10 Ogo 2015

KSN Batalkan Pindahan 2 Pegawai SPRM

Setelah bantahan keras daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perpindahan dua pegawai kanannya ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Jumaat lalu, dibatalkan hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dalam kenyataannya sebentar tadi mengesahkan perkara itu.

Ali berkata beliau telah bertemu sendiri denagn Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM.

“Kedua-dua pegawai telah memberikan penjelasan mengenai tindakan mereka mengeluarkan kenyataan media.

Susulan penjelasan tersebut, saya telah membuat keputusan membatalkan pertukaran kedua-dua pegawai ke JPM dan kembali ke jawatan asal masing-masing berkuat kuasata pada 10 Ogos 2015 (hari ini),” katanya.




Panel SPRM tuntut 2 pegawai dikembalikan


Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) menuntut dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikembalikan ke jawatan sebelum ini dengan serta-merta bagi membolehkan mereka menjalankan tugas.

Mengakui terkejut dengan pertukaran itu, Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, pertukaran dibuat semalam pasti meningkatkan ketegangan keadaan sekarang.

"Malah, pertukaran ini akan mencetuskan lebih banyak persoalan berbanding jawapan, dan akan mewujudkan lebih banyak syak wasangka serta teori konspirasi," kata beliau dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Semalam Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Pertukaran serta-merta itu menyebabkan pelbagai pihak marah, termasuk di kalangan menteri sendiri.

Johan berkata, sebagai salah satu panel yang memantau perjalanan SPRM, PPPR menyokong saranan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mahu sebarang bentuk intimidasi terhadap pegawai SPRM dihentikan.

PPPR juga, kata Johan, memuji pendirian Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang menawarkan diri sebagai galang ganti bagi Bahri dan Rohaizad kerana kedua-dua mereka bertindak atas arahan beliau.

"Meskipun PPPR berpendapat bahawa pendirian Shukri ini sesuatu yang terhormat, tetapi tidak perlu sama sekali," katanya.
-mk (8.8.2015)


'Bagi balik orang SPRM, ambil saja saya'


Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull menuntut kembali dua pegawai kanannnya dipulangkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau malah menawarkan dirinya sebagai ganti kerana mereka cuma bertindak atas arahan.

“Segera pulangkan kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti.

"Pegawai saya bertindak atas arahan saya,” katanya kepada Malaysiakini daripada luar negara.

Tiada pengumuman rasmi dibuat berhubung perpindahan itu dibuat, ketika berita ini ditulis.

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik badan Datuk Rohaizad Yaakob dipindah keluar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bahri, yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya dan bersumpah dengan nama Allah mahu mencari dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan pegawainya.

Manakala Rohaizad pula semalam menerima rombongan pemimpin pembangkang yang memberikan sokongan kepada badan yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkap polis.

Anggota-anggota SPRM disiasat susulan dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
-mk (7.8.2015)








IKLAN BERBAYAR







10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cengkaman Najib semakin lemah.

Keberanian bos yang bertanggung-jawab begini lah yang sepatutnya di contohi oleh PDRM.

Malangnya, dalam PDRM tidak ada yang berani membela nasib orang bawahan nya sedangkan dua orang anggota UTK nya telah di jadikan kambing korban.

Malaysiabaru berkata...

Inilah org kata pegawai tadbir dan diplomatik yg pendek akal...

Sudahlah pdrm pun kona u turn baring isu siasat sprm dgn alasan persepsi

Ksn kppa jpa spa pun dah kona baring....

Tidak ada lagi ker pegawai PTD kerajaan yg beriman ?

Tanpa Nama berkata...

Siasat KPPA dan KSN !

Tanpa Nama berkata...

PTD yang atas-atas masih lagi beriman, tetapi beriman dengan duit dan jawatan. Kenapa saya katakan begitu kerana dengan kedudukan kerajaan BN seperti sekarang, mereka mempunyai banyak peluang untuk mengujudkan jawatan JUSA yang akan memberi laba yang besar kepada kumpulan mereka. Oleh itu mereka semua ini telah menjadi buta dan bisu dengan apa saja yang telah berlaku kerana laba yang akan diperolehi. PTD yang bawah-bawah mungkin ada lah sedikit yang tidak beriman dengan jawatan dan duit, itu pun bagi mereka yang rasanya tak ada peluang untuk meraih laba tersebut. Biasalah manusia mana yang tidak suka dengan kesenangan dunia yang sementara ini,(bukannya semua ya, tetapi majoritinya begitulah), malah bukan sahaja PTD sahaja, malah ulamak pun sama sahaja. Inikan dah akhir zaman. Bagi mereka, semua itu nanti bolih ditebus dengan pergi umrah dan haji.

Malaysiabaru berkata...

He he hee betul tu anon 4.42..

Sebentar tadi mahafiraun mamkuty kata duit 2.6b adalah untuk merasuah menteri dan pegawai kerajaan untuk menyokong bn. Dan juga untuk manipulasi pilihanraya...

Apakata Maharaja Najib? Diam seribu bahasa ( tapi anaknya yg terbuang dah bersuara ...tolong jgn jatuhkan ayah saya )

Tanpa Nama berkata...

Mereka sebenarnya telah di 'bebas'kan.

Perkara ini pun kena siasat sebab tidak ikut prosedur. Bila di tukar mengapa KSN tidak berjumpa mereka berdua? Mustahil KSN yang arahkan mereka di tukar. Jangan jadi macam Rashid SPR bila dah tidak ada jawatan baru nak maki.

Jangan banyak main sendiwara sangat. Orang naik meluat dah.

Atas kuasa SPRM, mereka berdua perlu panggil dan siasat Najib. Jangan putus asa. Buat lagi kenyataan akhbar secara resmi bahawa SPRM akan memanggil Najib.

Bersihkan SPRM dari dosa-dosa yang lalu.

Tanpa Nama berkata...

Ramai lagi rupanya letua kakitangan awam yang berani membela kebenaran yang dilakukan oleh anak2 buahnya. Tahniah dan syabas!!

Tanpa Nama berkata...

Need lagi nak beri muka kpd pemerintah rejim najib. Since dia tak hormat rakyat. We all takkan hormat u. Ini adalah hukum alam. Be ready with all type of demo frm rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Malaysiabaru. Boleh tolong confirmkan tak anak Najib yang bersuara itu ialah anak tiri Rosmah. Adakah itu yang Malaysiabaru maksudkan dengan terbuang?

Sebab ada cerita yang salah-seorang anak Najib pernah ambil bank loan untuk bisness tapi tidak mahu dikaitkan dengan Najib ayahnya yang lebihkan anak nya dengan Rosmah.

Jika betul maka Najib seperti ayah-ayah yang dah tua sebaya dengan Najib telah menyesal membuang anaknya sebelum ini. Di hujung umur nak tamat, datang lah keinsafan yang hubungan dengan anak sangat-sangat diperlukan. Dan mati tetap sorang-sorang dalam liang lahad !!

Kemungkinan anak Najib menipu macam ayah dia pun ada juga sebab anak Najib itu pakai baju BN.

Memburukkan ayah dia akan merosakkan negara. Jadi terimalah nasihat supaya letak jawatan. Selagi itu lah, Najib sendiri akan rasa bersalah sebab telah diketahui orang ramai. Dan rasa bersalah ini lah yang akan menghantui Najib sepanjang hidupnya.

Kebenaran itu sendiri akan memamah Najib dan keluarganya sendiri.

Malaysiabaru berkata...

Salam 1rasuah

Tepat sekali anon 8.04

Mai kita kutip derma tolong anak anak terbuang nih