15 Ogo 2015

[LIVE] NUNJI ’15 : KE ARAH FIQH MALAYSIA, MODEL MAJMUK

Kepelbagaian kaum atau kemajmukan masyarakat di Malaysia menjadikan ia sebuah negara yang unik, bebeza dengan negara-negara yang lain.

Namun, dalam mengurus kepelbagaian ini, negara memerlukan satu formula terbaik, bukan sahaja untuk memanfatkan kepelbagaian itu, dan pada masa sama mengurus perbezaan dalam menjaga keharmonian.

Sebagai sebuah gerakan politik, Harapan Baru melihat dengan cermat segala perubahan yang berlaku, termasuk suasana hubungan agama dan kaum yang semakin tegang ketika ini.

Atas dasar itu, Harapan Baru terpanggil untuk mencari satu formula penyelesaian kepada kemelut yang berlaku, dengan menjadikan Islam sebagai teras penyatuan.

Harapan Baru tampil dengan menganjurkan Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (Nunji15), yang akan berlangsung 15 Ogos 2015 ini, di Shah Alam, Selangor.

Nadwah ini menghimpunkan ulama-ulamak dan tokoh-tokoh pemikir Islam dari dalam dan luar negara, untuk berbincang dalam membentuk satu formula “fiqh bernegara” yang paling sesuai untuk Malaysia.

Ia juga akan menjadi garis panduan kepada Harapan Baru merangka pendekatan politik Islam wajah baru melalui parti yang akan ditubuhkan sedikit masa lagi.

Ia dalam maksud, menyebarkan keadilan Islam dan menyatukan masyarakat berbilang kaum sesuai dengan konsep “Islam, Rahmat Untuk Semua”.

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA
Pengarah
Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015


NADWAH ‘ULAMAK NAHDHAH JADIDAH [ NUNJI2015 ]

"ISLAM & KENEGARAAN"

[1] MUQADDIMAH

1.1. Penyertaan ulamak dan asatizah adalah penting untuk menentukan halatuju politik Islam yang akan dipacu oleh Harapan Baru di Malaysia. Pandangan para asatizah penting untuk memandu Harapan Baru berada pada kejelasan.

1.2. Para ulamak dan asatizah adalah menjadi rujukan rakyat sebagai pembimbing dalam menentukan halatuju politik Islam dan membentuk kefahaman rakyat.

[2] OBJEKTIF

2.1. Mengumpulkan para ulamak dan asatizah serta mufakkirin Islam dalam satu nadwah.

2.2. Mendapat pandangan dalam menetapkan agenda Islam HB.

2.3. Muzakarah berbagai sudut tindakan dan sikap politik berdasarkan siyasah syarieyah dan membumikan fiqh waqie dalam konteks Malaysia sbg medan operasi.

2.4. Membuat rumusan melalui resolusi secara sepakat oleh semua peserta tentang Politik Islam yang akan dipegang oleh HB.

2.5. Nadwah menjadi asas kepada keterlibatan para asatizah dan ulamak dalam organisasi HB sebagai aktivis.

[3] TEMA

3.1. “Islam Rahmatal Lil ‘Alamin"

وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين

[4] ANJURAN

4.1. Gerakan Harapan Baru
4.2. Dengan kerjasama - NGO Ummah Centre

[5] TARIKH

5.1. Sabtu 15 Ogos 2015 / 30 Syawal 1436H

[6] TEMPAT

6.1. Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS), Seksyen 13 Shah Alam.

[7] PESERTA

7.1. Ulamak, Asatizah, Mufakkir / aktivis (250 pax sahaja), closed invitation sahaja..

[8] PEMBENTANGAN

[PENDAFTARAN]
8:00 - 8:45am
Pendaftaran dan Sarapan (packed)

[PEMBUKAAN & ALUAN PENGERUSI]
8:45am

[SLOT 1]

UCAPAN PENGARAH NUNJI2015
8:55 - 9:10am (15min)
YB Dato' Dr Mujahid Yusuf

[SLOT 2]

PERASMIAN
9:10 - 9:30am (20 min)
Ustaz Ahmad Awang "Tajuk ____________ "

[SLOT 3]

UCAPUTAMA
9:30 - 10:15am (45 min)
Syeikh Dr Rahil Ghuraibah
Maktab Siyasi IM Jordan.
"Politik Islam Pasca Arab Spring di Negara Umat Islam: Bagaimanakah Penglibatan Berkesan Politik Islam dalam Kerangka Negara dan Kedaulatan Undang-Undangnya.

[ تجربة الأحزاب السياسية الإسلامية بعد فترة الربيع العربي ومدى فعالية مشاركة السياسة الإسلامية في إطار الدولة المدنية وسيادة قانونها ]

[MINUM PAGI]

10:15 - 10:30am

[SLOT 4]

KERTAS KERJA 1
10:15 – 11:45am (90 min)
Dato' Dr Siddiq Fadhil
"Prinsip Penetapan Fiqh Waqie dan Maslahat Muktabarah di Malaysia"
Pengulas - SS Us Dr Wan Salim

[SLOT 5]

KERTAS KERJA 2
11:45am + 1:15pm (90 min)
SS Dato' Dr Mohd Asri Zainal Abidin
"Perlaksanaan Syariah di Malaysia: Mewujudkan Suasana Kondusif dan Cabaran Semasa" Pengulas - Dr Maszlee Malik

[MAKAN TENGAHARI]
1:15 - 2:15pm

[SLOT 6]

KERTAS KERJA 3
2:15am - 3:45pm (90 min)
"Fiqh Muwathonah: Satu Perkongsian dalam Membina Sebuah Negara"
Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM.
Pengulas - Dr Zulqarnain Lukman

[SLOT 7]

FORUM ISLAM & KENEGARAAN
3:45 - 5:15pm (90 min)
"Mengasaskan Politik Rahmatan Untuk Malaysia: Peranan Ulamak Umarak dan Ummah"
Ahli Panel;
1.Ustaz Dr Fauzi Zakaria
2.Ustaz Hasanudin Mohd Yunus
3.Ustaz Ramadhan Fitri Elias (Moderator)


[SLOT 8]

RESOLUSI NADWAH

5:15 – 5:30pm
YB Dato' Dr Mujahid Yusuf (Pengarah Program)
"10 Kerangka Politik Islam di Malaysia"




LIVE NUNJI 15 DIBAWAKAN OLEH DPEDASFM


Get the Flash Player to see this player.






IKLAN BERBAYAR







6 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Tahniah

Sebua Malaysia baru di bawah gerakan haralan baru

P.s jgn bagi peluang Najib dan pas jahanamkan inspirasi rakyat.. Biarlah Najib si pencetus rekod dunia baru dan ayoh hadi Ping Marang bersekutu memperbodohkan rakyat Malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Untuk mengendalikan suatu masyarakat yang majmuk, saya fikir kita boleh rujuk situasi bagaimana keadaan masyarakat Quraisy di zaman Nabi Muhammad SAW. ketika itu masyarakat Quraisy terdiri dari berbagai kaum, puak dan kabilah. jika ada persengketaan sesama mereka. mereka akan merujuk kepada ketua kabilah masing-masing untuk dicari jalan penyelesaian. masing-masing puak akan menahan diri dari bersengketa dengan puak atau kaum lain. ini lah cara keharmonian dapat dikekalkan.

walaupun masyarakat Quraisy kita tahu menjaga kebajikan puak dan kaum masing-masing, tertapi mereka kekal harmoni kerana masyarakat ketika itu dipayungi oleh wakil-wakil puak yang sering berhubung untuk kebaikan bersama. disamping itu masing-masing pemimpin memastikan mereka memimpin masyarakat masing-masing dan menetapkan batas-batas sempadan yang perlu diberi perhatian dalam berintraksi dengan masyarakat yang datang dari pelbagai latar dan pegangan.
sekian
perniagaansiber@gmail.com

Unknown berkata...

Tahniah!! activity-activity yang berterusan..

go GHB go.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Tak jemput sekali Dr Maza ke?

Bismillah
Maka di tiupkan lah hendaknya roh Islam ke dalam GHB.
Amin.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Tak ada cara lain melainkan mengembalikan kuasa mutlak Raja/Sultan Melayu. Tubuhkan Persekutuan Kesultanan Melayu seperti UAE.. Sultan di nasihatkan oleh ulama bukan Parlimen bukan DUN bukan mana-mana. Baik buruk negara di tangan Sultan. Malaysia bukan Republik. Malahan Malaysia ini bukan sebuah Negara. Malaysia ini Persekutuan Negara-negara.. Kelantan misalnya bukan jajahan atau Wilayah Malaysia. (bezakan dengan Aceh - yakni satu WIlayah Indonesia). Malaysia (diperingkat ahli Persekutuan seperti Perak)ini ada TUAN TANAH/Landlords. Tak caya pada yang ada tanah sila periksa lampiran cukai tanah yang kena bayar. Dalam bahasa Inggerisnya QUIT RENT.
Quit Rent dalam bahasa Melayu - sewaan nominal. Perkataannya SEWA. Korang sewa pada siapa? TUan Tanah lah yakni Pemerintah. Perlu diingatkan apabila tafsiran antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam Perundangan Bahasa Inggeris mengatasi. Entah siapa yang bangang yang aku suspek manusia yang berfikiran Republican dan anti Monarchy mentafsir quit rent kepada Cukai Tanah.

Tidak suka dan tidak mahu berbaiah kepada Sultan berhijrahlah seperti Syaidina Hussain. Kalau mahu dan rela berbaiah tinggalah secara aman seperti Syaidina Hassan. Kedua-duanya cucu Nabi tak ada lebih atau kurang antaranya melainkan kedua-duanya membuat pendekatan berbeza. Jangan jadi orang SYiah yang suka MENGHEROKAN syaidina Hussain lansung di abaikan tindakan Syaidina Hassan atas sebab kepentingan dan politik mereka.

Parti Politik atau kumpulan berkepentingan dalam negara hendaklah di hapuskan/dibubarkan. Jangan lah kita hendak remodelkan Islam dan pemerintahan mengikut acuan barat. Kononnya Islam itu compatible dengan Demokrasi. My foot aku cakap. Sejak bila pemerintah/pemimpin/Pentadbir ISlam di pilih secara demokratik.

Dalam Pentadbiran dan Pemerintahan ISlam tak ada istilah samarata antara ISlam dan bukan Islam. Islam menjuruskan KEADILAN BUKAN KESAMARATAAN. Ini kerana kesamarataan menjurus kepada ketidakadilan. Samarata bukan bermakna ADIL. Ada yang perlukan lebih dari yang lain (Tidak samarata) barulah keadilan boleh dikecapi.

Tanpa Nama berkata...

Banyak cantik kau punya ulasan. Ayat mana, hadis mana atau fatwa mana yang suruh raja jadi pemerintah?

Okay. Boleh kalau nak wujudkan sistem yang kau celotehkan tu dengan syarat:

1. Kau kena didik raja kau jadi orang beriman. Kalau ahli freemason kaki botol, tak usahlah.

2. Kau kena kalahkan khalipah dunia yakni usa dan nato. Dah ready ke nak sambut bom nuklear dan matikan fiusnya?

3. Kau kena ada tentera dan senjata yang boleh kalahkan siapa sahaja yang nak hancurkan kerajaan beraja ni. Kau ada kekuatan itu? Jangan cakap le, nak pam tayar basikal pun kau tak tahu.