12 Feb 2016

Mufti Gesa ADUN Paya Jaras Bertaubat

Mufti nasihat wakil rakyat taubat

KUALA LUMPUR – Mufti dan ulama Islam menasihatkan wakil rakyat Parti Islam SeMalaysia (Pas), Mohd. Khairuddin Othman, 45, agar memohon keampunan dengan cara bertaubat kepada Allah selepas mengenakan pakaian menyerupai Dewa Rezeki berjanggut panjang pada Isnin lalu.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abd. Rahman Osman berkata, pakaian yang mempunyai unsur ketuhanan agama lain adalah berdosa dan haram untuk dipakai oleh orang Islam.

Menurut beliau, perkara tersebut adalah berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan pemakai pakaian yang menyerupai sesuatu kaum adalah sebahagian daripada kaum tersebut.

“Sebagai muslim, pakaian seperti Santa Claus, sami Buddha dan dewadewa agama lain memberi gambaran kerosakan akhlak pemakai tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Rahman menegaskan, pakaian itu boleh membawa kepada pemahaman umum yang melihat pemakainya adalah seorang bukan muslim, memandangkan pakaian tersebut tidak sinonim dalam masyarakat Islam.

Tambah beliau, sekiranya sesuatu pakaian itu tidak mempunyai kaitan dengan sesuatu agama, maka perkara tersebut dibenarkan.

“Orang Islam dibenarkan memakai pakaian seperti tali leher atau pakaian tradisional kaumkaum lain yang tidak mempunyai perkaitan dengan agama atau kepercayaan lain kerana pakaian berkenaan tidak menafikan keislaman seseorang,” tambah Rahman.

Pendapat tersebut turut disokong Mufti Kelantan, Datuk Muhd. Shukri Muhammad yang menyatakan seseorang yang melakukan perkara tersebut harus memohon keampunan dengan cara bertaubat kepada Allah.

“Perbuatan tersebut tidak sampai jatuh syirik, namun hukumnya haram dan pelaku tersebut dikira berdosa,” katanya.

Beliau berkata, pakaian yang tidak melibatkan unsur keagamaan adalah dibenarkan seperti memakai pakaian cheongsam atau sari.

Kosmo! semalam melaporkan, Setiausaha Pas Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Paya Jaras memohon maaf selepas dikritik kerana memakai pakaian menyerupai Dewa Chai Sen pada majlis Tahun Baru Cina di Wangsa Permai, Sungai Buloh Isnin lepas.

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan sentiasa berjalan.

Walaupun Majlis Syura "melepaskan" ADUN Paya Jaras itu dari sebarang tindakan disiplin kerana ADUN Paya Jaras itu berada di kelompok "geng ulamak", namun hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mendedahkan bahawa kebenaran itu kebenaran dan kebatilan itu kebatilan.

GB sudah ulas sebelum ini:

ADUN Paya Jaras itu bertindak melewati batas aqidah dan syariat. Tetapi kerana dia berada di dalam kumpulan apa yang digelar "kepimpinan ulama" maka ulama melepaskannya.

Dah serupa UMNO juga. Kalau anda satu kem dengan Najib, kesalahan apa pun anda akan dilepaskan. Jika tidak, anda akan menghadapi hukuman seperti apa yang dikenakan ke atas Anina dan Hamidah Osman.

Perkara tidak menyentuh aqidah diberikan perhatian berat oleh PAS berbanding aqidah. Pada thaun 2010, Khalid Samad digantung dari jawatan-jawatan dalam parti selama 6 bulan. Bukan soal aqidah, tetapi soal tak wala kepada Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya ketika itu.

Pada tahun 1972, Cikgu Hashim Gera wakil rakyat PAS bagi Parlimen Parit, Perak (1969-1974) dipecat parti PAS bukan kerana soal aqidah tetapi berjoget lambak dalam satu majlis di lobi parlimen pada 1971.

Jadi kini kita lihat tindakan PAS tidak konsisten. Berkompromi di dalam soal aqidah. Kalau kamu geng ulama, kau akan dilepaskan walaupun melakukan kesalahan aqidah. Sednagkan kalau kau bukan geng ulama, sekecil mana pun kesalahan, siap kau, kau "barua", kau "tolol", kau "broker" dan seumpamanya dan di"halau keluar" dari parti. Bila dah keluar parti, dimaki lagi mereka itu, kau "pengkhianat", kau "murtad", kau "ahli neraka" dan sebagainya.

Demikian budaya terkini sebuah parti sejarah... dan parti itu akan disejarahkan oleh rakyat Malaysia di dalam pilihanraya nanti.





IKLAN BERBAYAR



24 ulasan:

Unknown berkata...

Itu la akibat suka sangat dok kata kat org jahil la..kafir la..
sekarang..dah kena batang hidung

Tanpa Nama berkata...

Inilah sobodoh bodoh manusia...kalau pun nk berlakon mesra cina pun,tak payah nk pakai yg pelik2..nmpak sangat terlalu terdesak..agak2 kalau suroh jadi tokong pun,mungkin dia sanggup..tp jgn harap haraplah cina nk beri undi walaupun satu undi kpd pas pis pus.

Tanpa Nama berkata...

Mana ulamak umno semua bisu isu pakaian dewa ni.kalo pan yg buat riuh rendah satu donia heboh,terus jatuh kapir laknat jebomln dsb.mana komen timbalan pesiden ulamak donia??senyap,sepatah pun xda suara.aja yang hina betul ulamak2 pas.mmg sesuar la gelaran org kata ularmakkk.... Ular dlm Semak.menyusahkan rakyat je,sape la penyokong ulamak ni sila sedar diri.Pas xda nilai agama,apatah lg ekonomi sepatah haram pun xtau.mengabihkan boreh ja..pas bkn kelihatan islam dh tp lebih kepada munafik...tukarla nama,memalukan islam betul,Xpasai2 pas buat benda2 bodoh ni tp umat islam pun dpandang hina... Islam apa nya buat perangai mcm ni pakaian dewa,tgk porno pastu xnk byr pulak.apa hukum nya?oooo.harussss kot
......puihhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

Amoi cina bergambar dgn Mat Sabu masa BERSIH4 hari tu pun habis semalaysia dijaja cerita oleh penyokong pas. Yang ni seboleh2nya disembunyikan dr pengetahuan org awam.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Rentetan pemakaian kustom dewa Coa Guo Jiu oleh Adun Pas Paya Jaras YB Khairudin Othman telah menimbulkan dua fatwa / hukum mengenainya. Pertama, fatwa Majlis Syura Ulama (MSU) yang menjadi satu entiti yang sangat berkuasa dalam Pas memutuskan bahawa perbuatan itu dimaafkan kerana Khairudin tidak berniat untuk mempersendakan akidah. Kedua, Mufti Pahang dan Mufti Kelantan sependapat menyatakan bahawa memakai pakaian yang mempunyai unsur ketuhanan agama lain adalah berdosa dan haram untuk dipakai oleh orang Islam. Kedua-dua pihak mengeluarkan hukum yang berbeza iaitu dimaafkan dan haram dan berdosa dalam masalah yang sama. Umat Islam menjadi keliru kerana perbezaan pandangan yang amat jelas antara mufti dan MSU.

Pas pasti menegakkan benang basahnya dengan menuduh mufti adalah penjawat awam yang mesti memihak kepada majikannya. Memang betul, kadang-kadang mufti membisu seribu bahasa apabila pelaku kesalahan adalah dari pihak parti yang memerintah negeri-negeri tertentu. Ahli-ahli parti lain selain dari Pas pula menyatakan fatwa MSU ada kepentingan kepartian. Umat Islam secara keseluruhannya keliru kerana dikelirukan oleh pihak-pihak berkuasa agama. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa fatwa hukum-hakam dan halal-haram sesuatu isu itu mesti dilihat dari sudut kepartian; parti pemerintah dan parti pembangkang. Mutakhir ini, teramat sukar untuk kita memahami Islam dari sudut Islam yang sebenar. Oh, Malaysiaku...!

Tanpa Nama berkata...

Umno dan pas la ni dah kamcing,mana blh hantam satu sama lain,tmbh2 nk pru 14 ni

Tanpa Nama berkata...

Bagi Dewan Ulamak, perbuatan tersebut tanpa niat, jadi boleh lah dimaafkan dengan syarat menyesal.

Lelaki yang memakai pakaian perempuan di tempat awam pun ada kesalahan dan dikenakan denda mengikut undang-undang.

Sedangkan yang jelas ialah apa yang dikatakan oleh mufti, berdosa dan haram . Niat atau tidak itulah hukumnya.

Malangnya kedua-dua mufti ini bersuara setelah beberapa blog Pro UMNO tidak berpuas hati dan mempersoalkan keputusan Dewan Ulamak.

Khairuddin sepatutnya tidak perlu melibatkan Dewan Ulamak dan parti, apalagi sehingga mufti pun terpaksa memberi peringatan.

Perkara ini telah diketahui oleh Khairuddin, dosa dan haramnya serta perlu bertaubat. Jika ditangani dengan iman, perkara ini telah selesai.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...


Sikit-sikit Dewan Ulamak.
Perkara macam ini pun, Dewan Ulamak.
Apa Paya Jaras tu tak ada imam tua yang berpengalaman atau imam yang terpelajar ke nak bagi nasihat?

Kalau soalan ini di soal pada PU Azman semasa program realiti TV, apa jawapan yang diberi oleh PU Azman?

Den dobik kang... kata PU Azman.

Unknown berkata...

Malaysia mempunyai 14 org mufti,Jakim, menteri Agama,kebiasaannya pandangan mereka tak selari disemua negeri(ikut kepala masing2),Pas siap ade majlis syura Ulamak ,kumpulan ni semua bercangggah pendapat,masing2 menegakkan benang basah.Pas dah tentu nak jaga geng dia (pro ulamak),nak harapkan peranan Majlis Fatwa,entahla.. kelaut..,semuanya sebuk jaga periuk nasi,fulus.dari sini rakyat lihat betapa bercelarunya mereka yg memegang title Ulamak,kalau Ulamak pun hal yg terang2 Haram pun tak berani bersuara jangan mimpila perkara lain mereka akan bersuara.Yang pasti rakyat malaysia (melayu Islam),dok bertelagah benda yg sama,(lebih2 lagi pengikut yg taksub membuta tuli) akal pun jadi BEKU, disebabkan ilmu yg ditimba dari ulamak (jenis duniawi ni),nak harapkan Timb.ketua Ulamak sedunia nak tegur,tak tahu bila?????Yg pasti!!!maki,hamun, barua,tolol,jebon,memang akan segera keluar dari mulut dia kepada mereka yg digelar pengkhianat?Siapa yg mengkhianati siapa sebenarnya?Ulamak benteng dihadapan sebenarnya,bukan menyorok dalam Peti.

Unknown berkata...

Senang cerita sapa2 yg masih walaunta dgn pas bolehlah dianggap bangang dan bengong..

Tanpa Nama berkata...

harun din dan hadi senyap aje--awak kat mana

Tanpa Nama berkata...

MSU ni agaknya terdiri dari mereka-mereka yang maksum. Apabila kena batang hidung sediri, berbagai dalil untuk memaafkan, tetapi apabila kena mereka yang tidak sehaluan maka seolah-olah malaikat menghumban pendosa ke neraka lagak mereka.

Tanpa Nama berkata...

Harun Din dan Haji Hadi tengah belek kitab2 lama untuk membela YB Khairuddin....

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah contoh politik terdesak. Kerana terlalu ingin mengambil hati pengundi cina maka pertimbangan akal diketepikan. Mungkin Adun Paya Jaras cuba melakukan yg terbaik bagi menunjukkan kepada pengundi Cina bahawa PAS adalah parti politik yg mengambil berat perihal pengundinya di samping ingin memperlihatkan keterbukaan PAS namun nasi sudah menjadi bubur. PAS tidak lagi boleh dipercayai, hilang hala tuju, parti yg boleh diperkotak-katikan dengan mudah dan yg paling ketara sudah ketandusan pemimpin yg boleh dianggap sebagai pemimpin untuk semua rakyat Malaysia. Sikap terdesak ini dapat dilihat pada semua peringkat kepimpinan PAS. Ini adalah realiti politik yg harus dihadapi oleh PAS akibat keterlajuran Hj Hadi. Kerana ingin mengekalkan kuasanya dan beberapa kerat pemimpin lain yg dibawah payungnya seperti Nik Amar, Harun Din, Tantawi dan Din Ayam maka parti terpaksa dikorbankan. Masih belum terlambat. Hj Hadi dan kroninya masih boleh diberi pengajaran. PAS lebih cerah masa depannya tanpa geng Hj Hadi dan dapat meredakan sikap terdesak seperti yg ditunjukkan oleh Adun Paya Jaras.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang mana satu Khairuddin perlu ikut?

Ikut mufti, Khairuddin akan dikata tidak wala pada Dewan Ulamak...

Mengapa pemimpin PAS dah terang buat kesalahan susah hendak mengaku dan bertaubat atau minta maaf.

Sebelum ini satu kes diselesaikan diluar mahkamah, dengan pemimpin PAS menarik balik beberapa kenyataan dan kemudian dengan bangga mengatakan yang dia tidak minta maaf. Sekarang Khairuddin pulak susah sangat nak bertaubat

Masa kes mahkamah itu, cepat pulak bagi respond dengan memberi penjelasan pihak yang mendakwa beberapa kali minta kes diselesaikan di luar mahkamah tetapi isu video porno sejak Januari yang lalu.

Tak kan macam ini sikap dan perangai orang PAS?

Tanpa Nama berkata...

http://www.malaysiawaves.net/2016/02/adakah-ulama2-dalam-pas-benar2-ulama.html?m=1

sizzly7761 berkata...

Saya lebih berpegang kepada fatwa dari Mufti. Majlis Syura PAS ni seolah-olah nak jadi kumpulan paderi..bilamana ada ahli mengaku tentang kesalahan maka mereka boleh memaafkan dosa dan kesalahan ahli2 @ walaun! Nampaknya ustaz2 dalam PAS ni tak kurang juga hipokritnya!

Tanpa Nama berkata...

ini proses nutralisasi... supaya pas blh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dgn umnu

pas semakin matang

Tanpa Nama berkata...

Mana fatwa dr khairudin attakiri ketua penerangan dewan ulamak? Senyap jer. Dulu dia kata mat sabu tk faqih. Nk jadi timb. Presideng kena faqih. Now khairudin su pas sgor ni bkn saja tak faqih tp jahil tukil. Haha. Cuma geng ulamak. Dosa dimaaf sbb dilaku tanpa niat. Haha. Auta dr. Nik zawawi. Mcm paderi pulak. Title datuk sultan mana bagi? Adoi rosak pas chai sekarang. Dan hari2 itu Kami putarkan antara manusia. Mashaallah


benartetapbenar berkata...

Yb dah buat confession (pengakuan dosa) dan majlis syura paderi (?) dah amponkan... yg mufti2 ni dok hukum ikut agama mana plak... adus wat fenin org awam ler...

Unknown berkata...

Tuan punya badan dah mintak maaf dan bertaubat..kami OK aje..tetap x tolak hudud..

SuJeng berkata...

Tahniah... PAS for all... Tokong paya jaras

benartetapbenar berkata...

Yg tak jadi ahli pas tolak.hudud...???
Yg jadi tokong di paya jaras maw hudud ler tiu...???
Jlnkn hukum hudud kpd tokong paya jaras... ada brani ka???
Bodoh punya malaun berfikir dgn siku & lutut!

Unknown berkata...

Dinegeri mana passial jalankan hudud????parlimen pun ponteng muka kulit babi ngaku nk hudud.ini parti jaramjadah bom pegikut walaunta boleh la sebab spesis makhluk walaunta ni bodoh2 dan hanya tau angguk angguk sj.