3 Sep 2015

Baiah Talak : Wajah Hodoh PAS Semakin Jelas

Cukuplah mengkhianati Hatta, biarlah dia berlalu... Oleh msomelayu

Lewat petang semalam saya menghubungi seorang Exco Kelantan yang juga pimpinan tertinggi Pas negeri itu. Saya memohon kepada exco berkenaan supaya meminta Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) tidak menimbul atau memainkan isu bai'ah yang membabitkan ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli. Saya sungguh sedih apabila isu bai'ah Dr Hatta itu dijadikan isu politik murahan.

Saya meminta agar Nik Amar dapat dinasihati supaya tidak menjadi terlalu buruk dan huduh dengan menimbulkan perkara itu. Biarlah kalau hendak menjadikan sesuatu isu sebagai bahan polemik dan mempopularkan diri, carilah isu yang waras dan tidak menunjukkan kecetekan telaga politik kita.

Isu bai'ah itu bagi saya ia bukan isu yang waras. Ia isu terperibadi dan rahsia Pas. Dan isu itu bukan persoalan sebenar dalam perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara. Ia adalah isu terpencil dan bersifat individual yang mana bila diketengahkan menjadi bahan gelak orang lain.

Peraturan (bai'ah) itu juga sebenarnya strategi politik Pas yang tidak patut didedahkan. Sebelum ini bila ada dakwaan Pas buat bai'ah, Pas bermati-matian, atau dalam bahasa sekarang "giler giler" buat penafian. Jadi apabila ia didedahkan dengan penuh ghairah bermakna Pas seperti mahu membungkus nangka tetapi terlupa menutup pelernya sendiri.

Permintaan saya itu ekoran ada laporan dalam media massa yang Nik Amar membuat kenyataan kononnya status perkahwinan Dr Hatta dengan isterinya telah gugur. Nik Amar berhujah, apabila ahli parlimen itu sudah meninggalkan Pas untuk bersama GHB, maka talak ke atas isterinya jatuh. Bukan satu tetapi tiga.

Cara Nik Amar itu sungguh berani (baca juga angkuh) seolah-olah dia tahu apa yang ada dalam hati Dr Hatta. Dia juga telah menjatuhkan hukum sebelum perbicaran diadakan. Yang berhak membuat pengesahan mengikut perundangan sama talak itu berlaku atau tidak, hanya mahkamah. Islam kaya dan luas dengan pelbagai juzu dan cabang hukum. Islam itu adalah agama menyenangkan bukan menyusahkan. Islam memaaf bukannya menyerang dan memfitnah secara sambrono.

Dalam banyak kejadian hari ini, penganut Islam "komoh" menjadikan Islam sempit dan rigid. Suka mempermain-mainkan Islam. Menggunakan peraturan Islam pada tempat dan ruang yang tidak sewajarnya. Konsekuensi Islam sudah dirosakkan. Sebab inilah Islam menjadi rendah, diketawakan dan adakalanya hilang maruah di kalangan bukan Islam.

Begitu senang menghukum perkahwinan seseorang itu termansuh hanya dengan sebuah peraturan dibuat oleh parti politik. Kalau pun pada majlis angkat bai'ah itu Dr Hatta ada, sama-sama melafazkan apakah Nik Amar atau sesiapa sahaja tahu akan niat Dr Hatta pada masa itu? Siapa boleh menjamin yang Dr Hatta beriktikad dengannya? Apa-apa yang bersifat khofi berada dalam hati, tidak dapat diduga sesiapa.

Saya rasa bukan sahaja Dr Hatta, tetapi Nik Amar dan orang lain juga tidak akan menjadi isteri sebagai sandaran politik. Bukankah lafaz bai'ah itu satu rukun agama yang ditambah oleh Pas bukan sesuatu yang dimaktub dalam rukun utama Islam? Mereka yang tahu hukum nikah kahwin dan jatuh talak memahmi perkara itu dan tidak akan mudah mempermain-mainkannya. Bai'ah yang diperbuat itu juga bagi saya bidaah kerana ia ditambah dengan sesuatu yang bersifat buruk dan keji.

Dari satu segi perundangan, tambahan dibuat dalam surat lafaz bai'ah itu seperti mana yang dibuat oleh bakal wakil rakyat Pas termasuk Ahmad Yaakub itu suatu penghinaan kepada kaum wanita termasuk isterinya. Mereka mengadaikan darjat isteri hanya kerana ingin menjadi calon. Jelas mereka berpegang kepada bai'ah itu mereka yang cetek agama. Mempermain-mainkan agama dan tidak ada nilai keagamaan sebenarnya.

Isteri sama sekali tidak mengetahui yang mereka dijadikan gadaian menerusi bai'ah itu. Ketidak adilan seorang suami terhadap isterisnya berlaku dalam hal ini dan dimanakah duduknya Pas sebagai parti Islam itu? Ini dimaksudkan bai'ah itu karut marut. Bai'ah seperti ini sudah tentu akan ditentang oleh pejuang hak asasi manusia dan wanita.

Kenapa sampai begitu sekali. Inilah dikatakan fahaman ahli-ahli Pas mengenai bai'ah itu sebagai sesat kerana meletakkan politik parti melebihi dari segala-galanya. Di sinilah juga maka sesetengah orang kesal dan sedih apabila Pas mencampur adukkan elemen politik dengan peraturan (munakahat) syariah agama.

Bagi orang cerdik dan menghormati hukum-hukum dan nilai sebuah perkahwinan, dia tidak akan ikhlas dan tergamak bertaklik atas kehendak dan paksaan politik. Mereka tidak akan tunduk kepada kehendak politik sehingga mengadai sebuah perkahwinan. Dan dalam politik orang boleh berpura-pura mematuhi sesuatu yang tidak masuk akal, sebagai muslihat. Dia akan berbuat untuk menyelamatkan diri. Dunia politik penuh dengan hipokrasi dan bila diambil agama, maka banyak peraturan-peraturan agama dibiadaahkan. Contohnya mengenai bai'ah taklik cerai isteri itu.

Selepas memberi tahu tujuan itu kepada exco berkenaan, saya tidak ada niat untuk mengulas dalam blog ini isu berkenaan. Bagi saya isu itu bukan perkara pokok dan boleh membangunkan akal politik yang sihat. Jauh sekali isu bai'ah itu satu pembaharuan pemikiran dan fizikal dalam politik. Membahas dan menerima bai'ah Pas itu satu ketololan bagi saya.

Tetapi semalam apabila melihat dan mendengar Ahmad Yaakub juga berbuat perkara sama dalam televisyen menyebabkan saya tidak boleh diam, kena membuat posting ini. Semalaman saya tidak lena tidur terbayang wajah Ahmad Yaakub. Untuk apa Ahmad Yaakub memberi ulasan kononnya taklik ke atas isteri Dr Hatta itu berlaku dan sah. Untuk apa?

Sepatutnya beliau sebagai seorang ulama muktabar dan pemimpin politik tidak menyentuh hal itu, dan mendiamkan diri sahaja. Beliau tidak perlu menyambung mulut dalam perkara-perkara tidak menguntungkan agama, sebaliknya menguncikan mulut.

Apakah Ahmad bermaksud hendak menjaga akidah Dr Hatta dan hal urusan rumah tangganya. Dr Hatta sudah memesan agar tidak perlu menjaga urusan rumah tangganya. Sebagai lelaki beragama Islam dan profesional, saya yakin beliau tahu soal berumah tanggung dan tanggungjawabnya serta adat dan hukumnya. Jangan merendahkan daya agama Dr Hatta gara-gara kita bergelar ustaz. Lebih baik kalau Ahmad menjaga urusan pentadbirannya di Kelantan dahulu yang masih "berkucar lembel".


Apa yang afdal Ahmad lakukan ialah menyerahkan perkara itu kepada Hatta. Dia tidak payah mengulas dan memperakui bahawa Ketua Hakim Syariah, Daud Mohamad juga mengesahkan perkara itu. Apakah tujuannya? Bukankah tujuannya hendak mengaib dan menekan perasaan Hatta. Apakah hukum kalau begitu cara dan nawaitunya? Cis.

Sebaiknya Ahmad boleh berkata begini sahaja; "soal Hatta kita serah kepadanya. Terpulang kepadanya, sebab yang menanggungnya adalah dia bukan orang lain. Dosa mengenai itu terpikul atas pundaknya." Ahmad sebagai pemimpin Pas sudah terlepas dari tanggungjawab itu. Itu sebijak-bijaknya. Apabila Ahmad mendedahkan perkara itu dengan tujuan dan motif politik, maka beliau sendiri menjadi busuk?

Banyak perkara lain yang lebih besar daripada isu Dr Hatta itu yang boleh dibangkit dan patut ditangani oleh Ahmad Yaakub. Misalnya perihal pentadbirannya masih berpolot dengan selut dosa dan noda masih berlambak dan tidak terurus dengan baik. Perkataan "sila uruskan" masih belum diurus? Ini yang patut diuruskan dulu.

Apakah Ahmad berasa sudah selesa dan tugasnya sebagai ketua pimpinan sudah beres? Bukankah banyak perkaya yang dipertikaikan di Kelantan. Rakyat masih belum berpuas hati dan desakan masih berterusan. Selama dua tahun mentadbir Kelantan belum ada sebarang perubahan besar dilakukan oleh beliau melainkan musibah besar, banjir emas itu.

Kalau boleh disusun dan sebut antara masalah yang belum selesai, yang mana lebih perlu diutamakan dan penting dari isu bai'ah itu, ialah masalah dihadapi mangsa banjir. Ratusan mangsa banjir masih masih lagi tidur dalam khemah kerana tidak ada rumah. Apakah kerana kerajaan sesudah menyediakan tapak, tetapi rumah tidak ada, ia sudah dianggap selesai. Bukan begitu Mat oi? Kalau begitu mentadbir "Pok Kok Buta" pun boleh menjadi MB.


Masalah-masalah lain juga masih bertepek wek. Masalah sampah, longkang tersumbat, denggi dan sebagainya belum ada jalan penyelesaian. Di Kota Bharu sampah kini bertimbu longang makin membusuk. Apakah kerana rakyat Kelantan sudah biasa dengan bau busuk, maka ia dihalalkan.

Demikian juga dengan pembinaan lebuh raya, perumahan rakyat dan kakitangan kerajaan semua. Semuanya hanya siap lakaran di atas kertas sahaja. Pembersihan tapak lebuh raya bukan untuk membina jalan tetapi untuk "tankedarah" balak?

Lebih mencabar lagi masalah pentadbiran. Sehari ke seharian kantung kerajaan negeri berkurangan. Idea untuk menjana wang tidak ada langsung. Apa yang dilakukan ialah dengan menjual aset-aset milik kerajaan untuk perbelanjaan. Setinggi mana bukit kalau ditebas dan ditarah ia akan lenyap dan rata juga.

Harta milik PKINK satu persatu dijual dan diperoses untuk dijual. Hotel perdana yang merupakan hotel bertaraf tiga bintang pertama di Kelantan dan menjadi mercu tanda Kelantan sudah lama terjual. Yang terbaharu pula Perdana Resort juga dalam proses untuk dijual gadai. Beberapa hartanah lain, bangunan dan tanah juga sudah dijual dan digadaikan.

Paling baharu ialah bagaimana syarikat PMBK yang menguruskan sawit, PMBK Sawit telah pun dibubarkan. Bukankah satu masa dahulu PMBK Sawit adalah penjana kewangan tambahan terbesar kepada Kelantan, kenapa ia dibubar dengan diserahkan kepada Ladang Sungai Terah. Suatu masa dulu sebahagian ladang Sungai Terah juga dijual kerana untuk menampung perbelanjaan pengurusan.

Tidak cukup dengan itu Komplek Perkayuan Kelantan (KPK) juga kata ekuitinya sudah dipegang oleh syarikat asing. Ia bukan hak kerajaan lagi. Banyak kejadian-kejadian jual gadai yang sedang berlaku. Apapun satu perkara yang sangat mencabar dan kontras dengan apa yang dilakukan Ahmad dan Nik Amar sekarang ini ialah ketelusan dalam pentadbiran.

Tujuan mereka persoalakan mengenai bai'ah Dr Hatta kononnya hendak menjaga akidah dan keIslam bekas Pengarah Pilihan Raya Pas itu. Orang akan nampak tinggi sungguh akan kepedulian Ahmad kepada Islam. Ia menggambarkan seorang praktis Islam nombor wahi dan kelas A. Itu yang diberi tahu kepada orang tuli.

Tetapi ada dalam perkara-perkara lain kelihatan beliau lepas tangan dan seakan membiarkannya. Paling baharu ialah kejadian penebangan balak di luar kawasan pembinaan lebuh raya. Gara-gara itu Pejabat Perhutan telah menyita balak. Katanya beberapa orang pegawai kerajaan termasuk CEO sebuah syarikat milik kerajaan yang Ahmad Yaakub jadi pengerusinya ditangkap dan disiasat oleh SPRM.

Kejadian ini sesuatu yang memalukan dan kontradik dengan pentadbiran Ahmad Yaakub yang kononnya bersih dan tidak suka kepada rasuah.

Betul, ia dilakukan oleh orang lain, tetapi Ahmad sebagai MB dia kena bertanggungjawab atas pencerobohan itu. Setiap apa yang berlaku dalam negerinya dia menjadi penanggungjawabnya. Tetapi kenapa hal-hal ini tidak didahulukan? Lebih bersikap nampak kuman di Kuala Lumpur dengan gajah di Kota Darunaim?

Begitu juga dengan tuduhan peribadi ke atas dirinya, mengenai pembinaan rumah anak-anaknya yang dijadikan kompleks keluarga bernilai jutaan ringgit. Katanya sudah tiga buah rumah siap dan dua lagi dalam proses pembinaan. Serentak dengan isu ini timbul isu pemilikan kerata mewah oleh timbalannya yang dibeli dengan harga murah daripada harga biasa. Burung tempua tidak akan bersarang redah kalau tidak ada mengada.

Isu ini lebih besar dan memberi damge besar kepada Pas berbanding dengan isu peribadi Dr Hatta itu. Ahmad sepatut menyelsaikan isu-isu berkenaan terlebih dahulu. Beliau harus menafikan apa yang berlaku sebab ia terbuku dalam kepala rakyat. Umno sedang mencatat dan mengumpul segala itu untuk diletupkan bila sampai masanya kelak.

Jangan pula kerana isu-isu pembinaan rumah, penebangan balak tidak ikut peraturan, isu TMB beli kereta dengan harga murah tidak membabitkan jatuh talak kepada isteri maka ia disenyumkan begitu sahaja? Isu itu semua menjadi percakapan dan kesannya menyebabkan orang hilang kepercayaan kepada kepimpinanya dan Pas Kelanan sekaligus.

Ahmad Yaakub tidak boleh setakat berkata, inysa-Allah inysa-Allah untuk mengatasinya tetapi harus bertindak dengan tegas. Beliau harus berani untuk mengambil tindakan termasuk memecat mana-mana pegawai kerajaan hatta exco atau timbalannya yang telah mencemarkan pentadbiran dan kredibilitinya. Mungkin dalam hal ini Ahmad bersih dan tidak berbuat dosa besar tetapi kerana ia dilakukan oleh orang lain sedang dia adalah ketua, turut terkena sama.

Kata orang ayah yang mendokong anak yang berak busuknya akan terlekat dan sampai kepada ibu juga.

Sekiranya langkah Ahmad dan Nik Amar membesar-besarkan isu peribadi Hatta itu untuk membendung orang keluar Pas ia adalah satu kesilapan. Hari ini khasnya generasi mudah sudah arif dan faham dengan politiking Pas yang menggunakan agama sebagai modal politik. Mungkin dizaman pasca zaman batu dahulu, isu agama sangat laku dan termakan sehinggakan ada suami menceraikan isteri kerana fahaman politik. Tetapi isu sedemikian tidak akan diterima pakai lagi.

Jikalau itulah maksud dan motif Ahmad disebalik memainkan isu bai'ah Dr Hatta itu maka dia akan kecewa dan Pas akan gagal untuk mempertahankan kerajaan Kelantan. Dr Hatta biarlah ia pergi bersama GHB jangan tambah pengkhiantan ke atasnya lagi. Sudah banyak pengkhiatan dilakukan ke atas bekas Bendahari Pas ini, keretanya dibakar, gambarnya dipijak dan dimaki hamun siang malam di media baru kini ditekan jiwanya dengan perkahwinan pula. Cukuplah.

Cuba tenangkan hati seketika dan ingat kepada lelaki ini. Setiap kali ada pilihan raya kecil yang berdiri di bawah terik mentari sampai berpeluh meleleh ke leher, dagu dan bertis sambil mengibarkan kain berwarna hijau dan bulat ditengah, adalah lelaki ini. Dr Hatta tidak pernah meminta pangkat, kedudukan dan dipuji kerana apa yang dia buat itu satu infak kepada parti.

Tetapi kita yang berhati perut kenanglah budi yang sedikit ini. Kalau dia berdosa mengikut kitab tafsiran Ahmad dan Nik Amar dan Pas Malaysia, itu biarlah dia berlalu dengan dosa-dosanya. Semoga jangan kita menjadi ahli Neraka yang berada dibawahnya kelak. Nauzubalik... Mungkin adakala Dr Hatta menangis mengenangkan apa yang diperlakukan kepadanya, tetapi air mata itu tidak pernah tertumpah di telepak tangan kita. Jadi kita tak tahu mengenainya.

Terbaik baik Ahmad dan Nik Amar berusaha memperkuatkan Pas Kelantan dan mempertahankan kerajaan peninggalkan Nik Aziz itu. Apakah Ahmad dan Nik Amar sudah ada perancangan itu yakitu dengan bersedia bergabung dan berkongsi kerusi dengan Umno? Bagus. -msomelayu


Hukum Cerai Ta'lik (Talaq Muaalaq) - Pandangan Al-Qaradhawi

SOALAN : Apakah Hukum Cerai Secara Ta'lik. Sebagai contoh Lafaz.

"Jatuh Talak 3 Kepada Isteri Saya Sekiranya Saya Melompat Parti"

JAWAPAN :-

Isu diatas adalah berkaitan cerai ta'lik. Jesteru kita perlu merujuk kepada Isu pokok iaitu adakah jatuh talaq cerai secara Ta'liq?

Dr Yusuf Al-Qaradawi apabila ditanya berkaitan Isu Cerai Ta'liq, beliau menjawab dengan kenyataan berikut :-

"Sesungguhnya pandangan yang saya berpegang padanya dan yang telah saya fatwakan sejak bertahun lamanya adalah -

SESUNGGUHNYA TALAK MUAALAQ YANG TERIKAT TALAQ ITU DENGAN SESUATU ATAU LARANGAN SESUATU (BUKANLAH TALAQ YANG DISYARIATKAN OLEH ALLAH S.W.T) UNTUK MEMISAHKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI.

AKAN TETAPI IA BERKAITAN DENGAN SUMPAH. SEKIRANYA JIKA DIA MELANGGAR SUMPAH ITU MAKA CUKUPLAH BAGI DIA UNTUK MEMBAYAR KAFARAH SUMPAH IAITU (Memberi 10 Makan Orang Miskin @ 10 Orang Pakaian)

Pandangan ini adalah pandangan sebahagian SALAF yang dirajihkan oleh Ibnu Taimiyyah Dan Anak Muridnya Imam Ibn Qayyim. Pandangan ini saya pilih dan rajihkan. Saya melihat ianya sesuai dengan Ruh Islam. Pandangan ini juga adalah pandangan ramai AHLI ILMU dan AHLI FATWA dizaman kita ini.

RUJUKAN : Dr Yusuf Al-Qaradawi, Fatawa Muasirah, Jil 3, M/s :342, Cetakan Darul Qalam Linnasyar Wa Tauzi' KUWAIT. 2013



JUMHUR ULAMA TOLAK BAIAH TALAK


Dari Dr Syed Azman:

Sallam semua sahabat2. :

Ana telah merujuk pimpinan Gerakan Islam mengenai hal Baiah TALAQ Pas ini.

1. Jumhur menyatakan Baiah ini mesti ditolak dan tidak terpakai serta tidak ada khilaf sedikit pun.

2.Malah SU Ikhwan Dawli Abu Ahmed menyatakan bahawa baiah talaq ini adalah HARAM dan bersifat 'takfiri' dan boleh membawa kepada pemikiran Daesh.

3. Ia juga boleh menjadi satu fitnah besar bukan saja kpd Pas tapi kepada seluruh gerakan Islam.

4. Mereka menasihati kita semua agar menjadi du'at dan bukannya qudho' (penghukum). Islam itu rahmat kpd semua.



PENDIRIAN PEGUAM TERHADAP KENYATAAN KETUA HAKIM MAHKAMAH SYARIAH

ADUAN SALAH LAKU DAN/ATAU PERLANGGARAN KOD ETIKA HAKIM SYARIE OLEH KETUA HAKIM MAHKAMAH SYARIAH KELANTAN DATUK DAUD MUHAMMAD.

Saya ingin merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian khususnya Berita Harian Online bertarikh 2 September 2015 yang mana melaporkan antaranya bahawa Datuk Daud Muhammad, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan menyatakan bahawa perkahwinan antara Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan isterinya, sah gugur talak tiga selepas melanggar baiah yang dilafazkan sebelum ini. Beliau juga dilaporkan berkata "Perkara itu berlaku berdasarkan kandungan baiah (yang dilafazkan). Memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri, mereka tidak boleh lagi tinggal bersama".

Mengulas lanjut, Daud meminta pasangan terbabit hadir ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan status mereka. "Sehingga kini, Dr Hatta dan pasangannya belum mendaftar mengenai status perkahwinan mereka di Mahkamah Syariah," katanya.

Laporan berita tersebut boleh didapati dipautan berikut :-

http://www.bharian.com.my/node/79063

Saya memohon merujuk kepada Arahan Amalan No. 1 Tahun 2001 yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bertarikh 2 Februari 2001 yang bersamanya menguatkuasakan KOD ETIKA HAKIM SYARIE.

Saya memohon merujuk kepada Peraturan 3 (g) Kod Etika Hakim Syarie yang memperuntukkan seperti berikut :

Kod Etika Di Luar Mahkamah.

Seseorang Hakim Syarie tidak boleh :-

(g) memberi pendapat mengenai sesuatu perkara atau keadaan yang ianya sedang dibicarakan atau berkemungkinan akan menjadi suatu isu dalam mana-mana perbicaraan di hadapannya, kerana pendapatnya itu boleh kemudiannya digunakan oleh sesuatu pihak untuk menyokong hujahnya;

Berbalik kepada laporan akhbar Berita Harian di atas, maka jelas bahawa Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan telah melanggar Peraturan 3 (g) Kod Etika Hakim Syarie kerana telah mengeluarkan pendapat mengenai sesuatu perkara atau keadaan yang ianya berkemungkinan akan menjadi isu dalam mana-mana perbicaraan kerana pendapatnya itu boleh kemudiannya digunakan oleh suatu pihak lain menyokong hujahnya.

Sebagai Ketua Hakim Mahkamah Syariah, beliau telah mengeluarkan pendapat dengan memutuskan isu yang mungkin akan dibawa ke hadapan Hakim Syarie di bawahnya. Ini jelas merupakan perlanggaran Kod Etika Hakim Syarie.

Saya dengan ini memohon suatu siasatan dijalankan dan tindakan diambil terhadap Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan di bawah Peraturan 2 (2) yang memperuntukkan seperti berikut :-

Pelanggaran mana-mana peruntukan Kod Etika ini boleh menjadi suatu alasan bagi tindakan diambil di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.[P.U.(A)395/93]

Sekian, Terima kasih.


ZULHAZMI SHARIFF 3 SEPTEMBER 2015

APA KATA FAIZ FADZIL

Saya sebagai pengamal peguam syarie berpendapat berkaitan isu baiah talaq tiga:

Tidak jatuh talaq sebab kata-kata tersebut adalah sumpah yang boleh ditebus.
Ia bukan satu takliq yang biasa dilafazkan terhadap isteri.

Pendapat Ketua Hakim Syarie Kelantan bahawa telah jatuh talaq adalah melanggar etika kehakiman kerana kes belum didengar dan tiada keadilan bercanggah dengan Hadith Muaz Bin Jabal.

Ia juga adalah prejudge dan subjudis kerna ia berbentuk arahan kepada hakim bawahan yang mendengar kes jika difailkan memandangkan kes jika difailkan akan didengar oleh hakim bawahan.

Jika begini sikap beliau, tiadalah keadilan yang boleh diharap jika hudud dilaksanakan.

Faiz Fadzil



Bai'ah talak: "Tiada dalam kepala saya"-Nik Aziz [10/11/2009]


KOTA BHARU, 10 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, segaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada PAS.

Dalam satu sidang media di pejabat Menteri Besar Kelantan siang tadi, Nik Aziz memberitahu perkara itu tidak ada dalam pengetahuan beliau dan tidak pernah kedengaran di negeri itu.

“Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” katanya.

Isu tersebut dakwanya dicetus pihak sekular anti Islam yang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan PAS.

PAS yang sedang berkembang menjadi sebuah parti Islam yang diterima semua kaum sudah pasti dicemburui oleh pihak lawan.

Yang ada ujarnya sekadar bai'ah biasa bagi menunjukkan taat setia seperti akujanji yang dilaksanakan terhadap kakitangan awam.

"Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yg tak buat bai'ah ni.....mcm aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik," ujarnya lagi.

"Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu baih'a lah," katanya.

PAS minggu ini dipalit pula dengan dakwaan melaksanakan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga kepada wakil rakyat mereka sekiranya berhenti dan keluar daripada parti itu.

Selain Nik Aziz, setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini juga menafikan wujudnya bai'ah taklik tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk menyiasat dakwaan terbaru itu.

Isu ini dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger.

Kemudianya pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

10/11/2009



Khalid, Dr Mariah bayar kafarah esok


Dua ahli parlimen PAS yang menyertai parti baru - setakat ini dikenali sebagai Parti Amanah Nasional (AMANAH) - akan membayar kafarah dengan menjamu golongan fakir miskin di Shah Alam esok.

Mereka ialah Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana meyakini "Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui".

Adik kepada Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, mereka melanggar baiah yang dilafazkan ketika menjadi calon untuk PAS sebelum ini bukan atas sebab kepentingan peribadi.

"Justeru, kita berani buat," katanya.

Khalid berkata seramai 100 orang fakir miskin akan dihidangkan dengan nasi beriani kambing di Dewan Merbau Seksyen 17 Shah Alam, malam esok.

Isu baiah diperkatakan apabila sebelum ini PAS mewajibkan semua calon mewakili parti itu dalam pilihan raya mengucapkan ikrar untuk taat.

Ikrar itu dianggap dilanggar apabila mereka memilih untuk menyertai parti lain dan keahlian dalam PAS tergugur secara automatik.

Mengulas lanjut, Khalid juga menyatakan baiah yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan talak tiga yang dikenakan terhadap isterinya juga tidak sah.

Katanya, Hatta memberitahu bahawa beliau dipaksa untuk membaca baiah yang dibuat oleh PAS Kelantan itu, selain hanya mengikut arahan sahaja.

"Pendirian Hatta, baiah ini tidak sah. Dia tidak terkesan dalam soal itu, bahkan kita juga rasa amat pelik apabila mahkamah syariah telah menjatuhkan hukum sebelum mendengar hujah Dr Hatta," katanya.
-mk



ULASAN GB

Isu Baian Talak Tiga sengaja diperbesarkan oleh para ulama PAS untuk menakutkan wakil-wakil rakyat PAS yang ingin bertindak meninggalkan PAS.

Dan ia sekaligus memaparkan wajah hodoh yang sebenar ada pada PAS yang tidak diketahui oleh rakyat selama ini dan sewajarnya rakyat amnya dan umat Islam khususnya perlu menjauhi PAS selama mana baiah talak itu dikekalkan.

Syukur kepada Alah kerana terbongkarnya isu ini, setidak-tidaknya rakyat dapat menilai bagaimana PAS menggunakan taktik paling hina untuk mempastikan kelansungan survivalnya.

Kedua kita bersyukur kerana ia adalah untuk membuang nanah (baiah talak) yang membusuk di dalam PAS.

GB sudah ulas sebelum ini:

Sayugia dimaklumkan bahawa baiah berkenaan dilakukan ketika PAS masih berada di atas landasan perjuangannya yang benar dan PAS PADA KETIKA ITU adalah rakan komponen Pakatan Rakyat.

Apabila kedua-duanya sudah tidak wajud maka dengan sendirinya baian itu TEBRATAL.

PAS telah terpesong perjuangannya, sudah tidak Islamik.

Berkali-kali kita dedahkan perbuatan2 seperti memfitnah, melabel, mencaci, memaki sot jebon, anwarinas, binatang, barua, tolol dan lain lain, islamikkah itu? Parti sahaja masih bernama Parti Islam sedangkan tindakan, perbuatan dan akhlak para pemimpin dan ahlinya sudah tidak Islam lagi.

Kebetulan perbuatan memfitnah, mencerca dan memaki hamun itu dilakukan terhadap wakil-wakil rakyat dari kalangan progresif. Ia seperti memerangkap kumpulan progresif dan kemudian menyatakan kamu telah berbaiah!

Mereka (kumpulan yang menamakan mereka ulama) cuba memerangkap dan menipu kumpulan progresif, sedangkan mereka sebenarnya cuba menipu Allah swt.


Apabila keadaan seperti itu berlaku yang akan menerima laknat ialah parti pas sendiri dan mereka yang melakukan tindakan-tindakan yang tidak Islamik itu termasuklah pimpinan dan ulama parti yang sengaja membiarkan gejala yang tidak Islamik itu berlaku di dalam parti (malah dalawam waktu tertentu ulama sendiri melakukan) semata-mata untuk menyingkirkan kumpulan progresif itu dari saf kempimpinan parti.

Oleh itu YB-YB tidak perlu takut untuk meninggalkan PAS kerana keyakinan kita bahawa PAS telah terpesong dari landasan perjuangan Islam, dipesongkan oleh ulama-ulama gila jawatan.

Sesungguhnya Allah Maha Tahu dan Maha Melihat, dan golongan professional tidak semudah itu boleh diperbodohkan. Alalh akan tetap memelihara dan menyayangi mereka. Kerana Allah Maha Tahu dengan kerana merekalah dulu PAS berjaya berada di aras yang ada kini... malah kita yakin merekalah ulul-albab (orang-orang yang mempunyai fikiran) seperti yang disebut berkali-kali oleh Al-Quran.

Hukum kebenaran dan keadlan akan tetap berjalan.

Wallahu 'alam.


Dan sebagai mengakhiri isu ini, tinggalkan ulama-ulama PAS dan lihat kepada paparan ayat-ayat di bawah.









ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Admin tolong tanya Nik Tak Amar bagaiman pula baiah bagi muslimat Pas sekiranya melompat parit mneyeberang masuk dalam Amanah.Tertolak ke suaminya dengan tolak 3.kalau muslimat tidak terlibat dengan baiah ,ini tak adil,bagaiman?

Tanpa Nama berkata...

Biarkan golongan ulamak dalam mereuskan cerita2 begini ,masyarakat akan nampak betapa busuknya apa yang ada dalam Pas sekarang,dendam ,benci sesama sahabat.dengki khianat.bahasa kurang ajar dan macam2 .biarakn mereka terus mneggunaklan pwerkara tersebut.kita setakat melihat ,menbaca dan bertenang,masyarakat akan dapat membezakan yangman ikhlas dan yangmana busuk hati.

Tanpa Nama berkata...

MB Kelantan dikatakan ULAMAK MUKTABAR? hahahahaaaaa.ulamak suratkhabar kot.Kalau dia ulamak muktabar bukan begitu caranya .dai sepatutnya menjernikan apa juga masalah .Selama ini Hj Hadi langsung tidak berfungsi sebagai ualamk.sepatutnya beliaulah ,tetapi syang dia sendiri melondehkan apa yang ada dalam diri nay.ad sifat dengki ,dendamn ,bneci .Apa akan jadi Negeri Kaelantan ni mempunayai MB dan TMB yang begini,Kembalinya seorang tokoh ulamk terpuji TGNA habis Pas jadi carcamarba.Bolih dikatan yang merosakan Pas adalh bermula dari nama Hadi,Haron Nik Amar.Tantanwi ,Mahfodz johor,Nik Abdoh ,Mb Klenatan dan ramai lagi

Tanpa Nama berkata...

Saya nak mintak tolong tanyakan Nik Amar dan MB Kelantan, apa hukumnya seseorang menfitnah orang lain sebagai pengedar pil kuda sedangkan tidak mengemukakan sekarang bukti hanya bersandar kepada khabar angin. Harap Nik Amar dapat menjawapnya dengan ikhlas hati..

Anti Fitnah berkata...

Melayu yang memalukan Islam sahaja. Perjanjian BODOH dan BERAT SEBELAH.
Sama seperti kes Gambar Mat Sabu dan Hadi DIPIJAK. Orang PAS memang makin hari makin nampak BODOH dan AKAL PENDEK. Pemuda PAS Kelantan yang buat laporan polis itu seolah-olah MELUDAH KE MULUT SENDIRI.
Saja nak ingat pada ahli-ahli PAS yang walaq, HADI tu bukan TOKONG atau DEWA le. Kalau Berak Mat Sabu busuk, Berak Hadi pun busuk juga ... tahu. Itu yang kata, tak kena maka tak tahu apa rasanya.
Talak pun buat main-main. Inikah contoh orang yang tinggi ilmu agama dan parti "ISLAM"?????? Buat malu saja.

Tinta.Muallimah berkata...

Ya Allah....huduhnya permainan politik ini!!! Sunnah siapakah ini??? Sunnah wahabi ker? Wahabi pon x mcm ni..

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Peribahasa Inggeris kata, "seseorang itu akan terserlah kejahilannya apabila membuka mulut". Semakin banyak kenyataan yang dihamburkan oleh pemimpin-pemimpin Pas, maka terserlahlah kejahilan mereka. Selama ini ramai orang menyangka pemimpin Pas adalah tokoh dan ilmuan agama. Hakikatnya kini, mereka bertopengkan agama semata-mata ingin mencapai dan mempertahankan kemenangan dan juga untuk mempertahankan ego. Tidak terlintas dalam pemikiran kita selama ini, Pas menggunakan taklik "cerai isteri talak tiga" jika keluar parti.

Kemenangan calon-calon Pas pada PRU 13 adalah faktor kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Pengundi memberikan undi bukan mutlak kepada Pas, tetapi kepada PR yang bertujuan menumbangkan BN. Ramai yang mengundi Pas bukan kerana keahlian mereka dalam Pas. Pengundi Pas mungkin juga ahli PKR, DAP, golongan tidak berparti dan ahli-ahli Umno yang sudah jelak dengan kekorupan kepimpinan mereka. Pas yang memutuskan tahalus siyasi dengan DAP sehinggkan PR berkubur. Pas jugalah yang membunuh kareer politik golongan profesional Pas melalui Muktamar 2015 dengan kaedah pemilihan berdasarkan senarai (cai) pilihan presiden. Presiden Pas menghalau dan mencabar mereka menubuhkan parti baharu. Apabila cabaran disambut timbul pula isu taklik cerai ini.

Cukuplah Pas dengan keegoaan aras tinggi mereka. "Enough is enough". Penceraian atau pembubaran perkahwinan suami isteri ditentukan oleh pasangan tersebut, dan bukannya diputuskan melalui pendekatan taklik politik. Pas yang mencipta masalah dan membebankan masalah itu pula kepada status perkahwinan ahli-ahlinya. Sekali fikir macam orang kurang siuman, tetapi itulah hakikatnya belang sebenar Pas. Renung-renung dan fikir-fikirkan sebelum "say good bye to Pas".

Tanpa Nama berkata...

Saya nak mintak tolong tanyakan Nik Amar dan MB Kelantan, apa hukumnya seseorang yang diundi oleh rakyat dan memenangi kerusi Parlimen, tetapi dia ponteng sidang dewan rakyat dan berada di luar negara, contohnya seperti Jepun. Harap Nik Amar dapat menjawapnya dengan ikhlas hati..

Tanpa Nama berkata...

SEPATUTNYA PIHAK DLM PAS YG MENCIPTA AJARAN SESAT TALAQ ITU YG MESTI DIHUKUM .

BAGAIMANA MUNGKIN SEBUAH GETAKAN MENGAKU ISLAM MENJADIKAN 'MASJID' DAN TALAQ YG DIBENCI ALLAH ITU SEBAGAI BARANG SANDARAN UTK DIRUNTUHKN DEMI POLITIK MENJILAT UMNU MEREKA?

BAIAH TALAQ YG PAKSA RELA ADALAH TIDAK SAH KERANA IA BKN DIBUAT OLEH INDIVIDU TP ATAS ARAHAN PARTI.

APAKAH TIDAK CUKUP KITA MENYERAHKB SAJA HUKUMAN BG PENGKHIANAT ISLAM KPD ALLAH YG MAHA ADIL DN MAHA MENGETAHUI....DN ALLAH LEBIH MENGETAHUI SIAPA YG KHIANAT DN SIAPA YG BENAR.

APAKAH DIRI YG KHIANAT DLM AKHLAK PERJUANGAN ITU MERASAKN MEREKA TERLEPAS DPD HUKUMAN ALLAH SEMATA2 KERANA TIDAK BERBAIAH?

APAKAH ALLAH HANYA AKANE
MENGHUKUM JIKA ADA BAIAH SAJA?

OLEH KERANA TIADA BAIAH DLM HAL CACI MAKI LABEL BURUK KPD SAHABAT SEPERJUANGAN MAKA PUAK2 SESAT ITU MERASA SELAMAT DN BEBAS BUAT APA SAJA....YG PENTING HNYA PERLU EKAL DLM PAS SAJA?

MAKA TUNGGULAH KEHANCURAN PAS....WALAUPUN UJUD BERJUBAH DN BERSERBAN DN BERNAMA ISLAM...ISINYA AKAN SGT HINA DN BUSUK....LEBIH DPD UMNU LAGI...TUNGGULAH.

Tanpa Nama berkata...

pas menuju khawarij.

disyria khawarij IS berimej sgt islam tp merekalah yg menghalang kemenangan rakyat dlm nenentang bashar yg zalim laknatullah.

dibelakang IS bercinta dn berniaga dgn kerajaan syiah laknat bashar.

begitu busuknya khawarij

dn bashar disini blh diumpamakn umnu. yg sekongkol dgn pas dibelakang dlm mengkhianati perjuangan menentang kezaliman

Unknown berkata...

Aku ingat geng ulamak pas ni.. memang pendek akal... dah lah pendek akal... tak cerdik pun... mb dan tmb tak fikir ke kesan di canang2 kan baiah ni... amat memalukan...majlis makan khalid samad dgn dr mariah ni pun org akan tertanya2.. apa lagi kes dr hatta...pru 14 nanti.. aku rasa akan jadi isu hangat ni.. kalau bg ceramah.. bawa isu baiah.. terlopong org dengar... tak tahu lah aku kalau pkr masih nak berkwn dgn pas.. dah kes begini... isi borang PARTI AMANAH lah aku ni

Unknown berkata...

Salam:

Menarik, Kerajaan PAS memerintah Kelantan memperkukohkan ekonomi negeri dengan cara mejual asset-asset negeri.kalau macam ni lingkuplah negeri.lama-lama hasil negeri dan harta negeri lingkup.Apa yg tinggal, inilah satu sebab rakyat kelantan yg kena musibah banjir tak dapat dibantu.Bagaimana lebuhraya kelantan?dan banyak lagi masaalah rakyat.

wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Apakah kebodohan yg melanda pas skrg ni???

Tanpa Nama berkata...

Anon 4.43,hukum bagi ahli Parlimen yang ponteng gaji dan elaunya halal ,sebab bila makan tak batuk pun,lagi pun dia ponteng Parlimen aje bukan ponteng sekolah.Lagi pun dia bukan pergi kemana2 hanya pergi ke Jepun aje.kalau dia pergi ke Afrika mungkin tak bolih.

Tanpa Nama berkata...

Hati hati pemimpin pemimpin pas semakin memperlihatkan kubusukannya. Akibatnya akan semakin ramai pengikutnya akan tidak tahan dengan kebusukannya. Biarkan luncai terjun dengan labu labunya.

Unknown berkata...

Makin terserlah sisi hudoh dlm pas..yg mendakwa memperjuangkan islam...bg aku n family ada satu keputusan bijak meninggalkan nya...dan cr wadah yg lebih syumul..yg menjdkan Islam Rahmatan lila'lamin.

Unknown berkata...

Irama "TALAQ 3" mula di dendangkan setelah PAS-chai merasa terpukul setelah para Gebon, Tolol dan sebagainya hampir berjaya untuk menubuhkan GHB. Selain dari itu mereka ingin menutup segala salah laku dan penyelewangan yang di laku kan oleh KERAJAAN Kelantan yang baru berusia dua tahun ini. Khadam kan lah segala apa yang telah di utarakan oleh MSO untuk mendapatkan jawapan nya.
Esay to say. sebenar nya PAS-chai sendiri yang menghadapi penyakit "GILA TALAQ".

Sudah pasti anak si Senik sedang ketawa terguling guling kerana berjaya memporak peranda kan "PAS" sebagaimana yang di okestra kan oleh UMNO-BARU. RM2million is nothing to them.

Tanpa Nama berkata...

tanda2 kaum melayu akan dikenakan bala dr tuhan semakin kelihatan,setelah perginya TGNA.

Tanpa Nama berkata...

Untuk menyelesaikan perkara ini, ahli Pas berkenaan perlu membawa kes ini ke mahkamah dimana Pas telah memperalatkan Islam dalam peraturan dan undang undang yang dibuat tidak mengikut syarie. Jalan penyelesaiannya tindakan mengharamkan Pas adalah yang terbaik. Ini disebabkan ada kalangan Ahli Parlimennya yang makan elaun buta tidak haram manakala yang bercanggah pandangan adalah satu dosa besar, seolah olah kepimpinan tertingginya yang menentukan neraka syurga seseorang itu........

mantis berkata...

Dalam Islam melarang pemerintahan kuku besi, tapi mengapa ada konsep baiah dalam PAS. Aku jahil, nak tanya apakah ada ayat yang menafikan konsep demokrasi, membenarkan baiah. Nampaknya begitulah baiah vs demokrasi. Sementara mendapat jawapannya, aku berpendirian bahawa apa yang berlaku sekarang ini semacam mencalarkan imej Islam dari kaca mata yang bukan Islam. Mngikut fiqh keutamaan, bagi aku ini lebih utama untuk diselesaikan daripada menekankan baiah.

Tanpa Nama berkata...

Hadith 1420, talak tiga, bab thalaq, jilid 3, sahih muslim

Dari ibnu Thawus r.a. dari bapanya, katanya Abu Shabba' bertanya kepada ibnu Abbas r.a., "Tahukah kamu bahawa talak 3 yang diucapkan sekaligus, pada masa Rasulullah s.a.w. dihukumkan hanya talak 1, begitu juga semasa pemerintahan Abu Bakar. Kemudian pada masa pemerintahan Umar dinyatakan jatuh 3 kali?" Jawab ibnu Abbas r.a. "Ya, benar begitu".

Hadith 1421 juga meriwayatkan yg sama tetapi dgn tambahan dari ibnu Abbas.... "Soalnya pada masa Umar, org banyak mempermudah-mudahkan talak. Kerana itu Umar memperlakukan hukum menurut apa yang diucapkan".

Kalau menurut hadis di atas, talaq 3 sekaligus dalam satu kejadian, adalah bidaah. Hanya umar saja yg mula sekali melakukannya.

Abdul Said berkata...

Inilah akibatnya bila kita berkata-kata tanpa memikirkan tindak balas dan kesannya. Masyarakat akan menilai apa yang telah diungkapkan. Masyarakat akan tersentak dan mula berfikir tentang apa yang telah kita katakan lebih-lebih lagi isu-isu atau perkara-perkara yang membabitkan orang ramai. Satu kesilapan besar bila manusia yang mengelar diri mereka ulamak PAS memulakan kempen menghalau jebon-jebon. Satu kesilapan paling agung bila ketua mereka membiar sahaja orang-orang kuatnya bertindak kurang ajar dan tanpa sopan santun terhadap teman-teman separti. Manusia diluar parti memerhatikan sahaja dan boleh membuat penilaian sendiri. Mungkin ,mereka (kumpulan samseng PAS)tidak tahu atau memang bodoh mengenai pengundi-pengundi. Ahli PAS bukannya ramai. Yang ramai ialah penyokong dan orang yang bersempati terhadap perjuangan orang seperti Almarhum TGNA. Orang bersempati kerana melihat kekejaman UMNO terhadap ahli-ahli PAS. Bila PAS sudah jatuh kepada kumpulan tak sedar diri maka ramailah yang keluar atau pun beralih simpati. Ramai yang tak kisah apa akan terjadi kepada PAS. Biarlah ia berjalan sendiri. Mudah-mudahan cita-cita Hadi untuk bergabung dengan UMNo tercapai dalam masa terdekat sebelum PRU akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik cepat berkuburlah parti nih....

Tanpa Nama berkata...

bila pula ahli pkr nak berbondong2 masuk pan?

sikap pkr nak berkawan dgn semua termasuk musuh umno dan pengkhianat pas akan membawa padah.

jika ingin mengelak perpecahan melayu, sila renung kembali sejarah Islam, Islam beriman akan sentiasa diperangi oleh Islam munafiq. kerana itu jugalah anwar dipenjara.

jgn haraplah nak berkawan dgn semua org!

Tanpa Nama berkata...

inilah masalah pas. bukan hanya ada pemimpin yg ego, berlagak pandai, perasan diri dah tahap ulamak. tapi ahli2 mereka dan penyokong2 kepada pemimpin yg tak semegah ini pun lebih kurang mcm ahli umno. tidak mampu berfikir luar kotak. mungkin inilah kesan dokrin2 minda bawah sedar yg sudah sekian lama menyebabkan mereka jadi mcm org bodo. maaf jika kasar bahasanya. tapi inilah hakikat yg perliu kita terima. isu baiah ini bukan perkara kecil. mungkin baiah taklik ini adalah satu rahsia yg ramai ahli tidak tahu. tapi setelah rahsia ini terbongkar. masih ramai yg setia tanpa belah bagi. dimanakah akal waras mereka. apakah mereka tidak bijak ugama. wala' tak kena tempat. jika mereka ini seorang pejuang yg ingin membangunkan Islam. tidakkah mereka merasakan yg isu baiah ini seperti tidak menepati seperti baiah yg para sahabat nabi dulu.

mereka tidak pergi dengar kuliah ke. banyak kisah yg boleh dijadikan panduan. jika ragu2. boleh dapatkan jawapan dan pendapat dari ramai2 ustaz2, mufti dan Dr yg lebih arif. jangan ditutup ruang lingkup hanya rujuk ustaz2 yg berada dlm sistem pas. tapi inilah masalah mereka. ramai berpendapat golongan ugama yg berada diluar dari jemaah mereka tidak betul. sbb mereka2 ini semua makan gaji. dan byk pula gelaran2 yg mereka beri. Dr maza sendiri ramai yg tuduh wahabi. dan yg menuduh itu kebanyakkan org pas sendiri. org umno tak reti ugama mcm org pas. kalau dicerita pasal wahabi ni pun mereka tidak faham. sbb itu umno tak reti nak menyeleweng sangat bab ugama ini. yg banyak tukang seleweng adalah ulamak2 yg mereka gajikan.

pas juga perasan rasa diri dah hebat. ahli ada sejuta lebih je pun. kurang 3x ganda dari umno. lupakah jumlah yg layak mengundi dlm msia ini saja dlm 13 juta pada pru 13. jadi siapakah yg selebihnya mengundi mereka. undi dari yg bukan ahli pas itu sendiri melebihi dari jumlah undi ahli pas. jika di kelantan pun daftar pemilih ada 900k. takkan lebih dari separuh pengundi pas di kelantan adalah ahli pas. hbs bagaimana di terengganu yg ada 600k pengundi dan di kedah sendiri yg pas pernah menang ada sejuta pengundi. oleh itu pas jgn dgn mudah mendabik dada, ahlilah yg memenangkan mereka dan merasakan mereka itu kuat. inilah realitinya. org melayu ramai tak pandai matematik dan juga tidak menguasai ilmu mantik. politik mereka hanya ikut rasa2 saja kot. yg penting calon lulusan ugama. yg jadi pemimpin semua kena ustaz2.

harap apa yg berlaku ini memberi kesedaran pada mereka. kita berdoa semoga Allah beri petunjuk pada mereka dan juga pada kita. dan kita yg sedar ini kena ingatkan mereka dan betulkan mereka. sebab jika kita tidak mengajak amar makruf nahi mungkar. mereka dlm pas ini akan perasan bagus. tgk saja apa yg berlaku sekarang. " inilah tapisan Allah"... dan mcm2 ungkapan. tidak terlintaskah dihati mereka, "Allah nak tapis aku ke nak tapis mereka ni"... sebab mereka mati2 ingat mereka masih di atas landasan kebenaran. tidak terlintaskah dihati mereka, kenapa parti jadi pecah belah sebegini. adakah Allah ingin tegur kami di atas kekhilafan kami. tapi apa yg berlaku, mereka rasa mereka benar. hingga label org dan fitnah org tanpa bukti sahih pun mereka seperti halalkan kerana pada mereka yg nak ditentang itu musuh yg bersekongkol dgn kafir. jadi buat apa perlu nak jaga adab dan akhlak. buat apa nak hikmah. bantai habis ke. betul atau tidak fakta tuduhan itu. janji dapat hancurkan musuh. itulah senario yg berlaku. sebab itu kita jgn putus harapan utk betulkan mereka. sbb mereka itu lebih berat bebannya kerana bawa nama Islam dlm parti mereka. jika rosak mereka. rosaklah pandangan org terhadap ugama Islam. jadi sama2 kita yg Allah beri kewarasan dan sedikit ilmu untuk mampu mengenali yg mana hak dan batil, kita teruskan usaha Islahkan ugama dengan kefahaman yg betul mengikut Al-Quran dan sunnah.

Tanpa Nama berkata...

Memang ada lelaki yang menguna talak sebagai senjata menakutkan isteri. Pada zaman dahulu perempuan amat takut apabila bergelar janda. Kemana pergi di pandang serong dan suami di cubit jika menjeling pada janda tersebut. Dalam kepala otak lelaki pada zaman tersebut ialah janda tersebut telah 'kemarau panjang'. Perempuan ketika itu tidak rela di gelar janda dan malu menunjuk muka semasa kenduri kendara.

Sekarang talak jadi senjata politik pulak dah.

Jika lelaki yang menguna talak menakutkan si isteri adalah zalim maka sikap PAScai juga adalah zalim. PAScai mengunakan talak menakutkan suami dan dalam soal ini, kita bayangkan lah apa perasaan si ibu dan ayah kepada isteri tersebut dan adik-beradik nya sekali. Apakah kita suka jika ini terjadi pada anak perempuan kita ? atau adik perempuan kita ?

Melainkan suami adalah lelaki yang tidak beriman, pemalas, pemarah, kaki botol, kaki pukul dan tidak menjaga rumah-tangga, selain dari itu apabila terbatalnya penceraian, kita yang mendengar pun bersyukur dan berlapang dada. Begitu lah hati ini menerima berita sepasang suami-isteri selebritii yang membatalkan hasrat bercerai.

Pendekata, kita akan cari hujah dan jalan yang boleh disandarkan untuk membatalkan penceraian. Sebaliknya PAScai beriya-iya ingin melihat terjadi nya penceraian dan mungkin amat gumbira ya gumbira berlaku nya penceraian.

Dah sembang di sini, kita nak beri pandangan. Pengalaman kita hadir kes cerai di mahkamah. Sedih pilu melihat anak-anak yang masih kecil dibawa oleh si ibu mudah-mudahan dapat mengubah hati suami yang ingin berkawin lain. Begitu tinggi ego lelaki atas kesilapan Isteri yang telah di kahwini bertahun-tahun sehingga tidak di peduli kata-kata isteri yang sedang merayu dengan tangisan. Malah ada isteri yang di marahi oleh tuan hakim kerana isteri tidak tahu dimana suami untuk menuntut nafkah. Macam-macam.

Terfikir ketika itu, mengapa tidak dibawa pasangan muda yang mengikuti kursus kawin tidak dibawa melihat sendiri akibat buruk penceraian? Tak tahu lah kalau sekarang dah dimasukkan dalam kursus perkahwinan.

Kita mesti pertahankan 'mesjid' supaya tidak runtuh...bukan parti !!

Tanpa Nama berkata...

Saya cina... Dan cina dah tahu jangan dekati Islam kerana pas Suka label cina Hina agama.

Cina cakap pasal politik, pasal perlembangaan, pas pula label cina Hina agama.

Boleh percaya ler?

Tanpa Nama berkata...

Hallo 5.54 am

PAN... jangan usik ahli PKR Kecuali ahli itu sendiri yang membuat pilihan sendiri. Apa pun jika PAN menentang calon PKR semasa pilihanraya itu cerita baru kalau sama sama di bawah calon pakatan ianya tidak ada keperluan jangan timbulkan isu bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Bai'ah dgn lafaz taklik tu bkn bmksud gadai isteri, tp nk bgtau bhawa mmegang amanah tu adalah sgt2 berat, lebih2 lgi amanah rakyat, cuba bygkn org yg dh dilantik sbgai wakil rakyat atas tiket PAN, tiba2 dia lompat parti kpd parti umno (sbgai contoh), bukn ke tu satu pengkhianatan yg bkn shj kpd parti, ttapi kpd seluruh pengundi2 di kwasannya.. oleh itu, jika xnak lafaz taklik tu terlaksana, letak jawatan sbgai wakil rakyat kmudian baru la lompat parti... ingat amanah rakyat yg kmu pegang tu bleh wat main2 ke? Rakyat undi n pilih kamu atas dasar perjuangan PAS, tba2 kamu lompat parti (undi PAS, tba2 parti lain dpt kuasa), bygkn klau setiap org yg undi kamu tu x redha dengan undi yg mereka beri, mnjawablah di akhirat kelak... Amanah tu adalah sgt berat, sebagaimana trasa beratnya nk ceraikan isteri, begitulah lagi berganda2 beratnya memegang amanah... wallahu a'lam....

Tanpa Nama berkata...

Utk makluman, lafaz bai'ah tersebut dilafazkn dihadapan TGNA sbgai saksi... sekiranya Bai'ah tersebut adalah batil @ bidaah, mengapa TGNA tidak mmbantah? Kerana kbnyakan pndpt TGNA adalah syadid...

Tanpa Nama berkata...

Anon 12:25 AM cuba menegakkan baiah talak.

Dia tulis: "cuba bygkn org yg dh dilantik sbgai wakil rakyat atas tiket PAN, tiba2 dia lompat parti kpd parti umno (sbgai contoh), bukn ke tu satu pengkhianatan yg bkn shj kpd parti, ttapi kpd seluruh pengundi2 di kwasannya."...

Tak payah lompat parti, tapi yang PAS dah khianat dalam bab tahaluf siyasi tu juga adalah satu pengkhianatan amanah dari para pengundi.

PAS sendiri yang telah "membatalkan" baiah talak berkenaan apabila mengkhianati pengundi yang telah mengundi PAS kerana rakyat mengundi PAS kerana Pakatan Rakyat.

Orang buat semua salah, awak buat semua ok?
Bingai!!!

Tanpa Nama berkata...

Anon 12:30 AM jgn cuba nak kaitkan TGNA yang telah meninggal.
Jika TGNA bersalah, muga Allah mengampunkan beliau.

Semasa hayat TGNA, PR masih ada. Pada masa itu TGNA tidak menjjangkakan PAS akan memutuskan hubungan kerjasama dengan komponen PR.

Tetapi apabila PAS telah membunuh PR, TGNA tidak boleh dipersalah. PAS sendiri ayng telah khianat dengan baiah berkenaan.

Ibn Sabil berkata...

Apasal anon 12.25 am tak tanya Haji Hadi kenapa selalu ponteng parlimen? Bukankah nak jadi seorang wakil rakyat beliau telah bersumpah di dalam parlimen denagn lafaz wallahi, wabillahi, watallahi?

Bukankah itu lebih mengkhianati rakyat?