3 Mac 2015

Ungkapan "BARUA" Itu Akan Kembali Kepada Penuturnya


Hanipa: Siapa agaknya 'barua' PAS itu?

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan siapakah golongan “barua” yang dimaksudkan oleh ahli jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dalam parti itu.

“Tanya (Nik) Abduh-lah, sebab dia yang cakap. Kalau dia kata ada barua dalam PAS, dia kena buktikan.

“Setahu saya tidak ada barua dalam PAS. Saya pun nak tahu (siapa). Kita sama-sama nak tahu,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Nik Abduh mendakwa terdapat "barua” di kalangan ahli PAS yang lebih taat setia kepada Pakatan Rakyat berbanding kepada parti itu sendiri.

Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas mendakwa, kelompok itu juga cuba memisahkan pemikiran Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hanipa hari ini menjelaskan, apa yang berlaku dalam PAS hanya perbezaan pendapat seperti lazimnya dalam mana-mana parti politik.

"Bila berlaku pemilihan ia semakin rancak.

“Muktamar ini macam perlawanan persahabatan, kadang-kadang ada yang main kasar kena juga kad merah. (Ini) normallah dalam parti,”katanya.

Hanipa ketika ditanya sama ada menjadi antara individu yang mahu menggulingkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjawab “tidak mahu melayan khabar angin”. -mk


Ada 'barua' dalam PAS, kata Nik Abduh

Terdapat golongan yang dilabelkan sebagai “barua” di kalangan ahli PAS, kata Ahli Jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Dakwanya lagi kelompok itu lebih wala' (taat setia) kepada Pakatan Rakyat berbanding kepada parti Islam itu sendiri, lapor Sinar Harian hari ini.

Beliau mendakwa kelompok itu juga cuba memisahkan pemikiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Lebih kurang 5 tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk 'Kerja-kerja bodoh dalam PAS' sewaktu arwah ayah saya berada di Mekah.

"Ia menjadi kecoh di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik.

"Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis ialah bagi memberi gambaran kepada kesemua ahli PAS terhadap kewujudan usaha memisahkan golongan ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan fitnah 'kerajaan perpaduan' terhadap presiden PAS," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.
-mk


ULASAN GB

Keceluparan Nik Abduh menjadi-jadi setelah ayahandanya pergi. Kali ini terus tercetus perkataan "BARUA" dari mulutnya... (teringat GB perkataan BARUA yang dikeluarkan oleh Presiden PAS sendiri semasa di muktamar tahun lalu)

Hukum kebenaran dan keadian akan berjalan. Tutur yang baik akan menerima hal yang baik sementara turtur yang buruk akan menerima hal yang buruk kepada si penuturnya.

Nabi berpesan "Kullu Kalam Addua" - setiap ucapan itu adalah DOA.

Apabila anda mengungkapkan perkataan BARUA, apatah lagi terhadap ahli jemaah sendiri dan yang dituduh itu bukan Barua di sisi Tuhan, maka sebenarnya perkataan itu akan kembali kepada diri anda sendiri. Sama dengan kes Najib dengan perkataan HARAMJADAHnya dulu yang ditujukan kepada peneroka FELDA... akhirnya apa jadi? Najib yang ditimpa HARAMJADAH berkali-kali. Saham FGV merudum, Najib dinobatkan PM Kangkong, MH370 hilang, MH17 ditembak dan banyak lagi...

Presiden PAS juga pernah menuturkan BARUA di dalam Muktamar yang lalu. Lalu apa jadi? BARUA menimpanya - beliau diheret ke kandang orang salah di dalam satu kes saman fitnah pil kuda dan walaupun beliau bebas dari tuduhan itu tetapi Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan "kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah". Dengan automatik jatuh maruahnya kerana telah diisytiharkan "seorang yang mengeluarkan perkataan yang berunsur fitnah". Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan... BARUA menimpa sipenuturnya.

Begitulah juga dengan penutur-penutur JEBON, MUNAFIK HARAKI, SYAITAN, BABI dan sebagainya.... usah bimbang ia akan kembali menimpa si penuturnya... kerana demikianlah hukum kebenaran dan keadilan (sunatullah) berjalan .. dan Allah berjanji sunnatullah itu tidak berubah ...

Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu. [QS. AL FATH 48:23]


p/s nak maki GB, makilah... kalau nak test samada makian itu berbalik tidak kepada diri sendiri...


22 ulasan:

Otak geliga berkata...

Saya sgt hormat dgn GreenBoc kerana selama berblog TIDAK PERNAH bertutur kesat samada kepada parti lawan mahupun kawan. Tidak sepertimana Anak Allahyarham Tuan Guru kita yg mudah menuturkan BARUA kepada jemaah kita. Tabik spring kepada GreenBoc!!!

Tanpa Nama berkata...

tergelak tengok gambar attakiri pegang sepanduk "RESIGN HADI RESIGN!!! dgn gambar muka hadi kena pangkah mcm yg depa buat kat dr hatta...

Tanpa Nama berkata...

anon 9:03 gambar yg ni ker?

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfp1/v/t1.0-9/10410715_1625540577659042_453130074388188484_n.jpg?oh=fcf0559af9cd05d074a1d0c75fd4429e&oe=559225E4&__gda__=1433878637_7a05d0d3d29351c6c6d16d464557cc61

Tanpa Nama berkata...

aku juga hormat Greenboc kerana berani menyiarkan komen pembaca,bukan apa kita hanya dapat melepaskan geram dihati.tidak seperti Blog lain yang tidak menyiarakan komen kita,ada ruang komen tapi tak siarkan,Syavas Greemboc.Biarkan Nik Abdoh membodohkan dirinya dan sanggup menjual anam arwah ayahnya.

Tanpa Nama berkata...

Geng ulamak ni makin teruk memecah belah pas.. rakyat menilai setiap perlakuan mereka.
Diorang ni makin menimbulkan persepsi dan mentaliti hal urusan duniawi dan agama(islam) perlu dipisahkan, sedangkan benda ni la yg cuba diubah sejak sekian lama oleh pejuang-pejung terdahulu.
Jelas dapat dilihat golongan mana yang lebih kehadapan dalam memperjuangkan dan membela nasib rakyat, golongan mana yang lebih konsisten,dinamik serta golongan mana yang lebih dipercayai untuk diberi tanggunjawab pentadbiran.
Banyak perkara yg dahulu dilakukan musuh dan dikecam hebat telah kembali menimpa pas, contoh terbaharu menghalau golongan yang tidak sependapat keluar..(seolah kenyataan musuh kepada rakyat satu ketika dulu).
Penyokong tegar pas pun ramai yang sudah tawar hati, inikan pula yang bukan..
Jangan selepas ini slogan ABU bertukar menjadi Asal Bukan Ulamak!!

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa PAS ni dah di resapi oleh agen umno! Lepas tu geng UG/GU yg bodoh politik ni bila dijanji emas dan permata, ilang pedoman..terus guna agama utk menghalalkan cara. Sudah la labu....Pas perlu revolusi! Kick out this stupid UG/GU n the presideng too...

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan sdr. Ungkapan akan kembali kepada penuturnya sebagaimana ungkapan KO UMNO, UMNO KO! kini PAs kena makan balik ,;'.,

Tanpa Nama berkata...

hebat huraian GB... blogger otai siapa berani sanggah...

Tanpa Nama berkata...

Geng UG lah yang wala dengan PR kerana berkali kali geng ini sendiri mengulangi tak akan keluar dari PR dan bila di halau geng UG balas minta DAP pulak yang patut keluar Kemudian kata orang lain sebagainbarua sebab wala pada PR

Sindrom melabel ini akan di ulang ulang sampai masuk dalam benak fikiran ahli yang cetek pemikirannya

Jangan lah hina ayah sendiri dengan sama kan pemikiran nya dengan Haji Hadi Kerana ayah nya sendiri pesan jangan tolong UMNO yang nak lemas dan jangan masuk lubang yang sama

Senang macam ini ketepikan PASMA ketepikan UG Ahli ahli yang putuskan nak lawan UMNO atau terus bersama PR Sekarang UG tak boleh buat apa apa sebab dalam muktamar ahli ahli dah putuskan bersama PR Maka itu sepatutnya dari sekarang UG dah menunjukkan kebaikan bersama UMNO tapi mereka sendiri tak yakin Maka di mainkan berulang kali wala dan barua


sb dehlawi berkata...

sudoh-sudohlah menumpang namo bapa mu , abduh, mu tok ada krisma langsung dlm politik

5sal berkata...

aku dah mula naik menyampah bila mana gambaq anak tgna ni.nama ja anak almarhum tgna,tapi akhlak tak melambang dia kepada bekaih ulama besaq yg seantario dunia.macam presiden GU ustat tali ban tu tau lak takut nak berdialog ngan dr zul.tu puak2 ustat(ulama) ni bila tau nak kalah dan2 keluaq hadith la nas alquran bagai lagi.la ni ulama dalam pas yg berjenama UG/GU langsung aku tak respek. nak lagi yang mensyaitan membabi, membarua, membroker dan mempil kudakan orang. boleh belah. tubuhlah parti baru jenama 'GU'

Tanpa Nama berkata...

Jangan jual nama TGNA untuk agenda peribadi kamu. Taraf kamu amat jauh dari Alllahyarham.

Tanpa Nama berkata...

Mana pintu keluar situ pintu masuk.
Sendiri mesti mau ingat!

Tanpa Nama berkata...

Kenapalah sukar sangat untuk menjaga lidah. Sesama sendiri bercakap tanpa kebijaksanaan dan berhemah. Sudah hilangkan sifat berfikir panjang di kalangan kamu. Perjuangan kita adalah untuk tumbangkan rejim yang zalim dan rasuah. Tetapi kamu terus bercakaran sesama sendiri. Saya sedih melihat ulama tidak bercakap sebagai ulama. Pemimpin senior bercakap dan bertindak seperti junior. Jika ini berterusan, selamat tinggallah perjuangan yang dibina sejak berpuluh tahun dulu. Teruslah bersengkita dan bilamana rakyat bosan melihat kamu semua, mereka akan menjauhkan kamu. Perahlah keringat kamu sebanyak manapun selepas itu, Kamu semua tidak akan ke mana akhirnya. Sejarah akan mengenang kamu sebagai manusia gagal yang tiada kebijaksanaan.

Tanpa Nama berkata...

orang bawa isu2 besar ke parlimen spt 1MalaysiaDiBahlolkan, dia bawa isu pengadilan bola sepak! tuler taraf mp yg orang kata suka pakai tie 24 jam.

bukan saya yang kata, ayahanda yang kata...

Tanpa Nama berkata...

Apa punya anak

Dia mennguna Admin ayah dia untuk admin FB macam pesanan tersebut datangnya dari alam ghaib

Sebagai anak dia sepatutnya tidak melibatkan lagi TGNA dengan hal hal dunia Biarkan lah TGNA tenang dengan urusan dia di sana

Maaf ingatan saya masih kuat terhadap TGNA sebab itu saya tidak sebut almarhum

Tanpa Nama berkata...

tgk gambar dia naik k/terbang first class. jika gambar tu bukan palsu, besar sungguh nafsu keduniaan abduh ni. bagai langit dan bumi berbanding ayah dia. malu tgk jokowi dan LGE yg bukan ustaz naik kelas ekonomi saja. abduh ni sama taraf dgn ulama umno

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni zaman it, setiap perkataan akan tersebar seluruh dunia.

Mereka ego dgn ilmu agama ,contohnya sorang ustaz terkenal, suka kata 'bodoh mu, dia ni'... penuntun pun gelak2..

Sepatutnya kita ucap syukur ada soalan2 yg ditujukan, kita dapat pahala menjawab, org yg bertanya pun dapat pahala sbb mewakili org2 lain yg tak de ilmu yg ditanyakan.

Gabungan semua manusia dgn ilmu masing2 sangat bagus, mcm yg GB telah ulas sebelum ni. Jgn le sombong dgn ilmu masing2.

Tanpa Nama berkata...

hanya menjadi waris lelaki keturunan TGNA, tetapi tidak mewarisi ilmu, kebijaksanaan dan kekuatan umara TGNA

Tanpa Nama berkata...

suara seorang UG, tidak seperti TGNA yang bijak dan istiqamah dalam politik, juga tidak mudah ditipu UMNO

Tanpa Nama berkata...

setakat nak sebut BARUA, tak perlu jadi ulamak, jadi ular air pun boleh sebut....

Tanpa Nama berkata...

Ustaz hadi telah memulakan penggunaan perkataan barua....maka seharusnya dia menanggung akibatnya