Majlis Syura Ulama (MSU) telah membuat keputusan membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.
Walaupun sebelum daripada ini, pemimpin-pemimpin PAS berdolak-dalik mengenai isu pemutusan hubungan dengan DAP ekoran dari usul dari Dewan Ulama di muktamar yang lepas yang telah diterima sebulat suara tanpa bahas dengan alasan usul berkenaan belum muktamad kerana belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulama, kini segala-galanya telah selesai apabila MSU memutuskan untuk membatalkan hubungan kerjasama atau tahaluf siyasi dengan DAP.
Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha MSU, Nik Mohd Zawawi Salleh bertarikh 10 Julai 2015, beliau menyatakan MSU kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS yang menyebabkan MSU mengambil tindakan memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP.
Tetapi dalamasa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.
Untuk ulasan selanjutnya sila rujuk ulasan GB di bawah ini.
ULASAN GB
1) Akhirnya selesai sudah isu tahaluf siyasi dengan DAP. Keputusan MSU di atas memang ditunggu-tunggu. Dan yang pasti, keputusan itu "disambut baik" oleh UMNO yang memang mengharapkan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.
2) Tiada nas, bukti atau dalil dikemukakan di dalam kenyataan MSU berkenaan mengenai dakwaan DAP telah "campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS". Justeru itu keputusan itu dilihat lebih kepada menjaga airmuka "beberapa ulama" yang telah membuat kenyataan-kenyataan melulu sebelum ini yang meminta tahaluf siyasi dengan DAP dibatalkan atau disemaksemula.
3) Tindakan MSU itu juga mengesahkan tindakan-tindakan DAP yang memecat ahli-ahli PAS yang berkhidmat di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Dan bererti PAS Pulau Pinang sudah tidak layak untuk membangkitkan isu pemecatan di mahkamah.
4) Keputusan MSU itu juga mengesahkan Pakatan Rakyat telah dikuburkan.
5) Pengekalan tahaluf siyasi bersama PKR hanyalah untuk menyelamatkan kepentingan ADUN-ADUN PAS yang menjadi exco dan menyelamatkan kedudukan 5,000 ahli PAS yang sedang berkhidmat dengan kerajaan negeri Selangor.
6) PAS juga dilihat sanggup untuk menerima kekalahan di dalam pilihanraya terutama di pantai barat dimana para pengundinya adalah multi-racial yang sebelum ini pengundi bukan-Islam telah mengundi PAS di atas dasar semangat setiakawan di dalam Pakatan Rakyat.
7) Tindakan MSU itu juga menyebabkan ahli-ahli akar umbi PAS akan terus bersemangat menyokong penubuhan parti Islam yang baharu bagi memperbaharui jalinan tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR yang telah terjalin erat sebelum ini dan meneruskan kerja-kerja dakwah kepada rakan-rakan di dalam parti-parti yang ia bertahaluf siyasi dengannya.
Walaupun sebelum daripada ini, pemimpin-pemimpin PAS berdolak-dalik mengenai isu pemutusan hubungan dengan DAP ekoran dari usul dari Dewan Ulama di muktamar yang lepas yang telah diterima sebulat suara tanpa bahas dengan alasan usul berkenaan belum muktamad kerana belum diputuskan oleh Majlis Syura Ulama, kini segala-galanya telah selesai apabila MSU memutuskan untuk membatalkan hubungan kerjasama atau tahaluf siyasi dengan DAP.
Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha MSU, Nik Mohd Zawawi Salleh bertarikh 10 Julai 2015, beliau menyatakan MSU kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS yang menyebabkan MSU mengambil tindakan memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP.
Tetapi dalamasa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.
Untuk ulasan selanjutnya sila rujuk ulasan GB di bawah ini.
Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP
Pas terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum. Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.
Dalam masa yang sama Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.
Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS. Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.
Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.
Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 10 Julai 2015
ULASAN GB
1) Akhirnya selesai sudah isu tahaluf siyasi dengan DAP. Keputusan MSU di atas memang ditunggu-tunggu. Dan yang pasti, keputusan itu "disambut baik" oleh UMNO yang memang mengharapkan PAS memutuskan hubungan dengan DAP.
2) Tiada nas, bukti atau dalil dikemukakan di dalam kenyataan MSU berkenaan mengenai dakwaan DAP telah "campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS". Justeru itu keputusan itu dilihat lebih kepada menjaga airmuka "beberapa ulama" yang telah membuat kenyataan-kenyataan melulu sebelum ini yang meminta tahaluf siyasi dengan DAP dibatalkan atau disemaksemula.
3) Tindakan MSU itu juga mengesahkan tindakan-tindakan DAP yang memecat ahli-ahli PAS yang berkhidmat di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Dan bererti PAS Pulau Pinang sudah tidak layak untuk membangkitkan isu pemecatan di mahkamah.
4) Keputusan MSU itu juga mengesahkan Pakatan Rakyat telah dikuburkan.
5) Pengekalan tahaluf siyasi bersama PKR hanyalah untuk menyelamatkan kepentingan ADUN-ADUN PAS yang menjadi exco dan menyelamatkan kedudukan 5,000 ahli PAS yang sedang berkhidmat dengan kerajaan negeri Selangor.
6) PAS juga dilihat sanggup untuk menerima kekalahan di dalam pilihanraya terutama di pantai barat dimana para pengundinya adalah multi-racial yang sebelum ini pengundi bukan-Islam telah mengundi PAS di atas dasar semangat setiakawan di dalam Pakatan Rakyat.
7) Tindakan MSU itu juga menyebabkan ahli-ahli akar umbi PAS akan terus bersemangat menyokong penubuhan parti Islam yang baharu bagi memperbaharui jalinan tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR yang telah terjalin erat sebelum ini dan meneruskan kerja-kerja dakwah kepada rakan-rakan di dalam parti-parti yang ia bertahaluf siyasi dengannya.
24 ulasan:
Lembab buat keputusan pas ni.org dah jauh ke isu lain,die masih merangkak isu tahalauf siasi..
Dh putus apa lg suruh semua letak jwtn dpulau pinang..Bodoh bertingkek tingkek pas
Berapa kali nak buat keputusan "dah putus"?
PAS bukan saja kena melepaskan semua jawatan di Pulau Pinang malahan di Selangor. Mana mungkin exco PAS boleh bekerjasama dengan exco DAP di dalam kerajaan negeri Selangor? Keputusan harus dibuat walaupun perit rasanya. Kalaulah PAS berintegriti tinggi, sudah tentu depa akan letak jawatan secara kolompok di Selangor. Tak payah tunggu orang bagi tahu.
Kalaulah PAS beriya-iya nak duduk dalam kerajaan Selangor, maka sahlah betapa munafiknya PAS ini. Kalaulah dah tak suka dengan DAP, kenapa masih nak duduk semeja dengan DAP dan jangan sekali-kali menggunakan PKR sebagai alasan? Sedar tak dah berapa kali PAS mengkhianati PKR terutama dalam PRU 13 yang lalu. Masih ada hati nak berkawan dengan PKR no????? Heran bin Ajaib. Dah siku dan melutut PKR, masih mengaku PKR sebagai kawan. Hehehehehe ....
Apalagi bai...tolong letak jwartan...ydp maipp...ahli majlis ...nazir...ajk masjid...jkk....glc negeri....
dulu presiden yg arah lulus tanpa bahas. skrg majlis syoru pula yg endorsed.
pas tak perlulah muktamar lepas ni. biar je presiden buat keputusang dan rubber stamp oleh majlis syoru. tak nampaklah sangat kediktatoran presideng ug tu.
Yahoo gb
Biar kn mereka ug2 sume jahil selama lama nyer..focus tu GHB lps ni
Bukti orang orang PAS tidak cerdik sangat
BODOH.
Memalu kan bangsa Melayu saja.
Mengapa tak di jelas kan oleh LATUK, akidah PAS yang mana yang telah di nodai oleh DAP? Mungkin dengan tindakan MSU yang bersifat "BODOH SOMBONG" itu PAS P. Pinang tidak akan mempunyai wakil lagi di DUN P. Pinang. Yang ada mungkin dari parti serpihan PAS yang benar benar berjuang untuk rakyaat. Elok lah para pekerja yang di lantik oleh kerjaan Negeri mengemas meja meja mereka sebelum di usir oleh DAP saperti mengusir "ANJING KURAP".
Di sini aya ingin bertanya, apa perasaan wakil PAS yang di panggil "OSTAD" Mohd Yusri yang telah hilang deposit di PRU yang lepas. Masih kah mahu meneruskan "PERJUANGAN"?
Percepatkan lah penubuhan parti yang bakal mengantikan PAS itu kerana kami merasa tak sabar menantikan ke ujudan nya.
Banyak perkara akidah PAS yang DAP dah rosakan ,salah satunya ialah Lim Guang Eng berbuka disurau bersma jenaah Pas baru2 ni,Lim Guang Eng makan dalam dulang,Lim guang bagi bantuan kepada sekolah Agama,surau dan Masjid.perkara2 inilah yang menyebabkan ulamk Pas tersa ilmu islamnya makin hilang,sebab itu 2 peminpin tertinggi Pas ,tuangpresideng dan mursidool am Pas berbahasa seperti kaldai.
Lambat lembab
Who care about decision of pas???
Keputusan ini tak ada kena mengena dengan MSU. Apa yang MSU boleh buat kalau perwakilan di muktamar telah terima usul memutuskan hubungan dengan DAP. Bukan usul dengan DAP sahaja tetapi termasuk apa-apa usul lain seperti menolak hubungan atau kerjasama dengan UMNO.
Rupanya mempersoalkan kewibawaan Hj Hadi yang buat keputusan sendiri yang bertentangan dengan keputusan yang telah dipersetujui oleh Majlis Presiden PR dimana PAS di wakili oleh AJK Pusat dan kerana mendedahkan yang Hj Hadi telah beberapa kali tidak hadir mesyuarat PR boleh di kira sebagai campurtangan dalam aqidah rupanya.
Selesai sudah yang ini dan sekarang selesaikan lah pulak yang hudud. Sila keluarkan ayat-ayat tentang sesiapa yang menolak hukum Allah seperti hudud mengengkari perintah Allah. Bermula dari SEKARANG ..!
Demi hudud pas kena putus dgn dap. Jgn bagi tongkat kpd Dap! -,itulah syarat amno kpd ajran sesat pas
Demi pecahkan pakatan rakyat , pas perlu buat huru hara dgn Pkr (,isu mb slgr),Dap ( isu islam ) -,itu syarat amno kalau nak rm1billion duit 1mdb yg hilang dari akaun tutup najis tun rojak.
Demi UG pas dan umno pru14 , pas perlu tendang keluar anwarinas dlm las -,itu syarat amno jika pas mahu kongsi kerusi dgn BN!!!
Pas pis pis.... Masih di beri muka oleh PKR?,....,jgn kata aku tak nasihat pkr... Baik korang cari partner baru sebelum pkr kena kencing...
Tepat pada masa nya apabila tindakan Saifuddin mendedahkan kisah Anwar di aibkan dengan bahasa yang kasar. Mesti ada satu kumpulan dalam PKR yang mendedah kan kelemahan Hj Hadi dan mereka hendak lah lantang bersuara apabila Hj Hadi menunjukkan tanda-tanda memihak kepada Najib tanpa memikirkan tindakan Najib itu merugikan Negara.
Najib perlu berkorban untuk negara dan rakyat. Walaupun duit yang di masukkan ke dalam akuan nya tidak dapat di buktikan, Najib sendiri menjadikan diri nya kambing hitam. Sebab isu ini memberi kesan buruk kepada ekonomi negara kerana sesiapa pun boleh mengatakan rekod bank dan bank negara telah di usik.
Apa beza PKR dengan DAP sekarang? Dua-dua tidak bersetuju dengan hudud Hj Hadi. Jika dulu DAP yang provokasi PAS/Hj Hadi dan sekarang PKR pun dah mula provokasi PAS/Hj Hadi. Terang-terang matlamat dan perjuangan PAS pun tak sesuai dengan PKR, satu untuk semua rakyat dan satu hanya untuk melayu.
PKR juga hendaklah dapatkan bukti yang PAS mungkin bersongkol dengan UMNO untuk memenjarakan Anwar. Jika tidak PKR kena tekan PAS berhubung dengan status Anwar kerana kali ini bukan profesional PAS yang akan jawab tetapi Ulamak sendiri yang kena jawab.
Tunggu apa respond dari MB Selangor.
Mb selangor xblh pakai...die sokong hadi.sama2 kita turunkan Azmin dulu br pr blh maju kehadapan
Ini masalahnya bila PAS berhubung dengan semua pihak, PAS hanya berpegang teguh pada dasar-dasar Islam yang sempit. Dasar Islam PAS ialah seperti hudud, memertabatkan Islam, halal haram sedangkan dasar Islam termasuk nilai-nilai murni seperti bijak, tolerensi pada tempatnya dan memberi teladan.
Macamana PAS sebagai rahmat (prinsip Islam) untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum jika keadaan sebenarnya ialah kaum cina majoriti menyokong DAP?
Salah semua:
UMNO bergelak Sakan, berguling-guling sampai tak cukup tanah: Tak caya tanyaa Dr.Zuhdi.
Sejarah Perpecahan UMNO: Sejak 1988 Tak memberi KESAN yg besar terhadap pemerintahan umno,BN masih lagi mengekalkan 2/3 majority Parlimen.Apabila kes Mata-lebam Anwar sejak 2 september 1998, satu gerkkan rakyat telah berlaku, di smbut pula ustaz Fadhil Nor, menubuhkan gerak.Kerajaan tak tunggu lama terus adakan pilihanraya 1999, negeri terengganu jatuh,banyak negeri kawasan2 kuat BN Dun Dimenangi oleh pembangkang.Belom pernah senario negara >60% orng melayu menentang kerajaan umn/bn.Diatas kepintaran rais yatim persempadanan semula dilakukan sebelom PR2004, tujuan Merry gendrreying, di mana kawasan penduduk mempunyai >70% penduduk melayu diturunkan pada 50%,pengundi cina dan lain2 bangsa di masukkan dalam kawasan majority melayu.Pada 2004,jh.Hadi & haron din diumpan dgn hudud,ketika itu di indonesia berlaku banyak rusuhan.issue2 ini dimainkan 24 jam.Bila pilihanraya..PEMBANGKANG "Bungkus" PKR cuma pertahankan 1 KERUSI PARLIMEN Sahaja.Bila pembangkang sedar, PAS & DAP ,PERTAMA KALI DLM SEJARAH boleh berpakat diketuai Anwar, pilihanraya 2008, Pakatan rakyat menang besar dalam sejarah pertama kali Parlimen tak dapat 2/3 majority.Implikasinya ialah BN tak boleh tukar sewenang2nya kawasan2 mengundi.
DIATAS KESEDARAN INI,UMNO AKAN HILANG KUASA,JIKA KEADAAN INI BERTERUSAN,umno cuba pujuk DAP tapi tak layan,sebab MCA,GERAKKAN dah hancur.
Pilhanraya 2013, Umno merasa bahangnya PEMBANGKANG dapat menambahkan kerusi Parlimen dari 82 ka 89.umno dapat talian hayat dari sabah dan serawak sahaja...DIATAS KESEDARAN INILAH-THINK THANK umno mendapat Idea bagaimana nak dapatkan balik pengundi Cina,sebelomnya pengundi cina adalah penyokong setia BN.Umno tahu kelemahan PAS ialah Hudud,dan hj.hadi dan pemimpin 2 yg sehala dgn hj.hadi.kekuatan PAS mendapat undi cina ADALAH KUMPULAN pROGRESSIVE.So di sinilah bermulanya "KONSPIRASI"Terbesar di abad ini.Apa yg kita takut terjadi,sudah pun "terjadi" di depan mata kita.Sekarang ini umno tak berapa hirau sangat dgn PAS,bila PAS bersama pembangkang umno akan meraih undi Cina.APA YG PALING DITAKUTKA UMNO SEKARANG,G-18,Tidak disangka2 mereka bangkit utk membuat perubahan,mendapat kerjasama yg padu dari DAP/PKR,umno ingatkan kumpulan ini akan berehat apbila kalah.
TAK HAIRANLAH sekarang ini usaha sedang di jalankan untuk mengagalkan penubuhan parti baru.sebagai bukti Cyber2 troopers umno berkeliaran,diMalysian insider/malaysiakini dan website pro rakyat.Mereka akan mengambarkan perpecahan demi perpecahan,antara G-18 dan PASMA,begitu juga antara G-18 sendiri.Mreka dibayar oleh taukeh2 mereka agar Parti baru tak wujud, dan PASTIKAN mereka berantakkan sesama sendiri/CONFUSED.SEbarkan sebanyak2nya Keburukkan DAPpig,mereka kominis,liberal,nak ambil kuasa melayu,dan sebarkan seburuk2nya G-18 mereka ini ialh yg menurut kata DAPpig.
so berhati-hati jangan kita terperangkap,dgn permainan saikology yg jahat ini.HANYA ORANG yg mengunakkan akal fikiran diberikan oleh ALLAH Shjlah takkan melakukan keslahan BERKALI-KALI,masuk dalam lubang Anaconda yg besar.
INIKALI-LAH..
harapan & impian baru:rakyat malaysia.
salam ramadhan
wassalam.
Macam ni ke cara Pas berdakwah... nampak sangat yg tinggal dlm pas skrg ni tak layak dipanggil ulamak
Hanya layak dipanggil hampas...hampas kelapa pun byk guna nya...hampas pas xbguna langsung
Deep bro
Ini majlis slower ulamak. Msu atasi muktamar ke?
Ulama oh ulama jangan u ingat u mulia sangat disisi allah swt kerana u all kerap kali meminta derma dari golongan profesional yg bekerja keras utk melaksanakan tanggungjawap di dunia kerana allah swt. Lu kena ingat, 2 dari 5 rukun islam memerlukan kita bekerja di muka bumi allah iaitu "MENUNAIKAN ZAKAT DAN MENGERJAKAN HAJI" barulah kita dpt laksanakan tangungjawab kita sebagai seorg yg beragama Islam.
Sebab lu Ulama i nak tanya mcm mana lu nak laksanakan 2 rukun islam i sebut tadi dgn hanya minta sedekah jariah. Lu dah lupakan salah seorg dari nabi kita telah ditegur olh allah kerana terlalu bergantung dgn duit baitulmal. Takkan u dah lupakan, sdg i kerja sebagai golongan profesional pun blh ingat.
We all tidak ada niat nak hina hukum allah iaitu hudud sbb itu semestinya mesti dilaksanakan tak kira ulama mahupun profesional. Tetapi we all nak ingat lu ulama jgn sedap hati ckp golongan profesional hina hukum hudud tanpa bukti kukuh kerana i khuatir apa yg lu ckp akn terkena diri lu sendiri.
Fikirkanlah dan bertaubat kpd allah swt sebelum ramadhan berlalu.
Relax la bro, lu kena study gerakan2 Islam seluruh dunia, style diaorg bergerak. Bukan membuta tuli. Muktamar ke MSU ke, xpenting. Nk bertahaluf ada kaedah dan syarat2nya. Peace, no war.
Kita tidak takut dengan DAP. DAP bukan musuh kita. Musuh kita adalah semua bangsa yang tidak rasa bersalah melakukan bermacam2 penyelewengan. Buktinya sekarang apa jadi dengan harta kekayaan negara? Negara kita antara negara paling makmur di dunia. Minyak (sawit) mengalir dari gunung hingga ke lautan (petrol). Tanahnya diberkati. Tanam apa pun tumbuh seperti anggur, kurma, tin dan epal. Namun, walau kaya raya tapi duit hilang entah kemana. Kenapa berhutang pula sampai 800 billion? Padahal rakyat malaysia hanya seramai penduduk kota beijing sahaja.
Dalam sebuah kerajaan yang adil nanti, kerajaan akan mempertahankan hak2 rakyat,. Semua pihak tidak diizinkan melakukan penyelewengan. Maka DAP kalau ada 70 kerusi parlimen pun, mereka tidak mampu mengubah apa2 untuk kepentingan mereka. Semua parti2 pembangkang sebenarnya harus bergabung membina semula negara yang porak poranda ini. Semua rakyat mesti berdiri tegak secara bermaruah. Seterusnya saling berlumba2 melakukan amalan baik. Rakyat mesti bantu membantu tidak kira kaum dan agama.
Saat ini adalah masa2 sulit rakyat mengharungi keperitan untuk hidup. Kini rakyat tidak lagi selesa seperti dulu. Kos hidup melonjak sangat2 cepat dan membimbangkan. Adakah esok kita masih mampu? Tidak pasti. Itulah jawapan rata2 70% rakyat malaysia sekarang.
Mujurlah Allah SWT masih memelihara kita dari mara bahaya. Kita masih ada pimpinan2 berjiwa rakyat. Pemimpin2 ini tidak mengharapkan apa2 balasan dari manusia. Mereka hanya menjalankan amanah ilmu yang Allah SWT berikan kepada mereka. Mereka hanya minta balasan dari Allah SWT semata2. Hingga sampai saatnya nanti mereka kembali ke hadratNya. Lalu Dia reda ke atas mereka. Anggap itulah kejayaan bagi mereka selama kesempatan menjadi pemimpin di dunia.
Orang upahan yang sanggup bersekongkol dengan pemimpin2 yang melakukan kemungkaran memang wujud sepanjang zaman. Dengan bayaran yang sedikit mereka sanggup merosakkan cita2 murni orang2 yang ingin bangunkan keselesaan untuk anak cucunya juga. Ini soal masa depan. Tidakkah dia kenal bahawa pemimpin2 yang dia khianati itu seribu kali lebih baik dari tuan yang mengupahnya? Maka kita ucapkan selamat datang kepada perisik2 ini. Marilah, kami anda juga sahabat kami. Kami tahu anda juga memiliki akal pintar dan beriman. Pasti anda juga akan insaf dan bergabung dengan kami. Itu lebih baik bagi kamu sebelum kamu dijemput Tuhan..
Rakyat jangan lagi saling bercakaran tentang isu2 kaum yang tidak berkesudahannya. Pada masa kita berbalah dan saling mencurigai selama lebih setengah abad itulah berjuta2 tan duit dan harta negara dipunggah. Hilang entah ke mana. Oleh itu jangan buang masa anda caci mencaci. Berehatlah tenang2 sambil cari idea2 bernas. Sampai masanya bawalah idea2 bernas itu jumpa pimpinan baru kita.
Kita sebenarnya boleh di selamatkan lagi jika sekarang ini Raja-Raja Melayu memainkan peranan nya. Ada sebab di takdirkan Raja-Raja masih ujud lagi di Malaysia. Ini lah masa nya dan ketika nya Raja-Raja berfungsi demi rakyat nya sendiri.
Sekurang-kurangnya titahkan lah Najib bercuti.
Catat Ulasan