Dandan rambut mahal, Tunku Azizah makan nasi bungkus
Selepas Datin Seri Rosmah Mansor merungut membayar RM1200 jika pendandan rambut datang ke rumahnya, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah hari ini dilihat menyindir rungutan isteri Perdana Menteri itu.
Tunku Azizah dengan nada sinis hari ini menulis hanya mampu membeli nasi bungkus selepas pendandan rambut mengenakan harga yang mahal.
Tunku Azizah makan nasi bungkus kerana upah dandan rambut mahal
Selepas Datin Seri Rosmah Mansor merungut harga yang mahal jika pendandan rambut datang ke rumahnya, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah hari ini dilihat menyindir rungutan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Tunku Azizah dengan nada sinis hari ini menulis hanya mampu membeli nasi bungkus selepas pendandan rambut mengenakan harga yang mahal.
“There goes my diet… Oleh kerana nak bayar hairdresser mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!,” tulis isteri kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah dalam laman sosial Instagram yang sudah disukai lebih 1,000 pengikutnya.
Kiriman yang memaparkan hidangan makanan tengah hari dalam bekas polisterin itu turut menerima lebih 90 komen yang rata-rata faham sindiran berkenaan.
Seorang pengguna Instagram Sapienshoduken yang mengulas gambar itu berkata: “Perghhh haha caption takde sipi sipi, makan dalam terus @tengkupuanpahang memang thorbaekkk!”
“Inilah bagaimana wanita sebenar berbicara. Halus lagi berkesan,” kata seorang lagi pengguna Instagram kemboja_putih mengulas gambar itu.
“Siapa makan cabai dia la terasa pedas. Kalau tak makan buat apa nak rasa pedas. Beginilah TPP (Tengku Puan Pahang,” kata wan_jaaa mengulas gambar yang sama.
Bagaimanapun, kira-kira satu jam selepas gambar itu dimuatnaik di Instagram, Tunku Azizah mengubah kapsyen gambar itu menjadi lebih ringkas kepada: "There goes my diet." (Habislah diet saya).
Rosmah pada bulan lalu melahirkan kebimbangan tiadanya kawalan bagi caj perkhidmatan di rumah menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga.
Katanya, ketika ini, caj perkhidmatan di rumah seperti khidmat tempahan baju, solekan dan pendandan rambut mengenakan harga yang sangat tinggi dan tidak masuk akal.
Kebimbangan itu diluahkan Rosmah dalam satu program cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila mendakwa terpaksa membayar RM1,200 setiap kali menggunakan khidmat pendandan rambut.
"Sekarang ini bila saya nak warnakan rambut dekat rumah, dia (peniaga) dah caj RM1,200, amboi mahalnya.
"Bila kita tanya dia (peniaga) cakap dekat kedai caj berlainan, yang ini mahal sebab 'home service' (perkhidmatan rumah) ini yang anda harus teliti," katanya. – -TMI
ULASAN GB
GB tertarik dengan pantun dua kerat Pak Samad Said dan sketsa dari kartunis Zunar seperti berikut:
10 ulasan:
Tanda2 hampir nak tergolek.tunggu masa jer kalo dah hampir semua meluat sampai tang wat baik pon org dah x ley nampak.nak wat cmaner..wat bengong lagi...
Syabas Tunku Azizah cara yang berkesan untuk peringatan
Pikir punya pikir biar lah dia dandan rambut
Dandan rambut baru RM 1,200 Kalau pakai tudung pagi lain petang lain malam lain Satu tudung berapa harga dia pakai apa lagi kalau ada lip lap lip lap Warna tudung kena ngam dengan tudung
Tak gitu?
Alhamdullilah, Tuanku Puan Pahang sentiasa bersama rakyat. Moga Allah memberi keberkatan kepada tuanku sekeluarga, Amin.
Mana tak mahal rambut tu di insurankan kot?
Nak salahkan pedandan rambut kena harga mahal pun tak patut Dia kena potong rambut tu dalam 10-20 helai Ukuran panjang pendek kena ukur
Patut pun suami tak berani istihar harta
Kau orang perasan tak nama 'Azizah'
kalau lepas april nanti, air tu pun tukar jadi air kosong!
Nasi sudah jadi bubur
Roosemah sudah enjoy sakan duit rakyat , yang tinggal beban tuk rakyat papa kedana tanggung.
Bodoh saja
Tengku puan pahang bercakap sapertimana perwatakannya. Bersederhana tp tetap ada class...
NAK MURAH BLH HAPUSKAN GST, SUSAH SGTKAH.
Catat Ulasan