Beliau turut memberikan beberapa contoh yang menunjukkan kefahaman situasi semasa di pihak PAS sebagai sebuah parti politik. -FMT






PROF UUM CADANGKAN PARTI PAS DIBUBARKAN.

SHAH ALAM – Blok politik ketiga antara Pas dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bukanlah gabungan yang kukuh yang boleh menjadi alternatif kepada BN dan Pakatan Harapan.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, hala tuju gabungan kedua-dua parti itu tidak cukup jelas, malah kekuatannya boleh dipersoalkan.

Ikatan adalah sebuah parti baharu, tidak cukup kuat. Bahkan Ikatan dianggap sebagai parti ‘serpihan’ Umno, yang kecewa lalu menubuhkan sebuah parti.

Kita juga tidak tahu sejauh mana kekuatan Ikatan di peringkat akar umbi, berapa jumlah keahliannya. Rakyat juga tidak mengenali parti ini,” katanya.

Selain itu, katanya, isu yang bakal diperjuangkan juga tidak bermatlamat untuk mencapai kuasa, sebaliknya memilih pendekatan politik lebih matang dan menasihati kerajaan dengan mengemukakan pandangan bukan sahaja di Parlimen tetapi dengan cara berdepan dan bukan secara ekstrem.

“Jika isu yang dijadikan agenda perjuangan tidak bermatlamat mencapai kuasa, saya rasa baik bubar sahaja Pas menjadi NGO dan perjuangkan isu yang bercorak keislaman,” katanya. Beliau turut mempersoalkan kerjasama kedua-dua parti itu yang lebih menumpukan agenda umum berbanding isu hudud seperti yang diperjuangkan Pas sebelum ini.

“Soalnya, apa bezanya ketika Pas bersama dengan PR sebelum ini? “Gabungan ini tidak jelas apa hala tujunya. Ia dilihat seolah-olah Ikatan mahu mengambil kesempatan ke atas Pas.

Persoalannya di mana kekuatan gabungan ini, adakah mereka boleh menjadi kekuatan kepada BN dan Pakatan Harapan?”
katanya.

Bagaimanapun Mohd Azizuddin tidak menafikan, blok politik ketiga ini mempunyai kekuatan di Kelantan dan Terengganu, namun jika gabungan ini dikekalkan sehingga ke hari pilihan raya umum akan datang, ia hanya akan memecahkan undi BN dan Pakatan Harapan.

“Silap langkah, Kelantan boleh dikalahkan oleh BN dan Pakatan Harapan. Namun jika blok politik baharu ini kuat, ia boleh mengimbangi kuasa BN dan Pakatan Harapan.

“Untuk mengukuhkan gabungan Pas dan Ikatan ia memerlukan kerjasama dari kumpulan dan parti politik yang sudah kukuh terutama dari Sabah dan Sarawak selain perlu mempunyai pemimpin berkaliber,” katanya.

Katanya, tiada masalah menubuhkan blok politik ketiga tetapi untuk mendapat kuasa agak terbatas kerana kekangan yang ada selain Pas telah ‘mengorbankan’ isu hudud yang diperjuangkan sebelum ini.

“Pada saya, Pas bukannya melangkah ke hadapan tetapi terkebelakang. Berkaitan isu hudud ia seolah-olah memakan diri Pas, kerana punca perpecahan PR adalah kerana Pas mahu hudud dilaksanakan,” katanya.
-SH


ULASAN GB

Melenting setinggi siling pemimpin dan ahli PAS apabila FMT menyiarkan tajuk berita "PAS-IKATAN sepakat hudud tidak sesuai di Malaysia" dan keluar kenyataan dari Lajnah Penafian kononnya kenyataan Presiden IKATAN itu telah diputarbelitkan.

Lalu FMT memuat-naikkan video wawancara berkenaan. Jelas sekali laporan FMT itutidak diputarbelitkan. Ia membuktikan PAS sedia bekerjasama dengan IKATAN tanpa ada lansung perbincangan hudud dan Naib Presiden IKATAN, Datuk Tony Looi, menyatakan dengan tegas bahawa beliau akan meletakkan jawatannya jika PAS yang membentuk gagasan pembangkang yang baharu bersama IKATAN masih terus memperjuangkan hudud.

Sebelum ini (malah hingga sekarang juga), golongan PAS telah memaki-hamun dan memfitnah ahli-ahli AMANAH sebagai "balaci DAP" dan ia dijadikan wirid para pascai di media sosial dan juga di ceramah-ceramah pemimpin PAS. Mereka menuduh AMANAH anti-hudud, anti Islam dan seumpamanya. Kini ludah itu terpaksa dijilat semula dan maki-makian mereka itu tertimpa kepada diri sendiri.

PAS sebelum ini juga menyatakan kononnya "hudud nyawa kami", MB Kelantan menyatakan sanggup meletakkan jawatan jika hudud tidak dilaksanakan di Kelantan dan seumpamanya. Rupa-rupanya segalanya auta apabila Presiden PAS sendiri berdolak-dalik apabila menyatakan "RUU syariah tak dapat dibentang kerana kesuntukan masa".

Takiyuddin pula menyatakan kononnya PASIK menggerunkan Pakatan Harapan. Ketawa kita membaca kenyataannya itu. Kita ingin nyatakan kepada beliau bahawa teruskan PASIK kamu, PH lansung tak terkesan dengan permuafakatan PAS-IKATAN, malah rakyat lebih lebar matanya membaca gerak politik sumbang PAS itu. Malah seorang professor di UUM mencadangkan lebih baik PAS dibubarkan saja. (baca laporan di atas).

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS akan tetap terhukum kerana pengkhianatannya kepada rakyat yang telah menyokong dan mengundi mereka kerana mereka dahulu bersama Pakatan Rakyat.

Suka atau tidak suka, PAS akan berkubur akhirnya. Tempatnya digantikan oleh AMANAH, sebuah paqrti Islam yang amanah, progresif dan peduli terhadap rakyat. InsyaAllah.

24 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Haprak...parti agama tp cakap x bole dipegang...munafik agama...dasar tipu daya manusia laen.

Tanpa Nama berkata...

Cara Allah mendidik hambaNya penuh misteri....

Saiful berkata...

Pas tu rasis.

Pencolekhangek berkata...

Meminta Pas menarik balik tuduhan dan memohon maaf adalah seperti tunggu kucing bertanduk atau mengharap pope berkahwin atau menjangka babi akan terbang. Jangan harap semua itu dari orang yang sombong dan perasan.

Tanpa Nama berkata...

Daku mulakan dulu dengan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Barulah, Alahai..

Begitu lama puak2 Mesir As Sisi ni mai wayang, baru kita semua nampak endingnye sekarang ye. Bengap tul kita semua. Tengok ni ha. Sampai punah habis Pakatan Rakyat dan bebas sebebasnya bos ko memunggah harta negara, kira kelas A lah ko Hadey, Aroon and the geng buat kerja.. Barua tul. Keh keh keh.

Rupa2nya hudud jadi gula2 mengacah budak2 je. Jadi bahan suka2 nak tuduh orang sesat bagai. Jadi alat nak goyang pembangkang je. Sekarang baru jelas siapa ko. Barua tul. Keh keh keh.

Kemudian wirid pulak takut Dap Dap Dap. Padahal cina tu ada 50 kerusi je kalau menang semua pun. Kena cari melayu jugak kalau nak perintah. Ingat. Makan minum dan pakai pun cina itulah yang suapkan kau. Pagi2 buta ko ngadap kedai cina tak malu ke? Mampuih ko dan bangsa melayu kalau dia bubuh racun, baru ko tau. Barua tul. Keh keh keh.

Sebenarnya ko disuruh perbuat apa cara pun supaya umno jangan jatoh. Supaya jangan sekali2 terdedah kelaku mereka selama ini. Ko pun perkemas serban lalu ceramah bagai nak runtuh pentas. Last2 masa pru, ko ko tendang bola atas palang gol juga. Kalah lagi pembangkang. Barua tul. Keh keh keh.

Kalau bab kepandaian tafsir kitab dan ceramah, sampai kiamat pun ko tak boleh lawan golongan orentalis barat yang tak beriman itu. Beribu2 orang di kalangan mereka fasih tujuh bahasa dan hafal Al Quran. Mereka faham ilmu politik, sains dan metamatik. Bila2 pun boleh kuasai minda orang bengap macam ko. Ko kuasai berapa bahasa? Sains ada? Yang lain ada? Dia hantar murid dia ceramah ko satu jam dah mereng otak ko. Ko jangan berlagak le hanya dengan bahasa arab dan jubah ko tu. Barua tul. Keh keh keh.

Oleh itu. Kepada semua sekali ahli2 Pas. Sila buat keputusan sekarang jugak. Mulakan dengan istifar dan selawat 3 kali. Dan cabot! Cabot masuk Amanah dengan tidak memandang ke belakang lagi. Pegi jumpa Bang Mat dan ramaikan progrem beliau. Tapi ingat. Kau orang baru. Kena duduk sopan, diam2 atau gelak sekuat2 hati. Hilang tension kan? Keh keh keh



paskiniCHAIpunya berkata...

Bila nok Mesyuarat Pemimping Pembangkang Kuasa Blok 3? Tunjuk power la boh! Area Selangor / Putrajaya molek doh! Takkang bagi gerung PH wat area Ganu Klate...mung kuat pelawok jubor la... Selfie sikik kasi sedondong pakai bow tie atau serbang berjubah...mung jangang monteng pulok Hadi Marang...memang parok berat nanang la...perangai huduh mung Islang natang ape mende dok tau...kahkahkah!

Tanpa Nama berkata...

Bila sarban bergelar ulamak mai.n politik cakap pun berputar belit.sekarang Pas dah jadi balaci umeno.Bagi dia orang putar belit dan khianat demi islam tak berdosa.ulamak politik tarak boleh pakai punye..tambah lagi dah ada persaingan dgn amanah..hudud pun ulamak politik brani permainkan sehingga hancur PR kerana Pas mengikut telunjuk umno..tak tau lah ulamak ni cedik atau tidak atau ada udang galah dlm mee..sekarang pas akan tanding 3 penjuru dlm PRU nanti.umno lagi suka..Pas tak kisah kalau kalah kerana Pas bukan nakmenang pun sebagaimana pru lalu khianat pkr tanding 3 penjuru untukbagi umno menang..

Unknown berkata...

Salam


Pada saya,Hadilah yg meranapkan PAS,sehingga PAS dah jadi tak tentu hala.
Bagi ahli-ahli PAS,yg baru masuk PAS,cubalah kaji dan selidiki chronology Hadi sejak remaja,latar-belakangnya,apa sumbanganya utk parti ,islam,rakyat dan negara.Dan cuba anda bandingkan chronology Hadi dan Anwar,Umpama langit dan Bumi.Ya memang BETUL, Anwar nampak macam Liberal,tetapi amalan Anwar banyak mencirikan pejuang Islam sebenarnya.Pebezaan fizikalnya cuma Anwar tak pakai serban.Itu sahaja.

Masa remaja..apa sumbangan Hadi pada rakyat??belajar ilmu agama??
Masa remaja..Anwar disumbat oleh bapa Najib dlm penjara.
Bila Anwar umum masuk umno 1981...Hadi sebuk dgn Kuliahnya..termasuk Amanat popularnya.
Apa sumbangan Hadi pada masa itu..masyarakat terbelah dua,sembahyang 2 imam,keluarga bercerai-berai.Yg paling tragis kematian keluarga memali di baling.
Apa sumbangan Anwar...salah satunya Kem-kem mes tentera pegawai..penyediaan arak dihapuskan..club-club tarian boGEL di KL.dilenyapkan sikit demi sedikit.
BCA ..Bersih,cekap,amanah (penerapan nilai2 islam dijalankan) TV- RANCANGAN AGAMA DIPERBANYAKKAN.Kementerian pelajaran ditukar kepada kementerian pendidikkan.Kementerian keewangan,banyak ustaz2 dijemput untuk buat ceramah.
Apa yg Hadi buat masa itu..menhantam Anwar habis2san,sehingga mengatakan anwar takkan dapat mengubah umno sebab bersama dlam tong najis.Anwar tetap berguru dgn TGNA dan selalu meminta nasihat dgn ustaz fadhil noor.
PERSOALAN BESAR DISINI....KENAPA hADI SEDIKITPUN TAK BERI input pada Anwar tentang khidmat-nasihat tentang hal-hal agama.KENAPA HADI TERLALU EXTREME DGN ANWAR????

Jasa anwar untuk rakyat ialah,semasa ia dilantik jadi TPM,1993-1998..tol dan minyak tak NAIK,Saham pink-form melonjak-lonjak..ramai instant jutawan melayu ketika itu.
Jasa Hadi untuk rakyat ketika itu.....??????

Bila anwar jadi Merangkap PM sekejap,Anwar cuba nak gubal undang2 baru tentang rasuah..ianya ditentang hebat oleh sebahagian oleh pembesar2 umno,inilah salah satu sebab anwar diterajang.
Hadi pada masa itu kamu buat apa?????
Kamu dapat laba pada 1999 jadi MB terengganu,bila ahli2 umno belot undi pembangkang??
Bila kamu dapat peluang kamu buat apa Hadi????Kamu bongkak dan sombong Allah beri kamu satu penggal sahaja.Jika kamu benar2 ulamak macam TGNA,tentulah allah akan beri "cash" seperti TGNA MEMERINTAH KELANTAN BERPENGAL-PENGAL LAMANYA,TGNA tak bagi peluang pada Nik Abduh anaknya sendiri,untuk kebas balak kelantan,tapi kamu belom lagi jadi TPM,memberi peluang pada MENANTU kamu yg entah dari mmana datangnya,mengetuai perangsang selangor,yg tidak mempunyai apa-apa kemahiran langsung.

TUP-TUP, SEKARANG,TIBA-TIBA Jadi penasihat umno pula,bila Anwar di penjara dgn cara yg cukup HINA.

Bagaimana hadi jadi penasihat kepada penyamun yg terang2 menyamun,bukankan Hadi sepatutnya menasihat penyamun supaya jangan menyamun dan menasihat melepaskan anwar yg di iniaya.

Hadi sebenarnya tiada mempunyai keupayaan untuk menjadi pemimpin umah,ia hanya mampu menjadi guru agama sahaja,tetapi disebabkan mempunyai nafsu untuk mencapai maksudnya,di terpaksa mencari kemuliaan dgn cara senang,ia tersangat jealous dgn kebolehan Anwar ,anwar boleh berbahasa inggeris cukup fasih,boleh berkawan dgn ulamak2 dunia,berbaik dgn blok arab/barat,anwar rajin membaca,anak2nya jarang kita dengar buat benda2 yg tak baik,Anwar boleh menjadi pemimpin negara,malah dunia islam, disinilah sifat jealousy Hadi yg tak bertempat,sehingga tak ada masa nak bela anwar yg dituduh sodomi yg memerlukan penghakiman yg adil dan 4 orng saksi.

To be continued


Unknown berkata...

(SAMBUNGAN)

DISEBABKAN NAK JADI KETUA,dan mendapatkan kemuliaan dgn cara senang,Maka senanglah umno menupulate Hadi dgn cukup senang,sept 16 sepatutnya dah settle..kenapa gagal..sebabnya adalah Hadi..dia cukup jealous jika Anwar jadi PM,dALAM pr dia terpaksa tunduk cakap2 Anwar,bila Najib nak penjarakan Anwar dgn sodomi 2,dimana kamu Hadi...tiada pembelaan langsung,Bila TGNA meninggalkan kita dan Anwar dipenjara..Barulah teserlah warna kamu Hadi,kamu dan geng2 kamu berkonspirasi menjatuhkan orng yg bersama Anwar dikatakan geng erdogan yg takknak hudud.

ALLAH MAHA KAYA,AHKIRNYA TUHAN TUNJUKKAN "CASH" SIAPA KAMU YG SEBENARNYA.
Sebenarnya kamu cuma nak jadi "KETUA" sahaja.Walaupun kamu korbankkan PRINSIP kamu,seperti amanat 1981,kesihan famili-famili di baling.

Untuk jadi ketua dan mencari kemuliaan, dengan amalan2 kebaikkan dari perintah2 allah.Insyallah tentu dapat redha allah, bukan dgn cara yg cukup hina dan busuk hati.

wallahualam.

-THE END-

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Tuan Omar atas pencerahan segala. Bab orang gila. Nak jadi ketua.

Aha. Tunggu apa lagi ahli2 PAS semua. Cabot je la. Marilah beramai2 masuk AMANAH pula. Pintu parti ini sentiasa terbuka. Semua sama rata. Semua tak mahu jadi ketua. Hanya nak jadi hamba. Ya. Hamba Allah Taala yang ikhlas berjuang semata2. Bersumpah tidak sekali2 riak mendabik dada dan sombong gila. Bersumpah tidak kebulur jawatan dan merembat harta.

Marila marila marila. Marila masuk AMANAH pula....

Malaysiabaru berkata...

Undi pas mcm undi umno/bn

Undi umno mcm undi pas

Pas adalah umno

Umno adalah kuda tunganngan pas

Tanpa Nama berkata...

Jenis manusia apakah mereka ini?

Jika mereka orang yang mengaku beriman tentu mereka percaya pada api neraka.

Tuhan hanya boleh mengampunkan dosa kita denganNya tetapi tidak dosa kita dengan manusia. Dua-dua di masukkan dalam api neraka.

Adakah mereka menunggu saat-saat terbaring di atas katil, baru lah nak minta maaf. Harap-harapkan orang yang di tuduh datang menziarahi mereka?

Atau adakah cukup sekadar ucapan mohon ampun dan maaf ketika hari raya ?

Macam main-main pulak ... buat dosa, minta maaf. Buat lagi, minta ampun.

Panjang lah umur mereka, kita akan saksikan ulang tayang kelaku buruk mereka berkali-kali.

Tanpa Nama berkata...

Dr.wan.azizah tahu pas akan curang berkerja sama dengan umngookk freemanson utk menjatuhkannya di selangor sedangkan mandat masih lama lagi....sekiranya p.raya negeri berlaku ini melibatkan kos yg tinggi......sedangkan p.raya umum ke 14 kurang 2 tahun dari sekarang....jadi dr wan azizah dan azmin ali bertindak bijak sentiasa cool tunggu dan lihat sepak terajang pemimpin ular dalam semak pas......yakinlah sahabat ini messej dari anwar....hidup anwar 3x....................

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ini...
Undi PAS sama lah tolak hudud.

Tanpa Nama berkata...



You must all think of Muhammad (SAW) as more than a man. He was collecting firewood one day. Let me do it, I said Why? He said, You're the prophet of god, you can't go round scratching for firewood. But he looked at me mumbling. God does not like the man who considers himself above other men, he said. So, I laid back and watched him. Suddenly he stopped. He stood to his full height and came to me. Yes! I am the Prophet of god, he said, but even I do not know what will become of me.

Tanpa Nama berkata...



Perasaan hasad dengki, iri hati, cemburu dari orang yg bergelar ulamak, ostad adalah lebih dahsyat dari orang biasa.

Tanpa Nama berkata...

Sudah lah hadi awak tu dah tua nyanyuk pula nampak duit mata dah rabun dan berpinau. Apa nak digelarkan kau sekarang ni ha! JANGANKAN ULAMA MENYEMAK SAJA LAU KAU NI.PENYELAMAT ANJING TU LEBIH MULIA DARI KAU LA!

Tanpa Nama berkata...



Petikan peristiwa Fathul Makkah :


Hind: At least, he (Muhammad SAW) kept his word, they haven't forced any door

Abu Sofyan: He's (Muhammad SAW) stolen hearts, not walls. Its a permanent victory .

Tanpa Nama berkata...



Jalan Yg LURUS... TERANG Ber CAHAYA
Menyuloh PUNCA... Ke Akar UMBI
Menyuloh DEFINASI...ERTI dan MAKNA
Mengapa SYIRIK...Dan MURTAD Boleh Ter Jadi


Wa SYARIK Hum Fil Amwal... WAHYU Yg'ESA
SYIRIKkan lah Mereka... UMPAN kan lah HARTA
Apb Dah Ter PERANGKAP... Wang Ber JUTA
Tunggang Ter BALIK... MURTAD lah Jadinya


Jalan Yg LURUS... TERANG Ber CAHAYA
Menyuloh TERANG... FITNAH dan Dusta
FITNAH Di Buat... Nak Menutup RAHSIA
Krn Sang 'MUSANG'.. Dah REMBAT Ber JUTA
Ber JUTA JUTA... Tak Leh Ter BUKA
Hanya Ber SEDONDON... Penyelamat "NYAWA"


Jalan Yg LURUS... TERANG Ber CAHAYA
Camne Si 'MUSANG'... Leh REMBAT Ber JUTA?
Itu "RAHSIA"... Anwar Dah BACA
Sbb Tu TAKUT kat Anwar... Bagaikan "NERAKA"



Jalan Yg LURUS... TERANG Ber CAHAYA
Yg TAKUTkan Anwar... RASUAH lah Punca nya
Segala FITNAH... Liwat Di CIPTA
Ter Masuklah 'MUSANG'... Yg Ber Hudud-AUTA

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu layan PAS tu. Dah memang mereka tu bodoh dan bahalul semuanya. So kita teruskan sahaja dengan agenda perjuangan kita.

Tanpa Nama berkata...

Kadang2-menyampah tul tengok si azmin bkawtim dgn parti reput PIS.

Tp bila dkaji dr segi strategi politik. Rasa tindakan azmin bkawtim dgn pis bg elak selangor jatuh ktangan ammno!

Tp aku yakin yg azmin ada strategi tertentu utk menyerang balik pada ketika yg tepat nanti.

Bukan la berniat utk promote dan membekap azmin scara keterlaluan. Tapi azmin ialah seorang yg bijak dan tenang dlm btindak! Azmin seorang yg setia kpd kluarga anwar sejak dari dulu.

Utk masa skrg aku masih mlihat azmin ali dari sudut yg positif. Mudah2an...azmin btindak betul dan mengutamakan rakyat khususnya pengundi yg menaikkan beliau...

Hidup pakatan harapan....gi mapoh dgn PASBOW...hihi

Tanpa Nama berkata...

Haji Hadi dan Harun Din apa pedulik sumer ni.. janji..derang anak menantu hidup senang lenang dgn duit projek jual ugama derang.. Din Ayam dah jadi jutawan.. Melayu dok nganga kene bodoh dgn ugama lagi..

Ada ka mau meniaga ugama kalo satu sen x masyukkkk setiap bulan?? 100k sebulan.. lu xmau ka?? Ugama la laku.. sbb melayu mudah lalok dab mudah disihirkan dgn ayat2 ugama..

Boleh petik ja ayat2 nabi dan Allah utk sihirkan orang. Bila sudah kene pukau jadi bodoh.. senang saja nak pow duit dan gelang rantai emas.... dah berpuluh tahun dah dok pebodo melayu..

Tanpa Nama berkata...

HATI2 DGN HADI YG SGT PRO SYIAH DN IRAN. DIA PORAK PERANDAKN POLITIK NEGARA. MENDIDIK BALACI PENYOKONG TAKSUB DN PERCAYA DIA ADA FIRASAT DN BERTINDAK IKUT FIRASAT KUNUNNYA.

PENGIKUT DH MULA ANGGAP HADI SGT SUCI DN HANYA HADI ULAMAK PEWARIS NABI. ULAMAK LAIN TKMAU DIDENGAR DAH

DOKTRIN SYIAH ADA TAKIYYAH. MEMBOHONG PUTAT BELIT BERUBAH2 PENDIRIAN DEMI MATLAMAT

MENIPU DN PERALAT HUDUD ADALAH CONTOHNYA. CUBA BERBAIK DGN NAJIB UTK MENDAPAT SIKIT KUASA DN LABA

HADI BERHARAP DGN HURU HARAKN POLITIK MALAYSIA DIA AKN DPT BERKUASA. JIKA INI BERLAKU HADI AKN MESRA SYIAH DN IRAN.

DI INDONESIA SYIAH SUDAH MULA MENGGANAS. DI MALAYSIA MASIH SENYAP SEBB BELUM BERKUASA

HADI PERLU DISINGKIR

Abdul Said berkata...

Perhatian Semua. Catatan Encik Omar Daud hanyalah untuk orang yang mahu menerima kebenaran, pandai menganalisa, tahu sejarah politik Melayu dan mempunyai taraf minda yang membangun dan kritis dan boleh menerima kenyataan. Bagi yang ada otak tetapi tidak boleh berfikir sendiri, ada pendidikan tetapi sentiasa perlu dipandu oleh sebarang orang atau pun mereka yang taksub kepada seseorang manusia dizaman ini maka artikel Encik Omar Daud bukan untuk tuan dan puan. Kalau dulu (zaman Hadi sebagai samseng PAS), ada orang tidak mahu berimamkan orang lain selain dari orang Pas, sekarang sudah bolehlah kita bermula memikirkan adakah kita boleh berimamkan orang yang berkata berputar belit, tak tentu hala dan ikut sedap mulut sahaja. Sudah tiba masanya Hadi dan tali barut UMNO ditendang keluar dari Pas dan carilah pengganti dikalangan orang yang berilmu, berjiwa besar, tidak ganyut, bertenaga, disegani oleh kawan dan lawan dan yang penting sekali tidak NYANYUK!!