'Mahathir mahu semua parti ketepi perbezaan singkir Najib'
Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya semua parti politik mengketepikan perbezaan masing-masing dan berganding bahu untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dedah seorang ahli parlimen PAS.
Bercakap kepada Malaysiakini, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini adalah antara keputusan dan isu-isu yang dibincangkan semasa pertemuannya selama sejam dengan bekas perdana menteri itu pagi ini.
"Kedua-dua kami bersetuju bahawa Najib perlu digantikan dengan segera dan keputusan mengenai perdana menteri baru akan dibuat kemudian.
"Kami bersetuju bahawa kita harus mengketepikan perbezaan antara parti dan ideologi, kita harus lihat ke hadapan," katanya.
Menurut Mahfuz, jika isu pengganti dibincangkan ketika ini, ia mungkin menyebabkan pertikaian.
"Idea kami sama iaitu perubahan PM mesti disegerakan, cara bagaimana, bermula dari kesatuan semua pihak, termasuk parti-parti politik.
"Jangan fikir dulu siapa pengganti PM, sebab kalau fikir dulu siapa pengganti PM, makna takkan berlaku... semua pihak akan bertengkar, akan perlu ada kepentingan politik masing-masing," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena juga berkata beliau telah berjumpa Dr Mahathir atas inisiatifnya sendiri dan tidak mewakili PAS.
Menurutnya, pembangkang boleh membiarkan Najib terus menjadi perdana menteri sehingga menimbulkan lebih banyak rasa tidak puas hati dan marah rakyat terhadap Umno dan BN supaya peluang mereka lebih cerah pada pilihan raya umum akan datang.
"Dalam tempoh masa lama itu satu penganiayaan kepada rakyat akan terus berlaku.
"Saya tak sampai peringkat untuk terus menganiayai rakyat yang tertekan di bawah pimpinan Najib," katanya.
Mahfuz berkata susulan perjumpaan pagi tadi, beliau mencadangkan perbincangan lanjut dan meliputi jumlah yang lebih besar.
"Bukan hanya saya dan Tun (Dr Mahathir)... memerlukan pelan tindakan.
"Pemikiran itu sudah ada titik pertemuan. Saya beritahu tadi perlu ada satu pertemuan lebih besar pelbagai parti, NGO dan individu untuk kita rangka pelan tindakan," katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Mahathir pada pertemuan itu tidak memberi sebarang janji atau jaminan mengenai pelan tindakan berkenaan.
"Dia (Dr Mahathir) ambil maklum. Bagi saya beliau seorang negarawan, walaupun ada perbezaan dalam beberapa hal, tetapi kita ada titik pertemuan pada isu semasa.
"Bagi saya beliau boleh panggil semua pihak bukan saja daripada pembangkang tetapi juga di kalangan individual, BN dan NGO lain," katanya lagi. -mk
Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya semua parti politik mengketepikan perbezaan masing-masing dan berganding bahu untuk menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dedah seorang ahli parlimen PAS.
Bercakap kepada Malaysiakini, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini adalah antara keputusan dan isu-isu yang dibincangkan semasa pertemuannya selama sejam dengan bekas perdana menteri itu pagi ini.
"Kedua-dua kami bersetuju bahawa Najib perlu digantikan dengan segera dan keputusan mengenai perdana menteri baru akan dibuat kemudian.
"Kami bersetuju bahawa kita harus mengketepikan perbezaan antara parti dan ideologi, kita harus lihat ke hadapan," katanya.
Menurut Mahfuz, jika isu pengganti dibincangkan ketika ini, ia mungkin menyebabkan pertikaian.
"Idea kami sama iaitu perubahan PM mesti disegerakan, cara bagaimana, bermula dari kesatuan semua pihak, termasuk parti-parti politik.
"Jangan fikir dulu siapa pengganti PM, sebab kalau fikir dulu siapa pengganti PM, makna takkan berlaku... semua pihak akan bertengkar, akan perlu ada kepentingan politik masing-masing," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena juga berkata beliau telah berjumpa Dr Mahathir atas inisiatifnya sendiri dan tidak mewakili PAS.
Menurutnya, pembangkang boleh membiarkan Najib terus menjadi perdana menteri sehingga menimbulkan lebih banyak rasa tidak puas hati dan marah rakyat terhadap Umno dan BN supaya peluang mereka lebih cerah pada pilihan raya umum akan datang.
"Dalam tempoh masa lama itu satu penganiayaan kepada rakyat akan terus berlaku.
"Saya tak sampai peringkat untuk terus menganiayai rakyat yang tertekan di bawah pimpinan Najib," katanya.
Mahfuz berkata susulan perjumpaan pagi tadi, beliau mencadangkan perbincangan lanjut dan meliputi jumlah yang lebih besar.
"Bukan hanya saya dan Tun (Dr Mahathir)... memerlukan pelan tindakan.
"Pemikiran itu sudah ada titik pertemuan. Saya beritahu tadi perlu ada satu pertemuan lebih besar pelbagai parti, NGO dan individu untuk kita rangka pelan tindakan," katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Mahathir pada pertemuan itu tidak memberi sebarang janji atau jaminan mengenai pelan tindakan berkenaan.
"Dia (Dr Mahathir) ambil maklum. Bagi saya beliau seorang negarawan, walaupun ada perbezaan dalam beberapa hal, tetapi kita ada titik pertemuan pada isu semasa.
"Bagi saya beliau boleh panggil semua pihak bukan saja daripada pembangkang tetapi juga di kalangan individual, BN dan NGO lain," katanya lagi. -mk
Zaid saran perhimpunan 27 Mac bagi desak Najib undur
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyarankan satu perhimpunan diadakan pada 27 Mac ini untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam tulisan di blog, bekas ahli parlimen Umno itu berkata keadaan negara sekarang tidak boleh dibenarkan berterusan dan menggesa rakyat supaya berdiri teguh di belakang Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sudah terlalu lama, katanya, rakyat diselubungi ketakutan berikutan beberapa tindakan oleh Najib.
Zaid menuduh Najib melumpuhkan institusi awam dengan melantik hanya ‘pak turut’ menganggotai badan-badan seperti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Menteri dan pegawai tinggi kerajaan menutup mata terhadap perbuatannya ini kerana mereka fikir beliau tidak akan bertahan lama. Mereka langsung tidak menyedari bahawa ini amat merosakkan negara.
"Kita tidak boleh membenarkan keadaan ini berterusan walaupun satu minit lagi... Kita secara bersama mesti menunjukkan kepada Najib bahawa kita tidak takutnya," katanya.
Menurut Zaid, alasan berhubung skandal 1MDB adalah bahawa Mahathir kehilangan lebih daripada RM42 bilion kerana salah urus kewangan semasa menjadi perdana menteri dan oleh itu beliau tidak mempunyai hak mengkritik Najib.
Selain itu, beliau berkata, penyokong perdana menteri juga menuduh Mahathir berat sebelah dan hanya membantu rakan-rakan dan anak-anaknya untuk mendapatkan kontrak dan konsesi.
Perbezaan Najib - Mahathir
Mendakwa bahawa Najib melakukan perkara sama, Zaid berhujah bahawa perbezaan antara bekas perdana menteri itu dan perdana menteri sekarang terlalu jauh.
"Mahathir tidak pernah curi wang kerajaan, sama ada menerusi syarikat-syarikat yang berdaftar di Kepulauan Virgin British atau cara licik lain. Tidak satu sen pun.
"Malah beliau juga mencabar Najib untuk menyiasatnya.
"Najib, sebaliknya terlibat dalam pelbagai skandal kewangan, sama ada pembelian kapal selam, 1MDB dan 'derma’ yang diterimanya sebagai perdana menteri.
"Najib dan isterinya amat kaya dan gaya hidup mereka seperti raja dan permaisuri. Sebaliknya, Mahathir dan (isterinya) Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hidup secara sederhana.
"Walaupun Mahathir menyuruh Najib dan polis untuk menyiasatnya, Najib pula sibuk mengarahkan siasatan ke atasnya ditutup. Nampak perbezaannya? " katanya. -mk
22 ulasan:
Ada bagus dan ada tak bagusnya cadangan Tuan Mahfuz itu.
Apa yang bagusnya? Najib turun dan pindah segera ke luar negeri. Semua pihak pun maafkan dia. Wah. Enjoy sakanlah dia. Ada 144 negara bersedia terima dia jadi warganegara asalkan dia parking setengah kontena sahaja harta merdak 'dia' tu kat mana2 negara. Yang akan naik jadi PM nanti puak2 assabiah Umno juga. Mampuih lagi la rakyat jelata. PAS pula jadi tukang hias pelamin PM baru. Nampak dah macam Islam sungguhlah ye kerajaan baru nih..
Tak bagusnya adalah, mengapa tidak dicadangkan penurunan PM Najib hendaklah disusulkan pulak dengan kerajaan campuran agar satu pilihan raya umum yang benar2 adil lagi telus dapat dilaksanakan? Ini himpunan segala rakyat jelata. Yang pastinya rakyat pro pembangkang yang paling ramai akan turun. Maka inspirasi rakyat tentunya bukan sahaja hendakkan Najib turun, tapi mahukan sebuah kerajaan yang benar2 adil lagi saksama dapat disegerakan.
Baiklah. Mari kita setuju dengan Tun Dr Mahadhir sebagai ketua perarakan. Tapi dia tidak berhak hendak paksa rakyat bersetuju dengan semua cadangan dan hujah2 dia semata2. Kenapa? Rakyat tahu siapa Mamak ni..
Siapa bercakap dengan tajuk najib akan disiasat tapi hanya ikan bilis sja bila ikan jerung keluar kenyataan suruh siasat atau saman najib akan alih tajuk dan isue sebaliknya kaki pengampu yang akan memberi kenyataan contoh terdekat anuar musa telah jadi juru cakap baru najib sebabnya mudah iaitu selepas ia dilantik kejawatan yang rakyat tak boleh nak pertikai ini adalah sebabnya najib tolong lepaskan petaka anuar musa yang telah berlaku di Australia sana kita tunggulah nanti apa akan berlaku dengan isue tersebut.Dan sekarang PRN serawak semua pakat serbu ke serawak dan baru tadi TPM telah melluskan peruntukan diSamarahan.
YB Dato' Mahfuz tak wala' lah buat lagu tu...membelakangkan Dewan Ulama Pas...
Dato' nanti nak bincang atas kapasiti individu ka? Susahlah Dato'...haru manis lama2 busuk juga Dato'...tiada nilai kalau simpan lama2...
Wahai pak2 menteri..cuba tanya hati kecil kau..apakah betul kau menjaga rakyat..yg terhimpit dgn bermacam masalah..pengangguran..harga barang mahal..atau kau hanya jaga najib yg tentunya dh kenyang dgn duit derma 2.6b..boleh tak sehari kau hidup mcm rakyat..isi minyak..beli barang dapur..byr yuran anak..guna duit sendiri..ingat kau akan mati..segala perbuatan kau akan dpt hukuman..najib dan rosmah tak dpt nak tlg kau..
Yang susah nak ketepikan perbezaan atara parti dan ideologi ialah kalangan pemakan dedak. Dia orang mana ada ideologi... nak lagi dan lagi adalah. Parti UMNO nak melingkup ke tenggelam, apa dia peduli !
Najib tidak akan disingkir melalui undian di Parlimen. UMNO ada cara mereka sendiri. Hanya UMNO yang boleh 'nasihat'kan supaya Najib berundur. Selamatkan UMNO dulu baru negara di selamatkan.
Jadi suka tak suka kena guna politik juga nak singkirkan Najib dengan tumbangkan UMNO... iaitu pru tetapi menjelang pru negara sudah tidak boleh di selamatkan.
Aku rasa parti yb mahfuz yg susah nak ketepikan ideologi politik...dorg akan pilih jalan yg xsehaluan nanti...aku setuju kalau pm najib diturunkan DAN MESTI DIDAKWA.DAN KALAU BOLEH DITANGKAPLAH...serta mahathir kena mengaku penzaliman dia kpd anwar dan membebaskan anwar.
Mcm perasan banyak pengikut setia Mahfuz nie....hahaha. Rakyat da lemau...tunggu harum manis sorang nie...xlayak sbbx sekufu ag
Ya...setuju sgt..mahathir perlu bersihkan diri sendiri dulu baru rakyat akan sokong ramai2..dosa2 beliau terhadap anwar terlalu besar..dialah pembunuh kerjaya tokoh2 hebat di zamannya.. perjuangannya pun jelas utk anak beranak dia juga dan bukan seikhlas hati utk rakyat,secara kebetulan rakyat juga tuntut perkara yg sama...mahathir perlu akui kesilapannya dan bertaubat serta bebaskan anwar yg menjadi mangsa fitnah pertamanya sejak berpuluhan tahun...barulah rakyat akan sokongnya beramai ramai..selagi hatinya berkarat dan penuh dendam kesumat, percayalah perjuangannya hanyalah sia sia dan tak kan kemana.
Koppipanas dan abramujahiden ,bila kau tulis aje terus terzahir pemikiran kau ni di robot oleh hadi ,bodoh tu biarlah bertempat ,nak bodoh tu biar dalam Pas aje .jangan bawa keluar .soal Mahfuz ramai pengikut tu ,atau harum manis tu biarlah dulu msekurang2 ada juga idea untuk menurunkan Najib ,kau tak tahu ke apa hukum terus menyokong peminpin Zalim .apakah kau tidak terasa kezalimin yang Najib lakukan? inilah susah pengikut bawahan Pas ni .kalau orang buat semua tak betul kalau Hadi buat semua tak apa.muhasabah dirilah .ambil wuduk .solat sunat dan lihat wajah dalam air kolah .betul tak apa yang ikut selama ini.
Mahathir mulai melatah dengan agak agressif setelah anak mula menjadi mangsa.
Nah! Lihat sekarang, Mahathir tidak akan aman hidupnya begitu juga Najib. Malah semua ahli UMNO, akan turut berketuntang akibat tangan-tangan mereka yang penuh dengan dosa.
Tetapi jangan terlepas pandang, Hadi Awang @ The UG pun tidak akan tenteram hidupnya sampai ke mampus.
Saya selaku penyokong tegar pakatan harapan takkan bersetuju dgn cara begini rupa...lebih baik tunggu pru yg mendatang...biar rakyat yg tolol Ni sedar akan kebodohannya ketika mengundi pada pru yg lepas...hahaha..inilah balasan rakyat yg mengundi umno Dan bn...
Kita jadilah penggerak kesedaran kpd semua...jgn hnya disini shh kita berbicara...diluar sana byk yg LG keliru...tolonglah sama2 kita jelaskan...apa yg harus kita buat Demi Negara...
Mahathir = najib, geng perompak penyamun. Mahathir merompak selindung2, najib menyamun terang-terangan. Perompak nak turun kan penyamun, maka geng perompak bleh merompak balik.
Perompak membail out kroni
Penyamun pub bail out kroni.
Sokong2!!!1000%!!!!hahaha...
Biarkan apapun nk jadi...sbb penyokong umno bn memang kena susah yg amat.biar sampi x makan...barulah diorg ni sedar.klu x...sampi matilah sokong umno bn...org melayu memang susah nk berubah.skrg pun dah nmpak.lagi2 difelda2 yg tanam semula...semua da menyalak dikedai kopi..tp sampi masa pru..dpt rm20/30 jer da berubah...murah benar harga diri org melayu ni...hahaha...��
Turunkan najib ganti Anwar sebagai PM baru.... Semua Rakyat akan turun.... amacam Tun?
Jika setuju.... JOM kita turun RAMAI utk Malaysia Baru!
Saat ini doa almarhum TGFN hampir termakbul...mahathir semakin menghampiri detik detik melihat kejatuhan partinya hasil legasi dan kepimpinan yg ditinggalkannya...dia akan menghabiskan sisa2 hidupnya dgn kejatuhan umno...bertaubatlah sblm ajal menjemput...sayangnya, pembangunan di zamannya hebat, tp juga kezalimannya pun setanding kehebatannya...tp dosa yg lepas perlulah dibersihkan dgn taubat...dan dia perlu mengaku kezalimannya...cukuplah dia pergi meminta maaf dgn anwar di penjara dengan penuh ikhlas..dan selebihnya bertaubatlah dgn allah...kemudian usahakanlah kearah kebaikan.insyaallah, selebihnya serahkan segalanya pada allah dan insyaallah akan allah aturkan sebaiknya...selagi hanyat dikandung badan, budi yg baik kan dikenang jua...semoga pemimpin terdahulu mendapat limpahan rahmat atas segala kebaikan yg dicurahkan...pemimpin yg menzalimi rakyat,mendapat padahnya...
Aku xberapa setuju cdgn mahfuz..memang betul keadaan negara amat terdesak.tetapi kita perlu juga memikir keadaan jangka masa panjang..sebabnya kita xtahu niat mahathir...dia org yg hebat pemikiranya..
1.mungkin dia nak jatuhkan najib sbb nak naikkan org pilihan dia yg kemungkinan anak dia atau TSMY.
2.mungkin selepas najib diturunkan, rakyat akan berasa umno dr kem mahathir penyelamat rakyat dan umno akan kekal berkuasa.itu yg mahathir mahukan kelangsungan umno memimpin negara.(kita berbincang soal kemungkinan,ketetapan adalah drpd allah)
jika ini berlaku tidak ada kesudahannya pun..keluar mulut buaya, masuk mulut harimau..
Dan aku bersetuju kalau hendakkan kerjasama mahathir sebab utk turunkan najib jika:-
mahathir dan kuncu2nya bersetuju tampuk pemerintahan diserahkan kpd pakatan harapan.alasannya:-umno gagal melahirkan pemimpin yg bersih dan cerdik sprti skrg.berilah peluang kpd pakatan membuktikan kehebatan memimpin utk menaikkan semula negara yg kian jahanam.dlm tempoh itu umno perlulah membersihkan segala masalah kepimpinannya..kemudian,bertandinglah pd pru sekali lagi dgn adil..biarkan sistem yg adil itu berjalan sendiri tanpa ada unsur sabotaj dan rasuah...
Ini keadaan win-win situation...
Negara dpt dimajukan...umno dpt berehat...pakatan akan diuji dgn kepimpinan negara...selepas itu, siapa melakukan kesilapan, akan terus dihukum pd pru...
jika tidak bersetuju, berjuanglah dijalan sendiri...
Org yg niat murni nak jatuhkan najib, dia takkan memikirkan habuan utknya...pakatan mmg tlah lama berjuang utk menumbangkan pemimpin umno disebbkan kesedran ini..cuma penyokong dan ahli umno je xpernah sedar2...jadi, kalau mahathir tidak bersetuju galang gantinya najib ialah anwar, baik pakatan lupekan hasrat utk bekerjasama dgn mahathir...sebab golongan parti itu yg bwrkuasa nanti akan memanipulasi segala gala yg dibawah kuasanya nanti utk memenangi pru...jgn masuk kedlm lubang yg sama 2 kali...say no tu umno be end....najib lah cerminan mahathir...die ingin tumbangkan najib.apa yg baru dilaluinya iu telah lama dilalui rakyat semasa dia memerintah...segalanya dimanipulasi...die igt semua org blh ikut telunjuk die...najib lah lawanan dia..dan die merasakan dia kalah dgn najib...jadi dua2 itu telah bertemu buku dgn ruas...gunalah kuasa yg kau rasa maha hebat...suatu hari dikau pasti akan tersungkur jua...saat ketika tidak punya kuasa.siapa yg akan berdiri disebelahmu?
Setuju Mahathir kena bersihkan atau selesaikan apa yang dia telah lakukan pada Anwar keluarga dan pada rakyat Malaysia.
Tujuan Mahathir baik tetapi hal dia dengan Anwar yang buat dia tersangkut atau perlahan.
Kita pun kena terima dengan ikhlas. Kalau tidak, pun tak jadi.
Setuju!!!
Cukuplah sekadar Mahathir katakan Anwar adalah PM yang menyelamatkan negara. Kerana dengan mengambil-kira beberapa faktor, Anwar hanya akan jadi PM untuk tempoh yang tidak lama. Selepas itu, tempat Anwar mestilah di ambil-alih oleh Husam.
Catat Ulasan