28 Okt 2015

OK Kerjasama Dengan UMNO BN, Tetapi Tidak Dengan PH (?)

Adakah Pas mahu tukar kerajaan atau menyokong BN?

Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak agar Pas menjelaskan pendirian politik kerana pemimpin parti itu sering mengeluarkan kenyataan mengelirukan sejak terkuburnya Pakatan Rakyat.

Ahli Jawatankuasa Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin parti Islam itu sering bercanggah antara satu sama lain.



Katanya, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Pas boleh bergerak sendiri bercanggah dengan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang percaya Pakatan Rakyat masih wujud dan kerjasama itu terjalin diantara Pas dan PKR.

“Itu adalah hak mereka, mereka boleh bersama Barisan Nasional (BN) dan juga boleh bersendiri.

Kita minta Pas jelaskan hasrat mereka agar rakyat tidak kecewa.

“Biar Pas jelaskan hasrat apakah hala tuju politik parti itu. Sama ada mereka mahu tukar kerajaan atau mahu bersama-sama BN atau sekadar mahu menjadi pembangkang sambil mempertahankan BN,” ujarnya dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada Selasa.

Jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, adalah tidak adil untuk Pas menyokong kedua-kedua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang kerana ia dikira mempermainkan kepercayaan rakyat.

“Tidak adil untuk mereka menyokong kedua-dua pihak. Jika mereka mahukan undi dari rakyat, mereka berkata akan menyokong pembangkang, tetapi sebenarnya mereka bersama BN.

“Itu akan menjadi masalah ketidakpercayaan. ‘Let it be clear’, kalau sekarang ini kita keliru. sekejap kata hendak bersama pembangkang untuk jatuhkan BN, sekejap pula kata hendak bersama BN,” tegasnya.-FMT

ULASAN GB

Setiap kaii Presiden PAS bersuara satu negara jadi huru-hara.

Beliau yang amat terkenal membuat kenyataan-kenyataan uturn, iaitu menterbalikkan apa kenyataan yangd dikeluarkan oleh pemimpin PAS yang lain, samada timbalannya, TITM, Setiausaha Agung PAS, Takiyaddin Hassan atau mana-mana pemimpin PAS yang lain.



Sudah tidak ada mesyuwarah di dalam PAS. Kuasa veto Presiden mengatasi segala-galanya. Malah keluarnya golongan progresif dari PAS adalah kerana Presiden PAS sudah tidak boleh ditegur, sudah enggan untuk menerima pakai konsep mesyuwarah. Kata-katanya menjadi pemutus di dalam setiap perkara.

Tatkala TITM cuba mempertahankan Pakatan Rakyat kononnya "masih hidup", semalam Presiden PAS buat kenyataan PAS tak perlukan sesiapa, malah memberi gambaran bahawa PAS bekerjasama dengan UMNO/BN.



Boleh bekerjasama dalam "perkara yang baik", tetapi disebutnya hanya nama Barisan, tak ada dengan parti-parti-parti pembangkang seperti DAP, PKR dan AMANAH. Maknanya BN lagi baik dari parti-parti di dalam Pakatan Harapan (PH).

Kalau demikian halnya bolehlah PAS minta tempat duduknya di dalam parlimen dialihkan ke kawasan BN, bukan di kalangan pembangkang yang dipenuhi oleh wakil-wakil rakyat PH.

Seperkara lagi jika dah boleh bekerjasama dengan UMNO BN tetapi tidak dengan PH, molek benarlah suruh exco-exco PAS dan sekalian ahli PAS yang diambil bekerja dengan kerajaan Selangor di atas lantikan politik sebelum ini disuruh meletakkan jawatan. Dan Azmin serta PKR tidak perlu lagi ragu-ragu untuk ambil tindakan segera selepas ini kerana Presiden PAS sudah pun menyatakan partinya sudah boleh bekerjasama dengan BN tetapi menyebut tidak akan serta PH.

Kenyataan Hadi selalu pula diperbetulkan oleh setiausaha politiknya, yang bertindak semacam Lajnah Penafian & Pembetulan PAS Pusat, iaitu akan menafikan kononnya Haji Hadi pernah bercakap sekian-sekian... namun dalam hal di atas belum lagi kedengaran. Mungkin muka sudah labuh sebab asyik nak buat penafian dan pembetulan terhadap kenyataan bossnya itu...

lagipun tak pernah pula ketua Lajnah Penafian itu berani nak ambil tindakan mahkamah ke atas pihak-pihak akhbar yang dikatakan"memutarbelitkan" kenyataan presiden pas.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rindu nak tengok pas bergabung atau jadi parti komponen bn.....bukan apa, nak tengok hj hadi wala' kat najib pulak....dapat ganti jamil khir jd menteri agama pun ok la....boleh kluar banyak lagi fatwa2 yg bernas....

Tanpa Nama berkata...



Pakatan Harapan selalu sangat buat perkara yang baik, pemimpin PAS malu segan bercampur dengan Pakatan Harapan sebab PAS dah bukan baik sangat.

PAS berkerjasama dengan BN UMNO dalam 'perkara yang baik'. Maknanya dalam keadaan-keadaan tertentu atau sesekali sahaja, keadaan yang lain BN UMNO banyak yang jahat nya.

Tapi jahat pun jahat lah, itu lah pendirian PAS sekarang ini. Makan gaji buta, projek balak, menipu dan buta pada kezaliman adalah perkara baik yang di maksudkan oleh Hadi.

Tanpa Nama berkata...



Pakatan Harapan pun menyokong perkara yang baik yang di buat oleh BN UMNO untuk rakya tetapi tetap sebagai pembangkang atau dalam bahasa yang lebih baik Pakatan Harapan tetap tidak bekerjasama dengan UMNO BN atau tetap dalam kumpulan yang menegur dan mengkritik Kerajaan yang kebetulan UMNO BN.

Apabila Hj Hadi bercakap tentang 'kerjasama' ini bukan lagi maksud 'kerjasama' biasa-biasa sebab Hj Hadi langsung tidak mengkiritik perkara-perkara yang salah dan yang menyusahkan rakyat !!

Kita pulangkan balik isu ini kepada Hj Hadi dengan DSWA mempelawa lagi PAS bersama Pakatan Harapan. Selagi Hj Hadi tidak berani buat keputusan selagi itu lah Pakatan Harapan akan mempelawa PAS bersama Pakatan Harapan.

Tanpa Nama berkata...


Sekarang baru saya tahu kenapa Tuang Presideng tak hadir sidang parlimen.

1. Dia menggunakan pendekatan menerang bukan menyerang.
2. Kalau nak menerang, sidang parlimen tak cukup masa. jd tak payah hadir.
3. Dia akan berjumpa dgn BN utk menerang dan bekerjasama. Jd tak perlu hadir parlimen.
4. Jumpa utk menerang dan bekerjasama lebih beradab. Jd tak payah hadir sidang parlimen.
5. Sidang parlimen ni mcm naik bas express tak sampai. Nak pergi kuantan tapi lalu kuala lipis. Mana nak sampai. Jd tak perlu hadir sidang parlimen.


Dulu ada orang tu kata pas masuk PRU bukan nak menang tapi nak cari keredhaan Allah.

Skrg tuang presideng kata parti dia nak menerang bukan menyerang. Menyerang hanya dlm muktamar....barua, parasit, jebon, babi dlm bukit, anjing salak babi.

Harap ketua penerangan parti pas boleh menjalankan amanah utk menerangkan dgn jelas pd rakyat m'sia. Kata pas parti utk semua kaum. Jalankanlah tugas dgn siku lutut tu.

Tanpa Nama berkata...

Usah lah diambilkira lagi kata2 mr presideng ni, biarkan dia dgn halnya sendiri merapu keseorangan. Lama kelamaan pimpinan pas yg lain pun akan terpusing otak dikerjakan oleh mr presideng mereka.

Tanpa Nama berkata...

Bahasa orang terengganu perkataan MENERANG adalah lebih sesuai untuk digunakan dalam tandas ketika berak sembelit..Tahi tak keluar2 jadi kenalah menerang sikit baru tahi keluar itu pun bukan mudah,tetapi kalau MENERANG untuk di gunakan sebagai pernerangan atau berbahasan gunalah istilah lain supaya sedap sikit di dengarnya,kalau kelau dari mulut Hj Hadi celaru habis orang nak memahaminya hanya pengikut totok taksob aje yang tak faham taoi terpakasa faham walaupun bodoh,

Tanpa Nama berkata...

parti pas dan perlembagaan pas tiada masalah. yg menjadi punca masalah ialah kepimpinan pas bermula drpd Mursyid Am, presideng dan kroni2 mrk. ahli2 pas boleh berfikir sendiri. masih nak wala' dgn pemimpin begini?

nick berkata...

PAS ni semakin lama semakin mereng dibawah pimpinan Hj Hadi. Gohead gostand, gohead gostand, gohead gostand atau dalam perkataan yang betul "go ahead go astern". Penyokong2 pun dah mula mabuk laut dek kerenah Hj Hadi. Baru bergerak setapak dibawah TITM tetiba Hj Hadi tarik kebelakang 3 tapak, Tantawi pulak tolak ke depan 1 tapak, Hj Hadi datang lagi pastu tendang ke kiri 3 tapak. last2 PAS ni jadi parti "jalan-jalan cari makan". Penyokong semuanya dibawak merayau jalan tah kemana tanpa haluan tapi para pemimpinnya semua buat "donno' sebab sepanjang jalan diaorang dok menibai dan mentekedarah sampai kenyang membuncit! Penat berjalan tapi hasil takdak! Penyokong rabak tapi pemimpin semua lena kekenyangan seperti ular sawa telan kambing, lena kat dalam semak!

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi sebenar hanya jurucakap kepada Harun Din saja manakala Harun Din pula hanya maemanjangkan sahaja apa yg dicakap oleh penasihatnya Hassan Ali. Barua Hassan Ali dalam PAS pula Dr. Marzuki

Tanpa Nama berkata...

sikit2 lama2 jadi umno... itulah pas... yg dah jadi pascai...

dibwh hadi, Islam bukan lg dasar pas. dasar Islam dah ditukar kpd rm. sbb tu ambil mudah amanah sbg wakil rakyat tp tidak mewakili rakyat. lebih kpd tembolok sendiri.

Unknown berkata...

Kekdg naik tergelak bila tuan presiden ni keluarkan kenyataan...takkan penasihat atau setiausaha atau pimpanan pas takde bg nasihat.. sbb setiap patah perkataan sebagai presiden sebuah parti tetap ada kesan.. yang heran penyokong2 pas yg tahsub tu masih percaya setiap patah2 perkataan dr mulut tuan presiden..yg penyokong pendek akal asyik menyalahkan PAN dan DAP...

Unknown berkata...

Salam:

Nick,analogy tuan,"Party jalan-jalan cari Makan" joke of The DAY.

Saya bersimpati sangat dgn Hadi ni.Dia mengelami crisis identity yg hebat!! dia nak bawa partinya ka mana??Masih tergiang-giang di kepala saya dgn AMANATnya,"KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA BATANG TUBUHNYA,TAPI KITA MENENTANG UMNO KERANA ,MEREKA MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG PENJAJAH!!".

Saya pun tak faham kenapa dia tak boleh contOhi TGNA,disamping berpolitik TGNA bedakwah,Tetapi TGNA sudah make a STAND,Tidak menybelahi BN.Contoh yg paling baik dari TGNA,ialah bagaimana ciri2 keUlamakkannya ada iras-iras contoh akhlak nabi saw,bilamana beliau diserang oleh mendiang Karpal Sing,kiri/kanan/depan/belakang/atas/bawah,apa yg mendiang tak kata pada TGNA, tapi beliau tidak memburukkan mendiang dan partinya,malahan TGNA dgn secara rendah diri VISIT mendiang di Gelugor semasa harijadinya dgn cara penuh hormat.Mengigatkan kita pada permulaan dakwah terbuka nabi ka TAIF,dimana nabi visit pembesar-pembesar Taif, dan nabi dibelasah hebat oleh pendududk Taif hingga berdarah,malah nabi tak melawan,nabi siap beRdoa pada ALLAH supaya penduduk disitu mendapat hidayah,walaupun nabi diberi peluang oleh ALLAH menghantar malaikat menolongnya.Hasil dari dakwah nabi dan kesabarannya,selang beberapa tahun penduduk dapat HIDAYAH,termasuk abu hurairah pengumpul ribuan hadis yg terkenal dan bersama nabi selama 4 tahun.Dengar cerita dari pakar-pAkar sejarah beberapa orang sahabat lahir dari TAIF,yg bersama Muawiyah di Sham belayar ke Nusantara/india/china menyebarkan islam disini.

Kenapa Hadi tak ambil peluang begini,seperti bersama LGE,ikutlah contoh TGNA.andaikata Hadi berputus -arang dgn DAP,Kenapa tak berdakwah dgn Najib dan menasihati isteri Najib,akan kepentingan berhijab!!

Ataupun seprti kata saudara Nick diatas,Hadi lebih gemar memilih jalan kesenangan tanpa bersusah payah,jadi PENGACARA "JALAN-JALAN CARI MAKAN".


wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

tolong telepon hospital mental....ada org gila sedang berkata2 yg dia xtau apa dia kata

Tanpa Nama berkata...

Anon 1:54,
apasal la ko pegi bagi idea kat lajnah penafian dan uturn pas.. lepas ni mesti diorang cakap, presideng ni org ganu jadi pendekatan meneran dengar macam menerang.. maksud presideng tuh pendekatan meneran iaitu seakan akan menekan, menolak hingga terkeluar.. ada kepuasan jika kaedah meneran ni berjaya.. hehe

Tanpa Nama berkata...

Yg pening tiap2 bln dpt gaji buta, peduli apa dgn pengikut lebai2 yg banggang kena klentong dgn tuang president kaki tuang!!!

Tanpa Nama berkata...

Mana-mana ahli PAs yang sayangkan Tuan Presiden boleh telefon Hospital Bahagia 04 7341622 atau Hospital Permai 07 2373333. Sebagai ahli parlimen Tuan Presiden layak duduk wad kelas satu atau pun pakar perubatan boleh datang ke parlimen dan tengok sekali dua tiga yang lain juga. Diharap PAS Perak tidak bergaduh dengan PAS Johor tentang hospital mana yang patut merawat Tuan Presiden.

Tanpa Nama berkata...

ye la tu...

setuju.
hassan ali masih mem"parasit" dari luar pas.
bak kata ayah rani kulup... jilake...

yg parasit dlm pas tu zuhdi marzuki la kot...

ala2... bukan maslan. tapi ahmad anak maslan.