9 Apr 2015

Nahas Semenyih: Bekas Pembantu Juruterbang Bingung

Adelia Mahiyudin yang pernah menjadi pembantu juruterbang helikopter Dauphin 2 yang terhempas di Semenyih pada Sabtu lalu masih bingung memikirkan tragedi itu.

Mengimbas kembali pengalaman semasa menerbangkan bekas menteri dan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Adelia menyifatkan helikopter tersebut sebagai sebuah pesawat udara yang konsisten baik dari segi kualiti atau prestasi.

Adelia, 27, yang kini bertugas sebagai juruterbang di Weststar berkata helikopter tersebut antara yang paling selesa untuk diterbangkan kerana saiznya lebih besar dan stabil.

"Dauphin adalah konsisten baik dari segi kualiti atau prestasi dan sekurang-kurangnya amat jarang untuk kita dengar kes ia terhempas di rantau ini.

"Ia juga adalah helikopter paling popular di kalangan VIP. Ia hanya helikopter yang menjadi pilihan Jamaluddin untuk urusan perniagaan.

"Tan Sri gemar duduk di belakang tempat duduk pembantu juruterbang kerana beliau mahu melihat apa yang sedang dilakukan juruterbang," katanya pada Selasa.

Adelia berkata beliau masih tertanya-tanya mengenai punca helikopter tersebut terhempas dan menjangkakan manuver mendadak antara punca nahas itu.

"Manuver mendadak boleh disebabkan oleh kerosakan teknikal secara tiba-tiba seperti kebocoran hidraulik.

"Namun, kes seperti ini jarang berlaku membabitkan Dauphin.

"Juruterbang juga melakukan pemeriksaan sebelum penerbangan bagi memastikan helikopter tersebut berada dalam keadaan baik," katanya.

Beliau berkata kesilapan manusia adalah sukar diterima kerana ia diterbangkan oleh juruterbang berpengalaman dan cekap, Kapten Clifford William Fournier Jr.

"Dia adalah orang terakhir yang kita bayangkan akan menyebabkan kesilapan. Cliff adalah juruterbang senior dan dia sentiasa tahu apa yang dilakukannya dan juga mengetahui luar dalam helikopter tersebut.

Adelia berkata juruterbang dilihat berada dalam keadaan baik kerana dia memberi respons dalam chat kumpulan tersebut di laman media sosial sebelum menerbangkan helikopter tersebut.

Jelasnya, Cliff menulis;"Kami masih lagi di atas tanah, kami akan berlepas dalam masa terdekat." -mstar

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau Helikopter keadaan bagus , pilot pon ter baik.

Punca mungkin ada hantu BON BON yang tak suka pada helikopter dauphin kot.

Pekan tu pun di kelilingi hitan banyak ada hantu pun.

Tanpa Nama berkata...

TOLONGLAH MANSUHKAN GST....TOLONGLAH WAHAI KERAJAAN...TAK TAHAN DENGAN SEMUA HARGA BARANG YANG NAIK MENGGILA....AIR MINERAL PUN KENA GST...BISKUT PUN KENA GST....JANGANLAH ZALIM SANGAT...TOLONGLAH...NAK BELI PAMPERS ANAK LAGI..TOLONGLAH....MANSUHKAN GST....AKU SEMAKIN TERTEKAN WAHAI PARA PEMIMPIN...

Tanpa Nama berkata...

kenapa mau hairan sapa berkuasa ke atas segalanya di alam ini
bukankah Allah?

tera mana sangat kepandaian manusia
tetap terhad terbatas
sebab tu jangan suka langgar batas yang ditetap oleh Allah

Tanpa Nama berkata...

Bergantung juga berapa usia helikopter Kalau dah 16 tahun ke atas memang kena tukar termasuk hiasan dalaman

Tanpa Nama berkata...

Ada roket ukraine sesat kat Malaysia kot...

Tanpa Nama berkata...

Tak yah bingung dan heran la...sebijik kapal terbang beratus orang pun boleh ghaib....stakat heli kapasaiti 6 orang apalah sangat...

Tanpa Nama berkata...

Bingung
MH boleh hilang
Bengung
Beli jet bayar gst
Bongok
pro ulamak sokong ug

Tanpa Nama berkata...

Tan Sri suka duduk belakang pembantu juruterbang..........BAHAYA tu cik ooiii...dulu dah masuk court ada orang kena rabbon....

Macam mana pun ini kuasa Allah, naik Air Force One kepunyaan Presiden US pun kalau Allah kehendakki terlanggar nyamuk pun boleh hancus.....

Tanpa Nama berkata...

Tiada yang pelik dan mustahil bagi Allah bagi setiap sesuatu. Apakah kita fikir dengan logik akal akan menyelesaikan segala-galanya? Kembalilah kepada Kitabullah..kerana rahmat Allah sentiasa ada di situ..

Fahamilah ayat dari surah Al-Mulk ayat 019 ini:
"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

Tanpa Nama berkata...

kuasa bukan ditangan kerajaan. KITA yg pilih kerajaan! fikirkan....