Mahkamah Rayuan arah NST bayar RM420,000 kepada Husam
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan New Straits Times (NST) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan mengarahkan akhbar itu membayar RM350,000 kepada Datuk Husam Musa kerana bersalah memfitnah beliau.
Selain ganti rugi itu, mahkamah juga mengarahkan akhbar itu membayar RM70,000 kos keseluruhan proses mahkamah kepada naib presiden PAS itu.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dianggotai Datuk Hishamudin Mohd Yunus, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid dan Datuk David Wong Dak Wah membuat keputusan itu di depan dua peguam NST dan peguam Husam.
NST diwakili Reshwant Singh dan Gandhi Mohan manakala Husam diwakili Md Yunos Shariff.
Dalam laporannya bertajuk "Suspended BN duo turn to ACA" pada 28 November 2007 lalu, NST didapati memfitnah Husam.
Ia berasaskan laporan dua ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Datuk Norzula Mat Diah (Paloh) dan Mohd Adhan Kechik (Bukit Bunga) kepada Badan Pencegah Rasuah (sekarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).
Yunos ketika bercakap kepada The Malaysian Insider berkata, ini mahkamah terakhir untuk kes tersebut kecuali NST mendapatkan pengesahan dari mahkamah untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan.
ULASAN GB
Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan...
Minggu lepas, Bekas exco kerajaan negeri Perak Datuk Hamidah Osman diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam membayar ganti rugi RM150,000 kepada Khalid Samad atas penerbitan artikel yang memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam itu. Hari ini, NST pula diperintah bayar Husam Musa sebanyak hampir setengah juta kerana kes fitnah juga.
Walaupun Khalid Samad dan Husam Musa begitu hebat dihina dan difitnah, dijebonkan terutama oleh golongan UMNO dan pro-ulamak dalam PAS, mereka berdua (dan yang lain-lain yang turut dijebonkan) akan terus "berpahala" - dunia dan akhirat. Kemenangan di mahkamah itu adalah diantara "pahala-pahala" dunia yang diterima kerana begitu dasyatnya mereka berdua dihentam oleh pihak yang tidak menyukainya. Di akhirat pula pahala yang diterima adalah seperti disebut di dalam hadith berikut...
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengata-ngata (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui.”
Manakala orang yang mengata-ngata dan memfitnah itu akan terus mendapat dosa malah akan muflis di hari akhirat nanti...
12 ulasan:
terbaik bro..
mungkin juak UG kalis ...kut
manusia sucikan!!
Bertaubatlah pd yg terasa suka fitnah2
Umno dan fitnah tetap isi dan kuku..yg menjadi tanda tanya.apakah keputusan2 yg memihak kpd PR dlm kes2 sebegini sebagai mengaburi pandangan umum kunun mahkamah adil dan bebas? Saya berpendapat begitu..semua tu tak.jadi soal kpd regim umno..asalkan kes anwar mereka boleh manipulasikan..asalkan anwar masuk ke dalam...at all cost..
UG umno geng
Ini adalah salah satu sebab yg mewajarkan pelaksanaan GST, untuk bayar saman. Pusing kut mana pun duit rakyat juga yg digunakan, termasuklah duit macai UMNO. Lenyapkan UMNO dari persada politik negara!
Alhamdulillah... YANG BENAR TETAP BENAR !
" Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengata-ngata (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui.”
gunakanlah duit tersebut utk keperluan YB dan keluarga atas segala susah payah yg ditanggung selama ini. YB pun dah tak ada jawatan apa2.
tak perlulah berderma kpd parti krn parti dah kaya raya hingga boleh buat muktamar ulama mencecah hampir sejuta ringgit.
Alhamdulilah
Ini adalah wang tuk bantu mangsa banjir yang masih tinggal di Reban Reban
Orang orang Melayu saja pon
Syabas yb husam.. Tunggu dan lihat ape yg tejadi pada pas ug..
Ada pemimpin UG yang kena saman? Kena tangkap..? Tarak..
Jadilah pemimpin yang berkerja untuk rakyat.
Lps ni tantawi kena byr lge 1 juta...pulak
Nk tengok tantawi boleh bayar ke rm1juta tu. Tahniah guan eng. Teruskan saman. Tantawi ni ulamak ke? Hari tu terang2 dia sokong kelaku yusni mt piah di p.pauh. mcm bodo je. Hahaha. Ulamak jordan huhuhu
.
Meleleh air liur pro ulamak ug
Tak pernah dia orang dapat sekali banyak macam tu sebab jumlah RM bergantung pada tindakan mereka Demo sekian RM Buat naskah Baju T sekian RM Main isu hudud RM RM lebih sikit lah
Tapi sayang lah kalau ahli tak boleh berfikir mengapa hanya satu pihak sahaja yang kena fitnah Lepas tu bukan macam parti lain balik balik Presiden nya yang kena baik UMNO atau PKR
Catat Ulasan