10 Jan 2015

[VIDEO & GAMBAR] Indonesia Bom Kapal Nelayan Malaysia


Pihak berkuasa Polda Sumut dilaporkan telah meletupkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia, baru-baru ini.

Kapal tersebut yang bernombor pendaftaran PKFA 7738 ditangkap selepas menceroboh dan menangkap ikan di Pandan Islet.

Memetik laporan Jakarta Post, Ketua Polis Sumatera Utara, Irjen Eko Hadi Sutedjo, kapal tersebut diletupkan menggunakan dinamit setelah mahkamah membenarkan tindakan tersebut.

Disember lepas, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno mengesahkan cadangan pengeboman kapal asing yang menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.

“Anak kapal akan diselamatkan terlebih dahulu, kemudian apabila kapal sudah kosong baru dibom untuk menenggelamkannya.

“Ia sebagai pengajaran kepada semua penangkap ikan agar tidak mengulangi perbuatan salah itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya lagi, sebarang tindakan hanya akan diambil kerajaan Indonesia setelah keputusan mahkamah diperoleh.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Amdan Kurish menafikan ada perbincangan dengan Indonesia mengenai cadangan tersebut.

"Kita tak pernah berbincang mengenainya. Mungkin itu dasar baru Indonesia dan kita akan rujuk balik dengan Bakorkamla,” ulasnya.

MoU yang ditandatangani bersama Maritim dan Badan Koordinasi Keamanan Laut Indonesia (Bakorkamla) pada 2012 hanyalah berkaitan tindakan menghantar pulang atau menangkap nelayan yang menceroboh perairan negara jiran.









9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju tindakan kerajaan Indonesia meletupkan kapal nelayan milik Malaysia kerana menceroboh dan menangkap ikan diperairan Idonesia. Lepas ni kita letupkan pula bot milik rakyat Indonesia yang membawa pendatang haram diperairan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Baguslah tindakan itu. Yang pasti dapat kurang rasuah dan telus saja.

Malaysia patut ikut sama elak nelayan Vietnam Thailand ber leluasa di laut kita.

Cukup lah makan2 rasuah bukan boleh kaya lepas mati pun.

Tanpa Nama berkata...

Tunggu apa lagi PERKASA ... Rumpun Melayu di Indon telah meletupkan kapal Malaysia. Teloq kat mana?

Tanpa Nama berkata...

apa reaksi indon kalau diletupkan kedai-kedai haram indon yang banyak di malaysia...mencuri hak warga tdmpatan

Tanpa Nama berkata...

Apa yang jadi masalah? Kerajaan Malaysia pun boleh buat macam itu juga jika dapat tangkap kapal nelayan Indon yang menceroboh perairan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Lepas ini nelayan Msia tak akan berani lagi lah

Tapi kita pernah nak jalankan hukuman sebat pendatang tanpa izin sebab dah tak sanggup nak bagi dia orang makan free semasa dalam tahanan Rotan pun kita tak berani buat inikan pulak nak letupkan bot nelayan Jet negara asing masuk ruang udara pun kita ambil mudah

Nelayan Thailand Vietnam masuk perairan kita Nelayan kita masuk perairan Indonesia Dah lah ikan kita orang ambik bot pulak kena letup Pada siapa nak mengadu

Faqirulkhoir berkata...

Mesia terus terusan di rundung malang dan penghinaan. Terlalu banyak untuk dibutirkan satu persatu, namun rata2 mendapat kemasyhuran antarabangsa, dari pembunuhan pragawati Mongolia, kejijikkan pertuduhan selingkuhan lelaki dgn lelaki, dan mutakhir timbul kemungkinan syarikat negara tidak mampu membayar hutang dan (seperti dilaporkan) kapal nelayan Mesia diletupkan olih pemerintah Indonesia, satu gagasan bangsa yg pada persepsi umum hanya sesuai untuk menjadi pencuci pejabat, buruh binaan dan rata2 memiliki rendah hatibudi dan kasar tuturkata. Namun, begitulah jadinya pada jatidiri dan integriti rakyat sebelah sini yg saban masa turut diruntun gejala2 antisosial seperti politik menabur janji kosong, pembulian, keruntuhan rumah tangga, jinayah2 ganas, kemasukkan dan pembanjiran pendatang asing, pelacuran, korupsi, kronisme dan nespotisme. Rakyat kebanyakkan semacam mandul, kecewa bersangatan melihat kelesuan menjaga hubungan baik dengan tuhan maupun sesama makhluk.

Tanpa Nama berkata...

Jangan balas2 tak baik. Bila nelayan indonesia ceroboh perairan kita jangan letupkan bot mereka, tapi kita ambil dan beri percuma pada nelayan yg bot telah diletupkan itu. sekian wasssalam..

Tanpa Nama berkata...

Anon Jan 11 9 22 AM satu cadangan yang baik Tapi Kerajaan kita ni terlalu baik dan terkenal diplomasi nya di seluruh dunia Baik nya Kerajaan Malaysia sampai Raja Judi Haram pun dapat pembelaan Memteri Kerajaan Malaysia berjaya berunding untuk ke tempat nahas MH 17 Dengan satu panggilan talipon pelajar kita di Mesir telah di bebaskan dan juga berjaya membebaskan rakyat cina yang di culik di perairan Sabah Kerajaan kita boleh berunding sambil bermain golf

Dasar Kerajaan yang terlalu baik ini sehingga pulau pun boleh bagi pada orang Mustahil Kerajaan sanggup merampas bot nelayan Indonesia Jangan bermimpi lah

Sebalik nya Kerajaan tak bijak berunding bila rampas tanah rakyat dan bila tambang bas sekolah naik

Kita perlu tahu yang pihak berkuasa laut kena ikut SOP jika ternampak nelayan Indonesia menceroboh iaitu dengan memberi amaran Tuan telah menceroboh laut Malaysia Sila U Turn Sila buat U turn Tolong lah U Turn Maaf kan kami tuan kena buat U Turn

SOP ini nama nya ia lah U Turn !