19 Apr 2015

Azmin Dakwa 5 Adun Lompat Sebagai Cerita Dongeng Zaman Purba


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali enggan dakwaan spekulasi lima Adun PKR Selangor akan ‘melompat’ sekaligus menyatakan sokongan terhadap bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, spekulasi ini diumpamakan seperti satu kisah dongeng zaman purba.

Azmin“Itu cerita dongeng zaman purba.

“Takkan saya nak mengiyakan cerita dongeng,” katanya apabila diminta menafikan spekulasi itu.

Sejak semalam bertebaran khabar angin bahawa lima ADUN PKR akan ‘melompat’ dan menyatakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

Dengan sokongan PAS dan Umno ditambah beberapa ADUN dari PKR itu, Khalid dikatakan bakal memperolehi majoriti mudah.

Kononnya Khalid mengadakan perjumpaan bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Jakarta untuk membincangkan hal tersebut.

Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor membidas tindakan 50 ahli PKR Cabang Batu Pahat yang menyertai Umno, semalam.

“Setiap kali PRK mesti timbul kes lompat parti. Jika kita jumlah semua (yang lompat parti), akhirnya yang tinggal di dalam PKR hanya Wan Azizah dan saya sahaja.

“Jadi tak usah bimbang. Mereka masuk Umno sudah lima kali setiap kali PRK. Ini satu propaganda dan media kena faham,” Katanya lagi.

Dilaporkan seramai 50 ahli PKR Cabang Batu Pahat termasuk Bendahari, Azhar Ahmed, dan Ketua Penerangan, Mohd Hafizi Jamhari, keluar daripada parti itu untuk menyertai Umno. -KD



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Awas awasi lah

klu dlm pas ada hadi n geng ug

ddlm pkr pula ada geng anak ali

dua2 geng diatas tu..priority rkyat ditolak kat tepi, tapi bab lakonan sandiwara utk penting diri n kroni adalah agenda mrk yg teratas n trpnting sekali, takde sikit pon brbeza dgn puak2 setan2 yg dikenali tuu

pooorah!


Tanpa Nama berkata...

Biasa la tu . kalau tak bagitu org tak kenal umnooo brow.

Tanpa Nama berkata...

Panas2

Bakal Ketua Dewan Ulama PAS Pro Syiah??? (Bukti Bergambar)

Buku ini Tulang Besi pernah baca beberapa tahun lepas. Selepas membaca buku ini Tulang Besi beranggapan penulis buku ini membelas aqidah dan fahaman Syiah

Sebagai meraikan fitnah kaum UG terhadap Abang Mat Sabu yang dituduh menganut aqidah Syiah Imamiah, izinkan saya membawa buku di bawah.

Bakal Ketua Dewan Ulama PAS, Dr Mahfodz Mohamed pernah menterjemahkan buku yg membela Aqidah Syiah ke dalam Bahasa Melayu.

Contoh buku tersebut adalah seperti di bawah.

Sebusuk2 kamu serang Abang Mat Sabu, tak pernah Abang Mat Sabu mempromosi bahan2 tulisan dari Syiah seperti Dr Mahfodz buat.

Selepas ini Ustaz Ahmad Awang juga akan diulang fitnah lama kononnya beliau adalah Syiah.

Tengok lah nanti
malaysiawaves.net

Tanpa Nama berkata...

Bijak jugak si Azmin ni balas kisah Hj Hadi dengan Khalid ada lah cerita dongeng zaman purba

Kalau Azmin jawab ini semua khabar angin maka baru lah betul jika ada orang yang kata masakan pokok bergoyang kalau tak ada angin Tapi ini bukan khabar angin ini cerita dongeng yang tak ada kena mengena dengan angin dan pokok samada yang masih hidup atau yang dah tumbang

Tanpa Nama berkata...

Belum tentu hanya dua ahli PAS yang sama yang tidak setuju dengan Hj Hadi

5 Adun lompat belum cukup untuk mengembalikan khalid sebagai MB kerana bukan semua Adun PAS akan sokong Hj Hadi selepas Hj Hadi menghantar 3 nama yang bukan dari PKR

Satu tindakan yang bukan bermaruah !

Tak kan pisang buah dua kali

Tanpa Nama berkata...

Cerita pakar spin,mcm Jho Low kata. Yg jadi spekulasi skrg, ramai nak sabotaj UMNO,bukan nak masuk. Nak bernafas skrg pun dah semakin sesak.

Tanpa Nama berkata...

Jangan sanggah tanpa waswas, mahluk berserban ini tak boleh dipercayai.Berkawal dan berjaga setiap hari, mudah2an apa yang nak dicuri tidak diperolehi!

Tanpa Nama berkata...

Selagi PAS tak mampu tak bersedia nak buat hudud di Selangor jangan lah PAS nak rampas kuasa MB Azmin

Selangor tak sama seperti Kelantan

Tapi orang yang gila kuasa bukan peduli semua ini