19 Jan 2015

[VIDEO] Selepas P.Pinang, Selangor Pula Pertimbang Tawar Pekerjaan Untuk Mejar Zaidi


Azmin: Selangor Sedia tawar pekerjaan Mejar Zaidi

SHAH ALAM, 16 JAN: Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan untuk menawarkan pekerjaan kepada Mejar Zaidi Ahmad yang dibuang kerja.

Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata demikian bagi mengulas tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang menawarkan pekerjaan kepada Zaidi.

"Kita boleh mempertimbangkan untuk menawarkan pekerjaan kepada beliau," katanya dalam sidang media di SUK, hari ini.

Sementara itu bagi mengulas tindakan Mejar Zaidi yang berhajat untuk menyertai Pakatan Rakyat, Mohamed Azmin berkata beliau mengalu-alukan penyertaan Zaidi.

Katanya, adalah hak individu dalam sistem demokrasi untuk menyertai mana-mana parti.

"Saya percaya beliau mempunyai peranan untuk menyuburkan sistem demokrasi di negara ini," katanya yang juga Timbalan Presiden PKR.

Mejar Zaidi sebelum ini diberhentikan kerja ekoran mempersoalkan keberkesanan sistem dakwat kekal pada Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu.

Beliau didapati bersalah melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera dengan memberi kenyataan media tanpa kebenaran. -selangorku


Mejar Zaidi ditawarkan pekerjaan di Pulau Pinang

Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera baru-baru ini mungkin akan diambil bekerja di Pulau Pinang.

Memetik laporan sebuah portal berita hari ini, Timbalan Ketua Menteri I, Mohd Rashid Hasnon dikatakan, sedang mencari peluang pekerjaan bagi membantu bekas pegawai tentera itu.

Menurut Mohd Rashid, buat masa kini, pihaknya masih meninjau kekosongan pekerjaan di kawasan Bertam atau Tikam Batu.

"Dia adalah kawan rapat saya dan ini masanya untuk saya bantu rakan yang memerlukan.

"Kami akan mempertimbangkan untuk menawarkan dia kerja dalam NGO mungkin," katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Mejar Zaidi dibuang kerja 12 Januari lalu selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.

Zaidi mencetuskan kontroversi semasa pilihan raya umum lepas Mei 2013 apabila beliau memberitahu media bahawa dakwat kekal yang digunakan boleh dikeluarkan dengan mudah.

"Akan ada peluang untuk Zaidi di mana beliau secara aktif boleh menyumbang kepada rakyat," kata Rashid, sambil menambah bahawa pada masa ini tiada kekosongan jawatan di pejabatnya.
-SH



Zaidi Pilih Pakatan Rakyat Jika Ceburi Bidang Politik

Bekas Pegawai Tentera Udara Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad mengakui akan memilih Pakatan Rakyat sekiranya menceburi bidang politik selepas ini.

"Sudah tentu saya akan memilih Pakatan Rakyat tetapi parti mana....biarlah menjadi rahsia," jelasnya kepada The Star melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Sabtu.

Menjawab kepada laporan mengenai kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang bersedia menawarkan pekerjaan kepadanya, Zaidi berkata dia perlu mengkaji dahulu tawaran tersebut.

"Saya akan berjumpa dengan wakil-wakil negeri Selangor dan Pulau Pinang dan berhati-hati menilai tawaran itu.

"Jika tawaran sesuai, saya akan menerimanya," kata Zaidi.

Bagaimana pun, katanya buat masa sekarang dia mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan.

"Buat masa sekarang saya mahu beri fokus kepada perniagaan jualan langsung dan mahu menyambung menulis buku.

"Buku saya seterusnya akan berkisarkan mengenai isu pertahanan dan perbicaraan saya ," jelasnya yang baharu menerbitkan travelog mengenai ibadah Haji.

Pada Isnin lalu, Zaidi dijatuhkan hukuman dengan ditamatkan perkhidmatan secara serta-merta selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera.

Dia dikaitan dengan kesalahan melanggar arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Angkatan Tentera Udara.

Zaidi didakwa membuat kenyataan media mengenai dakwat kekal itu tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan di Balai Polis Kepala batas pada 1 Mei 2013.

Dan turut didakwa menyiarkan maklumat rasmi surat pemindahan tanpa kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 3 Mei 2013.
-mstar




ULASAN GB

Demikianlah rahmat dan rezeki yang dilmpahkan olehNya kepaDa orang yang tetap berdiri di atas KEBENARAN.

Rezeki itu di tangan Allah s.w.t. bukan di tangan manusia, jauh sekali di tangan UMNO/BN.

Mereka yang ada kuasa kini boleh menggunakan kuasa mereka membuang kerja Mmejar Zaidi, tetapi mereka itu sendiri tidak tahu bahawa Allah berhak pada satu hari nanti mencabut dan menarik rezeki daripada mereka yang zalim dan kejam itu.

Kita doakan agar Allah mempermudahkan kehidupan Mejar Zaidi dan keluarganya...

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AmiƱ

Tanpa Nama berkata...

ya rabbal aalamiin...

BaDiN berkata...

terhukumnya mejar zaidi,bermakna dgn sohihnya ATM diremote control oleh pemerintah demi kuasa yg dipegang oleh spesis dacing.kesalahan SPR yg memperbodohkan rakyat tidak dihiraukan oleh Panel hakim.patutnya SPR dipanggil sebagai saksi pendakwa utk mengesahkan atau menafikan apa yg mejar zaidi lapurkan.adakah tok Hakim dlm ATM bersetuju dgn apa yg dilakukan oleh SPR ATAU mahu menjaga perut sebagaimana yg diungkapkan oleh yg tertuduh.

Tanpa Nama berkata...

Knp pas sntiasa terkebelakang ek...x dgr apa2 ulasan pn dari pas...apa lagi dari golongan ulama yg ada dlm pas...bila bg komen mcm nie nnti msti ada org kata anti ulama..tlg fhm baik2..rasanya ulama mstila terkedepan dlm membela hak2 rkyt..malangnya x bgitu..amat mengecewakn..

Tanpa Nama berkata...

Calon dun pantai merdeka pru 14

Tanpa Nama berkata...

Tak payah la pilih PAS sebagai wadah politik walaupun aku orang PAS... nanti tak pasal2 kena JEBON dengan UG @ GU

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PAS kalau bg komen nanti.. akan membakar semangat ahli2 PAS... kami dah terbiasa di panggil utk berhimpun menyatakan kebenaran.. ALLAHhuakbar..

Tanpa Nama berkata...

Org pas yg selalu solat berjemaah dan hadir kuliah tak berpandangan mcm saudara.. mungkin... mungkin saudara byk solat di rumah.. dari mengimarahkan rumah ALLAH

air gunung berkata...

Bagi aku lg bagus dia msok.PAS.bg ramai profesional dlm pas.lgpon dia brperinsip dan tegas serta berani.tokoh sebegini amat diperlukan utk membersih kotoran karat daki UG. Lgponaku nak tgok apa PAS nak ambilmanafaat dr dia ni.sebab teringt lg masa sblm pru zaman pak lah ZZZhadhori,bersusun2 dr tok jenderal tertinggi sampai laameja kerusi anggota keselamatan msok PAS.paling lawak penuh muka dpn harakah gmbar brita dan temuramah.yg aku peliknya pepuak PAS ni x reti nak manafaatkan pengalaman mereka.dok uuuusunggg la kehulu hilir suruh bertempik ceramah maki hamun

Mcm dH x ada benda lain.ceramah ceramah ceramah.lain kaliberilah perananan yv sesuai dgn mereka dan kebolehan.sama la mcm ustaz2 dan so call ulamak.ambil peranan ikut kemahiran dan kemampuan.ni nak jgak pegangjawatan n kerja politik.padahal x reti satu hapah seni politik dan gerak kerja organisasi dlm memugar sokongan srta kemajuan dlm lapanagan kehidupan.

Tanpa Nama berkata...

Mej hj zaidi memang orang kuat pas dun pantai merdeka .yang paling layak sekali duntersebut

Tanpa Nama berkata...

Anon 7.21
Aku setuju.
Tapi jangan dok jadi rebutan pulak antara pakatan.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg PAS boleh bagi ?

Dia akan masuk DAP jika Pulau Pinang yang tawarkan jawatan atau PKR kalau Selangor yang ambil dia Lain lah kalau UG tak buat taik DAP dan PKR tak kisah dan akan tetap bagi kerja pada Zaidi

Perkara ini yg Zaidi kena pertimbangkan walaupun dia berjuang untuk kebenaran dan keadilan

Tanpa Nama berkata...

PAS sekarang ni dikuasai ug & gu, kalau join PAS alamat gelap la masa depan nak jadi calon pantai merdeka tu KECUALI isytihar wala' pada geng ug