19 Ogo 2015

Shahrir Sudah Dapat RM1 Juta, Terus Jadi Pengampu Tegar Najib...

Ke mana perginya integriti Shahrir? – Akmal Nasir

Pengakuan ahli Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Samad mengenai sumbangan atau derma daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada pimpinan akar umbi Umno sebagai satu perkara normal adalah amat mendukacitakan.

Beliau memberikan gambaran seolah-olah penggunaan wang dalam politik Umno adalah amalan kebiasaan.

Lebih menjengkelkan lagi apabila Shahrir masih gagal untuk menafikan pendedahan daripada Sarawak Report yang beliau sendiri menerima RM1 juta daripada akaun peribadi Najib selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Integriti beliau yang sebelum ini dianggap sebagai seorang berprinsip sehinggakan suara beliau yang kadang kala tidak selari dengan Umno kini amat diragui.

Mungkin tidak hairanlah sejak skandal 1MDB diketahui umum, kenyataan demi kenyataan oleh Shahrir begitu cenderung atau bersungguh-sungguh mempertahankan Najib.

Memandangkan Shahrir gagal menyangkal pendedahan mengenai sumbangan peribadi RM1 juta kepada beliau daripada Najib, beliau seharusnya menjawab persoalan berikut:-

1. Adakah derma RM 1 juta yang diterima beliau dibayar cukai? Kalau sebelum ini beliau menyebut bahawa Najib tidak perlu membayar cukai untuk derma RM2.6 bilion yang diterima kerana penderma dari Timur Tengah yang sepatutnya menjelaskan cukai, dalam kes ini Najib sebagai penderma adakah Najib menjelaskan cukai untuk derma kepada beliau?

2. Adakah Shahrir tidak terasa terhutang budi kepada Najib kerana derma yang dinyatakan itu datang dari akaun peribadi Najib sendiri? Apakah permintaan atau syarat yang ditetapkan oleh Najib bagi membolehkan Shahrir menerima sumbangan RM1 juta ini?

3. Jika Shahrir menganggap sumbangan peribadi Najib adalah sesuatu yang normal, bolehkah beliau memberi jaminannya mampu meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi Najib?

Jika benar Shahrir menerima sumbangan RM1 juta daripada akaun peribadi Najib, saya pasti rakyat khususnya rakyat Johor Baru amat kecewa.

Maka hilanglah satu suara yang sebelum ini lantang membangkitkan isu rakyat dan kini hanya menjadi suara “yes-man”.


Terima RM1 juta daripada Najib perkara biasa, kata BNBBC

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad mempertahankan dirinya yang didakwa menerima wang RM1 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan laporan Sarawak Report dengan menegaskan, ia perkara normal.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata beliau tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan menjelaskan dalam siasatan bagaimana wang tersebut digunakan sekiranya diminta berbuat demikian.

"Siapa yang patut saya minta untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk menguruskan bahagian saya, jika tidak daripada parti presiden sendiri," katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.

Shahrir berkata menerima bantuan daripada presiden Umno merangkap perdana menteri untuk mana-mana bahagian adalah perkara biasa, terutamanya sekiranya bahagian tersebut kekurangan dana.

Sarawak Report pada Sabtu lalu mendakwa Najib menyalurkan dana daripada akaun kewangannya kepada beberapa pemimpin Umno.

Selain beliau, yang didakwa menerima dana daripada presiden Umno ialah Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga Ketua Pu­teri Umno.

Portal tersebut mendedahkan dana tersebut disalurkan dalam akaun Tenure Finance Corporation (BVI) di Falcon Bank di Singapura pada hari sama perdana menteri menutup akaunnya di Amprivate Bank pada 30 Ogos 2013.

Sarawak Report berkata, dana itu disalurkan daripada syarikat sama yang menyalurkan AS$681 juta ke dalam akuan peribadi Najib pada awal Mac 2013. -TMI


ULASAN GB

Dahulu, Shahrir seorang berprinsp. Letak jawatan menteri kerana mempertahankan prinsip.

Kini tidak lagi.

RUpa-rupanya Shahrir telah mendapat RM1 juta dari Najib.

Kenyataan Shahrir di atas juga membuktikan bahawa beliau memperakui bahawa laporan Sarawak report itu adalah benar.

Habis semua ahli parlimen Johor sudah pertahankan Najib. Rupa-rupanya masing-masing sudah mendapat habuan dengan pelbagai cara. MP Pengerang, Pulai, Pontian kini semua menjadi pengampu tegar Najib dan rela Muhyiddin menjadi korban asalkan kedudukan sendiri terbela.

Demikian politik UMNO, politik wang dan jawatan yang sedang bermaharajalela.







IKLAN BERBAYAR







8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maruah diri sudah hilang serta merta.Malu lah kepada adik yang pandai menjaga maruah diri

Tanpa Nama berkata...

Salam dan selamat pagi. Sebenarnya kita pernah merasa kagum dengan semangat juang shahril samad semasa dulu2 dia bermain politik di johor bahru.

Sekarang dia dan geng2nya sudah hilang segala prinsip perjuangan membela nasib melayu gara2 duit. Ya, duit masuk dari segala macam tender, sumbangan tauke2 dan dana pilihan raya memang masuk bertali arus. Puak2 ni sebenarnya banyak duit. Kalau shahril kata dia minta najib duit kerana miskin, itu mustahil.

Puak2 ni sebenarnya berlumba2 kumpul duit sebanyak2nya sebelum bersara dan nak duduk sedap2 sebelum mati. Tak kira duit itu dari mana. Umno bukan ambil kitab sebagai panduan. Sebab itu halal haram mereka yang tafsirkan sendiri.

Sekarang sudah terdedah dan terbukti najib memang bersalah menghambur duit rakyat untuk membeli penyokong2nya. Itu asalnya duit rakyatlah yang kau rembat. Najib jangan temberanglah itu duit pak arab kononnya. Kau korner2 buat apa.

Nanti banyak lagi akan terdedah. Nanti pecah habis temberang kau najib. Menjelang sambutan 31 ogos, rakyat semua bangsa, rakyat semua parti melainkan pas akan bangkit melawan kau dan umno bn.

Kami suka kau merapu2 seperti sekarang. Lagi banyak kau beri alasan2 merapu lagi bagus. Biar makcik2 felda totok mula insaf dan sedar siapa kau dan umno bn. Kalau benteng terakhir kau di kampung2 dan felda sudah bangkit melawan, kau dan umno bn pasti tumbang dan tidak akan bangun lagi.

Kau shahril, orang tengok kau pun dah macam mayat dan cukup2 meluat. Hai, mengapalah tuhan jadikan kau manusia, shahril. Bukankah elok kau jadi haiwan sahaja..

Malaysiabaru berkata...

Sharir beeniaga kedai dobi di bandar jb... Mana cukup.... Mentadara rosmah pun jadi

Abdul Said berkata...

Kalau lebai, haji dan ustaz pun habis punah ranah, hancur lebur kerana kenikmatan dunia, orang lain tak usah cakaplah. Cuma nak ingatkan diri sendiri dan sahabat seugama, walaupun kita tak buat kerja begitu (sama ada takut Allah s.w.t. atau kerana tak ada peluang) janganlah hati kita, mulut kita dan tangan kita cenderung kepada mereka, takut-takut kita juga akan disambar oleh api neraka jahannam!!

Unknown berkata...


Tegak berdiri najib
Disokong oleh MP yang masih mengharap habuan
Dijulang oleh ketua bahagian yang masih dibuai janjimanis
Didokong oleh penyokong buta hati buta ekonomi

Bila sampai masanya nanti
Jangan kita lupa nama MP itu satu persatu
Jangan kita biarkan ketua bahagian walaupun satu.

Mereka saling bergandingan menjahanamkan Malaysia.

Naazar berkata...

Siasat setiap sen.......

Tanpa Nama berkata...

Shahrir antara ahli politik yang bukan calang-calang orang. Pandangan dan pendapat Shahrir berisi dan selayak nya menjadi Menteri Penuh. Pengalaman dan sikapnya jika di ketengahkan mampu menandingi Zahid. Tetapi entah kenapa Shahrir mendiamkan diri dan hanya berpuas-hati sebagai ahli parlimen.

Kini persoalannya kemana arah politik Shahrir bila mendapat duit RM 1juta dari Najib. Kehebatan dan keberanian Shahrir mengosongkan kerusi tersebut dan memenangi nya tergadai juga akhirnya.

Shahrir akhirnya sedar, itu semua tidak dipandang oleh ahli UMNO dan ketika negara bermasalah dengan berbagai-bagai isu kepimpinan dan ekonomi, Shahrir mengambil keputusan untuk turut menjadi salah seorang pengampu! Sayang seribu kali sayang..

Tanpa Nama berkata...

org umno kebanyakannya tidak ada integriti....cakap je bergegar-gegar termasuk shahrir samad....tak ada standard