Akta anti-keganasan baharu ‘jelmaan semula ISA’, kata Pakatan
Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015, yang dibentangkan di Parlimen hari ini umpama "jelmaan" Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dan jaminan yang diberikan terhadap pemimpin politik tidak bermakna, kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Putrajaya hari ini membentangkan dua rang undang-undang baharu, termasuk Pota dan Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015, serta lima pindaan terhadap akta sedia ada bagi mengekang kegiatan dan ancaman pengganas di dalam negara.
"Semasa ISA dahulu, sewaktu zaman Tun Abdul Razak, beliau beri jaminan ISA tidak digunakan kepada orang politik, tetapi adakah ianya memberi apa-apa makna?" soal Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad ketika ditemui The Malaysian Insider di Parlimen hari ini.
"Sejak dahulu, ketika ISA diluluskan, jaminan yang diberikan tidak akan berlaku salah guna kuasa terhadap orang politik diberikan oleh perdana menteri, bukan menteri biasa," katanya.
Pemimpin PAS itu berkata, meskipun terdapat peruntukan khas berhubung jaminan kepada orang politik, pendakwaan terpilih tetap akan berlaku.
"Jaminan untuk ahli politik tiada, sekarang sudah ada Akta Hasutan tapi hanya digunakan untuk pembangkang sahaja.
"Sebenarnya bukan undang-undang sekarang tidak cukup, tetapi salah guna dan digunakan secara terpilih," katanya.
"Jaminan seperti ini sudah banyak kali diberikan dahulu, ISA lagi lama, bukan sekali salah guna, puluh ratus kali salah guna."
Sementara itu, Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata, akta baharu itu tiada sebarang perbezaan daripada ISA dan bakal menjadi ancaman terhadap kebebasan hak asasi manusia.
"Selepas semakan, saya mendapati tiada beza antara ISA dan Pota, ini ancaman kebebasan hak asasi.
"Seperti 'like old wine in new bottle'," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Beliau turut berkata, pasukan guaman yang terdiri pemimpin PR akan menjalankan semakan terhadap akta berkenaan dan mengadakan sidang media setiap hari.
"Kami akan mengkaji rang undang-undang ini dan pasukan guaman kami akan memberikan sidang media setiap hari," katanya.
Antara kandungan Pota termasuklah sebuah Lembaga Pencegahan Keganasan terdiri daripada antara tiga dan enam ahli dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, boleh mengeluarkan perintah menahan suspek pengganas tidak melebihi tempoh dua tahun jika didapati perlu demi keselamatan negara. Tempoh penahanan juga boleh diperbaharui tidak melebihi dua tahun.
Sementara pindaan yang dibawa oleh Akta Pencegahan Jenayah 1959 turut menyatakan: "Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah Seksyen 4 semata-mmata kerana kepercayaan politik atau aktiviti politiknya."
Antara akta yang turut dicadangkan dipinda adalah Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015, dan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015.
Kesemua rang undang-undang berkenaan sudah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini, dan bakal dibahaskan pada sidang Parlimen minggu hadapan. -TMI
3 ulasan:
Peluang untuk PR bersatu menentang POTA setelah bergaduh pasal hudud yang juga bertukar ke kanun jenayah syariah
Kerana kepentingan kuasa UMNO bentang Undang Undang keganasan dengan mudah tapi untuk kepentingan Islam UMNO tak pernah bangkitkan hukum jenayah syariah dan menolak hudud
Orang macam ini yang pro Ulamak UG harapkan untuk sokong hudud
Adakah pro UG dan TGHH ambil kisah akan undang2 zalim ini .. mereka sibuk utk kahwin je..
lihat statement TGHH hari ni ..
Hadi: Masa depan Pakatan saya tak tahu
"Masa depan (Pakatan)? Saya tidak tahu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
so...?
such a stupid leader ever.. if your leader you should have idea/planning otherwise you are follower!!!! shame of you!!!
Semua dia tak tahu......yg dia tahu cuma jadi barua umno.dan juga hancurkan PR.
Nampak tak macamana licik nya UMNO sebelum POTA dengan cara mereka menangkap Mat Sabu dan Khalid
Mereka sengaja mencipta imej penganas ke atas pemimpin pembangkang
Catat Ulasan