17 Nov 2015

Akhirnya PAS Akui "Bekerjasama" Dengan UMNO

PAS sahkan Hadi bersama Najib dalam multaqa Disember ini

PAS mengesahkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan yang dinamakan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia pada 16 hingga 18 Disember depan.

Ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan ia bukti PAS mengamalkan pendekatan politik baru yang matang dan berani dan tidak patut diputar belit sebagai 1 bukti kerjasama antara PAS dan musuh politik mereka.

"Langkah berani menerokai seluruh segmen dakwah dan siasah. PAS tidak eksklusif seperti yang dituduh sesetengah orang," kata Sanusi, bekas setiausaha politik menteri besar Kedah ketika PAS memerintah Kedah pada 2008 hingga 2013.



"Ini politik matang dan berani, bisa berhadapan dengan sesiapa saja, di mana juga. Inilah PAS!" kata Sanusi dalam kenyataan, mengucapkan tahniah kepada Hadi ekoran penyertaannya.

Katanya, mereka akan bersama dalam persidangan bertema "Perpaduan Ummah Merentas Idealogi" itu, yang akan diadakan di sebuah hotel di Putrajaya.

Beliau mengesahkan sebuah poster yang kini disebarkan di laman sosial, yang didakwa mengesahkan lagi kerjasama antara PAS di bawah pimpinan Hadi dengan Umno.

Hadi pada sidang media semalam mengesahkan akan bekerjasama dengan Umno, tetapi berkeras menyatakan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN).

Beliau menegaskan berulang kali kerajaan perpaduan bersama BN tidak akan berulang, namun kerjasama PAS dengan gabungan pemerintah itu akan tetap berjalan.

"PAS tidak akan masuk BN tapi akan ada kerjasama. Kerjasama itu biasa. Kita tidak terikat," katanya.

Katanya, definisi kerjasama yang dimaksudkan itu ialah seperti ketika berlaku pencerobohan negara asing ke atas Malaysia, daripada segi menangani jenayah, dadah dan pelarian.

Menurut Sanusi, menyampaikan idea dan pandangan yang tegas dan berani berteraskan Islam dalam acara terbuka seperti ini ialah pendekatan baru dalam menyampaikan risalah kebenaran.

"Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor juga pernah sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Palestin. Ia menjadi sejarah hebat gerakan Islam Malaysia," katanya.

Kali ini, katanya, Hadi akan berucap di hadapan pembesar negara, menyampaikan ucap utama, melontarkan pandangan dan mutiara dakwah Islam atas dasar menjana kebaikan untuk ummah.

"Sasaran program ini ialah cendikiawan Islam, mereka yang mudah memahami bahasa dakwah dan siasah Islam.

"Umat Islam pasti bergembira, penentang PAS sejak puluhan tahun kini bersedia mendengar secara terus daripada presiden PAS," katanya dipercayai merujuk kepada Najib.

Beliau berkata, tidak dapat dinafikan atau dielak, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan senang dengan perkembangan ini.

"Akan ada pihak yang sengaja memutar belit dan membuat tuduhan baru pula. Memang dasar mereka yang sudah menutup mata telinga dan hati.

"Sakit hati terhadap golongan yang mahu tegakkan agama Allah adalah penyakit yang bahaya," katanya yang menang buat pertama kali sebagai AJK PAS Pusat dalam muktamar Jun lalu.

"Ayuh! Jom kita sokong presiden PAS membawa pendekatan baru, matang dan konstruktif serta hebat seperti ini.

"Islam ini, kedudukannya tinggi, maka tentulah jalannya tidak sempit," tegas Sanusi dalam kenyataannya. -TMI

ULASAN GB

Dah pun mengaku, "bersekongkol" PAS dengan UMNO, atau di dalam bahasa yang lunak sedikit - bekerjasama.

Tak sertai BN tapi sekadar bekerjasama dengan UMNO!

Presiden PAS mungkin sudah terlupa AMANAT yang pernah dikeluarkannya sendiri pada tahun 1981 yang telah menyebabkan umat Islam haru-biru ketika itu.


Yang kita kasihankan ialah mangsa Memali, yang berpegang teguh kepada AMANAT berkenaan dan mempertahankan sehingga akhirnya mereka terkorban. Kini orang yang mengeluarkan amanat berkenaan yang ingin berbaik dengan UMNO yang pernah dikafirkannya. Bukankah sikap dan langkah Presiden PAS itu merupakan satu penghinaan terhadap mangsa Memali itu?


Menggunakan nama Allahyarham Ust Fadzil Noor kononnya Ustadz Fadzil juga pernah sepentas dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Palestin adalah kenyataan melulu dan tidak tepat.

Ustad Fadzil Noor hanya sepentas dengan TDM apabila Ustadz Fadzil sendiri yang menubuh dan mengukuhkan pakatan pembangkang melalui Angkatan Perpaduan Ummah dan parti-parti pembangkang tidak sedikit pun mencurigai langkah yang diambil oleh Ustadz Fadzil berkenaan. Berbeza dengan Haji Hadi, orang yang bertanggungjawab merobek dan meruntuhkan pakatan pembangkang iaitu Pakatan Rakyat!

Apa yang dilakukan oleh Haji Hadi dan PAS kini ialah seumpama memberikan talian hayatnya kepada UMNO yang kini sedang caca marba dan nazak itu. Najib sepastinya tersenyum puas. UMNO telah berjaya menipu PAS berkali-kali termasuklah isu hudud. PAS pula yang masuk lubang biawak berkali-kali.

Kini, kata-kata almarhum TG Nik Aziz seperti sudah tidak diindahkan PAS lagi.


Sekarang ini, nyatalah, satu undi untuk PAS sama seperti satu undi untuk UMNO vice-versa sebab PAS dan UMNO sudah isytiharkan mereka bekerjasama!

27 ulasan:

mat yeh berkata...

Berzikir lisan sambil berihat,
Gementar hati terhenti darah,
Bapa bahagia berjawat penasihat,
Anak hanyut hilangnya arah.

Janda muda manisnya rupa,
Tersenyum mesra di tepi kedai,
Menangis anak melihat bapa,
Amanat hilang maruah tergadai.

Tanpa Nama berkata...

SINCE U NAK BERSATU DENGAN KAPAL YG NAK KARAM. SO, OPTION NO CHOICE, WE NEED TAKE OVER KERAJAAN KELANTAN, IN ORDER TO SELAMATKAN KERAJAAN ISLAM HASIL TITIK PELUH TGNA DAN USTAZ FADLI NOOR, FRM CORRUPTED HAND. TERGAMAK DIA ROSAKKAN HASIL TITIK PELUH TGNA DAN USTAZ FADLI NOOR, SO WE TAKKAN BERI MUKA LAGI DAH. JOM SELAMATKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN FRM CORRUPTED HAND. SEMUA AJARAN TGNA MENGENAI ISLAM WE ALL TAKKAN LUPA AND PASTIKAN KERAJAAN KELANTAN JATUH TO OUR HAND TO SELAMATKAN KERAJAAN ISLAM SEBAGAI TANDA TERIMA KASIH KITA KPD TGNA YG SELAMATKAN WE ALL DARI KEGELAPAN. TGNA YOUR WILL BE REMEMBER FOREVER AND WILL ENSURE IT WILL BE HAPPEN.

syuk berkata...

Tong najis dah berkerak tebal....kena masuk dalam untuk cuci. Biar kotor sekali

Tanpa Nama berkata...

hadi ngesot skit2 ke agenda ug dia. nak jadi penasihat kena balun. join ler multaqa mende apa tah. elok duit tu guna buat rumah rakyat yg masih tinggal dlm khemah.

tak tau pula najib tu bekas al-azhar...

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh nak komen apa... memang sedih dengan perangai Hadi & Co. Sejak ketiadaan TGNA dia bagaikan melepaskan nafsu lahapnya dengan ideologi yg lama dia pendam dengan perasaan dendam!

Tanpa Nama berkata...

Pegang trganu pun sepenggal..skarang nak rosakkan kelantan pulak..boleh jalan lah hadi bangsat..

Tanpa Nama berkata...

Forum antara al Marhum Ustaz Fadzil Nor dan Dr M,mengenai Palestine adalah anjuran ABIM. Sebagai mantan Pemangku Presiden ABIM, Al Marhum Ustaz Fadzil , tidak mahu menghampakan ABIM. Dalam erti kata yang lain ianya tidak ada kena mengena dengan Pas dalam pengertian bersama satu pentas dengan mantan Presiden UMNO.

Sanusi ini sudah jadi bingung selepas Kedah jatuh ke tangan UMNO. Dan kebingungannya adalah semata-mata untuk menutup kelemahan Al Marhum Ustaz Azizan (semoga Allah merahmati rohnya), yang rapat dengan Dr M , dan menjadikan matan Presiden UMNO tersebut , buat kerja menikam kerajaan Pakatan rakyat (Pas) . Haji Hadi pula mungkir janji dengan banyak Dewan dalam Pas Kedah untuk tidak mencalonkan Al Marhum dan masih mahu Ustaz Azizan menjadi menteri Besar pada PRU 13, walaupun dia tahu Al Marhum Ustaz Azizan berada dalam kesihatan yang amat tidak baik dan tidak disenangi oleh rakyat terutama ahli Pas . Seolah dia sengaja mahu Kedah jatuh ketangan UMNO, sebagaimana punah ranahnya kerajaan Pas Terengganu pada tahun 2004.

Sekian.

Cucu Cicit Bani Adam.

Tanpa Nama berkata...

Puaka hadi mula bermaharaja lela
Matlamat menyesatkan manusia seramai mungkin hampir tercapai.
Moga Allah melindungi hamba2Nya yang beriman

Unknown berkata...

Kami yg selama ini memberi undi pd pas telah ditipu hidup2 oleh HH. Penipu..pembohong..pengkhianat..

Tanpa Nama berkata...

Musuh pun dah puji tindak tanduk hadi. Kalau musuh puji, mmg ada yg tak kena la tuu.

Biarlah hadi hanyut dgn puji pujian dari musuh. Mudah2an cepat sikit dia karam. Amiin.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah hj hadi kerana brjaya pecahkan pakatan rakyat utk brkerjasama dgn umno

Tanpa Nama berkata...

Sungguh hebat. Ada pulak program nak menggaul semua kepercayaan dan akidah menjadi satu seumpama gulai dalca. Semua aliran2 selain ahli sunnah nak disama tarafkan. Supaya aman sikit dunia ini kononnya.

Wahai hadi. Tidak ku sangka macam ni sekali kefahaman kau tentang ajaran nabi kita. Orang yang menolak hukum Allah kau terima. Orang yang mengkafirkan nabi kau setuju. Orang yang bersikap keras sesama mukmin kau raikan. Pendek kata mereka ini betul semuanya pada pandangan kau. Tidak mengapalah kau nak bersama dalam majlis itu demi meluruskan ajaran nabi kita. Tapi kalau kau duduk di situ untuk mengiyakan hujah2 mereka, semoga Allah ampunkan kau.

Demi Allah yang memegang nyawaku. Kami ahli sunnah wal jamaah tetap berdiri teguh memegang akidah. Bahawa kami tetap memisahkan diri dari semua golongan yang menolak hukum Allah. Yang mengkafirkan sahabat nabi. Yang mudah menuduh orang islam lain menjadi kafir.

Kami diturunkan ke dunia untuk penyambung kerja2 nabi. Yakni memberi dakwah secara benar. Tidak sekali2 menumpahkan darah mereka. Malah menyantuni mereka walaupun mereka enggan. Kami tetap selalu mahu berdamai. Tetap selalu bersabar sebagaimana baginda bersabar dengan kerenah jiran2 yahudinya.

Wahai rakyat malaysia. Betapa banyak kau membuang masa duduk gelak2 sampai tak tahu dah apa dah jadi dalam negara kita. Ketahuilah. Telah sampai macam2 kapal dari macam2 jenis manusia dan kepercayaannya sedang siap sedia menyerang akidah kita. Telah sampai masanya kau berhentilah sebentar dari duduk berhibur itu. Takut tak selamat akidah anak cucu kita nanti.

Bukan kita disuruh bergaduh dengan mereka. Kita hanya disuruh segera belajar supaya kenal dan berpegang kepada satu keyakinan sahaja yakni Al quran, al hadith dan ijmak ulamak. Itulah pegangan kita. Semua keluarga nabi dan para sahabatnya kita muliakan. Kita rindukan mereka. Nak berjumpa mereka di sana nanti. Semua orang islam saudara kita walau dia tidak setuju dengan hujah kita selagi dia mengakui hal2 di atas. Kalau dia menolak pun, tetaplah dia saudara kita. Hanya hakim negara yang berhak menghukum dia.

Jeman berkata...

Inilah berkat dengar cakap menantu berbanding dengar cakap sahabat... dan kebetulan pula org terengganu.. maaf ckp sume org dr negeri ni yg aku kenal keras kpala.. xnk trima ckp org lain n tu psl x seswai jd ketua

Tanpa Nama berkata...

dr maza kata pas skrg menyamai umno. pas = umno.
tahniah ahli2 pas yg wala' kpd presideng

pak maun berkata...

Betul. Pengalaman aku pun gitu

Tanpa Nama berkata...

"Perpaduan Ummah Merentas Idealogi"

"Beliau berkata, tidak dapat dinafikan atau dielak, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan senang dengan perkembangan ini."
kenapa berkata seperti ini jika benar mahu perpaduan. ini sangat tidak beradab malah mengundang permusuhan.

Harap jemput pemimin Amanah, semua pemimpin islam dap dan pkr.
Tidak terkecuali pemimpin yang gantung gambar karl mark jika jakim dan En. hadi boleh mengesahkan mereka masih islam. jangan kita lupa mereka adalah wakil/calon yang dipilih rakyat.

Saya sangat berharap En. Hadi tidak pilih bulu dengan hidup berpuak-puak.

En. Hadi jangan buat-buat lupa. kita dulu menyokong pas kerana tidak mahu perpaksi kepada politik asobiyah. sistem monopoli dan tidak ambil peduli teguran rakyat berkenaan korupsi dan pembaziran.

Tanpa Nama berkata...

Rupa2nya punca kumpulan G18 disingkirkan dan dihina adalah di sebabkan kumpulan G18 inilah mrnjadi penghalang utama selepas arawh TGNA untuk bermesra dengan Umno.sekarng G18 ditendang mudah bagi hulamak Pas menjalinkan huungan mesra dengan musah dan menjadikan kawan seperjunaganya sebagai musuh ketat.Ajaran baru Pas sekarang .Mana suara TMTI ? kita nak tenguk apa U Turn nanti.

Abdul Said berkata...

Semakin jelas dan terang perangai ulamak-ulamak PAS. Tak boleh dipercayai. Tak boleh dibuat kawan. Jumpa ular dengan ulamak PAS, tuan-tuan taulah yang mana satu nak dibelasah!!!

Tanpa Nama berkata...

Inilah pemimpin pas..penuh ciri2 munafik dan lidah bercabang..depan rakyat bukan main nafi mereka bersama umno tp dibelakang rakyat mereka berliwat dgn umno...kononnya politik matang bila sedia bersama umno tp dgn AMANAH dan DAP bukan main berperang lagi..inilah ckp putar alam dan memegang teori matlamat menghalalkan cara..rakyat malaysia bangkitlah dan kuburkan pas dlm pru14 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Org ada ckp hadi akan dpt pahala percuma di akhirat kelak kerana ramai kutuk2 dia. itu mungkin berlaku jika dia mati dlm iman tp bagaimana jika dia mati sbg seorang munafik...bermakna ke neraka jahanamlah utk selama lamanya.

Tanpa Nama berkata...

Bekerjasama atas dasar bersama2 merasa duit derma 2.6billion. Najib, Hadi dan walaun2 adalah pengkhianat rakyat.

Tanpa Nama berkata...

kehadiran quraish shihab dlm multaqa itu perlu dibantah

beliau adalah syiah tegar yg byk menimbulkan kefahaman dan tafsiran Quran yg bercanggah dgn ASWJ

najib adalah pemimpin yg lemah. byk unsur buruk keagamaan dibenarkan masuk dn cuba mencari pengaruh melalui kelembikan najib.

hari itu yahanana diberi muka.

multaqa itu pula akan memberi muka kepada quraish shihab totok syiah

sudah ku katakan hadi sgt lembut dgn syiah. dia pro iran hezbosyaitan.

seolah2 kini hadi nak masuk jarum dgn menyokong dan rapat dgn najib. dgn harapan dia diberi peluang memegang kuasa sedikit. yg mana dgn kuasa itu hadi akan membuka pintu lebih luas kpd syiah.

bg najib yg tersepit siapa pun yg membela dia akan diterimanya. pembelaan puak2 topeng agama itu ada niat tersembunyi. jarum syiah suka masuk kedlm kepimpinan yg berkuasa.

KITA MESTI BANTAH KEHADIRAN QURAISH SHIHAB YG BERKATA BAHAWA NABI SAW PUN TIDAK DIJAMIN MASUK SYURGA DAN BANYAK LAIG KEKELIRUAN YG DITIMBULKANNYA DI INDONESIA

Jeman berkata...

Puak walaun pas n umno beriya iya tuduh abg mat sabu syiah, tgk2 diorg yg besungguh bebaik dgn syiah.. ni nk bermultaqa dgn quraish shibab pulak.. yg xtau psl dia ni rujuk: https://www.nahimunkar.com/quraish-shihab-syiah-dan-jilbab-2/

Tanpa Nama berkata...

Teringat kisah Kerbau selamatkan Buaya tersepit pokok tumbang...
bila dipuji oleh buaya, kerbau mula kembang kempis hidung..
bila buaya bebas.. padan muka kerbau..

Tanpa Nama berkata...



Ini bukan politik matang dan berani tetapi politik Uturn.

Multaqa ini bukan nya untuk ummah tetapi pintu untuk kerjasama PAS UMNO. Multaqa ini diadakan kan semata-mata menonjolkan Najib bersama Hj Hadi dengan mengunakan Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi. Ideologi apa? Loji Najis adalah.

Yang betul-betul berani merentasi ideologi ialah TGNA kerana dia mampu dan telah membuktikan berjaya mendekati berbagai pemimpin dan di hormati oleh ketua-ketua agama.

Tajuk yang paling sesuai untuk multaqa ini ialah 'kerjasama Najib/Hadi merentasi kejahilan'

Tanpa Nama berkata...



Andai dengan multaqa ini politik PAS dikatakan matang dan berani, bagaimana pula politik UMNO yang selama ini menjadi musuh nombor 1 PAS?

Politik UMNO selama ini telah dikenali dengan berbagai berani dan terlalu matang, jadi apa faedah nya kepada UMNO ?

Adakah UMNO mematangkan dan membuat PAS berani ?

Unknown berkata...

Tak ada muka ke para alim ulama