5 Jan 2015

Najib Ke Thailand, Bincang Banjir Atau Iring Rosmah Pulang?


Selepas Bangkok, jet rasmi kerajaan akhirnya tiba di Kuala Lumpur

Jet rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA yang dipersoalkan penggunaannya selepas dijejak berada di beberapa negara, walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di Malaysia, akhirnya selamat mendarat di Lapangan Terbang Subang malam tadi.

Menurut laman sesawang Flight Radar 24, jet itu tiba pada jam 11.15 malam tadi selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangkok pada jam 10.20 malam.

Najib dijangka akan merasmikan konvoi sukarelawan banjir Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 8 pagi ini.

Jet 9M-NAA yang dikendalikan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini pernah dijejak mendarat di Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai dan Bangkok walaupun Najib sudah berada di Malaysia untuk memendekkan percutiannya.

Situasi banjir yang buruk di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang memaksa Najib memendekkan percutiannya selepas gambar presiden Umno itu bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii dikeluarkan akhbar Washington Post dan mendapat kecaman pengguna media sosial.

Najib pada petang 27 Disember tiba di Kota Baru untuk melawat mangsa banjir selepas dijemput pesawat TUDM lain dari Hong Kong.

Pada 2 Januari, Bernama melaporkan Najib terbang ke Bangkok pada hari sama laman sesawang Flight Radar 24 menjejak 9M-NAA mendarat di ibu kota Thailand itu.

Menurut Bernama yang memetik laman Facebook Najib, pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha untuk mengucapkan terima kasih kerana bantuan negara tersebut apabila Malaysia di landa banjir.

Sebelum ini, selepas pulang ke Malaysia dan memendekkan percutiannya, Najib dilaporkan sebagai berkata keluarganya bersedih dengan tindakan tersebut.

“Walaupun keluarga saya bersedih kerana terpaksa ditinggalkan, saya memberitahu apa yang mereka alami tidak boleh dibandingkan dengan perasaan mangsa banjir,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

PKR sebelum ini mempersoalkan siapa yang menggunakan pesawat rasmi kerajaan itu berada selepas kepulangan Najib dengan menggunakan pesawat TUDM.

Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung mempersoalkan mengapa pesawat 9M-NAA mendarat di Indianapolis dan siapa penumpang pesawat itu.

“Saya mahu tahu mengapa pesawat rasmi tidak membawa Najib pulang tetapi pesawat TUDM yang digunakan, hanya menambahkan kos?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu itu.

Pengguna media sosial juga bertanya ke mana perginya isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor di saat pantai timur dilanda banjir besar.

Najib dalam menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Obama di Hawaii baru-baru ini menafikan beliau mengabaikan bencana banjir seperti dituduh sesetengah pihak.

Katanya, aktiviti itu dirancang lebih awal atas dasar menjalinkan hubungan diplomasi dengan pemimpin dunia bagi mendatangkan manfaat kepada Malaysia.

Beliau berkata, jemputan itu disampaikan sewaktu Obama melawat Malaysia April lepas, dan amat sukar menolaknya kerana ia dirangka lebih awal berdasarkan jadual kedua-dua pemimpin.

"Main golf ini bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa... sebab zaman Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua Malaysia), Tun Dr Ismail Abdul Rahman (timbalan perdana menteri kedua) bermain golf dengan pemimpin dunia merupakan perkara yang boleh dikatakan sebagai 'golf diplomacy',” katanya. -TMI

Najib Di Thailand, Kenapa Pergi Senyap-Senyap?

Melalui laman sosial Facebook dan Twitter milknya, Najib Razak menulis pagi tadi bahawa beliau kini berada di Thailand setelah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri negara itu, Jenderal Prayuth Chan-ocha semalam.

Perbincangan itu dikatakan berkaitan banjir serta menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya itu atas sumbangan yang dihulurkan bagi membantu mangsa banjir di Malaysia.

Katanya lagi, mereka juga bertukar pandangan tentang langkah pemulihan dan pengalaman Thailand dalam menghadapi bencana banjir.

Kali terakhir Najib dilihat berada di dalam negara ialah pada malam tahun baru di mana beliau berada di sebuah masjid di Pengkalan Kubur, Kelantan. Selepas itu, berita mengenainya senyap begitu saja dan tiada sesiapa tahu ke mana beliau menghilang.

Beradanya Najib di Thailand dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand hanya diketahui kerana hebahan yang dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri melalui laman sosial miliknya. Jika tidak, mungkin ramai yang menyangka beliau berehat saja di Seri Perdana setelah menghabiskan banyak masa meninjau mangsa banjir di seluruh negara hampir seminggu sebelum ini.

Kenapa Najib pergi ke Thailand secara senyap-senyap? Adakah ia lawatan rasmi, kunjungan peribadi atau menyambung percutian di Hawaii yang tergendala sebelum ini?

Kalau lawatan rasmi, siapa anggota rombongannya dan kenapa tiada wartawan ikut serta dan tiada juga laporan berita mengenai pemergiannya itu sedangkan yang ditemuinya adalah Perdana Menteri Thailand?

Mengapa juga tiada gambar Najib bersama Perdana Menteri Thailand sedangkan sebelum ini beliau amat gemar memuat-naik gambarnya bersama pelbagai personaliti di media sosial miliknya?

Jika bercuti pula, kenapa dilakukan secara sembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapa? Jika dimaklumkan, sama ada kerana lawatan rasmi atau bercuti, tentu ramai yang ingin menghantar dan mencium tangannya di lapangan terbang.

Sebelum ini, pemergian Najib bercuti ke Hawaii juga dilakukan secara rahsia dan ia hanya diketahui ramai apabila gambarnya bermain golf bersama Presiden Amerika, Barack Obama didedahkan oleh media antarabangsa.

Pemergian Najib ke Thailand dan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya tiadalah apa-apa yang istimewanya jika tidak diketahui pesawat khas yang membawanya ke Hawaii sebelum ini, turut sedang singgah di Bangkok ketika ini.

Melalui laporan laman penjejak pesawat, FlightRadar 24, pesawat khas kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu yang ditinggalkan ketika Najib kembali sendirian untuk meninjau keadaan banjir dalam negara, dilaporkan terbang daripada Hawaii - Indianapolis - Los Angelas - New York - London - Dubai dan destinasi terakhirnya dikesan semalam ialah di Bangkok, Thailand.

Sejak itu, timbul percakapan bahawa jet itu sedang digunakan oleh isterinya, Rosmah Mansor yang tidak kembali bersama-sama dengan Najib untuk meninjau suasana banjir sebelum ini.

Apabila FlightRadar24 mengesan jet itu singgah di Bangkok, ramai yang tertanya-tanya siapakah yang sedang menggunakannya dan apa yang dilakukannya di ibu negara Thailand itu?

Tetapi apabila pagi tadi Perdana Menteri sendiri memaklum beliau berada di Thailand selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, teka-teki orangramai mengenai kehilangan Najib sejak dua hari lalu, misteri jet singgah di Bangkok dan segala hal berkaitan dengannya bagaikan sudah mula terjawab.

Cuma timbul persoalan, apakah perancangan Najib pergi ke Thailand sudah lama dilakukan atau semata-mata untuk "menjemput" pesawat khasnya di Bangkok dan kemudian kembali ke dalam negara menaiki jet mewah itu bersama-sama isteri dan ahli keluarganya yang lain?

Mungkinkah pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand juga baru saja dirancang, seiring dengan kebetulan beliau mahu pergi ke negara itu?

Dengan Najib sendiri mengesahkan beliau berada di Thailand dan jet 9M-NAA juga "kebetulan" berada di negara itu, janganlah terperanjat jika kembalinya ke dalam negara dalam waktu yang singkat ini, orang pertama yang melangkah keluar daripada jet itu nanti ialah Najib sendiri.

Mungkin juga media akan dijemput secara besar-besaran untuk merakam gambarnya keluar daripada jet bagi membuktikan selama ketiadaannya, tiada sesiapa selainnya menggunakan jet itu.
-shahbudindotcom




Najib errs in his silence on Rosmah

The funny thing about rumours is that you can never really choose to ignore them. But then, if you say too much, people will assume that you are acting in self preservation because there is truth to the talk. Say too little, and you add to the intrigue. Say nothing at all, and a piece of gossip takes a life of its own, ever growing in intricacy and complexity till little of the original remains.

Considering the options on the table, you’d think that addressing the situation makes the most sense for the parties involved, in this case, Prime Minister Najib Razak and the elusive Perdana 1, which currently awaits the Prime Minister in Thailand after a week-long jaunt in the United States, stopping in Los Angeles, Indianapolis, Los Angeles again and then New York en route to London, Dubai and back to South East Asia.

The fact that the aircraft remained in the US while the Prime Minister rushed home to deal with the flood crisis has intrigued many commenters and critics across the social sphere, with many coming to the conclusion that it must be the First Lady of Malaysia (FLOM), Rosmah Mansor, who is aboard the flight, probably indulging her allegedly infamous penchant for extravagant shopping and travel.

The Prime Minister’s Office has tried to pass it off as a maintenance issue, but as a piece carried by FMT on Saturday suggests, there was only one possible reason for Perdana 1 to be in Indianapolis, and for a week at that, raising even more concerns over the use of the jet, and more important, the doings of its possible passenger.

Najib should have just come out and addressed the rumours before they became such a source of national concern. Had he said, yes, it is Rosmah on board, he would have caught flak for it, but no more than he already has, as many Malaysians have already made up their minds about FLOM’s temperament and passions. Instead, his elegant silence has dealt a far worse blow to his and his wife’s reputations, at a time when he actually has made a public relations score with his efforts to address the floods. Had he clearly told Malaysians that the jet had issues, and the reason why it was in Indianapolis for so long, his honesty would have at least been appreciated by Malaysians whose tax dollars pay RM27,501.75 per hour for use of the jet.

Compare this to the way AirAsia Group CEO Tony Fernandes has been dealing with the biggest crisis facing his airline yet. The ill-fated QZ8501 would have devastated AirAsia had Fernandes dealt with the situation the way that our Prime Minister has with Perdana 1. Had he been as opaque over the issue, critics would have lambasted him for having no sympathy for his employees and the passengers onboard the flight, but what Fernandes has done is give the world a master class in crisis management.

He has gone to the ground, given comfort to the staff of AirAsia, personally accompanied the body of a stewardess back to her home, communicated constantly with the public and media, and his efforts have been rewarded with a positive afterglow on the airline despite the disaster. His constant updates have left little room for rumour, little space for unbridled speculation.

It is this openness that has given Fernandes some leeway as the airline recovers from the disaster, and our Prime Minister would serve himself well to learn from what the AirAsia Group CEO has done over the past week. Due to Najib’s refusal to address the status of Perdana 1, he has given way for gossip to hit him and his wife much harder than anything he could have possibly confessed to, even a shopping spree that spanned the breadth of America, from Los Angeles on the West Coast to New York on the East Coast.

Obviously, the magnitude of the loss of QZ8501 cannot be compared to the extravagance Perdana 1 has been associated with, but the two leaders dealing with crisis and controversy have chosen to deal with their situations in mirror-opposite ways. Najib must learn from his mistakes and stop the cycle of PR disasters marking his tenure as Prime Minister of Malaysia.
-FMT




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DAYUS

Tanpa Nama berkata...

Dia lapor hal banjir kat suami Naj...

Tanpa Nama berkata...

SOKONG 100%

Tanpa Nama berkata...

Gst belum jalan lagi..duit dh belanja awal2 ...hancuss....

Tanpa Nama berkata...

Siapa peduli? Nak guna harta rakyat macam harta emak bapa dia. Siapa peduli ? Ramai rakyat yg tak kisah pun,pakailah ambiklah. Ada banyak lagi.. Apa dia peduli ? Walau pun sudah banyak yg di dedahkan dan diambik, apa depa boleh buat. Menyalaklah, berdemolah... Kerana bila PRU nanti kita boleh terus menang dan terus perintah kerana kata Dr M "Melayu mudah lupa". Angguk2, geleng2 buatlahhhh!! Buatlah tak tahu. .

Anti Fitnah berkata...

Bila urusan diberi kepada orang yang bukan ahlinya, .... padahnya dah dilihat berulang-ulang ... HARAMJADAH sungguh.

Tanpa Nama berkata...

Siapa peduli... kalau dia nak buat harta rakyat macam emakbapak dia yg punya. Sapa peduli... kalau FLOM nak pusing dunia 3,4 kali. Menyalaklah,melalaklah,ber demo lah, bagi BR1M senyoplah, tutup cerita kerana katanya "melayu mudah lupa". Dia peduli apa! Kerana ramai lagi balachi2 yg akan pastikan PRU nanti KAMI akan tetap menang. Meyalaklah, melalaklah kerana bukit tak akan runtuh. .

Tanpa Nama berkata...

bincang banjir bukan dengan Thailand Bincang lah dengan Indonesia kalau bincang dengan Thailand pasal bina Mall boleh lah

Tu yang tolong dan membantu dengan segala kelengkapan darat dan udara dari negara China Indonesia dll dalam pencarian MH sampai kos berjuta juta tak ada pulak sibuk nak jumpa berbincang atau berterima kasih

Apalagi yang Rosmah belum beli ? Lain kali kalau bercuti atau nak bershopping u tak payah pergi jauh jauh Sebab pergi jauh jauh pun u bershopping jugak di Bangkok Jimat duit rakyat

Tanpa Nama berkata...

Agak nya nampak sumbang kalau Najib tunggu Rosmah kat KLIA Nampak lak macam Rosmah pulak Perdana Menteri Malaysia

Dua tiga bandar lagi jauh dari Thailand Rosmah shopping tak ada pulak takut atau mesti di temani oleh suami Tiba kat Bangkok Rosmah nak suami teman dia shopping

Atau kalau Najib tak ada tentu lah semua barang shopping kena ikut laluan kastam