Tidak ada kerajaan perpaduan di Selangor – Abdul Hadi
SHAH ALAM : Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan sekali lagi dakwaan yang dibuat oleh Datuk Husam Musa berhubung kontroversi Pas mahu bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor semasa krisis Menteri Besar pada tahun lepas.
Sebaliknya, Presiden Pas itu menegaskan, parti itu kekal dengan pendirian tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN) atau menjalin sebarang hubungan dengannya.
“Tiada..tiada. Selangor tiada. Dia (Husam) tak tahu. Dia duduk di Kelantan. Dia tak terlibat macam mana dia nak tahu (mahu wujudkan kerajaan perpaduan di Selangor),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hi-Tea Dewan Muslimat parti itu di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Sebelum ini, Husam yang juga bekas Naib Presiden Pas mendedahkan Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.
Beliau turut menegaskan sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan kenyataan yang dibuat olehnya itu. Mengulas mengenai sumpah yang mahu dilakukan oleh Husam itu, Abdul Hadi menyerahkan perkara tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu.
“Kalau apa yang dia kata betul, kami bohong..biar dia bersumpah,” jelasnya.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut ditanya adakah parti itu akan mengambil tindakan terhadap Husam mengenai serangan-serangan yang dibuat olehnya kepada Pas.
“Bergantung kepada Pas Kelantan.. Setiausaha Agung (Datuk Takiyuddin Hassan) kena kendalikan perkara itu,” ujarnya. -fmt
ULASAN GB
Yang anehnya, Haji Hadi tak mahu bersumpah, sebaliknya disuruh Husam yang bersumpah. Haji Hadi sekadar menafikan usaha penubuhan kerajaan perpaduan di Selangor.
Apa yang telah disampaikan oleh Husam sebenarnya telah diakui benar oleh beberapa orang bekas AJK PAS Pusat.
Di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, Haji Hadi telah ditanyakan soalan mengenai usaha kerajaan perpaduan di Selangor.
"Dia (Haji Hadi) kata, "ya". Dia kata 'mereka curi dua (ADUN) kita', kenapa kita tak boleh curi org dia?'
Luahan Haji Hadi itu bukan saja Husam yang melaporkan tetapi juga oleh beberapa AJK PAS Pusat yang lain.
Husam mempunyai beberapa orang saksi mengenai pengakuan Haji Hadi itu.
Apa yang disampaikan oleh Haji Hadi berkenaan selari dengan kenyataan seorang geng UG bernama Zuhdi Marzuki:
Sebelum ini kita sudah paparkan video-video mengenai usaha UG itu di Tak Sukar Untuk Husam Buktikan Wujudnya Usaha Kerajaan Perpaduan
SHAH ALAM : Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan sekali lagi dakwaan yang dibuat oleh Datuk Husam Musa berhubung kontroversi Pas mahu bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor semasa krisis Menteri Besar pada tahun lepas.
Sebaliknya, Presiden Pas itu menegaskan, parti itu kekal dengan pendirian tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN) atau menjalin sebarang hubungan dengannya.
“Tiada..tiada. Selangor tiada. Dia (Husam) tak tahu. Dia duduk di Kelantan. Dia tak terlibat macam mana dia nak tahu (mahu wujudkan kerajaan perpaduan di Selangor),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hi-Tea Dewan Muslimat parti itu di Pusat Konvensyen Shah Alam.
Sebelum ini, Husam yang juga bekas Naib Presiden Pas mendedahkan Abdul Hadi mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.
Beliau turut menegaskan sanggup bersumpah talak isteri bagi membuktikan kenyataan yang dibuat olehnya itu. Mengulas mengenai sumpah yang mahu dilakukan oleh Husam itu, Abdul Hadi menyerahkan perkara tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu.
“Kalau apa yang dia kata betul, kami bohong..biar dia bersumpah,” jelasnya.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut ditanya adakah parti itu akan mengambil tindakan terhadap Husam mengenai serangan-serangan yang dibuat olehnya kepada Pas.
“Bergantung kepada Pas Kelantan.. Setiausaha Agung (Datuk Takiyuddin Hassan) kena kendalikan perkara itu,” ujarnya. -fmt
Bukti dakwaan: Husam sanggup sumpah talak isteri
Belum selesai Amanah, PAS kini berdepan ‘fenomena Husam Musa’
Selepas sebahagian pemimpin tertingginya lari bagi membentuk Parti Amanah Negara (Amanah), PAS kini berdepan "fenomena Husam Musa".
Suasana ini bolehlah dinamakan "fenomena harum manis" iaitu PAS terpaksa berdepan dengan serangan ahlinya sendiri yang berpengaruh dari dalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa merupakan salah seorang darinya manakala Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar juga mempunyai ciri-ciri sama.
Dialog "Demo tanyo, kawe jawab" di Kota Baru, Kelantan malam kelmarin memperlihatkan betapa PAS tersepit apabila diserang juga dari dalam parti.
Kira-kira 10,000 orang menonton dialog itu secara langsung dengan kira-kira 5,000 di dalam dan perkarangan dewan Kelab Suara Muda dan lebih 5,000 lagi menontonnya secara atas talian yang dipancarkan menerusi YouTube.
"Sampai jem Youtube," kata menganalisis dan pengkaji politik Ilham Centre, Mohamad Hisomuddin Bakar apabila ditanya apakah reaksi awal tentang dialog bersama Husam itu.
Hisomuddin yang menonton dialog itu melalui YouTube berkata, fenomena ini amat besar kesannya kepada PAS selepas berpecah dengan penubuhan Amanah.
Dalam dialog itu, Husam seolah-olah bangkit selepas 7 bulan mendiamkan diri akibat sakit yang menyerang mulut dan matanya.
"Sekarang ini saya masih belum sembuh sepenuhnya," kata Husam, bekas exco kerajaan negeri Kelantan yang tidak kelihatan di tempat awam sejak Mei lalu.
Husam jelas emosional semasa dialog itu akan tetapi orang ramai kelihatan menyokongnya apatah lagi jika dikaji komen-komen dalam media sosial.
"Ahli PAS khasnya di Kelantan nampaknya lebih bersimpati kepada Husam berbanding dengan pemimpin PAS lain di Kelantan,"kata penulis veteran, A Shukur Harun ketika mengulas fenomena baharu itu.
Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang semalam terus memberikan respons terhadap majlis dan kenyataan-kenyataan yang dibuat Husam itu.
PAS akan memanggil Husam untuk mendengar penjelasannya sebelum memutuskan tindakan lanjut ke atas bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
"Ini sikap parti, kita bersedia untuk mendengar," kata timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang selaps mesyuarat Jawatankuasa Pusat semalam.
Dalam dialognya itu, Husam menegaskan beliau masih bersama PAS tetapi tidak berpuas hati dengan cara parti dan kerajaan negeri Kelantan diuruskan.
Husam meminjam kata-kata Brutus dalam cerita Julius Caesar apabila ditanya mengapa mengkritik dan menyerang presiden PAS secara terbuka apabila berkata, "Saya sayangkan parti dan perjuangan lebih dari sayangkan presiden."
Namun Husam menjelaskan, kasih beliau kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak pula berkurang apabila beliau dan rakan-rakannya sanggup terbang ke Turki untuk menziarahi presiden PAS ketika sedang sakit walaupun hanya bertemu 4 hingga 5 minit sahaja.
Ketika ditanya, apa sikap beliau terhadap Parti Amanah Negara (Amanah), Husam membuat andaian dengan bercerita tentang setiap kapal besar seperti "Titanic" perlu ada kapal-kapal kecil untuk menghadapi kemungkinan tenggelam.
"Kawan-kawan saya sudah meninggalkan kapal besar ini, namun saya berijtihad untuk kekal di atasnya kerana ia belum tenggelam lagi," katanya. -TMI
ULASAN GB
Yang anehnya, Haji Hadi tak mahu bersumpah, sebaliknya disuruh Husam yang bersumpah. Haji Hadi sekadar menafikan usaha penubuhan kerajaan perpaduan di Selangor.
Apa yang telah disampaikan oleh Husam sebenarnya telah diakui benar oleh beberapa orang bekas AJK PAS Pusat.
Di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, Haji Hadi telah ditanyakan soalan mengenai usaha kerajaan perpaduan di Selangor.
"Dia (Haji Hadi) kata, "ya". Dia kata 'mereka curi dua (ADUN) kita', kenapa kita tak boleh curi org dia?'
Luahan Haji Hadi itu bukan saja Husam yang melaporkan tetapi juga oleh beberapa AJK PAS Pusat yang lain.
Husam mempunyai beberapa orang saksi mengenai pengakuan Haji Hadi itu.
Apa yang disampaikan oleh Haji Hadi berkenaan selari dengan kenyataan seorang geng UG bernama Zuhdi Marzuki:
Sebelum ini kita sudah paparkan video-video mengenai usaha UG itu di Tak Sukar Untuk Husam Buktikan Wujudnya Usaha Kerajaan Perpaduan
27 ulasan:
Dasar presideng gila kuasa...rakyat akan hukum mu dan puak2 ulamak jadiang mu..
Parti PAS itu milik Haji Hadi. Islam itu milik parti PAS. Hanya parti PAS yg memperjuangkan Islam. Hancur PAS bangsat lah Islam.
Propaganda Pas sgt selari dan senada seirama dgn propaganda umno. Hanya umno yg memperjuangkan nasib melayu. Hancur umno bangsat la melayu!!
Parti PAS milik mutlak org yg bergelar ustaz dan ulama. Hanya dlm PAS sahaja Ustaz dan Ulamak original dan ada cop syurga. Ulamak di luar PAS hanya ciplak2 dan cap ayam adanya!
Begitu juga..di Kelantan itu hanya PAS yg layak mentadbir sebagai kerajaan. Parti Islam AMANAH jgn le kaco2 kerajaan islam kelantan. Pergi main jauh2 kat SABAH dan SARAWAK sana tu. Jgn saje2 nak buat pertandingan 3 penjuru. Nanti yg menang UMNO!
Parti PAS tetap tidak bersama umno. Korang kena yakin dan percaya tu! Jangan nak pertikai!! Sebab yg bagi warning tu bukan cikai2 punya orang. Ulamak pewaris nabi yg cakap. Ingkar pada ulamak. Maksudnya ulamak PAS seperti derhaka pada nabi. Jgn main2 tu. Boleh jatuh kafir dibuatnya. Malah sama level dgn kafir parti DAP.
Parti MIC MCA dan GERAKAN tu...kapir le jugak. Tapi kapir mereka tu lain mcm sikit. Mereka tak hentam ulamak. Mereka ikut saluran yg betul. Walaupun dlm hati mereka sikit2 ada le tk faham Islam. Tapi tak biadap mcm Husam Musa.
Kalau iyee...pun ada rasuah dan salah guna kuasa oleh kerajaan ulamak di Kelantan tu. Senyap2 dan ikut saluran yg betul udah le. Jangan le aibkan ulamak. Jaga aib orang lain. Allah akan jaga aib kita. Itu baru betul.
Kalau Haji Hadi kata NO to UG. Maksudnya memang no le tu. Tk payah le paksa2 beliau ngaku. Yg HASSAN ALI dan NASHRUDDIN MAT ISA dok canang dan petik2 nama Mr. PRESIDENG dlm hal kerajaan perpaduang dgn umno tu...saja2 je. Bukan ada maksud lain. Betul. Memang tkde! Sumpah potong kepala ayam! Memang takde punya le...!!
Tapi....AMANAH dan DAP memang jilake!! Suka sangat fitnah ulamak dan ustaz original dalam PAS. Mereka belum tau rasa kena karate guna siku dan lutut!! Belum lagi kena cakar rimau Ustaz Ketua Pemuda. Kalau kena jentik2 dgn Ustaz Haji Dr. Zuhdi jgn cakap le. Silap2 KIT SIANG dan Mat Sabu....3 minggu muntah2 darah bak perempuan muda mulai mengandung...!!
Maka jgn lagi cuba2 nak lawan PAS. PAS sgt kuat sama ada bersendirian maupun berUG dgn umno. PAS parti ulamak!! Umno yg jadi menteri dan kerajaan pun tau takut nak kutuk2 parti ulamak!! Mereka gentar takut ulamak dlm PAS buat doa laknat mcm dlm muktamar PAS yg lalu!!
Husam Musa jgn gatal2 mulut nak kritik ulamak no. 2 dlm ranking ulamak dunia!! Sekian. Tenkiu!!
pantun penyokong PAS,
Berzikir lisan sambil berihat,
Gementar hati terhenti darah,
Bapa bahagia berjawat penasihat,
Anak hanyut hilangnya arah.
Janda muda manisnya rupa,
Tersenyum mesra di tepi kedai,
Menangis anak melihat bapa,
Amanat hilang maruah tergadai.
Komen terbaikkk
'Kalau apa yang dia kata betul, kami bohong... biar dia bersumpah' Jelas kata2 ini tidak sepatutnya diucapkan oleh orang yang mencari titik penyelesaian dalam satu2 masalah.
Jelas penuturnya bacul dan tidak mahu mengambil tanggung jawab. Ia tidak selari dengan tuntutan mencari kebenaran. Tidak pulak patut berada dalam jiwa seorang pemimpin ummat.
Sepatutnya ucapkan saja ' kalau apa yang dia kata betul, kami bohong..biar KITA sama2 bersumpah.' Barulah betul kata2. Barulah adil lagi saksama bagi ke dua2 pihak yang saling tuduh menuduh.
Penghujung dari senario ini adalah masing2 dituntut mengemukakan bukti dari pihak yang menuduh dan pihak yang menafikan. Akhirnya salah satu pihak harus mengaku kalah. Harus istifar serta insaf agar tidak terus melakukan kesilapan. Harus berlapang dada. Agar jamaah kembali menuju distinasi yang betul.
Ternyata kita belum diberi jaminan akan melihat keindahan islam dalam soal merungkai permasaalahan antara dua pemimpin ummah.
Orang yang berkata songsang itu ternyata belum menemui petunjuk dari kitab2 ilmu tafsir dan al hadis. Mungkin belum dibaca. Belum dikhatam. Jauh sekali untuk diamalkan..
Kenapa naib ulamak dunia ni... di malaysia ulamak mengakal je tuan presiden ni...mcmana rakyat malaysai nak bg yusof qardawi perangai naib ulamak dunia ni.. bega je sikap pasal join dgn umno kes kerajan negeri selangor tu.. harap kes buka pekung tuan presiden jgn main sumpah2.. bawa mahkamah.. biar dia memalukan diri sendiri.. agaknya ini lah bala yg di terima bila dia buat AMANAT HADI dulu tu..
Semua org tahu mmg tiada UG di Selangor tapi yg dipertikaikan oleh Husam ialah niat dan usaha ke arah itu. 2014 lg cerita mesyuarat AJK PAS pusat ni dah keluar, tahun ni Husam ulang lg dgn skrip yg sama. Adakah Husam menghafal skrip sejak setahun yg lalu? Penafian yg dibuat setakat ini ialah menafikan UG dibincangkan semasa bertemu Azmin.
Yg perlu dilakukan simple je sebenarnya, iaitu seorang ahli mesyuarat yg berada dalam mesyuarat itu mengesahkan dialog antara TG Presiden dgn AJK PAS pusat tersebut. Kalau skrip itu tak betul, kita serah kpd Allah lah sapa yg berbohong. Kalau betul pula, adakah Presiden memang ada niat sebegitu atau sekadar reaksi spontan akibat ditekan dlm mesyuarat atau sekadar membincangkan senario (macam Dr Zuhdi punya kes)
Serik nak sokong kalau Presiden putar alam dan yg tinggal pemimpin lebai2 banggang.Siapa yg nak sokong ostad2 yg bersubahat dgn Umno,tau makan gaji buta !!!
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa sebenar UG di Selangor telah berjalan lebih 4 jam. Itu sebab mengapa Khalid Ibrahim bermatian mempertahankan kedudukan nya. Hayat UG tak panjang apabila dua ADUN PAS mengistiharkan diri mereka keluar dari PAS sehingga pelbagai kata nista di lemparkan kepada mereka oleh si Hadi. Sepatut nya rakyaat Selangor mengucapkan taniah kepada mereka berdua.
Tak payah lah Hadi yang kecewa berkagak seolah olah tak tau kerana perancangan nya tak menjadi. Daripada rakaman video oleh Hassan Ally dan Nasa yang tak sedar diri mengokoh kan perkara itu. Sudah sudah lah Hadi, ramai yang meluat dengan peranggai kamu itu. Di sebab kan kamu yang tamak kan kuasa dan dunia setelah di tunjuk kan oleh UMNO/BN PAS kini sudah porak peranda. I just hate to see your bloody face. Kepada mereka yang masih mengharap kan perjuangan PAS berada di landasan nya yang betul, benar dan tetap, "USIR" Haji dan para "DAJJAL" nya.
Buat Y.B Datuk Husam Musa, saya berdoa agar saudara terus beristiqamah untuk membongkar segala kepincangan yang berlaku di para pemimpin di Kelantan.
"YA ALLAH Kau tetap kan lah pendirian hamba Mu Datuk Husam Musa. Amin, amin ya Rabbalalamin"
Lain kali jika ada apa-apa statement dari mulut Hadi Maru ni baca saja macamana kita baca Utusan Meloya... kalau betul dia kata maka tidak betul lah tu... dari sini kita dapat warna sebenar siapa Hadi Maru ni...
Dari segi moralnya.... Semakin ramai tak percaya hadi dan pas. In Syaa Allah Pas bakal tumbang pasa pilihanraya akan datang .
Salam:
Teringat saya pada awal 80'an dulu semasa "AMANAT HADI" sedang hangat,bila berselisihan dgn umno,Hadi selalu kata,Orang-orang BERIMAN berpeganglah pada tali Allah,JGN BERCERAI -BERAI,kembalilah pada al-quran dan Hadith.
Tapi sekarang PELIK bin AJAIB,bila berselisihan dgn ahli sendiri,disuruhnya pula orang lain BERSUMPAH,Hadi kenapa tak kembali pada quran dan Hadith???orang-orang BERIMAN Takut pada ALLAH,Bila diperdengar akan ayat-ayat ALLAH mereka akan rasa gementar dan sujud pada ALLAH.kENAPA MENYURUH hUSAM BERSUMPAH??Nak jadikan Najib sebagai contoh ka??bersumpah dalam mesjid tak bunuh al-tantuya.Anwar tahu dia tak bersumpah,sebab tak digalakkan dalam islam.
Ada 2 cara sahaja:UNTUK TEGAKKAN KEBENARAN
1. Dengan kembali pada quran dan Hadith. atau.(bersaksikan ulama tak memihak)
2.Masuk mahkamah biar diadili oleh mahkamah yg ADIL.
oRANG-ORANG mUNAFIK,biasanya mereka akan berbohong atau cuba mengelakkan ke2 diatas terjadi.
Wallah'ulam
Habis tu kalau macai ntah mana2 dtg buat dakwaan macam2 lepas tu TGHH nak kena layan buat angkat sumpah.. tolonglah.. jgn nak samatarafkan TGHH dgn mana2 macai.. terutama kalau macai DAP..
Sekilas Pandang...Bayang di AIR
FITNAH PilKuda...Terang & NYATA
Kalau Dah FITNAH...Mainan di BIBIR
Lambang "Sibghah"...Pe Nyonglap Pen DUSTA
Sekilas Pandang...Siku & LUTUT
Broka & BARUA...Sape kah GERANGAN?
PONTENG Dan U-Turn...Si-IQ Kontot
Merengus GELABAH...Bak Budak HINGUSAN
Apalah Di Harap...Si Kaki PONTENG
Si Putar BELIT...Fitnah Merapu
Apalah Di Harap...Si Lebai SAMSENG
Memaki Meng HALAU...Songlap Menipu
Insan MULIA...AMANAH Budiman
Sujud Mendakap...Se Mutlak7-KBNARAN
Se LURUS7 Teguh...Menegakkan Ke ADILAN
Yg Ber Takhta Hanyalah...Ke Agungan-TUHAN
Hadir Menjelma lah...Se INDAH7 Ke Insafan
Sebagai Abdi-NYA...Yg Menjadi Tauladan
Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
Pasrah lah Sprt...LANGIT dan Bumi
Integrity TRANSPARENCY @ Taqwa Ke IMANAN
Ber Cahaya Ber SERI...Di Sanubari
Komen macam ni barulah sopan dan molek.
Ker guaner TUANG PRESIDENG.......
Bahana mengkafirkan orang dah jatuh ke batang hidung tuang presiden. Kepalatannya menyebabkan semua ahli PAS merasai kenikmatan anugerah Parti Ajaran songsang ini.
Hj Hadi membelitkan lidah yang selalu digunakan untuk membaca ayat-ayat Quran dan yang menyebut-nyebut Allah.
Memanglah Kerajaan Perpaduan tidak ada sebab tidak jadi. Tapi yang Hj Hadi kata nak bergabung dengan UMNO tu yang ada.
Macamlah Allah tidak tahu apa isi hati kita. Dan apakah sekiranya Allah Maha Pengampun kita boleh saja-saja putar-belit sebab dalam Maha Pengampun apakah Allah tidak Maha Adil dan Maha Bijaksana?
Selepas ini ..
Kalau Husam tidak terlibat, siapakah orang yang terlibat?
Dan jawapan Hadi ialah mereka semua penghkhianat yang tubuh Amanah untuk menentang PAS. Merujuk kepada pemimpin PAS yang terlibat dalam insiden tersebut.
Ok lah tidak ada kerajaan perpaduan dengan UMNO di Selangor, sekarang bagaimana dengan kerajaaan pusat ?
Mereka yang hanya menyokong UMNO sebanyak 60 peratus bukan lagi parti pembangkang. Bekas Presiden MCA pun tidak percayakan UMNO macamana Hj Hadi percayakan UMNO.
Apa pun, sekiranya Hj Hadi jawab sebelum Tuan Ibrahim menyatakan akan memanggil Husam, perkara ini selesai. Hj Hadi terpaksa membuka mulut supaya PAS tidak perlu dapatkan bukti dari Husam. Tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku dimana ini bererti Husam masih boleh terus membangkitkan perkara ini kerana perkara ini menjadi perkara yang perlu di selesaikan oleh Tuan Ibrahim yang telah menyatakan akan memanggil Husam mengikut tata-tertib disiplin.
Sepatutnya Hj Hadi terus mendiamkan diri dan Tuan Ibrahim jangan masuk campur tanpa berbincang dengan Hj Hadi dulu. Dah partikan Hj Hadi tidak mahu memberi jawapan baru lah Tuan Ibrahim kata akan panggil Husam.
Perancang PAS baik Hj Hadi atau Tuan Ibrahim dari awal sehingga ke hari ini tidak se iring.
PKR boleh curi ahli PAS, PAS pun boileh curi ahli PKR.
Macam itu lah, Hj Hadi boleh suruh orang bersumpah, orang lain pun boleh suruh Hj Hadi bersumpah.
Hj Hadi suruh Husam bersumpah, kan lebih baik Hj Hadi sendiri bersumpah. Jadi tidak adalah kemudian kata dalam keadaan terpaksa kan.
Orang persoalkan Husam sanggup memberi talak dan Husam sepatutnya tidak perlu melibatkan isteri. Isteri Husam bukan macam isteri Hj Hadi. Isteri Husam lebih membela kebenaran suami dan terkorban. Bagaimana Husam begitu lah isterinya bukan macam Hj Hadi dengan isterinya yang hanya untuk berseronok semata-mata.
Dalam buku pengalaman Shaari Sugib di tangkap .. maaf jika tersalah eja nama ya .. dari Isteri sampai ke anak cekal dan tabah macam Shaari ..
Komen ini tidak ada kaitan apatah lagi kena-mengena dengan komen sebelum ini seperti yang di atas.
Inilah akibat dan kesan bila sebuah parti dipimpin oleh manusia munafik dan boleh membawa parti dan ahli ahli.menjadi kumpulan munafik dan sebush perjuangan munafik.
Helo. Husam bukan macai aa. Kau orang baru mana ada kenal dia. Kau diberi satu lenovo seken dan satu arahan saja. Wiridkan dap2 setiap hari. Untuk makan minum kau cukup. Yang penting pakatan hancor. Bn tetap menang. Tak gitu encik wang?
Mengikut amanat hj hadi,ahli2 pas dh kapir skrg nie termasuk wan rosli dan hj hadi sendiri.
uiii...tginya martabat tuan presiden.. jawapan dia sorang yg blh sahkan... kalau dah husam ni dah dikata macai.... abislah penyokong bawahan ni... tukarlah, bkn macai...gurka pulak la kot
Hadi adalah macai Najib sebab tu tak berani bersumpah.
Aku xbrp setuju jugak kenyataan Husam mengenai sumpah. Dah mcm bn pulak bila xda bukti mula cari sesumpah...Walaubagaimanapun aku percaya husam berbanding hadi,dan org ramai khususnya penyokong2 pas pun aku rasa mrk lebih mempercayai husam berbanding hadi.Cuma bab sumpah tu nampak mcm kurang elok husam sentuh seolah-olah mengiktiraf sumpah laknat talak isteri dulu tu.Tp aku percaya si Husam ni bijak mengatur perancangan,mana tahu sumpah tu sesuatu strategi husam.harap2 husam berjaya,teruskan perjuangan. Jgn mengalah.Rakyat support Husam...
KENAPA KECUT PULA ORG SURUH BERSUMPAH. IF U TAK BERSUMPAH MAKA ANSWER IS YES U NAK BERGABUNG DENGAN UMNO.WE ALL BELUM TEMPLAK U HADI KRN MRNGHINA TGNA DENGAN MEMBELAKANGI DIA SO PLZ BERSUMPAH OR WE CONSIDER AS YES I NAK BERGABUNG DENGAN UMNO. BERANI KERANA BENAR TAKUT KRN SALAH. BUT FOR HADI KES KENA REVERSE TAKUT KRN BENAR BERANI KRN SALAH.
Husam kata dia sangup bersumpah talak untuk mempertahankan kebenaran nya. Fine.
Sekarang ini jika itu yang di niatkan oleh Husam dan apa yang Husam katakan itu tidak benar ( mengenai dakwaanya terhadap Hj Hadi) walaupun sekadar kenyataan begitu sahaja bererti ... cuma tidak di lafazkan. Itu Husam dengan Allah dan isterinya. Husam pun tahu dan sedar hal ini sebab itu bersumpah atas isteri. Kalau bersumpah atas benda lain boleh di tangguh-tangguh dan di buat berperingkat-peringkat, apa lagi saja-saja atas nama Allah sedangkan Allah yang memberi roh dan Allah juga lah yang mengambil nya semula. Itu pun orang berani buat dan guna nama Allah sebagai taruhan. Apa sumpah pun dah tak laku lagi melainkan meletakkan taruhan isteri kerana secara automatik berjalan dan tidak boleh di tarik balik.
Tetapi kerana keyakinan Husam yang dia di pihak yang benar dan bukti yang Husam pegang memang jelas kerana ada nya saksi yang ramai, perkara tersebut tidak akan terjadi sama sekali.
Yang kena buktikan Husam lepaskan talak pada Isterinya ialah HJ HADI sendiri kerana membiarkan Husam dan isterinya menjalinkan 'perhubungan yang tidak sah'.
Sebagai Ulamak sekurang-kurang nya Hj Hadi dengan yakin mengesahkan Husam dan Isteri nya tidak boleh bersama lagi. Kalau tidak dosa Husam dan Isterinya ditanggung sekali oleh Hj Hadi dan termasuk Tuan Ibrahim yang pura-pura tidak tahu.
Catat Ulasan