Penduduk halau demo penyokong PAS
Memasuki hari terakhir berkempen, berlaku kekecohan antara kumpulan yang mengaku diri mereka sebagai "proulama" dengan penduduk Kampung Kubang Semang, Permatang Pauh.
Kira-kira jam 5 petang, kumpulan yang diketuai Ketua Penerangan PAS Bagan Azmi Jaafar bersama kira-kira 10 lagi pengikutnya berkumpul di simpang tiga berhampiran stesen Petron Kampung Kubang Semang.
Kumpulan itu membawa sepanduk yang bertulis "Hudud hukum Allah" dan "Pemuda bersama kepimpinan ulama".
Bagaimanapun, tidak sampai seminit, dua lelaki yang berada di kedai makan di seberang jalan simpang tiga itu menghampiri kumpulan tersebut dan menghalau mereka.
Kemudian seorang lelaki menjerit ke arah kumpulan itu dengan berkata: "Jangan buat kacau di kampung kami. Hangpa (kamu) semua bukan pengundi di kawasan ini.”
Selepas itu, berlaku tolak-menolak apabila lelaki tersebut cuba untuk merampas sepanduk kumpulan terbabit.
Keadaan bertambah kecoh apabila sekumpulan penduduk kampung yang berada di kedai makan di seberang jalan turut mengerumuni kumpulan tersebut dan menghalau mereka.
Salah seorang lelaki tersebut kemudian mengambil pembesar suara daripada Azmi sebelum menghempaskannya ke jalan raya.
Azmi kemudian meminta kumpulannya berundur dan pergi ke tempat lain selepas melihat penduduk kampung semakin berang dengan kehadiran mereka.
Dakwaan sabotaj
Selepas kira-kira 10 minit, Azmi bersama kumpulannya kemudian beredar daripada kawasan tersebut.
Selepas itu, ketika ditemui pemberita, bekas setiausaha agung PAS Permatang Pauh, Abdul Razak Abdullah yang turut berada di tempat kejadian memberitahu, mereka menghalau kumpulan terbabit bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.
Abdul Razak mendakwa, kumpulan tersebut bukan pengundi di Permatang Pauh dan sengaja datang ke kampung Kubang Semang untuk membuat "kacau" di kawasan kubu kuat Pakatan itu.
'Mereka bukan orang sini, mereka orang Bagan. Mereka tak mengundi di sini. Saja datang nak sabotaj (PRK Permatang Pauh).
"Ini (Kubang Semang) kubu PAS, kubu Pakatan. Tak perlu nak buat di sini," katanya.
'Jangan undi parti tolak hudud'
Sementara itu, dalam kenyataan media yang diberikan kepada pemberita, Azmi berkata tujuan himpunan pada hari ini untuk mengajak seluruh pengundi Permatang Pauh tidak mengundi parti yang menolak hudud.
"Kami mengajak seluruh pengundi P44 agar tidak memberi undi kepada penentang hudud. Kami berpendirian bahawa penentang hudud adalah penentang Allah seperti wasiat almarhum Datuk Fadzil Noor, mantan presiden PAS pada 1994," kata kenyataan itu.
Sebelum ini, kumpulan sama mengadakan perhimpunan di hadapan Masjid Batu, Kampung Pertama bagi mendesak PKR memohon maaf berhubung kenyataan AMK berkaitan hudud.
ULASAN GB
PAS perlu siasat kejadian tersebut dan ambil tindakan ke atas ahli PAS yang terlibat.
Kita hairan ke mana perginya Seiausaha Agong PAS, Mustafa Ali yang selama ini begitu hebat dengan hal-hal disiplin ahli-ahli PAS. Begitu pantas bertindak ke atas orang-orang yang tak sebulu dengannya tetapi lemah longlai terhadap kumpulan pro-ulama (baca: pro-UMNO). Malah tindakan ke atas Ketua Pemuda PAS Pahang yang berdemo di depan pejabat PAS pun gagal diambil tindakan kononnya Ketua Pemuda tersebut membantah keanggotaan Lembaga Disiplin sedangkan Presiden sendiri sudah mengesahkan dan bersetuju anggota-anggota Lembaga Disiplin berkenaan. Boleh pilih-pilih anggota disiplin yang mereka suka saja. Pelik.. Jika ke atas kumpulan professional (progresif) dah dihebohkan besar-besaran dan kemudian cepat dikenakan tindakan seperti yang berlaku ke atas kedua ADUN Selangor satu ketika dulu.
Betul-betul sudah semacam UMNO. Terlalu bias, terlalu pilih kasih & terlalu assabiyah!
20 ulasan:
Ini semua nya pas gagal terbiah kepada org 2 pas. Sekiranya yg buat kacau tu ahli pas.
Babi kalu kita pakaikan kopiah tak akan jadi arnab punya.....
Ini tanda2 PAS akan melepas
Dah bertahun kami katakan
Tugas hadi adalah untuk porak peranda pakatan sebelum pas di benar bergabung dgn umno
Rm1billion boleh bagi tapi hancurkan pakatan..bini no 3 untuk hadi pun Najib boleh bagi... Jd jururawat jantung full time!
Di sini nampaknya buduh 1juta ahli pas dan presideng kesayangan mereka
Hadi jadi alat hamno..........elok dijadikan nelayang je! Mengaku ulamak, nafsu besar tapi lemah tenaga batin!
.
Itu lah sebab nya Hj Hadi tak berani berkempen di PPauh
Kepada Allah kita kembalikan
macam ni ke nak laksala hudud nt yg pro ulama dikecualikan hudud yg lain dari itu suma kenapukul rata....kemana arah tuju pas sebenarnya? hanya memalukan dan merosakan agama saja mereka ni...
Ini lah sebenar nya Tujuan AMNEO berpura pura menyokong HUDUD...bila itu berlaku maka mudah lah mereka memecahkan kalangan Ahli PAS yg selama ini kuat serta bersatu dlm semue hal Party...kesimpulan nya AMNEO telah berjaya memecahkan tembok itu dan menunggu hasil nya...
.
Maaf lah
Sebelum ini orang selalu puji keberanian ahli PAS yang berhadapan dengan pihak berkuasa semasa demo Pandangan peribadi boleh di kategorikan top nombor satu
Yang lain lain macam berani berani takut Dan hanya berani bila ahli PAS berani
Tu pasal kesemua demo oleh ahli PAS pro ulamak menunjukkan sikap bongkak mereka
Tapi terbukti tidak
Tak jadi arnab tapi dari jauh orang akan sangka umno berkopiah gemuk korek ubi kayu dalam semak.
Habis UMNO tu sokong hudud ke? He he mmg bodoh Dan bangang la puak2 Ni.
Sudah sampai masanya Hj Hadi ini digantikan oleh pemimpin lain.Apakah PAS ketandusan pemimpin?
Apabila manusia tidak lagi menggunakan 'akal yg di kurniakan Allah kepada mereka..maka itulah jadinya...ingat apa saja yg kita lakukan dan perkatakan sewaktu hidup di dunia ini..semuanya akan di catat dalam buku amalan dan akan di serahkan kepada kita di yawmal akhirah...mudah2an wshai para2 ustaz...para2 ulama' ... para2 pendakwah..kelian menerimanya dari sebelah kanan.
KAH KAH KAH KAH tidak sampai seminit...KAH KAH KAH. Bukan DAP atau PKR yang HALAU...orang biasa je kat kedai. LAWAK TERBAIK HARI INI DATANGNYA DARI Kampung Kubang Semang, Permatang Pauh. TAHNIAH, CAYA LA LU BRO2 KEDAI KOPI.
Ni La Org Cakap PAS Ganti UMNO... Dok Kacau Hal Orang Sebijik Mcm Perangai org UMNO.. Kalau UMNO yg rosak nama Melayu takpe la lagi.. Kalau PAS hat Rosak Nama Islam.. Presiden Hat ada ni wajib di Ganti... Nak Kontrol Org Bawah pun tak reti..
pkr tukar mb selangor
pas kianati kawan
pkr tanding p.pauh
pas kianati kawan lagi
kata tak sokong jangan kacau
Apa kata presiden. Blm dgr lagi suara presiden dlm kes pemuda PAS P Pinang yg menentang keputusan Pusat ni. Apa dah jadi. Kalau org sendiri pun tak blh kawal macam mana nak jadi kerajaan. Kadang2 terfikir apa akan terjadi kalau PAS mng lbh 1 kerusi di PPinang. Brgkali semua rakannya tidak dihormati lagi. Apa nak jadi dgn PAS ni?
PAS dah gila ..gila nak memenangkan UMNO, gila nak tinggalkan dan nak ucap sayonara kpd keluarga Anwar. dan legasi Anwar!..sebab apa? sebab...lu fikir sendiri! Betulah UMNO kata PAS dah sesat! Bukan sesat pegangan akidah tapi sesat jalan.Dulu kata nak tawan putrajaya, la ni ...tikam kawan>>>Get lost PAS! Pemimpim macam Dr Mujahid, Mat sabu, Husam , Nizar semua mau disingkir..oleh puak yg perasan alim dlm PAS !DOK LA JADI PARTI KERA SUMBANG...
Buat sesuatu tak guna akal. Padahal perkara nak bersama PR neh pelan jangka panjang. Ke expect nak berpecah esok lusa? Dengan anggapan UMNO terima hudud? Tak jaga2 dari mimpi lagi ke macam mana puak2 neh tah.
Kalau aku jadi dorang. Kat kertas undi aku tunjuk. Tapi jujur aku cakap. Kalau ko taknak menangkan PKR sekalipun jangan la menangkan BN. Pangkah la calon lain kalau geram sangat dengan PKR. BN kalau menang di Permatang Pauh, dorang akan fikir rakyat terima GST tau tak? So fikir masak-masak sebelum nak memangkah tu hah.
.
Masa Najib UMNO tolak hudud tak ada pulak nak buat hal macam ini Sebab bila PAS (pro ug) ini letak banner pasal hudud UMNO dan agamawan tegur sebab PAS guna agama PAS pun sesekali dlm ceramah sebut psl hudud
Sekarang tanpa rasa berdosa beriya iya bangkitkan isu hudud tepi jalan Lebih malang mertabat ulamak nak di junjung dari simpang jalan
Tapi perlu di ingatkan kita bukan 'halau' hudud tapi kita 'halau' mereka yang tak reti reti perangai UMNO
Kepada Allah kita kembalikan
BismiLLAH.
من هوالذي يطعن في العلماء يقول العلامة الشيخ صالح الفوزان :
((وأقول لا يقع في أعراض العلماء المستقيمين على الحق إلا أحد ثلاثة: إما منافق معلوم النفاق، وإما فاسق يبغض العلماء لأنهم يمنعونه من الفسق، وإما حزبي ضال يبغض العلماء لأنهم لا يوافقونه على حزبيته وأفكاره المنحرفة)) [الاجابات المهمة ص:41-42
ويقول الشيخ كذلك : ((وما من أحد استخف بالعلماء إلا وقد عرَّضَ نفسه للعقوبة والتاريخ خير شاهد على ذلك قديما وحديثاً)) [الإجابات المهمة
ص:38].
Ucapan Al-'Allaamah Al- Faqih As-Syaikh Sholih Ibnu Fauzan Al-Fauzan حفظه الله
tentang orang yang mencela ulama'
[[ Aku katakan; " Bahwa orang yang menentang ulama' yang berdiri kokoh di atas kebenaran, (para penentang itu ) tidak terjatuh melainkan pada tiga keadaan, yaitu:
�� Munafiq yang diketahui kenifakannya
�� Fasiq yang membenci ulama' karena mereka yang mencegah dari kefasikan
�� Atau hizbiy yang sesat yang membenci ulama', karena para ulama' tidak sepakat dengan kehizbiyyahan dan pemikiran mereka yang melenceng.
�� Al-Ijabah Al-Muhimmah hlm. 41-42
Dan beliau menambahkan :
[ Dan tidaklah seorangpun yang merendahkan ulama' kecuali sungguh akan (ditimpakan) kepada dirinya hukuman demi hukuman, dan sejarah telah menjadi saksi yang baik dalam perkara tersebut yang dahulu maupun yang sedang terjadi.]
�� Al-Ijabah Al-Muhimmah
hlm. : 38
ni semua gang mamak bagan ,aku tengok pon kenai depa ni dah selalu sangat buat demo anti pakatan rakyat pp.
Imam maksum pro syiah bertangungjawab terhadap akhlak buruk dan hilangnya nilai2 mulia perjuangan Islam.
Allah turunkan perangai kekasih UG (umno) ke dlm jiwa penyokong2 mereka.
Inilah balasan Allah kerana mengkhianati rakan perjuangan. Dgnsenang hati menuduh rakan2 perjuangan sebagai anti islam dan sekular.
kerana cintakan pelacur tua umno, mcm terkena nasi kangkang umno, UG sudah lupa keluarga sendiri.
UG akan merempat ditepi2 jalan rumah2 jalang umno.
tunggu lah. aminnn (doa mlm jemaat ni tau)
Kita kehilangan ulama muktabar spt ustaz Fadzil dan TGNA. Didunia lg kita lihat mereka ulama terbesar. Diterima semua xkira bangsa. Amatlah besar dosa menghina ulama kerana mereka adalah warisan para nabi. Tetapi apakah kita perlu mengikuti ulama yang sudah terpesong? Ulama yang tidak dihormati oleh ulama yg lain? Ulama yang tidak boleh diterima oleh orang ramai? Ulama tersebut perlu fikir kenapa dia jd begitu? Klu org ramai tidak faham agama , apa yg dia buat? Ulama lain tidak dihina sebegitu rupa...
Catat Ulasan