4 Jan 2015

[VIDEO & GAMBAR] Motorsikal Terbabas, Sukarelawan Banjir Maut Di Kemaman..


Anak Muda Kembali Ke Rahmatullah Dalam perjalan Membantu Mangsa Banjir

Diberitakan dari Wall seorang sabahabat Facebook Zulhafiz Ismail bahawa mereka bertemu dengan sebuah kemalangan motosikal dimana anak-anak muda ini sedang dalam perjalanan untuk membantu mangsa banjir di pantai timur.

Zulhafiz Ismail menceritakan ;

Dalam perjalanan misi bantuan ke Kelantan, sekitar jam 9pagi tadi selepas memasuki plaza tol Cheneh, Kemaman, menemui sebuah motor baru terbabas. Kelihatan seorang terduduk menahan sakit dan menemui seorang lagi terlentang diluar penghadang lebuhraya. Kedua-dua mereka dibantu dan diajarkan mengucap.

Segera menghubungi ambulan dan tiba 20 minit kemudian. Setelah diperiksa, seorang dari mereka telah kembali ke rahmatullah.

Apa yang mengharukan, arwah Amirul Syazri Azlan Shah dan Fajrul Iman berumur 19 tahun datang dari Gombak untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dengan membonceng motosikal. Iman pula anak yatim piatu dan sempat mengirimkan salam buat Tuan Guru Nik Aziz.

Kelihatan ditepi jalan penyapu dan baju turut dibawa. Pada topi juga ada stiker "jihad jalan kami, shahid cita-cita kami".



Betapa murninya niat dan bersungguhnya mereka. Moga ganjaran shahid buat arwah dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Moga-moga juga adik iman kembali sembuh.


Al Fatihah






4 ulasan:

Amuraria berkata...

innalillah ...,moga Allah SWT tempatkan ruhnya bersama-sama para syuhada insyaAllah, ABU !

roh berkata...

Ya ALLAH .. jauhilah pemuda ini dari azab kubur dan azab neraka. Luaskan kuburnya indahkan kuburnya seperti taman2 syurga

1Malay.. berkata...

Alfatihah untuk beliau,moga d tmpatkn brsama para suhada dan solehin..Amin.

Tanpa Nama berkata...

sudah tentu anak muda ini telah terbukti melakukan bakti dan susah payah seperti mana sultan yang sanggup mengenepikan darjat nya semata mata untuk membantu rakyat yang ditimpa musibah

Semuga arwah ditempat yang mulia di sisi yang Maha Pengasih