14 Sep 2015

[VIDEO & GAMBAR] Terbukti, Himpunan Baju Merah Bersifat Perkauman

Umno Kota Baru bakar patung pemimpin DAP menjelang ‘himpunan baju merah’

Menjelang "himpunan baju merah", Umno Bahagian Kota Baru menganjurkan sebuah program membakar patung pemimpin DAP berpakaian baju Bersih 4 sebagai persediaan untuk turun ke himpunan di Kuala Lumpur itu pada 16 September ini.

Dalam sebuah klip video dimuat naik di laman sosial YouTube, ahli-ahli Umno dilihat membakar patung dengan gambar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang diketuai Ketua Bahagian Kota Baru Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Upacara itu berlangsung dalam sebuah program yang diadakan pada 13 September baru-baru ini ibu negeri Kelantan itu.

Fatmi yang juga bekas setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak dalam video itu memberi ucapan menyeru ahli Umno supaya menyertai himpunan pada 16 September demi mempertahankan maruah orang Melayu.

"Orang Kota Baru berjuanglah, berjuanglah demi agama, bangsa dan negara," kata Fatmi.

Beliau juga mengecam kedua-dua pemimpin DAP dan penganjur Bersih 4 yang mahu memecah-belahkan kaum Melayu.

"Kita bakar patung mereka ini sebagai simbolik, simbolik kita protes, kita tentang semua Bersih yang menipu ini.

"Setuju atau tidak? (kemudian disambut oleh orang ramai yang hadir). Mereka ini durjana, celaka nak memecahkan orang Melayu dan memecahkan negara ini," kata Fatmi dalam video itu.

Himpunan baju merah atau dikenali Himpunan Rakyat Bersatu dijadualkan berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober depan, bertujuan antara lain, membantah himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Najib sebelum ini berkata, Umno tidak menaja himpunan itu tetapi tidak akan menghalang ahlinya daripada menyertainya.

Bagaimanapun, The Malaysian Insider pada hujung minggu lalu mendedahkan mengenai notis dikeluarkan Ibu Pejabat Umno yang mengerah ahli-ahli di bahagian untuk turun ke himpunan tersebut.

Dalam sepucuk surat dikeluarkan Ibu Pejabat Umno dan ditandatangani Setiausaha Kerja Datuk Ab Rauf Yusoh mengarahkan wakil semua perhubungan negeri menghadiri satu mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan himpunan baju merah pada 4 September lalu.

Rauf mengesahkan mengenai mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider tetapi berkata surat itu sudah "overtaken by events" dan menyifatkan ia sebagai persediaan jika terdapat jemputan daripada pihak penganjur. -TMI


Sertai himpunan hak, bukan himpunan perkauman

Rakyat Malaysia berhak menyertai mana-mana himpunan aman untuk menuntut hak-hak mereka yang dinafikan seperti gaji minimum, hak bersuara, keadilan pilihan raya, kebebasan media, dan menentang rasuah dan penyelewengan, sama ada terhadap majikan mahupun pemerintah.

Jika tujuan himpunan seperti saya sebutkan di atas itu, saya sendiri akan turut menyertainya dan mengajak rakyat untuk bersama-sama, tanpa mengira siapa penganjurnya.

Tetapi, jika himpunan itu berunsur perkauman, membela kezaliman, mempertahan orang yang dituduh rasuah atas nama kaum, maka himpunan seperti itu wajar dijauhi.

Himpunan seperti itu hanya akan menimbulkan perselisihan antara kaum dan agama dan bukan dibuat atas kepentingan rakyat secara keseluruhan.

Oleh itu, rakyat diminta membuat pertimbangan waras sama ada perlu atau tidak, untuk menyertai himpunan yang akan dibuat kumpulan yang menamakan mereka sebagai Baju Merah, pada 16 September ini.

MOHAMAD SABU presiden Parti Amanah Negara.





ULASAN GB

Sudah amat jelas bahawa himpunan baju merah bersifat perkauman. Ia direstui oleh kerajaan UMNO BN. Najib dilaporkan berkata UM NO tidak menaja perhipunan berkenaan tetapi tidak menghalang ahli UMNO menghadirinya.

Polis pula tidak menghalang perhimpunan berkenaan sepertimana tegasnya mereka menghalang BERSIH 4.0 yang tidak bersifat perkauman.

Ternyata isu perkauman dimainkan oleh UMNO sebagai talian hayat dan untuk survival UMNO. Malaysia sedang menuju kehancuran di bawah UMNO BN.







IKLAN BERBAYAR






22 ulasan:

Unknown berkata...

Umno kb naik minyak setelah pas dapat diperdaya. Umno ku tak suka. Pas mula ku benci. Harap parti amanah unt ku undi.

Tanpa Nama berkata...

Thank to this himpunan merah i dpt nak pakai baju warna merah "my favourite colour". Oh well i will baju warna warni supaya tak difitnah org.

BAJU WAT EVER COLOR DID NOT BRING ANYTHING. YA BRING ANYTHING ADALAH NIAT KITA SAMA ADA NIAT KITA BAIK ATAUPUN TIDAK. NIAT BAIK INSYAALLAH AKN DIBALAS DENGAN BAIK NIAT JAHAT JANGAN SALAHKAN ORG DIBALAS DENGAN NIAT JAHAT. JUST WEAR WATEVER WE WANT CUMA WARNA MERAH JANGAN DIPAKAI SEMENTARA WAKTU UTK DIELAK DARI KENA FITNAH OLH ORG.

Tanpa Nama berkata...

Inilah orientasi perhimpunan berbau politik. Group baju kuning dah buat dan akan diikuti baju merah. Adakah ini mob perhimpunan akan jadi mirip Thailand.

Tanpa Nama berkata...

teruskan lah merah tu.....

blh kurang sikit pelancung masuk

aman sikit dpd pelancung asing

lepas ni semua cina akan sokong PR2.0


tq umnu emmbbuuuuuuu


anyway kalau bersilat tu biar cara yg betul....

jgn memalukan Hang Tuah dan keaslian silat melayu

tp kalau last minit peserta kurang 500K, eloklah
merah sendiri telefon polis minta batalkan

sebelum dapat malu

Tanpa Nama berkata...

Jangan sampai lupa segala jasa baik DAP yang membantu mangsa banjir di Kelantan. Muka-muka yang bakar patung ini ada ke pergi jenguk dan bantu mangsa banjir yang masih tinggal dalam kehmah? Dari membazir keluar kan duit poket dan duit UMNO, lebih baik salurkan duit tersebut kepada sekolah-sekolah yang masih terkesan dengan banjir.

Kalau kerana Kit Siang dan Guan Eng hadir Bersih maka patung mereka di bakar, mengapa tak bakar sekali patung Mahathir dan Tuan Ibrahim yang terpengaruh dengan tindakan LKS dan LGE ?

Jika mereka berjaya buat demo anti Bersih ini ketahui lah yang mereka mendapat hak ini atas usaha Bersih yang menuntut hak untuk berhimpun. Sepatutnya anti-Bersih kena buat demo untuk menuntut hak berhimpun untuk mereka sendiri dulu bukan buat demo untuk lawan Bersih.

Dah kena air gas pemedih mata, dah kena kejar dan terajang baru lah buat demo anti Bersih.

Kita kena biarkan mereka buat baru kita tahu samada melayu menyokong Najib dan UMNO ke tidak. Jika dibatalkan kerana tidak ada sambutan alasan baik yang boleh digunakan ialah keadaan jerebu yang semakin teruk. Kalau jerebu pun dah batal jangan harap lah berani tempuh halangan FRU.


Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Himpunan Baju Merah yang dirancang pada 16/09/2015 sememangnya perhimpunan yang bertunjangkan perkauman. Datuk Jamal Md Yunus, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar sememangnya berjiwa chauvanist. Sikap anti bukan Melayunya memang tebal, setebal kulit mukanya yang tidak menghargai erti perpaduan dan keamanan. Objektif Perhimpunan Bersih 4 ialah untuk menggesa Najib melepaskana jawatan PMnya kerana kegagalan beliau mentadbir Msia. Objektif Perhimpunan Baju Merah pula bermatlamatkan untuk mempertahankan kerajaan BN yang memerintah sekarang. Para demonstraan Bersih 4 majoritinya berbangsa Cina kerana mereka terlalu sensitif soal ekonomi negara. Jika berjaya diadakan, pastinya Himpunan Baju Merah ini para demonstrannya 100% Melayu penyokong Umno totok. Dengan ini, dapatlaah disimpulkan majoriti Cina anti penyelewengan, dan 100% Melayu totok Umno bersyubahat dengan penyelewengan. Senerio ini sangat2 memalukan orang-orang Melayu yang bukan Umno.

Sesetengah pihak sengaja mahu mengetengahkan isu perkauman. Isunya tidak sehebat mana pun , tetapi ingin diperbesar-besarkan agar membakar perpaduan dan keamanan yang kini dinikmati oleh rakyat Malaysia. Apabila berlaku bersengketaan kaum, maka Umno, MCA dan MIC akan dicanangkan sebagai hero. Teori mereka adalah berlandaskan "pecah dan perintah". Impaknya, menanglah BN pada PRU 14. Kepada pendokong-pendokong PR dan rakyat marhaen yang mahukan Malaysia sebagai negara yang aman untuk dihuni, berhati-hati dengan jerat perkauman ini. Himpunan Baju Merah pada 16/09/2015 adalah salah satu dari pelbagai jerat perkauman yang dipasang untuk memerangkap mangsanya.

Tanpa Nama berkata...

Memalukan Melayu!!!

Tanpa Nama berkata...

Talian hayat terakhir.
Isu perkauman.
Hadi dan haron mainkan isu perkauman yang ditaja najib.
Tahniah hadi dan haron.
Tajbirrrr

Unknown berkata...

Melayu dah meroyan melihat solidarity bangsa china yang turun dijalanan diatas sebab yang betul dan jelas - TURUNKAN BIJAN. Jumlah Cina yang ramai dianggap kurang ajar dan mencabar keatas ketuanan Melayu. Melayu mesti lakukan sesuatu. Walaupun Cina memberitahu Melayu dan Cina akan tenggelam jika Melayu masih menumpang didalam perahu yang semakin reput. Adakah Melayu sepatutnya berterimakasih kepada Cina?. Pada masa yang sama ada Melayu pengkhianat yang menjadi batu api dan batu loncatan untuk mengipas bijan.

Unknown berkata...

kenapa perhimpunan ini yang jelas perkauman KPN boleh kata mengikut pelembagaan ... huhh negaraku..

Abdul Said berkata...

DAP mesti dihapuskan, DAP mesti diharamkan dan DAP mesti dilenyapkan!!!. Mengapa??? Mensgapa??? Sebab DAP yang membuat Ringgit Malaysia jatuh, Menteri kewangan DAP memang bingai!!, sebab DAP yang kawal harga getah dan minyak sawit. Sebab DAP yang kenakan GST (Gemuk Sampai Tua). Sebab Menteri DAP yang suruh hapuskan Assyahid Ustaz Ibrahim Libya. Sebab DAP yang jual tanah KTMB kepada Singapura. Sebab ...berapa banyak sebab daa...

Tanpa Nama berkata...

DAP selama2nya akan menjadi alat untuk memulihkan imej UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Ini semua kerja orang bodoh. Masalah kita orang Melayu bukan kerana orang Cina. Orang Cina gigih dan rajin. Berjayalah mereka. Tengok apa masalah orang Melayu kita.... rempit, dadah, kahwin cerai, mudah naik angin, mundur serba serbi.... kita yang salah bukan orang Cina.

"Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri." Bukanlah jelas di sini...

Tengok kejayaan Singapura. Jangan dengki pada mereka. Kenapa kita tidak boleh berjaya macam mereka? Tepuk dada dan tanya apa sebab,

Hanya orang bodoh mencerca kaum lain apabila kaum kita sendiri tidak boleh maju seperti mereka. Insaflah.... wahai saudara saudara kami. Tak payahlah emosi sangat.

Tanpa Nama berkata...

Kita orang Melayu merosakkan orang Melayu. Kemudian mahu salahkan orang Cina. Bahalol betul.

Malaysiabaru berkata...

Persatuan silat puaka akan di batalkan pendaftarannya di peringkat antarabangsa

Kerana main politik

Nak silat atau nak berdemo

Kami tunggu jer rusuhan kecil berlaku agar puaka di nyah daftar

gajah2021 berkata...

Ini semua sengaja dibuat untuk nak alihkan dari isu 1MDB dan duit derma 2.6 Billion. Jangan terperangkap, banyak lagi isu perkauman akan dimainkan ?

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak jemput artis Tak ada konsert Tak ada cabutan bertuah jangan harap lah melayu datang.

Minta pemerhati asing dan badan suhakam berada di lokasi

Tanpa Nama berkata...

Matlamat Baju Merah
Sokong TH beli tanah dgn harga mahal
Sokong MARA beli tanah di Australia dgn harga yg di ragui
Sokong Muhyiddin di pecat sebagaiTPM
Sokong duit derma untuk parti dan rakyat masuk dalam akaun pemimpin
Sokong nilai mata wang merundum
Sokong Jho Low dan kerugian 1MDB

Tanpa Nama berkata...

SABARLAH DAP BUKE[BUKAN] SEMA MELAYU .HANYA SEBAHGIAN MELAYU UMNO DAN SEGELINTIR MELAYU PAS YANG BODOOO PERANGAI MACAM BEROK.NGOR[BODOH]TAK ABIS2.

Tanpa Nama berkata...

Lain semua Tak penting, yang penting unmo dan pas terus berkuasa.

Unknown berkata...

Jom masa demo baju merah tu kita jual ikan bakan sekincan ...ambik fancis dr dato jamal tu.. kalau dpt kumpulkan 100.000 org...nanti harapan dato jamal jadi tim menteri cerah..

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah nasihat. Jangan lah berniaga pada hari itu sebab bila tang bayar semua cabut dan main tunjuk jari. Ada yang siap bungkus. Kejadian ini pernah terjadi di sebuah restauran dengan ketua-ketua buat selamba cabut lari.

Jangan ingat demo ini sama dengan Bersih. Peserta Bersih tunggu beratur untuk bayar sekalipun beli baju atau air botol. Melayu yang datang demo baju merah ini pantang makan free kalau tak. makan tak bayar. Yang datang bukannya pejuang tetapi macai upahan.