4 Nov 2015

Husam Persoal Kenaikan Elaun ADUN Ketika Rakyat Kelantan Menderita

Kenaikan Elaun Adun dan Penderitaan Rakyat/Tunggakan Bayaran

Saya kagum dengan keberanian Kerajaan Kelantan.

Ia boleh tergerak meluluskan kenaikan elaun Adun, Exco, Tmb, MB dan Speaker ketika himpitan ekonomi merata dirasai rakyat jelata.

Saya faham, ramai juga rakan-rakan Adun rasa serba salah menerima kenaikan ini - kos hidup dan tuntutan perkhidmatan yang meningkat kini memerlukan kenaikan elaun ini.



Namun, ketika menghadapi pengundi, timbul sedikit perasaan segan di hati. Rakyat kian susah, kita pula naik gaji.

Inilah yang dinamakan dilema keutamaan pilihan.


Saya terkejut membaca laporan media, dua Adun BN menuntut elaun itu dinaikkan lebih tinggi lagi!

Berbalik langkah berani Kerajaan Kelantan, mungkin pilihan terbaik ialah tindakan reverse - memotong gaji demi kebersamaan bersama rakyat. Tetapi nampaknya sukar.

Menaikkan elaun Adun dari satu segi, adalah tangga untuk menaikkan elaun Exco, Tmb dan juga MB.

Sama-sama naik.

Mengambil kira pandangan dan perasaan sebahagian rakyat, apa yang mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan ialah segera melunaskan semua tunggakan sebelum bayaran pertama kenaikan kepada Adun-Exco-MB dilakukan Januari depan.

Jika tidak, guru YIK akan terasa hati. Peserta Ladang Rakyat mesti dibayar penuh dividen tahun ini untuk 12 bulan (bukan sepuluh bulan seperti cadangan).

Rumah dihanyut bah pun belum ke mana, bukan?

Tidakkah berkecil hati rakyat jelata kita yang kehilangan rumah semasa bah menunggu bulan demi bulan? Alih-alih, kita dulu menikmati gaji baru?

Kenaikan elaun itu menunjukkan kewangan kerajaan adalah kukuh. Jika kewangan kerajaan sebenar kukuh, tidak mungkin semua tunggakan YIK tidak mampu dijelaskan.

Saya agak, kerajaan Kelantan akan berjaya melakukannya. Jika tidak, imej kerajaan sukar dibaiki.

Selain itu, laporan Bernama bahawa semua 45 Adun Kelantan menyokong cadangan kenaikan itu adalah tidak tepat.

Saya tidak ada di Dewan ketika cadangan itu diluluskan.

Husam Musa
21 Muharam 1437/
3 November 2015

ULASAN GB

Datuk Husam Musa tidak dapat bersama di dalam sidang DUN Kelantan pada 2 & 3 Oktober kerana terpaksa menghadiri satu kes di mahkamah.

Mengenai isu kenaikan elaun ADUN dan tunggakan hutang kerajaan kelantan terhadap kakitangan YIK, GB sudah ulas semalam. Berikut ulasan GB:

Amat ketara kerajaan negeri Kelantan selepas era TGNA kini sudah "tidak membangun bersama Islam" apabila mementingkan kocek dan perut sendiri apabila meluluskan usul menaikkan elaun wakil rakyat daripada RM4,600 kepada RM8,000 sebulan sedangkan tunggakan bernilai RM14.6 juta kepada guru-guru dan kakitangan YIK tidak dilunaskan terlebih dahlu.

Di bawah pentadbiran baharu selepas TGNA, kerajaan Kelantan sudah tidak takut dengan dosa. Slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM hanya kosmetik untuk memperdaya rakyat sedangkan hakikatnya pemimpin kerajaan negeri Kelantan lebih mengutamakan kebajikanwakil-wakil rakyat untuk hidup bersenang lenang di atas kesengsaraan, penderitaan dan airmata rakyat.

Ini belum lagi ditinjau keadaan rakyat yang menderita yang masih tinggal di khemah-khemah akibat daripada kesan banjir yang melanda Kelantan pada tahun lalu.

Betul-betul manusia tak berakal. Kejam dan zalim! Tidak tahu nak mengutamakan apa yang utama. Dah setaraf dengan UMNO.

Apakah ini wajah kerajaan Islam yang ingin ditonjolkan oleh Kelantan? Sebelum ini kerajaan Kelantan sibuk dengan pembentangan hudud. Katanya itu hukum Allah yang perlu ditegakkan dan perjuangan itu perlu diutamakan sedangkan Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof AL-Qardhawi telah terang-terang menyatakan "tegakkan kehidupan Islam dahulu, bukan hudud!".

Sekarang mana hududnya? Ditipu dan diperdaya oleh UMNO. Hudud hanya agenda politik kumpulan ulama PAS untuk mengenepikan profesyional semasa muktamar yang lalu. Dan isu hudud hanyalah untuk menutup kelemahan, kebobrokan dan kebodohan pimpinan PAS Kelantan mentadbir negeri.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kerajaan PAS Kelantan tetap akan menerima hukuman berat dari Allah swt. Yakinilah!


SISIPAN
Bukan kata nak letak jawatan lantaran gagalnya hudud terlaksana di Kelantan sepertimana yang dijanjikan, malah usul pula naik gaji MB sehinggan RM10,000.

14 ulasan:

Unknown berkata...

Kita tgk ramai2 apakah pimpinan pas pusat akan keluarkan kenyataan mengenai kenaikkan gaji dan elaun adun kelantan ni.. ingat lagi TSKI hendak naikkan gaji dan elaun adun selangor.. anuar bantah langsung tak jadi.. tp puak2 ustaz serban jenis degil.. naik heran pulak puak2 ustaz serban ni .. 2 hari sekali mesti ada buat isu PANAS di dendangkan.

Tanpa Nama berkata...

Inilah yg dikatakan MB " roti bertelur". Sungguh terserlah keberanian MB Kelantan . Keberanian beliau sama setaraf dengan Najib sewaktu hendak memperkenalkan gst. Alasan mereka berdua sama iaitu untuk memberi kebaikan kepada rakyat. Wang gst akan digunakan untuk faedah rakyat dan kenaikan gaji Adun Kelantan membolehkan mereka memberi perkhidmatan "first class" kepada rakyat Kelantan. Memang layak sekiranya UMNO dan PAS bergabung kerana citarasa mereka sama. Sama-sama "roti bertelur".

Unknown berkata...

Walaupun aku tak suka madet namun hari ni aku tabik spring kat dia kerana dia pernah berkata syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat tak dikenali. Malaikan tu diumpamakan ahli ugama orang pas lah. Masa TGNA pas memang baik tapi bila tgna dah tak ada merekani lah yang mencemar Islam.

Tanpa Nama berkata...




Kalau ya pun nak naikkan gaji dan elaun, jangan lah sampai RM3,000. Cukup lah RM1000. Percaya lah ramai lagi yang nak jadi wakil rakyat walaupun naik RM 1000. Bila pru, nama calun bukan seorang dua tapi sampai 6 nama.

Patut lah MB tidak jadi letak jawatan sebab masa dia janji letak jawatan gaji MB sikit. Tapi bila dah tahu naik sampai RM 4000, pergi mampus lah dengan hudud...

Satu hal lagi, selepas ini semakin banyak lah kata-kata yang berbelit-belit dan yang membodek demi menyokong Najib dari pemimpin PAS. Kita tunggu lah apa kata pemimpin PAScai bila Husam bangkit kan hal ini?

Menteri kata bangun pagi untuk guna jalan tidak bertol. Bagaimana dengan anak-anak yang bersekolah? Adakah Menteri suruh anak-anak di hantar sebelum pak guard sampai ? Pemimpin PAScai akan jawab Husam boleh tolak kenaikan tersebut sedangkan perkara mengenai rumah banjir dan kesusahan rakyat tidak di beri jalan penyelesaian dan keutamaan.

Pemimpin yang mementingkan diri ini takut jika gaji dan belanja tak seimbang akan menyebab berlaku lah lagi penebangan balak. Jika ikut hudud sama lah macam mencuri tapi cara professional lah kan. So mengambil apa yang di katakan oleh Yusuf Qardhawi iaitu "tegakkan kehidupan Islam dahulu, bukan hudud!". Ikut fahaman pemimpin PAScai termasuk lah yang masih ori PAS, naik kan gaji dan elaun dulu, baru lah tegak nya kehidupan Islam. Bila tegaknya kehidupan Islam, baru lah kayu balak selamat.

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...




Terkini.

Menteri Besar Kelantan sanggup pertahan jawatan nya demi memastikan dapat menikmati kenaikan gaji dan elaun di negeri ini.

Kita yang cuma kena tempias tindakan Najib pun dah sakit hati, marah dan tertekan, apa lagi Guru YIK yang kena se depuk. Jangan ambil tindakan terburu-buru dan bersabar lah sehingga pru.

Unknown berkata...

Dulu selalu juga mahathir ckp pas gunakan agama utk kepentingan parti... masa tu kita beranggapan parti pas ni sebuah parti terinaya... jadi kita tak ambik perhatian pun apa mahathir ckp.. skg bila parti pas Allah beri kuasa sedikit... apa yg mahathir ckp tu ada benarnya kini..

IrWrWs berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...



Mahathir cakap salah pada waktu nya dan tidak kena pada tempatnya. Mahathir bukan cakap mengenai PAS sekarang iaitu PAS selepas cai, PAS Hj Hadi dan PAS U turn.

Semasa itu ada TGNA. Kerana TGNA telah menunjukkan teladan yang baik dan menjalini kehidupan yang sangat sederhana maka di gunakan lah ayat menguna Islam untuk kepentingan parti.

Jika TGNA yang bawa usul hudud dan kemudian gagal di bentang, nasib TGNA tidak sebaik Hj Hadi yang dapat layanan baik dari UMNO.

Mahathir sepatut nya mengulangi kata-kata tersebut pada masa sekarang.

Abdul Said berkata...

Akan datang peluang PAS untuk lingkup di Kelantan bertambah cerah. Ramai yang nak jadi wakil rakyat, sambil duduk dan goyang te### boleh dapat ribu-ribu. Kena kempen dari sekarang. Tunjuk muka selalu. Kena round semua surau dan masjid. Kena tonjolkan diri dalam setiap isu. Kena keluar statement yang membodek dan menjilat tuan presiden dan pesuruhjaya negeri. Tentukan dapat cantas bakal pesaing sebelum kempen bermula. Kena tikam bukan sahaja dari belakang, dari depan pun buat terang-terang. Besar ganjarannya. Kerja senang. kereta besar. Boleh kahwin baru dan tak payah bagi kuliah lagi!!! Kalau tak dapat jadi calun kenalah sabo calun parti. Tabur racun dalam pinggan kawan. Apa peduli dengan orang lain. Inilah peluang aku untuk bermewah-mewah selama 5 tahun. "The stake is very high". Kalau aku tak dapat, dia pun tak akan dapat juga!!!

Tanpa Nama berkata...



Lagi banyak kutuk Mat Sabu lagi besar peluang kekal jadi ca

Lagi banyak serang Amanah, lagi banyak gagalkan program Amanah lagi cerah peluang jadi Adun.

Lagi banyak buat U turn ... jangan. Jangan buat presiden marah. Hanya presiden sahaja yang boleh buat U turn.

air gunung berkata...

Yer laa tuh wan seli.
Org lain buat haram.
Parti kita buat halal n ok jer...
Kerana firmanan & sabdaan bla blaa bla..

Tanpa Nama berkata...

sapu balak tu sbb anaktiri oleh pusat ke

sebb pusat maka yg halal jd haram

zaman tgna lg klntan dh dianaktiri tp apa penyelewengan tgna buat?

sudahlah pasug... aku tk heran dgn serban dn kupiah korang. ceramah degar2 kosong.

Allah lg tk heran dgn kupiah korang... nk jd penasihat umnu setaraf haman penasihat firaun jela

sapa yg nk penasihat hj misai kontot... muka hensem pun harga 5 pound saja

nasihat busyuk

Wamli berkata...

Artikel yg banyak membuka minda peminat politik... Hanya pengalaman yg boleh menentukan ianya betul atau salah... Kepada Allah kita berserah...

IrWrWs berkata...

Kalau keputusan utk tolak hudud mmg wajib di u turnkan.. sifir mudah..