Tiada penarikan balik, tiada maaf, kata Ling kepada Najib
Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik hari ini mempertahankan kenyataannya terhadap perdana menteri dan tidak akan memohon maaf, susulan surat tuntutan diterimanya daripada peguam Datuk Seri Najib Razak, mengancam akan menyamannya kerana memfitnah dalam kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dr Ling berkata, beliau amat terkejut menerima surat daripada peguam Najib yang menuduhnya memfitnah perdana menteri.
Beliau juga amat terkejut apabila kandungan surat itu tersebar di kalangan media.
"Saya katakan kepada perdana menteri, kalau anda memilih untuk saman saya, saya akan membela diri. Dengan segala kerendahan hati, saya terima cabaran anda.
"Saya berharap untuk melihat perdana menteri berdiri di kandang saksi, kerana beliau pasti akan terpaksa berbuat demikian jika beliau mendakwa reputasinya menjadi taruhan.
"Saya ingin menegaskan sekali lagi, saya tetap pertahankan apa yang saya kata. Saya tidak akan meminta maaf," katanya dalam satu kenyataan media.
Pada Sabtu, portal berita Malaysiakini memetik Dr Ling berkata, beliau bersetuju dengan bekas bosnya Tun Dr Mahathir Mohamad, yang Najib "mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi beliau".
"Saya setuju dengan (Dr) Mahathir. Kerana, beliau (Najib) mengambil wang rakyat dan memasukkannya ke dalam akaun peribadinya," Dr Ling dipetik sebagai berkata pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur.
Bekas menteri pengangkutan antara tahun 1986 dan 2001 itu berkata demikian ketika berucap di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan gesaan Dr Mahathir supaya Najib meletak jawatan.
Susulan kenyataan itu, firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak mengeluarkan surat tuntutan bagi pihak Najib kepada Dr Ling di kediamannya.
Surat itu meminta beliau mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat dan pampasan dalam masa tujuh hari, jika tidak, tindakan undang-undang akan dimulakan.
Najib terlibat dalam siasatan rasuah dalam kes 1MDB selepas akhbar The Wall Street Journal yang berpangkalan di Amerika Syarikat melaporkan pada Julai, kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi beliau dua bulan sebelum pilihan raya umum 2013.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kemudiannya mengumumkan wang itu merupakan sumbangan penderma dari Timur Tengah.
Perdana menteri juga menafikan menggunakan wang rakyat, termasuk dari 1MDB, untuk kepentingan peribadi, walaupun soalan timbul berhubung sumber dan tujuan derma itu dihulurkan.
Dr Mahathir berulang kali menuntut Najib berundur daripada jawatannya, manakala pemimpin Umno yang dipecat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan terhadap 1MDB di Hong Kong, Switzerland dan United Kingdom berhubung kes dakwaan pengubahan wang haram.
Pihak pembangkang juga mempertimbangkan mengusulkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri yang dilanda masalah itu apabila Parlimen bersidang semula 19 Oktober ini. –TMI
ULASAN GB
Gayung bersambut. Soalnya kini, beranikah Najib mengarahkan peguamnya untuk menyaman Ling Liong Sik?
Pertama kali kita akan bersetuju supaya Najib segera menyaman Tun Dr Ling, kerana biar segala-galanya terbongkar di mahkamah dan biar Najib menjawab dari kandang saksi mahkamah.
Ada berani Najib?

14 ulasan:
Suatu soalan dan jawapan yg sudah tentu
MUSTAHIL
Sprm di tangkap di pecat
Peguam negara di hentikan
Bank negara hampir senasib
Penyiasat di bubar
Pelapor mdobi di tangkap bawah sosma
Ketua SB di peti sejukkan
Ahli umno di ugut
Timb. Perdana menteri di pecat !!!
Soalan cepu mas...
Ada berani mahaaraja agung Najib nak lawan raja raja melayu di bantu anjing anjing dari bukit tak aman.???
Kalau pemimpin melayu yang fitnah Najib tidak kisah sebab orang melayu tidak kisah dan menganggap orang dengki pada Najib.
Tapi bila pemimpin cina yang fitnah Najib terpaksa saman sebab orang cina tidak suka pemimpin yang tidak mempertahankan diri. Jika Najib tidak ambil tindakan bagi orang cina apa yang Liong Sik katakan ada lah betul.
Gaya nya nyawa Najib sebagai PM seperti telur di hujung tanduk !!!
Pm najib tidak akan berani. Sekali2 tidak akan berani walau diseret ke istana kehakiman ( tak jauh pun) dengan katil dia, dengan opis dia atau dengan rumah2 dia sekali, tetap dia akan berkeras macam lembu benggal. Pakat2 tengok dan gelak le nanti.
Tapi jangan heran. Kebengapan dia menerima cabaran tuan liong sik tetap akan dipertahankan bermati2an oleh siapa saja yang sudi dijolok duit kertas unggu. Manusia hamba duit cukup2 banyak, ada merata2. Nanti berkajang2 le mereka tulis kertas alasan tidak mahu datang tuh. Mesti ada bunyi ' Eleh. Mahatit pun tak berani datang... '
Kita yakin dan pegang seteguh2nya firman ALLAH " Kun fayakun"! Namun usaha dan tindakan dari pelbagai sumber mesti dilakukan.
Najib tak perlu takut. Samanlah TLLS. Hadirlah ke mahkamah. Menang nanti failkan pulak saman malu. Tuntut juta-juta. Masyuk..! Kan prinsip undang2 mengatakan "someone is innocent until proven guilty"!. Contohi perdirian Khir Toyo. Mahkamah dah jatuhkan hukuman penjara 12 bulan. Dengan yakin dia kata " I'm not guilty. I'm innocent"!
Seperti Mentari...Mem BERI kan CAHAYA
OKSIGEN Di-BERI...SEMUA "Serata"
"SYSTEM"-ILAHI..."Samarata" ADIL nya
TAK Mengira "KAYA"..."DARJAT" dan Rupa
"SYSTEM"-ILAHI..."SYSTEM"-Universal
"SYSTEM" TAK Mengenal...HARTA dan Kuasa
"SYSTEM" Menguasai...MUTLAK dan Total
Fatimah Men CURI...Ku POTONG Tangan nya!
"SYSTEM" Menguasai...MUTLAK Sempurna
"SYSTEM"-Universal...Deen-ILAHI
Ber Tuhan "HARTA"...Ber Tuhankan "Kuasa"
Di Dalam "SYSTEM-NYA"...MENYERAH Diri!!!
Wahai Sahabat...Sahabat yg AMANAH
Diri kan lah "SYSTEM"..."SYSTEM"-ILAHI
"SYSTEM"..Kepada nya...Menyerah PASRAH
TOTAL Menyerah...Se Tinggi7 INTEGRITY
Ar-RAHMAN Ar-RAHIM..."SYSTEM"-ILAHI
Giving SHARING...Caring n LOVING
ABSOLUTE-Order...d Highest INTEGRITY
"Jiwa" Mem BERI...KUDUS dan Hening
Dah kes berat ni.najib org melayu bermakna melayu dihina / dicaci / maruah melayu tercalar / raja2 melayu tergugat...mana perkasa,pukida,pukisma,zul nordin..Mana hadi xbekap najib ker.Kihkihkih
Nasi lemak 1 Malaysia ada telur,
nasi lemak najib tak ada telur...............ada faham ke?
Berapa hari, berapa bulan, Najib akan meneruskan saman nya setelah hari ini TLLS.
Ini menunjukkan Najib dalam keadaan sangat sangat terdesak.
Dari minta maaf dan saman TLLS, yang baru sekali bersuara lebih baik Najib buat tidak peduli.
nasi lemak ada kangkung
geng merah tknk demo marah cina leong sik ke? napa nk marah dap dn kit siang saja
ulatmak umno tknk fatwa cina leong sik nk jatuhkn pemimpin melayu islam ahlil sunnah wal wasatiyah ke
dlm keadaan srmua pihak termasuk dpd bn pun bantah najib tiba2 pejuang islam hudud yg berjuang memartabatkn islam dok senyap malah sokong najib
ulatmak sokong pemimpin penipu dn buat mungkar... hudud apa kebenda mcm ni
ulatmak assobiyah akhirzaman
Tak ada ke pemimpin UMNO yang nak kasi 'lempang' pada TLLS ?
Mana melayu yang halau cina balik negeri ?
Bila baju merah buat dem o, ada yang kata berbangga sungguh melihat melayu bersatu.. piiirah.
Harap-harap ada wartawan bertanya TLLS samada Najib dah buka kes ke belum, bukan apa kita nak minta TLLS ulang lagi dan lagi.....
Doakan kita akan diberi Allah peluang menyaksikanya nanti. Amin!
TLLS seorang pahlawan cina yg nak lawan pahlawan bugis. Pahlawan mana yg kuat? Mari kita tengok.
Catat Ulasan