Mat Sabu: MP, ADUN PAS tak perlu kosong kerusi
Semua wakil rakyat daripada PAS yang menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak perlu meletak jawatan sebagai anggota parlimen atau dewan undangan negeri kerana kemenangan mereka adalah atas tiket Pakatan Rakyat, kata Mohamad Sabu.
Bekas timbalan presiden PAS itu berkata soal peletakan jawatan tidak timbul kerana perundangan dan perlembagaan tidak memaksa wakil rakyat yang menyertai parti lain mengosongkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum.
"Sebaliknya, wakil rakyat (PAS) di luar Pakatan yang seharusnya melepaskan jawatan mereka," katanya kepada pemberita selepas perasmian GHB Pulau Pinang di Butterworth.
Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengulas desakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parlimen dan Adun PAS berkenaan meletak jawatan.
Sementara itu, Mohamad yang akan menjadi pengerusi parti baru itu berkata beliau yakin jumlah keanggotaan GHB akan meningkat dalam beberapa minggu lagi berikutan beberapa peletakan jawatan dan keahlian dalam PAS sekarang, dan didakwa akan terus berlaku. -Bernama
ULASAN GB
Presiden PAS menyatakan wakil rakyat yang tak letak jawatan akan dilaknat. Sebelum ini Mursyidul Am PAS, Dr.Haron Din mengeluarkan "fatwa"nya haram gaji dan elaun jika wakil rakyat PAS menyertai parti lain.
Memang pelik dan teruk sekali kenyataan-kenyataan berkenaan kerana jika demikian, kesemua wakil rakyat PAS kena letak jawatan sebab PAS sendiri telah khianat denagn rakan-rakan sepakatan sehinggan Pakatan Rakyat kini sudah hancur binasa. Kesemua gaji dan elaun wakil-wakil rakyat PAS yang masih kekal di dalam PAS itulah yang sebenarnya haram kerana rakyat mengundi mereka bukan kerana mereka PAS semata-mata tetapi adalah kerana pada pilihanraya rakyat mengundi di atas dasar mereka adalah calon Pakatan Rakyat.
Jika mengundi di atas dasar PAS semata-mata, cuba lihat di kerusi-kerusi dimana pertandingan tiga penjuru iaitu di
1) Dun Kota Damansara (Selangor)
2) Dun Sungai Aceh (Pulau Pinang)
3) Dun Panti (Johor)
4) Dun Kota Putra (Trengganu)
5) Dun Bukit Besi (Trengganu)
7) Dun Seberang Takir (Terengganu)
6) Parlimen Labuan.
Ketujuh-tujuh kerusi tersebut akhirnya terlepas kepada Umno/BN! Di Sungai Acheh PAS dengan calonnya Mohd Yusni Mat Piah TELAH HILANG DEPOSIT dengan hanya mendapat 690 undi. Jadi jangan lupa, dengan restu Hj Hadi, PAS telah mengkhianati tahalluf siyasi dengan rakannya sewaktu PRU-13 lepas dan PAS kecundang di tempat-tempat yang tidak dibantu rakan dari Pakatan Rakyat. Lagi mahu sembang kencang dan mahu tunjuk lagak.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan dimana calon-calon PAS yang khianat dengan Pakatan Rakyat itulah yang bakal dihukum oleh rakyat. Gaji dan elaun merekalah yang lebih "syubhah".
Selain itu sebelum ini GB pernah menyatakan bahaimana pula wakil rakyat PAS yang gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat sepertimana yang diamanahkan? Mengapa Majlis Syura tidak mengeeluarkan hukum tentang gaji dan elaun yang diterimanya? Petikan:
Lepas tu hebat dan segera pula nak barua, celaka, mentololkan orang lain dan kini nak melaknat orang.
Kita menunggu hukum kebenaran dan keadilan yang akan terus berjalan untuk menghukum pimpinan tertinggi PAS dan PAS sendiri lantaran pengkhianatannya kepada rakyat. Nanti akan ketahuilah semua siapa yang barua, celaka, tolol dan terlaknat yang sebenarnya....
InsyaAllah, berani kerana benar!

Mat Sabu gesa semua wakil rakyat PAS letak jawatan
Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menggesa wakil rakyat PAS, sama ada ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Adun), melepaskan jawatan masing-masing, lapor Utusan Malaysia hari ini. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dipetik akhbar milik Umno itu berkata, kemenangan wakil rakyat PAS dalam pilihan raya umum lalu merupakan kemenangan atas tiket pakatan pembangkang.
"Mereka (ahli PAS) yang sepatutnya letak jawatan, kerana tidak lagi berada dalam pakatan pembangkang, yang turut disertai DAP dan PKR," katanya selepas majlis pelancaran GHB peringkat negeri di Bukit Mertajam malam tadi.
Pada masa sama, Mat Sabu mendakwa terdapat lebih ramai ahli PAS di seluruh negara meninggalkan parti itu selepas ini dan menyertai GHB.
"Mereka secara berperingkat akan umum keluar PAS dan dalam hal ini, kami (GHB) tidak memaksa, dan memberi arahan kepada mereka supaya berbuat demikian, sebaliknya dilakukan atas kerelaan sendiri," katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, GHB bersedia mengambil alih peranan PAS yang gagal menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum sejak beberapa penggal lalu dan prestasi itu tidak setanding dengan DAP dan PKR.
"Di negeri ini (Pulau Pinang), kita bagi bertanding di 5 kerusi DUN tetapi menang satu saja berbanding PKR yang menang 10 kerusi, manakala DAP paling cemerlang kerana menang di kesemua 19 kerusi.
"Jadi, baki 4 kerusi DUN yang gagal ditawan oleh parti lama saya, akan digunakan GHB untuk bertanding," katanya.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bekas ahli PAS yang menyertai parti baharu, termasuk GHB, perlu meletak jawatan mereka kerana sudah berbai'ah sewaktu menerima tawaran bertanding menjadi wakil rakyat. -TMI
ULASAN GB
Presiden PAS menyatakan wakil rakyat yang tak letak jawatan akan dilaknat. Sebelum ini Mursyidul Am PAS, Dr.Haron Din mengeluarkan "fatwa"nya haram gaji dan elaun jika wakil rakyat PAS menyertai parti lain.
Memang pelik dan teruk sekali kenyataan-kenyataan berkenaan kerana jika demikian, kesemua wakil rakyat PAS kena letak jawatan sebab PAS sendiri telah khianat denagn rakan-rakan sepakatan sehinggan Pakatan Rakyat kini sudah hancur binasa. Kesemua gaji dan elaun wakil-wakil rakyat PAS yang masih kekal di dalam PAS itulah yang sebenarnya haram kerana rakyat mengundi mereka bukan kerana mereka PAS semata-mata tetapi adalah kerana pada pilihanraya rakyat mengundi di atas dasar mereka adalah calon Pakatan Rakyat.
Jika mengundi di atas dasar PAS semata-mata, cuba lihat di kerusi-kerusi dimana pertandingan tiga penjuru iaitu di
1) Dun Kota Damansara (Selangor)
2) Dun Sungai Aceh (Pulau Pinang)
3) Dun Panti (Johor)
4) Dun Kota Putra (Trengganu)
5) Dun Bukit Besi (Trengganu)
7) Dun Seberang Takir (Terengganu)
6) Parlimen Labuan.
Ketujuh-tujuh kerusi tersebut akhirnya terlepas kepada Umno/BN! Di Sungai Acheh PAS dengan calonnya Mohd Yusni Mat Piah TELAH HILANG DEPOSIT dengan hanya mendapat 690 undi. Jadi jangan lupa, dengan restu Hj Hadi, PAS telah mengkhianati tahalluf siyasi dengan rakannya sewaktu PRU-13 lepas dan PAS kecundang di tempat-tempat yang tidak dibantu rakan dari Pakatan Rakyat. Lagi mahu sembang kencang dan mahu tunjuk lagak.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan dimana calon-calon PAS yang khianat dengan Pakatan Rakyat itulah yang bakal dihukum oleh rakyat. Gaji dan elaun merekalah yang lebih "syubhah".
Selain itu sebelum ini GB pernah menyatakan bahaimana pula wakil rakyat PAS yang gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat sepertimana yang diamanahkan? Mengapa Majlis Syura tidak mengeeluarkan hukum tentang gaji dan elaun yang diterimanya? Petikan:
Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali.
Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu tiga undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan dan Undang-undang GST.
Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun!
Kelmarin, sewaktu semua ahli parlimen pembangkang terpaksa berhimpun di Padang Kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu, Haji Hadi ponteng lagi.
Rupa-rupanya beliau berada di Kelantan, mengeluarkan kenyataan dari sana akan memecat ahli PAS yang menyertai parti lain. Tidak uzur syarie.
Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen! Apakah tidak berdosa jika tidak menunaikan amanah atau dalam ertikata lain KHIANAT sebagai seorang ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat? Apakah hukumnya memakan gaji buta itu? Beliau yang sepatutnya dipecat dari PAS kerana mengkhianati parti juga. Bukankah ahli parlimen juga ada mengangkat sumpah semasa ditabalkan menjadi seorang MP untuk berkhidmat dengan amanah dan jujur
Lepas tu hebat dan segera pula nak barua, celaka, mentololkan orang lain dan kini nak melaknat orang.
Kita menunggu hukum kebenaran dan keadilan yang akan terus berjalan untuk menghukum pimpinan tertinggi PAS dan PAS sendiri lantaran pengkhianatannya kepada rakyat. Nanti akan ketahuilah semua siapa yang barua, celaka, tolol dan terlaknat yang sebenarnya....
InsyaAllah, berani kerana benar!
23 ulasan:
Dilaknat hadi xpe jgn dilaknat tuhan.Pas hanya parti keluar pas bkn bmaksud keluar islam.Hadi juga manusia biasa tp keangkuhan serta kemaslanan nya luar biasa.Najib dan Hadi sama2 degil xnk letak jawatan..kita lihat siapa yg akan dilaknat...nmapak parti pas dah mula meroyan sbb ramai keluar pas.itu salahsatu tanda laknat
biarkn bahabi2 myalak.....kabilah pr 2.0 terussssss menuju putrajaya
Apa susah nya lepas jawatan d contoh lantik mat sabu sebagai calon.kita tenggok
Bahana doa "UMNO HANCUR" makan diri, rakyat jelata, para ulamak termasuk para mufti nasihatkan dengan baik supaya `Jangan Mendoakan Perkara Tidak Baik Kepada Sesiapa' tetapi disanggah dengan angkuh konon UMNO zalim terhadap rakyatnya sedangkan hampir semua keperluan rakyat disempurnakan dengan jayanya oleh mereka sedangkan PAS tidak mampu untuk membina walaupun seinci "Lebuhraya Rakyat" belum benda-benda lain lagi.
mengapa Hadi jadi teruk begini,Jiwanya makin tidak tenteram,perkataan yang dihamburkan penuh dengan jelekan yang menikan semula dirinya,Apakah dia tidak sedar apa yang telah dilakukkan atau orang2 sekelilingnay lakukakn.Mnegapa hadi langsung tidak muhasabah diri.dia fikirkan dia bersih.dia benar.dia maksum,dia tak buat dosa,dia tak lukakan hati kawan,dia dapat sokongna kuat,Dia melihat dirinya sendir seorang diri dia lupa 10 oarng melihat dan memerhati apa ayng tealh dilakukanya,Kesian dia.Kalau dalam BN Najib tak lena tidur dalam Pas Hadi tak lena tidur,Haron Din dah lama diam ,sebab mungkin dia sudah muhasabah diri,Terimakasih haron Din.
TGHH dan geng2 ustaz adalah warisatul an biya' maksum. Geng2 lain saje yang berdosa.
Selepas MUKTAMAR tiada lagi hati pada PAS.
Mulut kata isle isle tapi kelaku menjebon, mentolol dan membarua kan orang. Banyak lagi ulama yg boleh kita ikut tapi bukan LEBAI HADI
Lihat kelakunya dalam berpolitik, lihat bahasa mulut longkang nya PASTI akan dijauhi kecuali yg membabi buta
Sedih begini model kunun islam
Bukan bahana tapi makbul.... yang menjahanam di dalam PAS sekarang adalah mereka yang cenderung dengan umno/bn. Satu nasihat, PAS kalau buat himpunan memang ramai.... persoalannya adakah jumlah yang ramai itu mampu diterjemah sebagai undi kepada PAS?
Mcmana nk bina lbuh raya,slma ni..pas kah yg mmerintah??pas kah yg mnteri kewangan,tp tu dulu,skrg ni go par go!
Adakah orang yang menghina sesama ahli, menghalau dan memulau mendapat pahala berkoyan-koyan? Adakah orang yang berjuang untuk parti selama ini dan hanya berbeza pendapat dilaknat juga oleh Allah s.w.t. Kita lihat nanti siapa yang dilaknat!!! Kita akan ketahui siapa penghujung hayatnya menyerupai tokoh-tokoh lain yang dihina Allah s.w.t. Sayang sekali, dikatakan orang ilmu luas, amalam banyak tetapi perangai tidak membayangkan perkara-perkara tersebut!!!
Bila seSUMPAH mentakrif BANGSAT
Datang pemFITNAH mentafsir LAKNAT
Habislah ummat sesat dan MURTAD
Ibarat GELAP dihutan BANAT
Rompakan peNYAMUN beratus BILLION
Penyamun-pemFITNAH ber'hudud "SUCI"
SIKU dan lutot lopong terPEGUN
Klentong pemFITNAH hebat SEKALI
Bangsat LAKNAT..ungkapan GERAM
Berkongsi "GHONIMAH"..sudah terPERANGKAP
EKONOMI hancur...ringgit menJUNAM
Se'SUMPAH pem'FITNAH..alamat keLOKAP

Bro Ali, kau ni macai umno kot.. doa hancur umno tu dh nmpk kesan skarang ni.. umno mmg berantakan dgn mcm2 isu, cuma dlm PAS sapa2 yg pro umno ikut skali nk hancur.. tggu masa je
Encik Jeman. Sejarah tetap ada dan walau apa pun dilakukan, kebenaran tetap wujud dan yang palsu tetap nampak. Cerita UMNO huru hara ni sudah lama berlaku. Ianya bermula secara umum dengan drama 13 Mei 1969. Satu komplot dibuat untuk menjatuhkan Almarhum YTAM Tunku Abdul Rahman. Ramai yang terlibat. Sementara Almarhum Datuk Harun Hj Idris digunakan sebagai hero dipentas pergaduhan diantara kaum-kaum. Kemudian Almarhum YTAM Tunku disingkirkan. Bila dilihat pula hero Melayu masa itu Almarhum Datuk Harun popular dan mungkin ada peluang menjadi Perdana Menteri, satu komplot pula dibuat untuk menjatuh Almarhum Datuk Harun. Kalau disingkap balik sejarah kesalahan atau pertuduhan yang dibuat terhadap Almarhun Datuk Harun dengan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNo sekarang adalah seperti kain pelikat Almarhum Datuk Harun hanya terkena dugal (muntah susu) cucunya sahaja. Adalah agaknya sesudu. Sedangkan kain-kain pelikat pemimpin-pemimpin UMNO sekarang terjatuh kedalam kolam taik yang tak boleh dibuat apa-apa!! Jadi sejarah huru-hara UMNO ini sudah lama, lebih 40 rtahun lalu!! Bagi yang berminat untuk membuat kajian ilmiah mengenai perkara ini adalah disarankan mereka membuatnya di UK, Belanda, Thailand, Singapura, Indonesia dan Hongkong. Dalam keadaan sekarang kajian serupa itu agak sukar dibuat kerana terdapat ramainya prof-prof kangkong dan kangkang menguasai universiti-universiti awam di hegara kita!!!
Purapuranya
Gumbira gumbira
Ruparupanya
Kuciwa kuciwa
Pelakon terbaik 2015
Sekarang ini suka atau tidak, PAScai kena akui jika tidak ujud Pakatan Rakyat akan ujud pertandingan tiga penjuru. BN, PKR atau DAP dan PAS. Yakin sangat ke PAScai boleh menang ketika itu? Kerana Pakatan Rakyat lah berlaku nya peralihan undi dari BN ke Pakatan Rakyat.
Mengapa PAScai yang buat rundingan dengan PKR supaya pru akan datang tidak berlaku pertandingan 3 penjuru?
GHB tidak boleh kompromi dengan hanya bertanding di tempat yang PAScai kalah. GHB menyatakan untuk menganti PAS dalam Pakatan Rakyat dan GHB kena bagi peluang kepada pengundi di kerusi yang di menangi PAScai supaya pengundi disana dapat bersama-sama dengan Pakatan Rakyat yang baru.
AMANAH adalah wakil dari Pakatan Rakyat yang baru maka bertanding lah atas tiket Pakatan Rakyat bukan atas parti.
Lagi pun, menjadi hal PAScai kalah sebab PAScai bertanding untuk menang.
Nasib hadi dan Najib sama
'punahsihat' tak peduli umno atau pas jahanam apa yg penting mereka kenyang
Apa cerita maybank apa cerita perangsang
Ahli Parlimen dengan Ahli Dewan berbeza. Ahli Dewan mewakili kawasan tetapi Ahli Parlimen mewakili semua rakyat kerana orang Trengganu menjadi wakil kepada semua rakyat Malaysia.
Hj Hadi bukan khianat kepada pengundi tetapi khianat kepada rakyat. PRU akan datang harap-harap PAScai calun kan lah Hj Hadi untuk bertanding sebagai Ahli Dewan dan mudah-mudahan Hj Hadi jadi Ketua Pembangkang dan ini akan menyusahkan Hj Hadi untuk ponteng.
Yang paling sukar di terima semata-mata kerana mengelak dari perhimpunan di padang kawad, Hj Hadi langsung tak hadir parlimen. Biar betul ??
Jika betul, Persidangan Parlimen akan datang pun tentu-tentu Hj Hadi ponteng sebab nak elak dari Undi tidak percaya pada Najib.
Ini masalahnya apabila semua aspek kehidupuan dunia ini tidak dijadikan amalan dan ibadat sedangkan dalam Islam masuk bilik air dan bersama dengan isteri adalah ibadat.
Kepada Allah kita kembalikan.
kenapa Hj Hadi jadi begini...harun din pun jangan sampai terikut..tak kan beza pendapat sampai sanggup sebut laknat kat kawan2..kita raikan lah perbezaan pendapat selagi pegang tali2 Allah. GHB ingat jangan sebut kalimat2 yang dapat memedihkan PAS sebab dia bini kita dulu. Kawan tetap kawan. Jangan layan tuduhan mereka sebab tanggungjawab mereka mendatangkan saksi. GHB harus fokus menyampaikan visi dan misi membawa Malaysia pada tempat selayaknya.
GB memang berani... kerana GB yakin dengan kebenaran dan keadilan. Tahniah GB!
Haji hadi memakan syusyi
Hasan ali tumpang sekaki
Haron din sedang bersembunyi
Hasañ tontowi serban berduri
Hadi adalah contoh munafik tulin tp para penyokongnya taksub buta matahati tak nampak kebenaran dan menjadi pendokong kebatilan.
Encik Anon 12:20 AM. Tak baik kata orang buta matahati. Apa lagi kalau orang itu memang sudah buta matahati mereka. Itulah bahana kalau taksub kepada satu guru sahaja. Rasulullah memang seorang dan kita kena ikut. Namun baginda ada ramai sahabat. Beribu-ribu. Jadi pewaris nabi pun ramai. Bukan ulamak PAS sahaja!!!
Catat Ulasan