2 Sep 2015

Pijak-Memijak Gambar Pemimpin, Belajarlah Dari Hukum Alam...

Polis cari pemijak gambar Hadi

Dua individu dipercayai terbabit memijak gambar Presiden PAS dan perdana menteri digesa tampil membantu siasatan polis dalam kes itu, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur hari ini. Menurut SAC Zainuddin Ahmad berkata kedua-dua individu itu diminta datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi secepat mungkin.

Memetik keyataan Zainuddin, The Star Online melaporkan, kes berkenaan disiasat pegawai Bukit Aman mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu cubaan menyebabkan ketakutan kepada orang awam.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Muhammad Noor Mohamad membuat laporan polis mengenai insiden yang menaikkan kemarahan ramai pemimpin serta pengikut parti itu.

Muhammad Noor berkata tindakan mesti diambil kerana gambar yang digunakan dalam insiden itu sudah diubah suai.

Beberapa laporan lain juga dibuat di balai polis hari ini.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan pula mendakwa peserta BERSIH 4 yang melakukan tindakan itu mesti tampil dan memohon maaf.

Nasruddin juga berkata, lebih baik penganjur, BERSIH 2.0 sendiri mengambil tanggungjawab atas kejadian berkenaan. -mk

ULASAN GB

Sesiapa pun yang rasional tidak akan merestui perbuatan memijak gambar orang lain.

Namun apa yang berlaku itu adalah kemungkinan satu permainan provokasi dari pihak ketiga... Sebelum ini GB ada mengulas:

Sama juga kes pijak gambar Najib dengan Hj Hadi. GB amat bersetuju agar ianya disiasat. Kita yakin ia adalah provokasi pihak tertentu dan menyuruh peserta BERSIH memijak gambar itu dan kemudian mereka merakam serta sebarkan untuk burukkan BERSIH 4.0. Anehnya PAS percaya bulat-bulat semata-mata nak burukkan BERSIH 4.0 dan GHB.

Dan PAS tidak perlu menggelabah sebelum siasatan selesai.

Perbuatan memijak gambar juga pernah dilakukan oleh ahli-ahli PAS (geng ulama) terhadap gambar pemimpin PAS yang progresif sebelum ini. berlaku di hadapan pejabat PAS. Ia dibiarkan saja oleh pemimpin tertinggi PAS waktu itu, tiada sebarang tindakan diambil seolah-olah merestui perbuatan itu.


Kini, roda berputar. "Orang lain" pula memijak gambar pemimpin PAS (?).

GB selalu berpesan tentang hukum kebenaran dan keadilan - Hukum Alam - Sunatullah - Golden Rule - Hukum Karma - Confucius. Ia diajar di dalam kebanyakan agama.

“Don't do unto others what you don't want others to do unto you.”>

Kita jangan lakukan sesuatu yang kita tak suka orang lain lakukan terhadap kita. Kelak kita juga akan mendapat balasannya. Kita jangan memijak gambar pemimpin orang lain (sekalipun bencinya terhadap mereka), kelak nanti orang lain akan memijak gambar pemimpin kita...

Mujurlah sewaktu gambar pemimpin PAS progresif dipijak itu, pemimpin progresif itu tidak melawan atau bertindak balas. Mereka hanya bersedih lalu meninggalkan PAS yang dilihat sudah tidak suka kepada mereka - dengan cara yang terhormat, kedatipun mereka dibarua dan ditololkan dengan begitu hina sekali oleh pemimpin tertinggi PAS....

Belajarlah dari hukum kebenaran dan keadilan yang sentiasa tidak berubah itu...


Sebagai sunnah Allah yang berlaku atas orang-orang yang telah terdahulu sebelum(mu), dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah. - Al-Ahzab:62






ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuan-puan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak siasat, siasat lah dulu ada berapa keping gambar Najib-Hj Hadi semasa perhimpunan Bersih 4. Kalau ada cuma sekeping bererti memang sah provokasi.

Gambar tersebut sengaja di letakkan di atas jalan. Lalu si amoi remaja dan di suruh posing biasa dulu. Kemudian di suruh amoi remaja tu letak kaki atas gambar tersebut. Yang ambil gambar pulak pakai baju kuning. Tu sebab amoi remaja tu tersenyum-senyum bukan dengan muka marah.

Sebelum ini macai UMNO kencing gambar bannerTGNA dan Hj Hadi, pemimpin PAS buat tak tahu je. Kencing tak apa, jangan pijak ??

Tanpa Nama berkata...

Komen aku senang je buat geng2 hj hadi... padan muka! kan dah kena balik & dapat balasan CASH di dunia lagi, kena batang hidung sendiri amacam? marah kan, bengang kan, geram kan, sakit hati kan, malu kan... mcm itulah rasanya orang2 yg korang pijak gambarnya depan pej pas jln raja laut tu dan korang caci maki serta malukan mrk dgn gelaran2 yg hanya sesuai di panggil utk binatang! Hari itu hari korang, hari ini hari mereka lak..... sekarang amacam lebai!! Orang sombong & bongkak selalu rugi & dibenci.... tak lagi dihormati....

Tanpa Nama berkata...

Padan muka#$/&&*

Tanpa Nama berkata...

Apa macam rotan gambar lge dan pijak gambar mat sabu?

1. Gambar Mat sabu di pijak tapi dia tiada gelaran ulama pas suci mulia.

2. Yang pijak gambar ulama pas suci mulia tu adalah cina kafir celaka yang berniat jahat iaitu Hina agama

Nampak Tak logik dia orang yang fikiran suci mulia?

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa dia bergelaran mulia tapi sokong kuat penerima "derma" billion.

Ni orang beragama apa???

Tanpa Nama berkata...

Conclusion: dalam pikiran orang pas ulama ulama mereka tinggi macam tuhan. Dalam fikiran mereka pula semua cina kapir jahat Hina agama.

Ni lar parti beragama Islam. Cina jauhkan diri drpd islam kerana pas dan ulama ulama pas.

Saya cina.

Tanpa Nama berkata...

tukang komen je yang melalak lebih. orang yang kena pijak rilek je.

Mr Oren berkata...

Banner program Pas selalu letak gambar Presiden dan Mursyidul Am. Yang akhirnya dibuang ke tong sampah, dibiarkan mereput atau dibuat alas duduk. Tak kisah pon?

Abdul Said berkata...

Inilah parti-parti Melayu. Parti-parti yang tak tentu hala. Rakyat risau kerana kos sara hidup naik. Kerja pun tak menentu. Kalau bisnes merosot yang teruknya orang Melayu. Berapa ramai orang Melayu yang bekerja dengan usahawan Cina? Dan berapa ramai pula orang Cina bekerja dengan usahawan Melayu? Tiba-tiba pemimpin politik Melayu sibuk hal gambar kena pijak!! Tapi nak marah pun tak boleh juga. Ahli-ahli bodoh mesti lantik pemimpin-pemimpin yang bodoh jugak!!!

errol berkata...

Mana MCA?? Sila buat laporan polis untuk menunjukkan kesetiaan kpd kerajaan!

"Tak kan Melayu hilang di dunia" - betul.
"Tak kan Melayu terbangsat tanpa Umno" - betul jugak!

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Itu Kata pujangga Melayu. Kalau takut menanggung risiko, jangan bicara soal perjuangan. Itu pula kata Anwar Ibrahim. Mana lebih tersiksa difitnah dan dimalukan sehingga menjadi penghuni penjara, atau gambar wajah dipijak oleh demontran?

Kebarangkalian gambar Najib dan Hadi dipijak oleh peserta bersih adalah satu provokasi. Isu ini sengaja dibangkitkan untuk membuak-buakkan semangat perkauman. Kebetulan, yang dipijak adalah dua orang tokoh Melayu, dan yang memijak pula adalah amoi-amoi Cina. Berkemungkinan juga amoi-amoi Cina ini upahan sahaja. Penyiasatan teliti mesti dijalankan. Tanpa isu perkauman, Umno tidak boleh bertahan lama. Kalau tiada insiden berdarah 13 Mei 1969, Umno tidak menang besar pada PRU 4 tahun 1974.

Kebetulan dua tokoh yang dipijak gambarnya adalah dua tokoh yang bermasalah di Msia. Najib sedang menghadapi krisis keyakinan. Rakyat mempertikaikan tindak-tanduk Najib dalam mengurus negara seperti GST, 1MDB, derma tidak masuk akal RM267,000,000,000, ketirisan, keborososan, rasuah, kejatuhan nilai ringgit, dan mengganggu tugas penjawat awam. Dalam situasi Pakatan Rakyat berpotensi menang PRU 14, Hadi pula buat perangai sehingga hancurnya Pakatan Rakyat. Hadi juga menyebabkan lahirnya parti serpihan Parti Amanah Negara. Najib menggelarkan rakyatnya dengan perkataan "bangsat" dan "seekor-seekor". Hadi pula menggelarkan ahli-ahli Pas sebagai "tolol", "barua", "agen Yahudi", "agen Dap", "anti ulama" "kafir harbi", dsb. Lantaran itulah barangkali, amoi-amoi Cina naik berang sehingga berani memijak-mijak gambar kedua-dua tokoh Melayu ini. Pendek kata, kedua-dua pemimpin ini tidak disukai oleh kebanyakan rakyat, tetapi mereka ini terlalu disanjung dan diagung-agungkan oleh balaci-balaci mereka.




Abdul Said berkata...

Tiba-tiba teringat pula cerita seorang rakan yang terperangkap dalam peperangan Iraq menakluki Kuwait. Rakan ini bercerita semasa zaman Saddam, semuanya dipantau oleh kerajaan Baath (parti UMNO Iraq). Mata-mata Saddam ada dimana-mana. Pernah tersebar cerita bahawa seorang pelanggan di kedai kopi telah tertumpah kopinya dan membasahi akhbar yang dibacanya. Punyalah malang nasib pelanggan itu bahagian akhbar yang basah memaparkan gambar Saddam!! Apa lagi ia pun ditangkap polis (SB Saddam). Itu adalah satu kesalahan besar. Itu satu kesalahan yang menghina orang mulia. Apabila Iraq mendapat kerajaan baru Saddam pun digantung. Hilanglah kemuliaannya. Patung-patungnya pun diruntuhkan dan apa juga legasi beliau dihapuskan satu persatu. Banyak sungguh cara Allah s.w.t. memakbulkan do'a rakyat yang teraniaya.