Aagaimana Bersih 4.0 mengajar kita – Syahir Nujaba’
Bersih 4.0 benar-benar mengajar kita kemerdekaan bukan milik sesetengah pihak. Ia bukan milik kerajaan semata-mata, namun hakikatnya ia milik seluruh rakyat Malaysia.
Menyifatkan himpunan Bersih 4.0 sebagai tidak patriotik adalah tidak adil. Kemerdekaan negara ini dicapai dengan semangat perjuangan, dan Bersih membawa mesej perjuangan yang jelas negara ini perlu diurus tadbir dengan berkesan.
Malam pemisah antara himpunan Bersih dengan sambutan kemerdekaan menyaksikan bagaimana Bersih dikendali dengan baik jika dibandingkan dengan kumpulan berbaju merah yang cuba merempuh masuk ke pentas dataran merdeka.
Bersih 4.0 mengajar kita himpunan aman bukanlah sesuatu yang mustahil. Adalah sangat mengejutkan apabila himpunan siri ke-4 ini berlangsung dalam keadaan yang sangat harmoni. Tanpa provokasi serta pengkhianatan daripada pihak yang menyamar sebagai demonstran, Bersih kali ini berjaya dikendalikan dengan baik oleh pihak polis.
Rakyat tidak takut lagi untuk memakai baju Bersih sejak mula, hatta semasa dalam kereta api. Ini berbeza dengan siri-siri yang lalu di mana mereka menyorokkan baju Bersih terlebih dahulu sebelum tiba di kawasan berhimpun.
Kerjasama yang baik antara demonstran dengan pihak polis akhir sekali dizahirkan dengan dendangan lagu yang dinyanyikan bersama-sama oleh pihak demonstran sebagai menghargai jasa pihak polis.
Bersih 4.0 kali ini mengajar kita kesejahteraan hubungan antara kaum bukanlah retorik. Berita-berita mengenai bukan Islam yang terpapar di dada-dada media sebagai tidak selesa dengan laungan azan yang berkumandang, kini kelihatannya bertentangan dengan realiti Bersih.
Bukan Islam di himpunan ini membantu untuk meredakan sorakan, menyediakan ruang, bahkan menawarkan khidmat air wuduk kepada demonstran Muslim yang ingin mendirikan solat. Fenomena ini cukup menguja kerana, iklan yang selama ini mempromosi hubungan antara kaum sebatas unsur manusiawi kini melangkah jauh merentasi unsur ibadah dalam agama masing-masing.
Bersih 4.0 bukan sahaja mengajar kita untuk hidup beragama, tapi juga untuk hidup bertuhan. Masakan tidak, kali ini, rumah-rumah ibadat selain Islam juga turut membuktikan kebersamaan mereka menentang kezaliman dengan menyediakan khidmat hospitaliti kepada para demonstran untuk berteduh dan menyegarkan diri.
Bahkan rumah ibadat agama selain Islam dikatakan membuka ruang yang lebih luas berbanding masjid-masjid yang ada sehingga mereka menyediakan ruang solat khusus bagi tetamu Muslim.
Ini benar-benar mengimbau nostalgia kegemilangan Jurusalem yang pernah suatu ketika dahulu dikenali sebagai The Kingdom of Heaven kerana pelbagai agama hidup harmoni di dalamnya.
Bersih 4.0 kali ini lebih menarik dengan kewujudan kelompok kecil yang berhimpun secara berasingan daripada pentas utama. Mereka ini membawa mesej yang sedikit berbeza, iaitu kehadiran mereka mewakili suara golongan akademik.
Himpunan yang sedikit terasing ini dilangsungkan sedikit berbeza dengan gaya penyampaian yang lebih ilmiah dibandingkan dengan pentas utama yang lebih politikal dan sarkastik.
Kelompok ini percaya, dalam membawa perubahan, semangat politik kepartian sedia ada tidak cukup. Menerapkan unsur ilmu dalam masyarakat bakal membawa kesan perubahan yang lebih kekal dan berpanjangan.
Ini cukup membuktikan himpunan Bersih bukanlah himpunan parti politik semata-mata. Namun ia membuka ruang yang luas untuk dicorakkan oleh kelompok yang ingin mengarus perdanakan idealisme masing-masing.
Bersih 4.0 juga mengajar kita untuk melihat dunia ini dari kaca mata penimbang antara majoriti dan minoriti. Di mana pun bumi dipijak, atas niat yang sesuci mana pun, pasti akan ada kelompok minoriti yang cuba menumpang nama di sebalik seruan kebaikan.
Dalam kes Bersih 4.0, kelibat bendera berfahaman songsang LGBT, serta tindakan beberapa individu yang memijak gambar Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencetuskan pandangan negatif masyarakat awam terhadap Bersih 4.0.
Bagaimanapun, itulah hakikat yang kita perlu sedari, tidak akan pernah wujud persepakatan total dalam isu keagamaan dan kemanusiaan. Ini secara jelas disebut dalam Surah al-Maidah ayat yang ke-48, Allah berkuasa untuk mencipta kesatuan serta-merta, namun sengaja dijadikanNya kita berbeza sebagai ujian agar kita terus berlumba melakukan kebaikan.
Dalam hal ini, seharusnya mereka yang berfahaman suci, berusaha untuk mendominasi himpunan ini sebelum ia dikuasai oleh mereka yang berfahaman songsang, bukan mengambil keputusan untuk lebih mengasingkan diri daripada partisipasi.
Bersih 4.0 dari sisi lainnya mengajar pendakwah Muslim agar lebih berhati-hati apabila membawa diri ke dalam medan dakwah yang lebih mencabar.
Timbulnya beberapa isu seperti non-Muslim berseluar pendek membonceng motosikal Muslim yang berkopiah serta gambar pemimpin Islam dipeluk oleh wanita bukan Muslim, adalah situasi yang tidak elok pada pandangan masyarakat Muslim.
Tindakan pantas memberi keterangan media adalah sangat diperlukan untuk mengelakkan fitnah berlarutan. Sama ada keterangan itu dalam bentuk memohon maaf atau menafikan secara langsung, respons pantas ini sepatutnya dijadikan amalan.
Dan kita sebagai Muslim yang menyedari suasana sebegitu sangat sukar dikawal, seharusnya lebih bersikap konstruktif agar ia diperbaiki pada masa hadapan. Sikap mengupas isu ini dengan nada sinis dan berunsur humor hanya akan menzahirkan sikap kita yang tidak praktikal.
Bersih 4.0 mengajar kita pemulihan psikologi yang bersikap individu tidak cukup untuk mengubah nasib rakyat secara kumulatif. Pemulihan sosiologi juga penting untuk digerakkan agar perubahan yang lebih holistik dapat dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia.
Kita masih mengharapkan agar, pakar motivasi yang kaya-raya hasil kerja-kerja pemulihan bersifat psikologi ini juga kelak membuktikan mereka juga mengiktiraf pemulihan sosiologi, dengan cara turut menyertai himpunan ini sebagai bukti mereka benar-benar empati terhadap nasib pelanggan mereka.
Bersih 4.0 pastinya membawa pengajaran yang sangat banyak, terutamanya bagi mereka yang berjaya mengikuti himpunan Bersih 4.0 ini secara lengkap.
Namun, senarai di atas ini adalah antara pengajaran yang paling besar kita boleh dapatkan dari himpunan ini. Pun begitu, pengajaran terakhir ini dilihat lebih memberikan kita erti dalam mengambil ibrah daripada peristiwa ini.
Bersih kali ini mengajar kita untuk menilai bagaimana parahnya permainan persepsi dalam kalangan rakyat Malaysia. Setiap kebaikan dikupas dari sudut yang negatif. Tawaran khidmat wuduk dilihat sebagai tidak ikhlas.
Timbul pula suara-suara “agamawan” amalan itu hanya dibolehkan untuk pesakit. Bahkan lebih lucu, apabila siri-siri sebelum ini tidak disertai oleh kaum Cina dikatakan sebagai pengkhianatan terhadap perjuangan, kini bertukar pernyataan menjadi sebaliknya apabila penyertaan besar-besaran dari kaum Cina kali ini dianggap sebagai ingin mengambil alih tampuk pemerintahan Melayu pula.
Cukuplah Bersih 4.0 mengajar kita, kelompok yang hasad dan sempit pemikirannya ini takkan pernah berpuas hati dengan apa pun perubahan positif dalam gerakan masyarakat. Pemikiran bersifat anti-establishment sebegini kita harapkan semakin tersisih, tenggelam ditelan zaman, sebagaimana satu masa dahulu, pembedahan dianggap haram dalam agama Islam, kini menjadi amalan arus perdana.
Biarlah sejarah memadamkan nama-nama kelompok ini, seterusnya menaikkan nama-nama mereka yang banyak mengusahakan perpaduan kaum dan kemajuan negara yang tercinta ini.
* Penulis adalah ketua Lujnah Syariah Ikram Siswa Nasional.
ULASAN GB
Hanya yang tebal sifat perkaumannya dan yang berpenyakit di hati akan memandang sinis, malah memperlekehkan kepada paparan gambar di atas.
Sekiranya umat Islam dari UMNo atau PAS atau tak berparti yang tak hadir di perhimpunan tersebut tetapi sekiadar menyediakan air untuk solat atau menyediakan tandas untuk keperluan awam, maka itu lebih baik dan lebih berpahala buat mereka dari mengutuk dan mencaci tidak tentu hala yang membawa kepada lebih banyak dosa.

Pandangan dari perhimpunan Bersih 4 – MS Ismail dan rakan-rakan
Assalamualaikum warahmatullah saudara se-Islamku,
Alhamdulillah pagi Subuh 30 Ogos, 2015 ini, kami aktivis Bersih masih lagi berada di Jalan Tunku Abd Rahman/Tun Perak di lapangan Bersih 4.
Kami ingin beri pandangan tentang komen beberapa ulama yang memberi komen tidak seimbang tentang Bersih 4, malahan boleh mengelirukan ummah.
Ada ulama yang tidak turun padang dan tidak mengkaji masalah ummah secara mendalam dan merujuk kepada pakar bidang lain seperti kajian politik dan sosial, tiba-tiba sahaja kata Bersih 4 tidak demokratik dan tidak patriotik.
Tetapi pemimpin negara yang menggelapkan duit rakyat dan kemudian saling berpakat menutup lubang, berbohong, mengugut pengawai kerajaan, demokratik dan patriotikkah mereka?
Ulama yang sama tidak pula membuat kenyataan pemimpin ini tidak demokratik dan tidak patrioktik kerana menipu rakyat secara terang-terang.
Allah akan memenangkan agamaNya. Kita hanya berada di dalam proses perubahan itu. Bersyukur kepada Allah dan tahniah kepada yang terlibat dalam Bersih 4.
Jika satu kumpulan atau kaum enggan membantu agama Allah, maka Allah akan mengantikannya dengan kaum dan kumpulan lain.
Ramai kaum Cina di Malaysia bukan Islam, mereka berpakaian mendedahkan tubuh badan datang ke Bersih... memang mereka begitu. Mengapa ada pemimpin parti Islam membangkitkan sudut ini?
Tanggungjawab kita ialah membimbing mereka dengan nasihat dan teladan yang baik.
Kini mereka mendambakan kebaikan yang memang terangkum dalam Islam yang bersifat universal dan rahmatan lil alamin.
Mengapa pula parti Islam menolak mereka dan mencurigai mereka?
Sebahagian ummat Melayu terpengaruh dengan "fatwa" ulama' dan mufti yang tidak faham realiti atau keadaan semasa. Mereka mengunakan nas yang sahih tetapi diapplikasi di dalam konteks yang salah.
Mereka juga gagal mengimbangi antara keperluan untuk merubah kebatilan dengan tangan dengan menutup pintu kemungkaran.
Apakah kita ummat Islam begitu lemah imannya atau memiliki hati yang terlalu berpenyakit sehingga goyah pegangan agama jika melihat kaum Cina yang mendedah aurat? Walhal Bersih 4 ini adalah wahana perubahan untuk kebaikan.
Mengapa mengamalkan "double standard"? Tidakkah kita bermuamalah dengan kaum Cina dan kaum Melayu sendiri yang berpakaian mendedah aurat semasa berjual beli, urusan sosial yang lain dan sebagainya?
Kita melihat para demonstran Cina amat berdisiplin dan berprinsip. Mereka taat dan berdisiplin, mengutip semasa Bersih dan sanggup tidur di Jalan TAR dan Tun Perak setelah diarah penganjur.
Bahasa yang digunakan amat tertib tetapi tajam menuju sasaran rakyat Malaysia yang mahu melihat negara yang lebuh bersih. Pemidato mereka berusaha bertutur dalam bahasa Malaysia, dan mengajak rakyat bersama-sama membina Malaysia yang bersih rasuah.
Bersih menuntut perubahan termasuk peletakan jawatan perdana menteri.
Menukar kerajaan sebelum PRU14 dikatakan tidak demokratik? Adakah demokratik terhad kepada pilihan raya sahaja?
Bagaimana pula dengan membuat usul undi tidak percaya oleh ahli Parlimen dengan desakan rakyat dari kawasan Parlimen masing-masing?
Bagaimana pula dengan gerakan luahan rasa rakyat melalui perhimpunan aman dan wahana Bersih dan seangkatannya? Adakah kedua-dua perkara itu tidak demokratik sedangkan ia dibenarkan undang-undang?
Umat Islam di Malaysia menanggung malu akibat "fatwa" yang pramatang oleh beberapa individu ulama ini.
Imam Abu Hanifah membuat fatwa berkenaan muamalah jual beli, dan beliau, rahimahumullah adalah seorang ahli perniagaan. Imam Ibn Taimiyah apabila melawan kelesuan umat yang menutup pintu ijtihad, beliau sendiri giat terlibat dengan gerakan jihad berperang fi sabilillah.
Dalam suasana Malaysia, para ulama seharusnya, jika tidak terlibat dengan bidang yang hendak dikeluarkan fatwa, hendaklah memanggil mereka yang terlibat dalam bidang kepakaran yang khusus atau turun padang merisik dan bergaul dengan mereka yang terlibat supaya faham akan realiti semasa.
Di samping itu, mereka perlu dilatih dengan ilmu perancangan senario dan perancangan strategik.
Tidaklah berlaku keadaan mengeluarkan fatwa dari kamar pejabat, masjid sahaja dengan fatwa yang pelik dan tersasar jauh dari realiti semasa sehingga menjadi bahan tertawa puak 'civil society'.
Yang lebih menggerunkan ialah apabila para ulama tersebut dilihat bersekongkol dengan pemerintah yang zalim dan rendah integriti. Memungkiri perjanjian dgn kumpulan belum Islam juga adalah satu amalan buruk.
Jika ada perkara yang kurang dipersetujui, tidak pula dibincangkan dalam mesyuarat secara terbuka tetapi mesyuarat pula kerapkali gagal dihadiri.
Kemudian memberi alasan tidak sihat sepanjang tahun sedang pemimpin yang uzur perlu diwakili tatkala keputusan untuk kepentingan ummah perlu diambil.
Tidak pula kita dengar para ulama itu menegur PM tentang salah lakunya. Atau mungkinkah mereka sudah terperangkap dengan jerat assabiyah kemelayuan atau ketuanan Melayu?
Tidak boleh menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara sah kerana hukumnya adalah haram. Demikianlah isi kandungan fatwa seorang mufti sebuah negeri. Betulkah begitu?
Fatwa dibentangkan sedemikian rupa atau di-orchestrated sehingga rakyat menjadi keliru dan menganggap luahan hati rakyat via Bersih adalah usaha menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan tidak mengikut saluran yang sah. Tuduhan ini tidak benar.
Fatwa tersebut dari kitab yang membicarakan isu bughah.
Orang yang bughah dan pemberontak, halal darahnya. Tetapi siapakah pula golongan bughah? Bukankah ia wujud pd zaman kegemilangan Islam di mana pemilihan dan wala' adalah kepada khilafah Islamiyah yang melaksanakan keadilan dan syariah sepenuhnya. Mereka mengangkat senjata utk menentang kerajaan yang sah.
Adakah pembangkang di Malaysia mengangkat senjata?
Satu lagi, tatkala rakyat berhadapn dengan isu 1MDB dan RM2.6 billion dan lain-lain hingga mencetuskan Bersih 4, ummat Islam disajikan dengan khutbah Jumaat yang menegur penggunaan media sosial yang menfitnah pemimpin negara yang kononnya punca menyebabkan suasana huru hara. Ini satu rumusan yg tersasar jauh.
Bukankah badan khas seperti SPRM, PAC, BNM dan PDRM dilantik? Semua orang tahu apa yang berlaku kepada agensi tersebut. Semua orang tahu jalan cerita isu ini.
Mula-mula menafi laporan WSJ, kemudian disusuli pengakuan derma dari timur tengah, untuk melawan Isis, kemudian pemecatan timbalan perdana menteri penamatan peguam negara sebagai pengendali kes, penukaran pegawai penyiasat, pembubaran PAC dan cubaan mencemarkan kredibiliti gabenor Bank Negara. Pada masa yang sama, isu 1MDB masih misteri.
Ini hakikat yang berlaku yang dilaporkan oleh pihak yang ada autoriti. Dan apa pula pandangan ulama berkenaan dalam hal yang amat memalukan negara ini?
Tiba-tiba ummat Islam disogokkan dengan konsep tabayyun dalam surah hujurat.
Wallahua'lam, bagi kami, ini satu lagi kes yang terang-terang hendak memperbodohkan umat Islam dalam isu penyelewengan yang dahyat yang dibuat pemimpin negara, yang cuba ditutup lubang, dan apabila rakyat bangkit menyatakan suara dan perasaan mereka dicop tidak demokratik.
ULASAN GB
Hanya yang tebal sifat perkaumannya dan yang berpenyakit di hati akan memandang sinis, malah memperlekehkan kepada paparan gambar di atas.
Sekiranya umat Islam dari UMNo atau PAS atau tak berparti yang tak hadir di perhimpunan tersebut tetapi sekiadar menyediakan air untuk solat atau menyediakan tandas untuk keperluan awam, maka itu lebih baik dan lebih berpahala buat mereka dari mengutuk dan mencaci tidak tentu hala yang membawa kepada lebih banyak dosa.
17 ulasan:
Dengar cerita
1. Org pas marah kpd hadi kerana tak benarkan mereka ke bersih
Dan tidak sediakan transport serta logistik
2. Ahli umno tak marah kpd TunM yg singgah
Ke bersih
Rasanya cina yang sedia memberi khidmat memberi air wuduk percuma adn perkhidmatan percuma serta tandas adalah lebih bernilai dari seorang melayu yang tak ingin turun bersma BERSIh tetapi membebel DAP dan bergembira sebab Melayu tak ramai. Peminpin GHB teruskan khidmat sambil menunjuk contoh yang baik kepada non muslim agar mereka melihat betapa indahnya ISLAM ,kita berusaha dan Allah memberi hidayahnya.
Biarkan sekelompok peminpin yang sedang memimpin terus dengan tekanan jiwanya,sakit dalamanya ,tak tenang bila melihat keindahan islam yang kita sumbangkan dan diterima oleh bangsa dan agama lain.Insyaaalh usaha kita di redhai allah.
Ssmbung...
Sehinggakan peratusan kaum melayu nampak tak seimbang ...
Sedangkan pembangkang nampak semakin kuat tapi Pas pilih untuk bersendiri asalkan kerajaan BN tak tumbang..
Apa punya politik?
Pas dan umno sekarang sudah senada dan seirama. Sikit2 salahkan cina dan dap. Sikit2 sebut jadi TUNGGANGAN DAP!!
Bukankah pas sekarang dah jadi KUDA TUNGGANGAN UMNO...?? Umno dah jadi kuda tunggangan NAJIB..???
Adalah lebih baik berpakat dgn cina dap daripada berpakat dgn melayu umno yg bodoh jahat dan zalim...!!!
Pas perlu faham mereka sedang hanyut dan berundur ke belakang!!! Mereka dungu dan bodoh dalam hal2 politik. Tidakkah mereka sedar momentum kemarahan rakyat terhadap NAJIB UMNO dan BN....??? Butakah pemimpin pas tidak nampak hal yg sebesar ini??
Kemarahan kepada NAJIB dan Umno BN bukan dari DAP PKR GHB sahaja. Tetapi merangkumi hampir keseluruhan rakyat yg dah sedar kebejatan dan kelemahan NAJIB BN. Yang marah sekarang termasuk golongan ISTANA TUN MADEY dan ORANG UMNO sendiri...!!!
Peluang untuk BN tersungkur dan karam total dalam pru14 adalah amat tinggi...!!! Tidakkah pemimpin PAS nampak apa kebanyakkan rakyat Malaysia nampak ??? Atau pengelihatan mereka terlindung oleh bayang2 siku dan lutut sendiri...???
Rakyat benci NAJIB Umno bn dan orang yg bersengkongkol dgn mereka termasuk Pas...!!! Maka pas bersedialah untuk dihumbankan bersama sama umno dalam pru 14 nanti....!!!
Tunggguuuuu......!!!
Seruan bersih, berpuluh ribu hadir. Seruan azan? Adilkah pada Allah?
saya terharu
ulamak juga kata, tak dapat buat semua jangan tinggalkan semua
Benteng perkauman dah runtuh.. tapi PAS dan umno sedang cuba membaikpulih benteng tersebut utk kepentingan masing2..
mana kau tau org hnya dtg bersih tp xdtg masjid bila azan kumandang.
carila hujah lebih besar dn cerdik klu nk komen.
Senang nak cerita: kerana ulama pas sokong najib umno iaitu penerima derma terbesar.
Mungkin pas nak belajar dr gab najib cara dapat derma billion?
Ulama pas memang suci mulia belajar pengetahuan baru hari hari.
Sekarang pas cuma nak paham tactic dapat pilotical derma billion. Ni lar Sebab pas sokong najib.
Pas = unmo
Umno = pas
Hadi = najib
Najib = penerima derma billion
Bila tgk gambar ni... teringat perhimpunan pkr kat pj..seblm pru 13.. dekat padang.. sebelah padang komplek beli belah.tak ingat nama tempat tu... masa azan maghrib berpusu2 org nak solat kat komplek beli belah tu.. org solat kat ruang legar tingkat atas.. rasa itu pertama dan terakhir ruang legar org dirikan solat.. mula2 aku pergi ambik air sembahyang... habis air kat tandas tingkat tu.. aku pegi tandas tingkat bawah.. beratur org nak ambik air sembahyang.. sebelah tandas lelaki tu tandas perempuan.. masa beratur kat luar tandas lelaki..di tandas perempuan ada seorg ah sow dgn anak dia... melambai suruh masuk tandas perempuan... dia dgn anak dia jaga kat pintu tandas.. maka lelaki yg beratur tu masuk tandas perempuan...ah sow dgn anaknya jaga kat pintu... habis aku ambik air sembahyang aku ucapkan tkasih... dia angguk.. takpe.. semua lelaki yg keluar bilik air perempuan tu ucap terima kasih... aku solat pun antara kusyuk dgn tidak je.. bila peristiwa bermain2 kat fikiran aku.. bg aku ah sow dgn anaknya terlalu baik.. ingat lagi dia melambai2 suruh masuk tandas perempuan tu...
Pas berpolitik jual agama
Umno berpolitik jual bangsa. Matlamat mereka serupa dan sama iatu kuasa dan harta. Yang BANGANG TOLOL DAN BARUA ialah penyokong mereka!! Kah kah kah
Bersih 4 telah memberi satu pengalaman yg indah; berbeza dgn demontrasi2 yg pernah aku hadir sebelum ini.
Melihat kepada sifat terbuka, budiman & keprihatinan ramai peserta yg hadir antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa; ia memberi harapan bahawa rakyat malaysia boleh hidup dengan aman dan harmoni. In sha Allah
PAS UMNOOO dah sehati sejiwa kan?
Catat Ulasan