2 Sep 2015

Jika Demikian Jangan Halang Penganjuran Himpunan BERSIH Lagi...

Nazri: Terima kasih, BERSIH

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz mengucapkan terima kasih kepada penganjur BERSIH 4 kerana mempromosikan Malaysia.

Kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, perhimpunan selama 34 jam itu mendapat liputan daripada media antarabangsa dan secara tidak langsung mengiklankan demokrasi sihat diamalkan di negara ini.

"Dari segi pelancongan dan pandangan luar negara, ia bagus juga sebab menunjukkan demokrasi sihat negara kita.

"Dah tayang di CNN, Aljazeera, BBC, satu dunia tahu tentang itu (perhimpunan BERSIH) jadi saya sedikit sebanyak mengucapkan terima kasih pada BERSIH kerana mereka iklankan demokrasi sihat di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Sehubungan itu, beliau secara sinis menyarankan supaya perhimpunan BERSIH diadakan setiap tahun.

Bagaimanapun, kata Nazri, sekiranya mahu diadakan setiap tahun, proses penganjurannya mesti dibuat dengan betul, seperti mengemukakan permohonan kepada Menteri Dalam Negeri.

"Tahun depan buat lagi benda ini. Buat tiap-tiap tahun. Tak adalah buat pada satu-satu waktu sahaja. Tahun depan buat lagi.

"Tapi mohonlah pada timbalan perdana menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri). Kita ada undang-undang," katanya.

Bukan semua orang KL

Malah, Nazri berkata, kehadiran puluhan ribu peserta BERSIH ke ibu negara sempena perhimpunan berkenaan juga membantu meningkatkan jumlah pelancongan dalam negara.

"Peserta BERSIH dalam 80,000 dan bukan semua dari Kuala Lumpur. Mereka dari luar, maka itu pun membantu meningkatkan pelancong domestik.

"Kemudian dengan ada orang jual air tepi jalan semua, yang penting jangan kacau ketenteraman. Itu sahaja," katanya lagi.

Pada Sabtu dan Ahad lalu, BERSIH mendakwa ada kira-kira 500,000 orang menyertai perhimpunan berkenaan dan membanjiri jalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka.

BERSIH mengemukakan tuntutan kepada kerajaan iaitu membersihkan pilihan raya, kerajaan yang bersih, hak membantah, pengukuhan demokrasi berparlimen dan tuntuan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia.

Mereka turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. -MK

Bersih cadang saman SKMM, Zahid, kerana cuba sekat perhimpunan

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sedang mempertimbang akan bertindak ofensif dengan memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta menteri dalam negeri kerana bertindak di luar kuasa mereka untuk menghalang perhimpunan Bersih 4.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka kini sedang berunding dengan peguam mengenai tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap kedua-dua pihak itu.

Katanya, beberapa percubaan dibuat bagi memastikan perhimpunan itu tidak berlangsung termasuk tindakan SKMM menyekat laman sesawang Bersih 2.0 (http://www.bersih.org) sejak 27 Ogos lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mengeluarkan perintah mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang melarang "Apa-apa pakaian berwarna berwarna kuning dan mengandungi perkataan 'Bersih 4'" dan "apa-apa bahan bercetak lain serta risalah yang membawa kepada perhimpunan Bersih 4".

"Kedua-dua tindakan SKMM dan menteri dalam negeri itu dibuat dengan niat jahat.

"Mereka menyalahgunakan kuasa mereka dan mengharamkan kebebasan bersuara jutaan rakyat Malaysia yang merupakan hak yang sah, dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Polis sudah memanggil 7 ahli jawatankuasa dan sekretariat Bersih 2.0 berhubung perhimpunan selama 34 jam hujung minggu lalu, yang diisytiharkan pihak berkuasa sebagai perhimpunan haram.

Anggota Sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh dan 6 yang lain diminta tampil ke ibu pejabat polis Bukit Aman esok berhubung perkara itu.

Mandeep berkata 5 peguam akan menemani mereka.
-TMI



ULASAN GB

Jika demikian pengakuan Menteri Pelancongan, maka kerajaan tidak perlu dan tidak patut menghalang perhimpunan BERSIH lagi di masa-masa akan datang.

Sememangnya perhimpunan BERSIH selama ini pun adalah perhimpunan aman - bukan perhimpunan haram seperti dilabelkan oleh KDN dan polis.

Mahkamah sendiri telah mengisytiharkan BERSIH adalah entiti yang sah dan perhimpunan yang dilakukan adalah sah disisi undang-undang.

Ada pun kekecohan yang berlaku sebelum ini seperti di perhimpunan BERSIH 1 dan 2 adalah akibat provokasi keterlaluan pihak tertentu sehingga mencetuskan suasana tidak tenteram sepanjang perhimpunan berlansung. Tanpa provokasi, perhimpunan BERSIH berjalan dengan aman dan tenteram sekalipun ratusan ribu menyertainya.

Meminjam kata-kata dari TG Nik Aziz semasa Bersih 2.0 dahulu:

"Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mangkok ayun ni kalau dia cakap..baik2 skit..xabih perli org...kuang ajaq skit dia tu...

Tanpa Nama berkata...

dia takpaaa... dia ada pegawai khas sebagai ikon pelancongan dia.. ank jantan dgn gf dia tour tak henti2 promote mesia siti situ sana sini kan...

Malaysiabaru berkata...

Kalau bagus

Kenapa Mahathir kena siasat?

Kalau begitu kami mohon PERKASA di daftar sebagai party politik untuk org umno yg kena pecat boleh bersuara !!!

Tanpa Nama berkata...

Setiap tahun? Kita akan sertai Bersih sehingga Najib letak jawatan dan sehingga Pilihanraya yang Bersih.

Sekarang dunia pun tahu Najib jenis pemimpin macamana. Najib sekarang pun terkenal kerana RM 2.6 billion dan telah menyalah guna kuasa dengan memecat TPM nya dan penahanan Pegawai SPRM. Bila melihat rakyat berkumpul orang mencari apa sebab tujuan berkumpul bukan kerana demokrasi sihat. Kalau demokrasi sihat, Nazri pun dah tak layak jadi Menteri !!

Kalau betul pun kata Nazri, ianya disebabkan rally tersebut pada menjelangnya hari kemerdekaan sehingga menyebabkan program kementerian Nazri terpaksa berpindah tempat.

Bersih menjadi tumpuan dunia adalah di sebabkan kehadiran Mahathir juga yang dulu menentang perhimpunan selain kali ini kehadiran kaum cina ramai.

Jika Bersih buat satu lagi pada tahun ini, pasti Majlis Raja-Raja akan membuat keputusan demi masa depan negara.

Tanpa Nama berkata...



Baru 80,000 orang luar hadir Bersih di KL dah membantu meningkatkan pelancongan domestik ??

Sedangkan sekiranya tidak ada perhimpunan Bersih, orang luar yang datang KL untuk menyaksikan pertunjukkan bunga api dan pembarisan lebih ramai dari 80,000 orang yang hadir kerana Bersih.

Sebagai Menteri,Nazri sepatutnya memasukkan program Bersih dalam kelander tahunan kementerian nya. Baru lah Nazri buat kerja punya orang.

Tanpa Nama berkata...

PARTI BARU amanah INI HANYA AKAN BERTAHAN JIKA
DAP DAN PKR TERIMA SEBAGAI GABUNGAN DALAM PAKATAN
AKHIRNYA
PAS TERPAKSA BERTAHALUL SIASI DENGAN PARTI amanah INI DEMI SURVIVAL
KERANA
PAS AKAN KALAH TERUK DIPANTAI BARAT TERUTAMANYA DI SELANGOR
KERANA MENGHARAP UNDI MELAYU YG LEBIH KE UMNO DAN PR
DI KELANTAN JUGA
BAKAL TUMBANG KEPADA BN KERANA PERTANDINGAN 3 PENJURU

PILIHAN YANG ADA PAS BERTAHALUL SIASI AKHIRNYA DGN AMANAH
KECUALi
PAS KAHWIN DGN AMENU@AMNO DAPAT LA HADIAH KELANTAN DAN TERENGGANU
LAIN-LAIN
OLEH; anak kecil main api