9 Apr 2015

Anak Menteri VS Mak Tiri


Isteri muda Nazri cabar Nedim

Seorang wanita mendakwa dirinya isteri yang sah kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz dan layak menggunakan gelaran Datin Seri.

Haflin mendakwa beliau layak menggunakan gelaran Datin Seri kerana Nazri dan ibu Nedim telah bercerai sejak 26 tahun lalu.

Di Instagram yang menggunakan nama Haflinsfashion, dia mendakwa telah berkahwin dengan Nazri pada Jun 2014.

“Tidak ada undang-undang di Malaysia yang menyatakan hanya seorang isteri dibenarkan mengguna gelaran Datin Seri,” tulis Haflin.

Sehubungan itu, dia mencabar Nedim Nazri yang juga anak tirinya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika fakta itu salah.

Haflin mendakwa, perkara itu terpaksa didedahkan atas permintaan Nazri untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan Nedim.

Nedim, kekasih kepada pelakon Nora Danish, baru-baru ini menimbulkan kontroversi kerana menuduh wanita yang menggunakan gelaran sesuka hati sebagai ‘wanita terdesak’.

Nedim juga mengkritik editor dari dua majalah tempatan yang didakwa tidak membuat penyelidikan kerana hanya isteri pertama layak menggunakan gelaran itu. -FMT

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berebut pangkat dunia bukti mak tiri dan anak masing masing perlu sikit didikan buku2 agama.

Kesian kejar harta dunia lupa kain kapan pulak.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah komen kerana tak beri manfaat apa-apa kepada orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Penanggan Bini Muda jangan buat main main Dia tinggalkan ayah kau nanti ayah kau sasau saipa nak jaga

Ayah kau tu masih waras Tanya lah ayah kau sendiri Buat apa nak marah Mak Muda Lain lah ayah kau kawin secara sembunyi sembunyi

Kalau boleh sound Mak Muda macam ini agama ada lah dianggap mengongkong kerana itu si ayah tak masuk campur



Tanpa Nama berkata...

Anon 8 11 AM

Menafaat bagi kita yang nak berbini muda hehe

Kalau artis yang kecuh macam ini memang tak ada menafaat tapi ini Menteri Yang pilih dia jadi pemimpin ahli umno dan pengundi Kalau macam ini cara didik anak dan jaga bini muda jangan lah pilih lagi boleh mendatangkan kerosakkan kepada masyarakat

Tanpa Nama berkata...

ibu tiri adalah seperti ibu sendiri, mesti hormat.

tk hormat ibu tiri sama mcm derhaka pada bapa.

maka bapa lah salah kerana tk didik anak. sekarang rasa bahananya.

kalau anak tu dididik agama elok, insyaallah dia tk perangai memeningkan bapa.

Tanpa Nama berkata...

Kita harus tolak "sampah masyarakat" jika mahu maju jaya dalam hidup. Agama harus dijadikan teras hidup.