Ustaz sanggup bunuh janda
HULU SELANGOR – Usaha seorang bapa untuk mencari anak perempuannya yang tidak pulang ke rumah sejak malam kelmarin berakhir dengan kejadian menyayat hati apabila dia menjumpai wanita itu mati dibunuh di depan sebuah sekolah agama di Kuala Kubu Bharu dekat sini semalam.
Mangsa yang merupakan seorang janda anak empat, Nur Salina Nazir, 34, ditemui bapanya, Nazir Ramli, 67, kira-kira pukul 9 pagi semalam dalam keadaan terlentang tidak bernyawa di dalam kereta Proton Wira miliknya dengan kesan tujuh tikaman pada anggota badan.
Menurut abang mangsa, Nor Salizam Nazir, 40, adik bongsunya itu yang membuka perniagaan online dikatakan keluar dengan kekasihnya berusia 26 tahun pada malam kelmarin untuk menghantar barang tempahan kepada pelanggan tetapi dia tidak balik ke rumah selepas itu.
Katanya, selepas gagal menghubungi Salina menerusi telefon bimbit, bapanya bertindak mencari mangsa dengan berjumpa kekasihnya itu yang bekerja sebagai guru agama di sebuah sekolah di Kuala Kubu Bharu.
“Ayah akhirnya jumpa Salina dalam keadaan tidak bernyawa di dalam keretanya sebelum dia pergi membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sungai Buloh semalam.
Menurut anak saudara mangsa, Ainaa Syafiqah Shamsudin, 24, Salina dijangka melangsungkan perkahwinan dengan lelaki bergelar ustaz itu pada 6 Jun depan selepas dua tahun bercerai dengan bekas suaminya.
“Keluarga kami baru sekali bertemu suspek iaitu pada bulan lalu untuk membincangkan hal perkahwinan mereka berdua.
“Persiapan untuk perkahwinan itu sudah hampir siap apabila baju pengantin dan pelamin sudah ditempah. -kosmo
Tikam lepas ajak kahwin
Hulu Selangor: Seorang wanita ditemui dalam keadaan telentang di tempat duduk pemandu dengan tujuh kesan tikaman di dada, rusuk dan lengan kanan dipercayai dibunuh teman lelakinya di depan sebuah sekolah agama di Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, pagi tadi.
Difahamkan, mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira 9 pagi yang melihat keadaan kereta itu mencurigakan dengan enjin masih hidup dan pintu bahagian pemandu terbuka sebelum memaklumkan kepada pihak polis.
Sumber polis berkata, sepasukan polis yang membuat pemeriksaan mendapati terdapat empat kesan tikaman pada dada mangsa, dua di rusuk kiri dan kanan serta satu lagi pada lengan tangan kiri mangsa.
Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki yang juga guru agama di Sekolah Rendah Agama KKB berusia 26 tahun dipercayai teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan.
Berdasarkan soal siasat yang dijalankan terhadap suspek, lelaki itu mengaku membunuh mangsa yang juga janda anak empat itu selepas si mati sentiasa mendesaknya untuk berkahwin. -HM
ULASAN GB
Hukum kebenaran sentiasa berjalan dan tidak ada yang sia-siap pada tiap-tiap satu kejadian Allah itu. Ada pengajaran ada iktibar yang boleh diambil oleh orang-orang yang berfikir, mafhum Al-Quran. Pengajaran dari kisah di atas:
Bahawa tak kira apa pun latarbelakang seseorang itu, hatta dia seorang guru agama sekalipun, asalkan dia bernama manusia, dia tetap tidak terlepas dari boleh dipengaruhi dan diperdaya oleh syaitan dan iblis.... sehingga boleh ke tahap membunuh... tahap kejahatan tertinggi yang boleh dilakukan oleh manusia apabila dipengaruhi iblis.
Hendaklah kita sentiasa memohon ampun dan sentiasa memhon perlindungan Allah dari godaan dan perdayaan syaitan yang direjam itu.
Al-fatihah untuk Nur Salina....
16 ulasan:
Ustaz!!!!!!!
JANDA memang problem
Nak lepas masalah banyak yang tangkap muat moga2 dapat selesai masalah janda yang standard gila entot dan tak cukup duit.
Pak Ustaz mana ada banyak duit nak kahwin cepat kecuali Ustaz UG anak buah HADI & GENG
Kesian anak2 Arwah
Minggu lepas anak2 Arwah accident Myvi
Orang Orang Melayu memang banyak masalah akibat malas meminta minta papa kedana dan suka makan rasuah
BR1M tu punca segala kotoran
org desak kahwin kalau taknak blah jer laaa...yang tikam tikam bagai tu buat apaa...bongok
Sangat mengguris hati....biar undang2 mengadilinya....al fatihah....
bukan ustaz semuanya. lebih kpd ustaz MUDA krn hawa nafsu masih kuat membara
Al-fatihah
SATU YG KITA MESTI INGAT...
YG BERGELAR OSTAZ2 PUN TAK TERLEPAS DARI DI RASUK SETAN DAN BERPERANGAI MCM SETAN
HE3,,,
.
Jangan kita hanya memandang perbuatan tersebut pada individu tersebut saja Begitu juga yang lain lain termasuk yang sebelum ini di mana pelajar pintar memiliki video dan di penjara
Maaf GB Ini pandangan kita yang dah lama bersarang dalam kepala Mungkin ya mungkin tidak perbuatan tersebut telah di pengaruhi iblis Tetapi jika iblis kita yakin Allah memberi pertolongan kepada kita Sebab manusia biasa macam kita tak mampu lawan iblis
Yang susah nak di tolong ialah perbuatan tersebut adalah datang nya dari individu tersebut dan yang paling malang dari dosa kita semua seperti fitnah dan membiarkan kezaliman Mempersendakan hukum agama Akibat perbuatan kita semua ! Kebenaram ini lah yang sedang berjalan Satu demi satu Pada orang yang alim dan pada ulamak serta pemimpin pemimpin hati mereka sepatutnya berkata Apa yang telah aku lakukan ?
Peperangan yang paling besar ialah peperangan hawa nafsu Allah tidak mengubah nasib (perangai sikap dll) jika kita tidak mengubahnya
Kepada Allah kita kembalikan
Saya sgt suka dgn ostad krna blh membimbing saya..........
klu tak dpt tgk wajah ostad, rasa rinduuuu sgt.
Ostad tak mcm lelaki lain, penyabar dan lembut tutur kata. Itu yg hati saya terpikat dgn ostad.
Al-Fatihah....Semuga Allah ampuni segala kesalahan arwah semasa hayatnya dan dilimpahi kesabaran atas keluarganya.
Sipembunuh, terserah kepada Allah akan hukumannya...
AJAK KAWIN PUN SAMPAI NAK BUNUH2? BUKAN AJAK PI SOKONG UMNO.
KAWIN BUKAN SAKIT MALAHAN NIKMAT DAN BARAKAT.
TOLONG JANDA BESAR PAHALA. CANTIK PULAK TU.
KALAU TKNK CAKAPLAH 'ANA LEMAH SYAHWAT, HARAM KAWIN'.
MASA BERKAWAN TUNJUK SGT MACHO, DAH JANDA BERMIANT DIBUNUHNYA PULAK.
Teringat cerita P Ramlee, "Hai pasal sambal belacan pun sampai nak berbunuh2?".
Anway minta dijauhkan kita dpd ujian sebegitu.
Ramai pembunuh bukan kerjanya membunuh, tp dlm keadaan tertekan, ada org yg berpotensi membunuh, tak kira ustad atau perdana menteri.
Sekian
IMAN:salah satu dari hidayah Allah swt.Kerana itu, iman tidak dapat dibeli dgn wang rinngit dan tidak dapat diwarisi dari ibu bapa yg beriman. Iman juga tidak dapat diperolehi dgn sijil agama walau tahap PhD sekalipun. Kerana iman hanya dikurniakan kpd insan2 yg ikhlas didalam setiap perbuatan/pekerjaannya. Maka itulah,, walaupun hari ini ramai dari kalangan mereka yg memiliki kelulusan agama yg tinngi, namun ramai juga golongan tersebut yg terlibat dgn perlakuan yg bertentangan dgn hukum2 agama. Persoalannya: Mengapa ini terjadi..? Jawapanya: Ia berkaitan dgn ketidak ikhlasan dalam menuntut ilmu agama. Kebanyakan mereka hanya mengejar sijil bukan ilmu semata mata. Lagi tinggi sijil yg diperolehi, maka tinggilah gaji yg diterima..(kalau makan gaji) jika penceramah bebas, boleh letak bayaran tinggi2. Inilah senario kebanyakkan golongan agama hari ini. Sikap serta tindak tanduk mereka, tidak mencerminkan ketinggian ilmu agama yg dimiliki. Maaf jika ada yg tersinggung, namun ini adalah kenyataan..!
Calon BN yg kalah di Permatang Pauh itu pun lebih baik berbanding Ustaz Firdaus, ingat lagi tak? Walaupun kalah, dia tidaklah sampai menendang peti undi.
Tapi Tuan Guru kata ikhlas tak ikhlas macam tak penting Serah kan sahaja pada Allah
IMAN: adalah hidayah Allah swt. Maka itulah, iman tak dapat dibeli dgn wang ringgit dan tak dapat diwarisi dari ibu bapa yg beriman. Iman juga tidak diperolehi dari sijil2 agama walau bertaraf PhD sekalipun. Kerana iman hanya dikurniakan kepada insan2 yg ikhlas dalam setiap perbuatannya, termasuklah dalam soal menuntut ilmu agama. Kerana itulah, walaupun ramai yg memiliki kelulusan agama yg tinggi, namun ramai juga golongan tersebut, terlibat dgn perlakuan yg menyalahi hukum2 Islam. Persoalannya: Mengapa ini terjadi..? Jawapanya: Ia berkaitan dgn keikhlasan. Kebanyakan dari mereka , lebih mengutamakan /mengejar sijil, bukan ilmu semata mata. Ini kerana, semakin tinggi sijil yg diperolehi, maka semakin lumayanlah gaji yg diterima..(kalau makan gaji) Jika penceramah bebas, boleh letak harga tinggi2. Inilah senario yg menyelubungi kebanyakkan golongan agama masa kini. Maaf jika ada yg tersinggung, namun ini adalah kenyataan..!
nk kena hudud nih
Catat Ulasan