14 Okt 2015

"Kalau Dah Nak Lemas, Najis Pun Capai"...

PAS-PERKASA kerjasama, Hadi-Ibrahim berpelukan

PAS hari ini mengumumkan parti Islam itu kini bersetuju bekerjasama dalam tiga isu dengan kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

Perkara tersebut diumumkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini selepas mereka bersetuju beberapa perkara termasuk mengutuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).



Kedua-dua pihak itu juga sepakat menolak tangkapan terhadap bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang.

Dalam kenyataan bersama itu Abdul Hadi berkata kedua-dua isu kritikal ini mempunyai kesan yang serius kepada rakyat Malaysia.

"Kami bimbang bahawa penggunaan Sosma dalam kes ini boleh dilihat sebagai penyalahgunaan kuasa serta bertentangan dengan prinsip kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan.

"Kami menggesa kerajaan untuk menjadi telus dan tidak berbohong mengenai isu TPPA kepada orang ramai," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Tujuh tokoh penting BN, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah, mengadakan sidang media bersama menolak penahanan itu.

Mereka mendakwa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) disalah guna terhadap pengkritik selepas Khairuddin membuat laporan di peringkat antarabangsa berkaitan dakwaan skandal 1MDB.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini menjelaskan Khairuddin dan Matthias Chang didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukannya bawah Sosma.

Sementara itu, ketika bergambar, Ibrahim turut memeluk Hadi dengan berkata mereka kini berkawan dan tidak cukup dengan berjabat tangan.

Tak sejajar dengan parti sekular

Sementara itu, Ibrahim berkata beliau gembira dengan kerjasama tersebut di mana kedua-dua pihak dapat melakukan aktiviti bersama selain menyokong perjuangan masing-masing untuk manfaat rakyat.

"Kami mempunyai perbincangan yang sangat jelas, terbuka dan ikhlas dan saya juga menjelaskan mengapa saya kritikal terhadap PAS sebelum ini.

"Sekarang kita kosong-kosong. Semuanya kini di belakang kami,"
katanya bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu.

Selain itu, Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada PAS kerana memutuskan hubungan dengan DAP.

Katanya, matlamat untuk mempertahankan Islam tidak sejajar dengan hala tuju parti sekular. -mk

ULASAN GB

Tepuk tangan semua...

PAS sudah boleh melupakan pengkhianatan Ibrahim Ali pada tahun 2009 selepas memenangi kerusi parlimen Pasir Mas di atas tiket PAS pada pilinaraya umum 2008. Ibrahim Ali ketika itu Ibrahim Ali mengumumkan menjadi ahli parlimen Bebas dan kerjasamanya dengan PAS yang terjalin sewaktu pertanding atas tiket parti itu, dalam pilihanraya umum 2008, sudah berakhir.

Pada ketika itu, Ibrahim juga membuat pengakuan bahawa beliau lebih cenderung untuk menyokong kepimpinan BN.

Dan setelah berpelukan dengan Presiden PAS hari ini, Ibrahim mengisytiharkan Sekarang kita kosong-kosong. Semuanya kini di belakang kami..

Sepertimana biasa, Setpol Presiden PAS meneluarkan kenyataan menafikan terjalinnya kerjasama PAS-PERKASA, tetapi di dalam masa yang sama menegaskan kerjasama hanya di dalam di dalam tiga perkara iaitu 1MDB, TPPA & Sosma.

Sama penafian seperti kes sebuah akhbar tempatan beberapa bulan lalu melaporkan Presiden PAS melarang ahli parlimennya untuk menyokong undi tidak percaya kepada PM.

Sekalipun penafian dilakukan tiada tindakan undang-undang diambil sekalipun akhbar berkenaan tidak meminta maaf.

PAS pun sudah melupakan penghinaan Ibrahim Ali terhadap Allahyarham TGNA.

Tindakan PAS yang menjalinkan kerjasama dengan PERKASA di dalam tiga perkara utama (1MDB, TPPA & Sosma), kita teringat kata-kata kias TMJ yang berbunyi lebih demikian: 'Kalau dah nak lemas, najis pun capai'!

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong Pas+Perkasa bkerjasama. Dgn ini diistiharkan pakatan ini bernama PERKOSA! Ok bye!

Tanpa Nama berkata...

Aku tak faham apa yg nak bkejesama dlm bab 1MDB, sosma dan TPPA. Nak sama2 buat research ke? Sama2 kutuk ke? Research, ramai yg dah buat dah. Nak kutuk, masing2 boleh kutuk. Mintak pencerahan sikit

Tanpa Nama berkata...

Berahim Ali peluk TGHH..lain macam ajer, namnpak macam "minat" dan tak "sabar" ajer....TGHH juga nampak "mengidam" sesuatu...

Tanpa Nama berkata...

penyokong pas semua mesti teruja, terutama wan rosli!

Tanpa Nama berkata...

Adi awe vs Brahim Ali dua pemimpin yang sama2 NGOR{sepupu gilo}mace kentut vs taik.Gedebe Kelate vs Gedebe Teganu dua2 kaki autar belit.Sekor ulaaarmak sekor katak.Kalu ikut adat katak makane{makanan}ular.Tapi dale kes ni ambo tak cerak{pasti}pasal katak ni buke sebarang katak.Ini katak adalah spesis MAHARAJA KATAK BERACUN.Amat bahaya.Gemulah TGNA pun jadi mangsa dia.

Tanpa Nama berkata...

Pas dah giler talak

Tanpa Nama berkata...

Saya tak tahu macam mana nak terjemah kata kata ni, tapi saya tetap akan katakannya:
"Pigs do fly". Hehe...
Orang PAS dan Perkasa takkan faham punya...

Tanpa Nama berkata...

Kemungkinan besar mereka sedang berpakat2 hendak membentuk parti umno versi baru ciptaan mahatit untuk menjadi tukang kambus semua penyelewengan2 umno bn selama ini sekali gus meneruskan talian terus kepada berhala besar mereka yakni lord ried. Pas akan terperangkap kali ini. Dengan umpan kata2 manis tapi beracun pak brahim itu dijangkakan tidak lama lagi pak hadi akan turut serta bersama azmin dan ahli2 umno yang benci pm najib.

Mahatit ini berotak keling lagi sadis. Orang melayu tak terfikir seperti dia fikir. Dia selamba makan kacang kuda sambil sembang pasal nak jaga orang melayu. Padahal baru jap tadi dia balun dan bunuh begitu ramai orang melayu di memali.

Orang macam dia ni banyak planningnya. Dia mesti nak ambik jugak2 negara ini semula ikut acuan dia. Bila planning dah ok, lord ried pun beri lampu hijau untuk tangkap pm najib. Serta merta esok pagi2 lagi mahatit berdiri depan agong minta sain jadi pm balik. Barisan kabinet dah ada. Tunggu apa lagi. Ambil alihlah negara ini dengan bantuan hadi, brahim dan azmin. Mampos lagilah rakyat jelata.

Mari kita sama2 tengok apa yang bakal terjadi nanti. Bodohlah kalau pm najib dan mahatit tak deal sekarang. Sebab itu pm najib belum kena tanggap. Sebab itu mahatit berkalut berlakon macam2. Semuanya dalam senarai agenda wayang semata2 untuk ditunjukkan pada rakyat yang memang tak setaraf cara fikiran dan gerak kerja brutal macam mahatit.

Kita tidak mahu hal ini terjadi. Kita mahu agong ambik kuasa sementara untuk melantik spr yang benar2 adil dan adanya pemantau dari semua negara2 pbb. Buatlah pru dan kita terimalah siapa pun jadi pm. Itu saja hasrat rakyat jelata sekarang ini.

Jeman berkata...

Debe ganu lagi parok be..

Naza berkata...

Ini simbolik masuk UMNO. Kalau UG terang sangat. Hadi ohh Hadi... Najib lingkupkan UMNO, ko Musnahkan PAS... buka le serban tu

Tanpa Nama berkata...

Benar lah kata kata omputeh , BIRDS OF SAME FEATHER FLOCKS TOGETHER....

Gagak Gagak hanya ber kompol dengan Gagak Gagak saja....

Ada sampah sarap dan bangkai lah tu.

Tanpa Nama berkata...

ukan Wan Rosli aje tetapi bloger sepeerti Pakakarmu dan Ibn Hasyim .mereka terlau gumbir dengan perkembanagn yang dibawa oleh hj Hadi.dan kita Pasti kejap lagi Haron pula akan bumbira dengan perkenbangan ini.Dan sekarang baru kita tahu dalam Pas yang mana wajah yangman buntut kuali.Tak lama pun selepan Pejuang yang setia ditendang dari Pas Allah nak tunjukan bahawa Pas sekarang tidak seperti Pas yng dipmpin oleh TGNA ,kiat tunggu komen TMTI.Mahfoz Johor,Tantawai.Nik Abdoh dan lain2 ulank.Hidup Pas ,hidup Perkasa .PAS sudah Perkasa sekatrang ni.horeyyyyyyyy

Tanpa Nama berkata...

Apa Hadi nak susah2 tentang 1mdb .bukan ada 4 orang saksi,betul tak Haron Din ?Begitu juga engan TPPA mana ada 4m orang saksi nak kata Kerajan bohong. lagi pun najib bukan malaikat,betul tak Hadi?

Tanpa Nama berkata...

Lagi pun Hj Hadi dah kata jangan bersma dengan Pengkhianat sperti Amanah dan lebih baik tahalull dengan musuh ,HAAA .sekarang tak lama pun masa berlallu dah Allah tunjukan bertahalul dengan mush .kah.kah.kah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dasar islam aku setuju tghh.

Unknown berkata...

Jauh beza akhlak yang dipertontonkan oleh haji hadi berbanding dengan Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Langit dan bumi bezanya

Tanpa Nama berkata...

Dulu bukan main marah org pas dgn Braheng Ali ni. Orang pas jugak asyik kutuk2 perkasa sebab mrmperjuangkan assobiyah Melayu.

Sekarang apa mcm?? Berdegar degar mendakwa pas tu kuat bila dah tkde jebon2 dlm parti. Kuat lah sangat sampai perkasa pun dikutip tagih sokongan.

Akar umbi pas yang sama mcm akar umbi umno....akan wala membuta tuli. Ahli pas akan sokong pemimpin mereka walau diajak terjun ke dalam lubang jamban sekalipun.

Ahli pas dan ahli umno dah setaraf. Pemimpin pas dan pemimpin umno dah sekufu. Mereka dah sama level dari segi pemikiran, kegilaan dan ketamakan pada harta kuasa dan kedudukkan.

Pas memang layak ganti umno. Malah pas sudah terkehadapan dibanding umno sebab pas parti syurga. Parti lain semua neraka. Ahli2 pas juga sangat wala' pada pemimpin walau arahan makan najis pun akan dipatuhi jika itu yg diarahkan oleh pemimpin ulama.....

Tanpa Nama berkata...

Kesian aku kelab greenboc. X pandai membaca body language. Lepas tu fitnah melantun-lantun. Inilah jenis manusia yang makan daging manusia hidup-hidup. Aku yakin komen aku ni, dia x berani keluarkan. Sebab dia punya agenda yang sangat jahat, dan paling jahat yang aku ketahui dalam konteks memfitnah. Dan takziah kerana gagal melihat kebaikan kerana kejahatan yang lebih menonjol dalam jiwa kamu yang hitam pekat.

Admin007 berkata...

PASKASA.. Nama Baru gabungan pas dan perkasa

aku berkata...

Nasib kau oranglah dapat pemimpin macam tu. Ketaatan kepada manusia ada hadnya, tidak sama ketaatan kepada Allah dan Rasul yg mutlak. Untuk mengelakkan ketaatan membuta tuli kita perlu ada ilmu, untuk dapat ilmu kena belajar dan gunakan akal yg Allah kurniakan kpd kita. Ada faham.

Abdul Said berkata...

Encik Azim Alias maafkan saya kerana berbeza pendapat. Pada saya nama Hadi tidak layak disebut senada dengan nama Almarhum Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat.

Tanpa Nama berkata...

Apa nak hairan? Kan dah terbukti satu religion fanatic dan satu racial extremist? Memang adik beradik.

Tanpa Nama berkata...

Saksi mana Saksi?

Telor mana telor ?

Tanpa Nama berkata...

Anon 5.06,bukan sebarang bangkai yang gagak idamkan tetapi bnagkai anconda yang trbesar,selamat berpelukan Hj Hadi dan Ibrahim semoga selepas ni biarlah ada gambar Irahim peluk Haron Mursidul am pas pula ,kalau bolih Ibrahim cari juga Mahfoz johor ,nama Ibrahim tiba2 melonjak naik .Tahnaiah Ibarahim pandai mengmbil kesempatan atas mereka yang hampir lemas.teruskan Ibarahim.agar tercipta sejarah gabungan antara Pas dan Perkasa.

Tanpa Nama berkata...




Harum KESRURI...Bangkai yg BUSUK
Suri TAULADAN...Insan Ber FIKIR
FITNAH Men Curi...Perangai yg BURUK
PONTENG U-Turn...Ber Janji MUNGKIR


HITAM Kelabu...Kelam dan GELAP
PUTIH Ber Seri...Terang Ber CAHAYA
PUTAR Belit...Men Curi Me NYONGLAP
SYSTEM Mem BERI...Indah SEMPURNA


Wahai Sahabat...Sahabat yg AMANAH
Bukti PETUNJUK-NYA...Jelas dan TERANG
Dakap JUNJUNG lah..."Amanah-ALLAH"
Sayap BATIN Mu...Meluncur TERBANG


Unknown berkata...

Kesihan tgk org2 bawah pas... lintang pukang menepis.. tindakan tuan presiden...buat kerjasama KOSONG KOSONG dgn perkasa.. memang tuan presiden tak serasi dgn TGNA.. penerimaan tuan presiden menerima kunjungan hormat ibrahim ali seolah2 menghina TGNA..apa riaksi ni abduh dgn tindakan tuan presiden.. org aku lawan pru dan org yg menghina ayah aku di terima baik tuan presiden.
iskandar samad .. pesuruhjaya negeri selangor berpancak silat menepis berita tuan presiden berpeluk arab dgn tuan presidean....

Unknown berkata...

Langkah pertama sebelum kemedan PRU14!

Tanpa Nama berkata...


tenguk betul-betul muka Hj Hadi, muka dia macam orang kena terkam !

Pemimpin sekarang jangan kita lepaskan begitu sahaja walaupun melakukan satu kesilapan iaitu kesilapan yang besar. Kita bantah dan kita akan ingat apabila kita memilih pemimpin semasa pemilihan.

Manusia memang tidak sempurna tetapi tidak lah sehingga menjadi kan manusia melakukan kesalahan dengan sengaja dan tanpa berfikir.

Begitu jugalah kita mesti beri pengajaran yang keras kepada pemimpin PKR yang ikut bagang nya kerana menyalahkan PH yang di bentuk secara terburu-buru. Sekarang apa komen Azmin dan geng 25 pemimpin taik PKR ?

Tanpa Nama berkata...

Gumbira... Gumbira. ... Gumbira. ...
PASKASA jadi kenyataang...
Mana si WANG ROSLI ni
senyap tupah.....

Unknown berkata...

Brahim amat gumbira krn hadi telah bjaya meruntuhkn pakatan rakyat. Lalu brahim peluk hadi. Semua dah pahang belakee

Tanpa Nama berkata...

pas kawan perkasa.
sotong kawan katak.
ertinya pas akan
dibatunisankan oleh perkasa.
selepas pru14 pas masuk kubur.
rakyat dah menyampah...

Benbrahem berkata...

Lepas ni Pas+Pekuda, Pas+Asma dan apa2 sajalah. Akhirnya Pas+Umno+BN ...The End.

Tanpa Nama berkata...

Wahai anon 6:42 PM

Body Language? Kau ingat ini majlis tari menari ker?

Yang memfitnah itu pemimpin PAS. Maahkamah telah isytiharkan bahawa "memang Presiden PAS memfitnah"! Jadi yang makan daging hidup-hidup itu ialah Presiden PAS sendiri.

Dan hati yang hitam pekat itu ialah geng-geng kamu yang bebal sampaikan Presiden PAS menyebut perkataan-perkatan kotor seperti BARUA, TOLOL dan sebagainya pun dilaungkan takbir....

Bangang di darjah yang paling tinggi!

Tanpa Nama berkata...

Dah memang SAH PAS dah jadi Parti 'KATAK DI BAWAH TEMPURUNG'