27 Nov 2015

Blogger UMNO, Rohban Faizal DIarahkan Untuk Ditangkap

IGP arah tahan 'penyokong BN' naikkan posting menghasut

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan supaya seorang pengguna Facebook ditahan berhubung posting yang didakwa berunsur hasutan berkaitan dengan satu akuan berkanun (SD).

"Kesan dan tahan penama di bawah ini kerana menghasut," katanya dalam tweet kepada pegawainya bersama imej posting tersebut.


Posting Facebook oleh Faisal Rohban itu menyebut tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.

Posting Faisal sebelum ini, bagaimanapun, menunjukkan bahawa dia adalah penyokong BN dan akaunnya turut memaparkan gambar perdana menteri.

Ketika ditanya sama ada posting itu bertujuan sebagai satu bentuk sindiran, Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa kes ini tidak terkecuali.

IGP menegaskan bahawa tidak kira siapa yang disokong, dia perlu berhati-hati dengan apa yang dikatakan dalam media sosial kerana ia memberi ruang kepada pelbagai tafsiran.

Katanya, mereka mesti bertanggungjawab dengan apa yang mereka siarkan secara umum dan kes ini tidak terkecuali.

Dalam posting seterusnya, Faisal memohon maaf, dan berkata kenyataan awal beliau mungkin mengelirukan dan disalah faham.

ULASAN GB

Siapa Faizal Rohban? Seorang blogger UMNO yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF).

Blogger berkenaan pernah diperintahkan oleh mahkamah Rayuan membayar RM50,000 kerana memfitnah Husam Musa.

GB bukan kata Najib dan Rosmah betul, tetapi setiap tududhan perlukan bukti. Kita tidak boleh menulis sesuka hati kita. Kita perlu berpegang kepada hukum kebenaran dan keadilan, menulis secara bertanggungjawab. Kita tidak boleh menulis sesedap hati tanpa rasa tanggungjawab.

Di dalam satu seminar seorang peserta seminar bertanya kepada GB apakah rahsia GB mampu menulis dan bertahan sejak bernama "Mahazalim" lagi?

GB jawab: seorang blogger perlu jaga integriti. Kita bukan orang yang berjuang mengikut kaedah falsafah haiwaniah Machievilism "matlamat menghalalkan cara" yang akhirnya melahirkan blogger-blogger seperti papagomo dan RBF.

Daripada menulis tak tentu pasal dan tak tentu hala lebih diam dan jangan jadi blogger.

Seorang blogger juga bertanggungjawab kepada Allah di akhirat kelak terhadap setiap perkataan yang ditulis. Yang baik berpahala dan yang tidak baik berdosa. Itu keyakinan GB.

Begitu juga media sosial yang lain yang menyebarkan tulisan kita untuk dibaca oleh orang lain, facebook, twitter, instagram dan lain-lain.

Timbangan akan tetap berlaku di "sana" dan kadang-kadang Allah bayar "tunai" tatkala masih di "sini" lagi.

Setakat ini, alhamdulillah, kebanyakan tulisan dan jangkaan GB benar dan menepati kebenaran.

Dulu GB akui memang GB seorang ahli dan pendokong PAS sebab PAS ketika itu di dalam kebenaran. Kini tidak lagi. PAS telah tergelincir dari kebenaran.

Justeru kini tiada bulan lagi di hati GB, kerana yang ada cuma kebenaran dan keadilan. Itulah yang perlu diperjuangkan.

Jika kita tuis dengan niat memperjuangkan kebenaran dan keadilan, Allah Al-Haq (Yang Maha Benar) akan menjadi pembela kita dan kita tidak takut apa-apa selain Dia.

KEBENARAN itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu. Al:Baqarah:147

11 ulasan:

air gunung berkata...

Teruskan GB.

Tanpa Nama berkata...

Saya Doakan semoga GB sentiasa berada dibawah " Hidayah " dan " Pertunjuk Allah " dan terus benar-benar Istiqoomah di atas KEBENARAN !

Tanpa Nama berkata...



Kurang faham.

Kalau dikatakan menghasut, Jamal Tongkol lagi menghasut.

Mahathir terang-terang mengaku menghasut.

Unknown berkata...

Salam GB:

You r right!! inilah sebabnya saya selalu baca dan comment dlm blog GB,saya salah saorang peminat Mahazalim dulu.Bukan kerana GB SELALU menhentam PAS,TETAPI DAPAT MEMBUKA RUANG MINDA PEMBACA,yg mana dapat membezakan di antara kebaikan dan keburukkan.

Begitu juga gb beri peluang pada wan rosli,posting pendapatnya disini sekurang2nya ,kita dapat tahu pemikiran ahli-ahli totok pas yg masih bergayut pada janggut tuan praesidentnya.


After all,KEEP IT UP,GOD BLESS U,for ur hardwork.

wassalam.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Rohban Faizal adalah seorang blogger yang berani tetapi tidak berhemah. Dengan tegas beliau menyatakan pembunuhan kejam Altantuya (model yang berasal dari Monggolia), Ahmad Najadi (pengasas AMbank), Anthony Kevin Marais (timbalan pendakwa raya) dan S. Balasubramaniam (penyiasat persendirian) dikaitkan denga pasangan suami isteri yang sangat-sangat signifikan di Malaysia. Undang-undang tidak memihak kepada sesiapa, walaupun Rohban Faisal adalah blogger yang terlalu pro Kerajaan BN. Membuat tuduhan atau kenyataan tanpa bukti yang kukuh adalah dalam kategori memfitnah. Fitnah itu lebih kejam daripada membunuh.

Malaysia masih lagi mengimplementasikan dua prinsip Rukun Negara; Kedaulatan Undang-undang dan Keluhuran Perlembagaan. Mungkin Rohban Faisal terlupa detik hitam yang dialami oleh Lim Guan Eng satu ketika dahulu. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhasrat murni membela seoraang gadis Melayu bawah umur yang kononnya diperkosa oleh Ketua Menteri Melaka ketika itu. Lim Guan Eng gagal membuktikan eviden yang mencukupi menuduh perogol tersebut, dan akhirnya beliau merengkuk di penjara.

Tidak semua bekas banduan menghadapi kehidupan yang gelap selepas keluar penjara. Nelson Mandela yang pernah dipenjarakan lebih 25 tahun oleh regim Apartheid, akhirnya menjadi Presiden Afrika selatan. Bekas banduan, Lim Guan Eng yang kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang pernah kalah bertarung dengan Rahim Thamby Chik di mahkamah. Anwar Ibrahim yang satu ketika dahulu pernah ditahan bertahun-tahun kerana kesalahan ISA akhirnya menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Tiada siapa yang dapat meramal masa hadapan DSAI setelah dipenjarakan untuk kali kedua. Mungkin beliau mati dalam penjara, atau bersara dari arena politik selepas dibebaskan, atau membuat "come back" sebagai Piem Malaysia. Hanya masa yang menentukannya.

Unknown berkata...

Syabas dah tahniah buat saudara Admin (GB). Gandakan usaha, teruskan perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan melalui penulisan.

Tak sangka, blog yang selalu saya ikuti ini asalnya blog MAHAZALIM yang sememangnya dari dulu lagi saya suka dan saya kagumi dengan gaya penyampaian dan penulisannya.

TAHNIAH sekali saudara Admin! Syabass!!

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan anda admin. Dahulu sy penyokong bulan juga tetapi kini tidak lagi...sama spt GB

abrarmujahideen berkata...

Rakyat berilmu berbondong2.......

Unknown berkata...

Oooh GB ni mahazalim dulu...oh tuan GB..Kalau nak tahu..lepas anuar kena tendang dr tim pm dulu... tugas aku membuat copy blog2 yg pro pd anuar masa tu.. mahazalim yg aku buat salinan byk2. Rasa nya dlm seminggu aku akan buat copy dlm 7 hingga 8 inci kertas A4. Sampai ada menyakat aku... ini kalau mahathir nampak ni...harta kerajaan di gunakan menjatuhkan aku..lama aku buat kerja tu..ketua jab tahu aku buat salinan tu.. tp dia mcm restu je...kemudahan internet dulu dgn skg terlalu jauh..rakyat malaysia dpt baca salinan2 dr internet cukup puashati...

Tanpa Nama berkata...

Bagus jugak YB Zuraida keluarkan kenyataan tu. Sekurang2nya kem pro Azizah dan pimpinan PAN tahu kedudukan sebenar fikrahnya. Senang nak atur strategi PRU14 nanti.

cicit moyang kutty berkata...

kenal pada agama itu melalui perkhabaran,pancaindera dan akal......tanpa yg tiga ini maka manusia akan terus2an dlm kejahilan