13 Apr 2015

[VIDEO] Jom Tonton Kenapa Mahathir Serang Najib...


Najib Harapan Saya, Tetapi Dia Mungkir Janji - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamed mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak memungkiri janji untuk membina jambatan bengkok antara Johor Baharu dan Singapura.

Menerusi temuramah sebanyak empat bahagian yang dimuat naik di blog, Din Turtle, dua hari selepas temuramah Najib di televisyen, Dr Mahathir mendakwa perdana menteri itu menyokong projek berkenaan ketika beliau mengambil alih jawatan tersebut daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Harapan saya, bila Pak Lah dah tak ada (letak jawatan), dia (Najib) akan buatlah jambatan itu. Najib pada satu masa sebut 'walaupun Singapura setuju atau tidak setuju pun, kami nak buat'. Tetapi bila dia jadi perdana menteri, dia tak buat," kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak gembira apabila Najib memungkiri janjinya.

"Jika Singapura tak nak buat (tak setuju), saya buat sebelah saya, apa salahnya. Bukan pasal nak buat jambatan bengkok, tetapi pasal nak buat sebelah tak jadi. Ia adalah hak berdaulat kita, dalam kawasan wilayah kita, kawasan perairan. Separuh daripada tambak itu adalah milik kita. Saya tidak sentuh langsung bahagian Singapura.

"Dia (Najib) ada minta persetujuan dengan Singapura, nak buat benda di dalam negara kita. Di mana kedaulatan kita? Di mana kemerdekaan kita? Adakah kita sebahagian daripada Singapura?" soal Dr Mahathir.

Dalam satu temuramah khas bersama TV3 pada Khamis lalu, Najib berkata, serangan Dr Mahathir terhadap beliau tercetus disebabkan kemungkinan perbezaan pendapat mengenai jambatan bengkok dan pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Mengenai BR1M, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan idea BR1M kerana memberikan wang percuma kepada rakyat.

"Kita tak pernah beri duit kepada orang. Kita beri peluang pekerjaan untuk rakyat, beri mereka pendidikan, latih mereka maka mereka boleh hidup dan buat duit untuk diri mereka sendiri. Kalau kebajikan, kita perlu beri tetapi hanya kepada rakyat yang memerlukan bantuan kebajikan,"
katanya.

Mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dr Mahathir berkata, adalah lebih baik untuk Najib meletakkan jawatan sekarang bagi mengelakkan daripada Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum akan datang kerana siasatan terhadap syarikat itu boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

"Ia perlu sekarang kerana kita masih mempunyai dua tahun lagi untuk pulih. Jika dia (Najib) tidak berundur sekarang, dengan adanya PAC (Jawatankausa Kira-Kira Wang) dan lain-lain yang akan menyiasat untuk dua atau tiga tahun lagi dan sampai pilihan raya pun, dia masih ada, kita akan kalah. Saya fikir akan ada banyak masalah untuk semua," katanya.

"Kita perlukan pihak yang 'neutral' untuk menjalani siasatan untuk mengetahui ke mana wang itu pergi. Siapa yang mengendalikan wang itu? Siapa Jho Low? Secara tiba-tiba dia menjadi begitu penting. Dalam kerajaan pun dia (Jho Low) tak ada jawatan, dia bukan penjawat awam, secara tiba-tiba dia ada kuasa seperti itu," kata Dr Mahathir.

Mengenai komando polis Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah kerana membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Dr Mahathir berkata, semua individu yang disabitkan bersalah dengan hukuman mati mempunyai peluang untuk mengemukakan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan.

"Awak tahu, saya dahulu adalah perdana menteri. Tugas saya ialah menasihat Yang di-Pertuan Agong atau Sultan sama ada seseorang itu perlu mendapat perkenan terhadap rayuannya atau tidak," katanya.

Dr Mahathir yang menemui ibu Sirul baru-baru ini menegaskan bahawa isu berkenaan bukan mengenai politik.

Beliau berkata, Sirul sebagai seorang anggota polis tidak akan membunuh kecuali dia diserang atau diarahkan oleh seseorang. -mstar








ULASAN GB

GB bukanlah penyokong TDM, tetapi GB tidak menolak 100% apa yang disebutkan oleh Mahathir seperti di atas.

Jika Mahathir ingin Najib melepaskan jawatannya kerana khuatir BN akan kalah dalam PRU akan datang, bagi GB pula jika Najib tidak melepaskan jawatannya, akan lebih banyak kerosakan yang akan dibawa kepada negara dan rakyat jelata akan terus sengsara sebelum tiba pilihanraya. Dan najib boleh menggunakan pelbagai taktik dan tipudaya untuk terus menang dalam pilihanraya.

Tidakkah kita perhatikan keborosan dan ketirisan berbilion ringgit di era Najib sehingga rakyat terpaksa menanggung beban dengan GST?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan, percaya atau tidakm Najib akan dihukum dan perlu menerima hukuman.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tu dia tun mahathir dah bagi bom c4 ....tujuannya nak teruskan jambatan bengkok. Aku sokong cara mahathir...beri pancing, bukan beri ikan pada rakyat. Kita tunggu adegan seterusnya..

Tanpa Nama berkata...

Singapura cukup gerun bila Selat Teberau boleh dilalui oleh kapal

Tanpa Nama berkata...

Patutlah umur dia panjang

Selagi tak buat jembatan bengkok selagi tu lah dia boleh bercakap

Kalau itu lah persetujuan untuk jadi PM Malaysia Hj Hadi pun layak jadi PM

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah.. terang terang mengaku takut salahlaku dicungkil jika kalah, jika menang maka terus kebal undang-undang. Bila orang pertikai sistem kehakiman, soldadu terus tangkap, dakwa hina mahkamah, menghasut... sekarang dah buka pekung sendiri.. Tapi yg paling lawak, ada orang percaya puak-puak ni akan sokong hudud.. kah kah kah.. tanya dulu kat diorang, rela ke nak hulur tangan yang dah berpuluh tahun merampok dan merompak.. Kita sangka je umngok ni bodoh, tapi licik mengalahkan tokeh kedai nombor ekor haram.. main isu, pecah PR maka keballah sampai kiamat.. Tun tak payah la risau sangat..

Tanpa Nama berkata...

Maknanya, Mahathir bukanlah nak jatuhkan Najib atas sebab masalah kepimpinannya tetapi rupa-rupanya sebab jambatan bengkok yang Mahathir sendiri ada kepentingannya/bahagiannya jika jambatan bengkok merentasi Selat Tebrau itu dilaksanakan/dibina.

Bukankah Mahathir akan dapat habuannya jika projek jambatan bengkok itu dilaksanakan? Mana taknya Mahathir marah sebab habuannya tak dapat.

Tanpa Nama berkata...

SETUJU sangat dengan komen Anon 12:24 !
It's all about POLITIC POWER !
Aku rasa semua rakyat tahu...UMNO ni bukan BODOH TAPI LICIK !
Lagi banyak Mahathir TEMBAK Najib...lagi banyak PEKUNG akan terdedah !
Tidak perlu datang dari PR...ORANG UMNO PECAH TEMBELANG SENDIRI !
HUKUM KEBENARAN DAN KEADILAN AKAN TERUS BERJALAN..
ORANG YANG PALING BANYAK MELAKUKAN KEROSAKKAN...DIA SENDIRI YANG AKAN BUKA PEKUNG SENDIRI.
UMNO AKAN TERSUNGKUR DALAM PRU AKAN DATANG !

Tanpa Nama berkata...

Bila Najib tak tunai janji pada Mahathir bukan bermakna Najib lebih mengelat dari Mahathir Mungkir janji tak perlu jadi bijak Perangai buruk ini tidak akan ada pada kita jika kita berpegang kuat pada amanah

Dari dulu dibiarkan Najib mungkir janji sehingga berpuluh kali janji Najib pada rakyat yang telah dimungkiri nya dan sekarang kita yang menanggung nya

Menepati Janji adalah penting Sebagai pemimpin Jangan pilih orang yang suka mungkir janji menjadi pemimpin Lebih mengeciwakan bila yang mungkir janji itu berimej kan serban dan jubah

abuamir berkata...

Yg paling jelas perbuatan mungkir janji ni sifat org munafik. Maka pemimpin yg mungkir janji adalah pemimpin munafik. Maka kita sepatutnya jgn lantik pemimpin yg bersifat munafik. Bila pemimpin munafik yg kita pilih maka berbagai bala akan kita tanggung . Cthnya wang negara disalah gunakan utk peribadi, membazir utk kroni, GST- cukai rakyat tanggung,banjir, kapalterbang jatuh & hilang dll. Itu semua bala yg Allah turunkan kpd rakyat yg lantik pemimpin bersifat munafik.

Bilalah org Islam nak sedar....

Tanpa Nama berkata...

Najib betul betul memperlekehkan Mahathir

Isu besar yang di bangkitkan oleh Mahathir ia lah hutang negara Najib guna isu jembatan bengkok sebagai alasan Ini betul betul menghina Mahathir

Kerana isu jembatan bengkok yang jika dibandingkan dengan kehilangan duit rakyat tak lah sebanyak mana Sekurang kurang ada jugak jembatan dan negara pun tak berhutang malah mungkin membawa hasil

Sebelum ini penyokong kuat Mahathir menulis kata kita pun ada 'isu besar' Apa besarnya kalau baru nak jumpa ibu Sirul



Tanpa Nama berkata...

Orang UMNO bergaduh bukan kerana kepentingan rakyat tapi kerana tak puas hati dengan kepentingan projek untuk buncitkan perut sendiri ,anak beranak & kroni...

Tanpa Nama berkata...

macam cerita iblis dan firaun?

Tanpa Nama berkata...

Hanya orang gila akan buat jambatan separuh bahagian. Siapa yang akan guna? Lebih baik senang cakap aku nak pitih. Nampak sangat kemaruk pitih. Perkara ini rakyat nampak. Masa dia jadi PM dahulu entah berapa banyak dia balun yang rakyat tak nampak.

Tanpa Nama berkata...

Sokong dgn Abu Amir. Bila la org Islam nk sedar.

Mungkin dh terlalu byk makan duit haram, hati pun dh busuk, gelap. Pemimpin munafik dipilih sbb yg menmilih, yg mengundi pun munafik.

Hati yg kotor akan sentiasa memilih yg kotor. Mcm makan kt kedai mamak la. Kita tahu mamak tu pengotor tp kita pergi jugak. Kenapa agaknya?

Renung-renungkanlah.