1 Sep 2015

Terbukti Kenyataan Syed Mokhtar Bukhary Adalah Palsu...

Syed Mokhtar nafi tulis artikel berkaitan Najib

Jutawan yang juga Pengasas Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menafikan beliau menulis artikel berkenaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Artikel bertajuk `Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Perdana Menteri’ telah disebar di media sosial sejak 29 Ogos lalu.

Menurut Syed Mokhtar, beliau tidak boleh terus membiarkan perbuatan menyamar menggunakan namanya lebih-lebih bagi tujuan yang menyalahi undang-undang.

“Untuk mengelakkan keraguan atau kekeliruan, orang ramai boleh merujuk ke laman web Albukhary Foundation yang menjadi medium rasmi tunggal bagi Tan Sri Syed Mokhtar.” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Artikel itu telah mendapat perhatian dan diterbitkan semula dalam blog dan tersebar menerusi media sosial di Twitter, Whats App dan Facebook.

Antara lain, artikel itu menyatakan Najib sebagai manusia biasa tak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau tak ubah seperti mencurah air di daun keladi atau menjadi bangsa yang tak mengenang budi.

Tulis artikel itu lagi, sepanjang lima tahun berbilion bantuan dan peruntukan kepada kaum Bumiputera diberikan oleh Najib, namun Melayu tak penah sepatah mengucap terima kasih.

Sebaliknya apabila Perdana Menteri mengumumkan bantuan RM50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Najib. Syed Mokhtar merupakan Pengasas Yayasan Albukhary dan telah berkhidmat sebagai Pengerusi sejak ditubuhkan pada Mac 1996.

Yayasan Albukhary tidak terlibat dalam politik kerana sebuah organisasi amal, pendidikan dan inisiatif budaya yang merapatkan jurang di antara golongan miskin dan kaya serta masyarakat Islam dan bukan Islam.

Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan jutawan Bumiputera di Malaysia dengan memiliki aset sebanyak RM167 bilion yang memiliki pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan kejuruteraan dan janakuasa elektrik. -FMT

Luahan hati Syed Mokhtar Bukhary berkenaan Najib Razak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia n islam (izin edit sikit jer) izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar. SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.

10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing. Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat in


ULASAN GB

Bunyi ayat macam bagus ajer kononnya tuiisan Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Rupa-rupanya tulisan yang cuba mengampu Najib itu adalah palsu dan tidak ada kena mengena dengan Syed Mokhtar.

Demikianlah terdesaknya puak UMNO hendak membela Najib.

Sama juga kes pijak gambar Najib dengan Hj Hadi. GB amat bersetuju agar ianya disiasat. Kita yakin ia adalah provokasi pihak tertentu dan menyuruh peserta BERSIH memijak gambar itu dan kemudian mereka merakam serta sebarkan untuk burukkan BERSIH 4.0. Anehnya PAS percaya bulat-bulat semata-mata nak burukkan BERSIH 4.0 dan GHB. Macai UMNO bertepuk tangan... orang kampung kata... bodoh nak mampos!!.

Dan ini lagi ... kantoi habis...

Wajah Suspek Baling Mercun Ketika BERSIH Yang Berjaya Ditangkap


Suspek yang telah membuat provokasi pada malam Merdeka terhadap peserta BERSIH 4 dengan membaling mercun di khalayak ramai yang juga sedang menunggu detik kemerdekaan telah dikenalpasti iaitu Suhaimi Adnan atau dikenali sebagai Suhaimi Taliban.

Suhaimi juga adalah daripada penyokong Anti-BERSIH baju merah yang membuat demonstrasi dihadapan pasaraya Sogo tempoh hari.

Ekoran perbuatan provokasi itu empat orang awam cedera yang sedang berehat berdekatan Dataran Merdeka akibat terkena mercun yang dibalingnya.

Suhaimi dilihat memakai baju T hitam dan cuba membaling lebih banyak mercun, namun berjaya digagalkan oleh orang awam yang lain.

"Lelaki tersebut dikepung dan ditangkap oleh orang ramai.

Sejak kebelakangan ini provokasi kerap dan sengaja dilakukan oleh penyokong #Kekalnajib mungkin mereka rasa tertekan apabila sokongan rakyat tidak berpihak kepada Najib.

Sebelum ini Ali Tinju pernah dengan sengaja membuat provokasi terhadap program Nothing To Hide agar kekecohan berlaku dan sekaligus memaksa polis membatalkan program tersebut. Provokasi ini mungkin dirancang agar Najib tidak dapat hadir untuk berdaialog dengan NGO-NGO yang telah sedia menunggu.






ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbesar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO akan guna apa cara sekali pun.

UMNO (Utusan) selalu menguna nama individu tertentu tetapi yang sebenarnya individu tersebut tidak pernah buat kenyataan bahkan ada yang tidak tahu langsung namanya digunakan. Oleh kerana termakan budi, individu yang disebut nama mereka terpaksa mendiamkan diri.

Begitu juga bila mereka mengunakan nama Syed Mokhtar Bukhary dimana mereka berharap individu bernama Syed Mokhtar Bukhary akan mendiamkan diri. Dengan demikian Najib di pandang mulia kerana di puji dan di bela oleh individu yang hebat seperti Syed Mokhtar Bukhary.

Apakah Syed Mokhtar Bukhary akan terima balasan dari UMNO kerana sedikit pun tidak mahu membantu Najib yang dalam masalah? Bukan nya keluar duit, hanya menguna nama Syed Mokhtar Bukhary.!

Walaupun Syed Mokhtar Bukhary ingin mejelaskan yang dia tidak memihak atau tidak terlibat dengan masalah politik UMNO, kini keadaan sudah jadi terbalik dimana pandangan ramai ialahdengan kenyataaan menafikan yang dia menulis luahan hati tersebut menyebabkan nama Najib lagi busuk.

Sepatutnya dalam kenyataan menafikan tulisan tersebut, Syed Mokhtar Bukhary berkata 'saya yakin masalah dapat diselesaikan' sebagai tanda menghormati Perdana Menteri.

Tanpa Nama berkata...

Bukan BODOH nak MAMPUS tetapi BODOH Taknak Mampus2.

Tanpa Nama berkata...

Menyokong Najib dan Umno ibarat untung secupak, rugi segantang..isi depa sapu habis, tulang campak kat rakyat terutamanya org melayu.

Abdul Said berkata...

Yang sebenarnya umno sedang terdesak. Mereka menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian umum dan juga cuba mengalihkan pandangan awam dari perkara sebenar. Yang teruknya bila mereka menggunakan 'agent provocateur'(bahasa Perancis)bermaksud agen penghasut. Teringat saya zaman peperangan Vietnam dahulu, bila berlaku letupan bom di pasar dan tempat awam kerajaan boneka Amerika di Vietnam Selatan akan menuduh Viet Cong iaitu pejuang kemerdekaan sebagai pihak bertanggungjawab. Bila perang selesai perkara sebenar terbongkar bahawa yang meletupkan bom ialah agen-agen kerajaan Vietnam Selatan!!. Inilah yang kita takuti sekali. Manusia yang akan mati lemas akan bergantung dengan apa sahaja termasuk sehelai lalang kering!! Semoga Allah s.w.t melindungi kita semua dari malapetaka buatan syaitan yang bertopengkan manusia!!!

Tanpa Nama berkata...

Selepas ini mereka akan mengatur kan satu prog anak-anak yatim bersama Syed Mokhtar (bukan bersama Najib) sebab mereka akan mengambil gambar Syed Mokhtar dan Najib bersalam-salaman.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya provokasi ini akan berterusan sehingga pilihanraya 2018. Inilah hala tuju perjalanan pilihanraya akan datang. Kegagalan mengubah persempadanan semula kawasan pilihanraya di samping pola pengundian yang lebih mengarah kepada parti pembankang menjadikan pilihan melakukan provokasi bagi menerbitkan suasana tegang dan seterusnya berlaku rusuhan adalah pilihanraya terbaik. Sebab itu muncul individu seperti Ali Tinju, Riduan Tee, pertubuhan seperti ISMA mempunyai tugas khusus dengan tujuan tertentu. Oleh itu berhati-hati lah. Jangan terperangkap.

Tanpa Nama berkata...

Penat-penat berlatih silat, pecah batu dengan kepala dan patah kayu kena debik belakang badan, akhir nya guna mercun bola jugak.

Dengan baling mercun bola, dia ingat peserta Bersih akan lari lintang pukang.. hehehe.

Bukan sebelum ini Polis tidak pernah acu pistol di mana dalam satu insiden Pegawai tersebut melepaskan tembakan amaran kerana menyamar dalam kumpulan reformasi tapi rakyat tetap pergi jugak.

Tahu lah pulak buat-buat pengsan dan macam kena sakit jantung. Taktik menyelamatkan diri ini je yang dia pandai. Kerja baling mercun macam ini bukan kerja 'ayahanda' tapi sepatutnya anak-anak buah. Buat malu ..