27 Mac 2015

Guan Eng Menang Saman RM550,000 Ke Atas Akhbar UMNO & Pemimpin Perkasa


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memenangi kes samannya terhadap Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kassim dan enam lain berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah yang disiarkan di laman web Perkasa pada 1 Okt 2011.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan saman dikemukakan Lim selaku plaintif terhadap kesemua defendan dan memerintahkan ganti rugi RM550,000 dibayar kepada anggota Parlimen Bagan, Pulau Pinang itu.

Nor Bee ketika membuat keputusan itu memerintahkan Ruslan, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Perkasa membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk berjumlah RM150,000 kepada Lim.

Hakim itu juga memerintahkan bekas Pengarang Kumpulan New Straits Time Press (NSTP) Datuk Syed Nadri Syed Harun dan The New Straits Time Press (M) Sdn Bhd membayar ganti rugi yang sama berjumlah RM200,000.


Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu (M) Berhad diperintah membayar ganti rugi sama berjumlah RM200,000 kepada Lim.

Mahkamah juga memerintahkan kesemua defendan membayar kos berjumlah RM60,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Nor Bee, dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati perkataan yang diadukan oleh defendan adalah memfitnah Lim dan mahkamah juga mendapati kesemua defendan gagal dalam pembelaan justifikasi mereka.

Hakim itu berkata kesemua defendan sepatutnya perlu membuktikan ulasan yang dibuat adalah betul dan saksama sebelum ia disiar atau diterbitkan dan bukannya terus menyiarkannya tanpa membuat sebarang pengesahan.

“Dalam kes ini, mahkamah juga mendapati Kumpulan Utusan dan NSTP gagal mempamerkan kewartawanan bertanggungjawab,” katanya, lapor Bernama.

Pada 11 Mei 2012, Lim memfailkan saman fitnah terhadap kesemua defendan selepas mendakwa Ruslan menerbitkan satu kenyataan dan disiarkan di laman web Perkasa pada 1 Okt 2011 yang meminta ahli perniagaan Datuk Mohamad Azman Yahaya memberi penjelasan berhubung pertemuannya (Lim) bersama Datuk Seri Kalimullah Hassan dan pemimpin kanan parti PAP Singapura pada 12 Ogos 2011.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, dalam pernyataan tuntutannya mendakwa kenyataan yang dikeluarkan itu membawa maksud bahawa beliau membahayakan keselamatan negara dengan mendedahkan rahsia negara kepada Singapura.


Oleh itu, Lim menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas, yang kesemuanya berjumlah RM15 juta serta faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, Ruslan ketika ditemui pemberita sejurus selesai prosiding menerima keputusan yang diputuskan oleh mahkamah dengan hati terbuka.

“Saya akur dengan keputusan mahkamah dan ini menunjukkan mahkamah adalah sebuah badan bebas serta tidak diperalatkan oleh kerajaan,” katanya dan menambah mungkin akan membuat rayuan berhubung keputusan itu.

Lim yang tidak hadir pada prosiding hari ini diwakili peguam Americk Sindhu, pihak defendan daripada Kumpulan Utusan dan NSTP diwakili peguam Lim Qi Si manakala peguam Saleh Ahmad mewakili kesemua defendan daripada Perkasa.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berita yg x kan keluar di tv3

Tanpa Nama berkata...

hadi pun didpti oleh mahkamah membuat kenyataan fitnah. nampaknya hadi sama taraflah dgn geng perkasa ni...

Tanpa Nama berkata...

Bagus mmemang patutpun sebab puak umno bn memang bangang belaka otak taik udang , apalagi bayar le lambat nanti kena faedah. Kah kah kah syukur .

Tanpa Nama berkata...

Ddlm pntadbiran LGE di p.pinang yg dituduh KAFIR & makan babi itu..

W.pon dia bukan ISLAM ttpi LGE berani mletakkan garis2-batas2-HAD2-@HUDUD trhdp dirinya & EXCO2nya agar mngISTIHARkan HARTA milik mrk..mrk semua disuloh-CAHAYA-audit-ygTERANG agar TIADA & TIADA niat-MEREMBAT hak AWAM/rkyat!

LGE tak sibuk2 pon sebut pasal HUDUD ttpi dia trlebih dulu tlh pon ISTIQOMAH mletakkan garis2-sepadan2-batas2-HAD2-@HUDUD keatas dirinya trlebih dahulu ddlm soal HARTA agar tiada ssiapa yg BERANI mlanggar aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD-undang2 yg beliau tlh ISTIHARkan itu agar diri nya & exco2nya sentisa disuloh CAHAYA agar tidak mudah-KELEPET duit rkyat!

Nota:
Definasi HUDUD yg sgt MUDAH itu

Aturan-batas-HAD = singular
Aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD = plural



TETAPI..
Kpd silebai fakeh mrk mudah2 boleh dpt ESOS ratus2 ribu serta ddlm gelap merembat-BALAK sampai gondol dan abis "BANJIR-balak" negeri KERANA mrk mlanggar aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD garis panduan krajaan negeri tanpa sbarang ktegasan & juga SENYAP tanpa sbarang tindakan!

SEOLAH-OLAH sifakeh2 itu..
Mrk seolah2 melolong mnjerit2 serta MERAUNG2 hendak2 sgt kpd HUDUD...ttpi mrk dgn terang2-MELANGGAR aturan2-garis2-sempadan2-batas2-HAD2-@HUDUD dinegeri mrk ATAU pd diri mrk sendiri!



TERANG & MUDAH

Alangkah MUDAH-TERANG nya CAHAYA mnyuloh erti/MAKNA/definasi HUDUD itu yg sifakeh2 itu cuba putar & GELAPkan dgn akal KEMETOT serta KEBODOHAN mrk sendiri..

Tuan2 & puan2 pikior2 ler sndiri..

aturan2-batas2-HAD2-@HUDUD..adakah erti/MAKNA/definasi yg lain slain drp itu kpd HUDUD yg heboh itu??

PIKIOR2lah dgn MUDAH..

1) Mrk langgar batas2-HAD2-@HUDUD ddlm JANJI dan prjanjian! BUKAN kah itu bermakna bhw mrk tlh mlanggar hududu'LLAH?

2) Mrk langgar batas2-HAD2-@HUDUD dgn brbuat-FITNAH!! BUKAN kah ini juga terang2 mnunjukkan bhw mrk tlh dgn JAHAT mlanggar hududu'LLAH??

"FITNAH itu lebih besar dosanya drp mmBUNUH"---dan FITNAH mrk kesluruh donia tuu!

I rest my case my'GOD..peace

air gunung berkata...

Kih kih kih.roslan kassim.saper kao kerajaan nak bela..utusan tak per laa pasal agensi kerajaan terpaksa langgan termasuk badan koperat dll.so kacang jer dia bayor.mcm br1mmmmmmmm...x yah lah bodek kata mahkamah bebas laa sgt...dulu masa kao membangkang bkn main lg bertempik sampai guruh pon jd tak kuat bunyinya dok kata mahkamah kanggaroo laaa..jadi alat mahadeath laaa..nasib laaa pasal kao seniri yg pilih jln memacai kan diri..jika ditakdirkan anwar tu berkuasa rasanya kao laaa yg awal2 melutut mohon sembah ampun perkenan durhaka apa balaa kat nuar..sy terpaksa laaa.kena ugut laa.lagi pon kao pon tau dan kenal anwar tu masalah dia tu mudah kesian serta mudah kena temberang dgn pengikutnya...terutama jenis pengikut spesis kao laa.hihihi

Tanpa Nama berkata...

kenapa pula kaitkan hj hadi dgn perkasa? awak jangan celupar dan kurang ajar, cerminlah muka sendiri baru nampak huduhnya muka (akhlak) kamu, kalau pakai cermin mata kamu nampak buruk org lain saja. perangai memfitnah, sakitkan hati org lain, adu dumba adalah perangai syaitan, adakah kamu nk jadi kawan syaitan? yg dijanji Allah kekal dlm neraka.

Tanpa Nama berkata...

Ruslan kata mahkamah bebas sebab kena RM 150 000 sahaja

Patut dengan fitnah berluas luasa bayaran ganti rugi di kenakan lebih tinggi Bertahun mangsa kena tunggu untuk bersihkan nama Lebih malang apa yang orang anggap pada masa lalu pun orang dah lupa Tapi kesan buruk pada masa itu di tanggung oleh mangsa fitnah

Mereka akan buat fitnah yang memburukkan kreadibilti lalu mencabar orang yang di fitnah membawa perkara tersebut ke mahkamah Kes saman Anwar membeli MP sampai sekarang


Tanpa Nama berkata...

tak betulkah hj hadi telah diisytiharkan oleh mahkamah membuat ucapan yang berbaur fitnah?
akhlak kamu yg buruk membela Hj Hadi yang suka memfitnah orang. Kamu yang berkawan dgn syaitan dan kamu yg kekal di dalam neraka...

Tanpa Nama berkata...

Untuk LGE saman mereka yang tiada etika 2 biar sampai bangrap...cakap main sedap aje.