Jumlah mangsa banjir terus meningkat
Jumlah mangsa banjir di kebanyakan negeri yang terjejas terus meningkat dengan keseluruhan 62,836 penduduk dipindahkan sehingga tengah hari ini, berbanding 58,705 pagi tadi.
Di Kelantan jumlah mangsa banjir kini mencecah 26,137 orang berbanding 24,765 yang dicatat pagi tadi.
Menurut portal banjir kerajaan negeri, mereka yang dipindahkan membabitkan sebanyak 7,468 buah keluarga yang ditempatkan di 117 pusat pemindahan berbanding 7,493 keluarga di 114 pusat sebelumnya.
Jajahan paling teruk terjejas ialah Gua Musang membabitkan 6,947 penduduk dipindahkan, meningkat 1,688 orang berbanding pagi tadi.
Peningkatan jumlah mangsa banjir turut dicatatkan di Tanah Merah (801), Kota Baru (276), Jeli (557) dan Machang (178).
Di jajahan Pasir Mas jumlah mangsa sedikit menurun kepada 7,776 orang berbanding 8,754 pagi tadi. Penurunan turut direkodkan di Tumpat dengan kini 3,794 mangsa masih berada di pusat pemindahan berbanding 4,146 pagi tadi.
Sementara mangsa banjir di Pasir Puteh kekal 602 orang.
Di Terengganu, 720 orang lagi penduduk dipindahkan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir kepada 22,326 orang berbanding 21,606 pagi tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Kemaman mencatatkan jumlah mangsa tertinggi 13,039 orang diikuti Dungun (4,971), Kuala Terengganu (3,082) orang, Hulu Terengganu (685), Besut (426), Marang (115) dan Setiu (lapan), kesemuanya ditempatkan di 116 pusat pemindahan.
Di Kuantan situasi banjir semakin buruk menyebabkan angka penduduk yang dipindahkan bertambah kepada 12,832 orang berbanding 10,825 orang pagi tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Kuantan mencatatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 6,231 orang daripada 1,689 keluarga yang ditempatkan di 31 pusat pemindahan.
"Di Maran 2,542 dipindahkan, Jerantut(2,513), Lipis (703), Pekan (553) Rompin (268), Temerloh (14) dan Bera (lapan)," katanya.
Di Perak jumlah mangsa banjir di daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar tidak berubah iaitu seramai 1,030 orang dari 252 keluarga yang masih ditempatkan di 17 pusat pemindahan banjir setakat tengah hari ini.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Jasimi Zeniol Abdin ketika ditemui di Kuala Kangsar berkata seramai 823 mangsa berada di 10 pusat pemindahan banjir manakala di Hulu Perak seramai 207 mangsa berada di tujuh pusat pemindahan.
Di Sabah, keadaan banjir di daerah Beaufort yang terletak kira-kira 97 kilometer dari bandar raya Kota KInabalu, bertambah baik selepas kesemua mangsa di pusat pemindahan akan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing petang ini.
Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata kesemua 336 mangsa dari 128 keluarga yang ditempatkan di Dewan Masyarakat Baru akan dibenarkan pulang selepas pukul 2 petang ini.
"Air mulai surut sejak pagi tadi, kesemua mangsa dari sembilan buah kampung akan dibenarkan pulang, namun kita masih memantau situasi banjir termasuk akan membuka pusat pemindahan di Kampung Suasa sekiranya kawasan berkenaan dinaiki air," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir daerah berkata kesemua jalan-jalan di kampung terjejas banjir dibuka kepada semua kenderaan sejak pagi tadi.
Di Perlis pula, walaupun keadaan banjir tidak menunjukkan perubahan ketara, tetapi terdapat peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan daripada 143 orang pagi tadi kepada 175 orang tengah hari ini. –
Sungai Kelantan melimpah, banjiri kawasan rendah
KOTA BHARU - Air Sungai Kelantan melimpah dan mula membanjiri kawasan rendah di bandar ini sejak awal pagi dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
Tinjauan Bernama di sekitar Jalan Post Office Lama dan Pasar Kubang Pasu mendapati air mula melimpah ke jalan raya dan pemilik premis perniagaan turut menutup operasi.
Bacaan paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja di sini setakat jam 10 pagi ini telah melepasi paras bahaya iaitu pada paras 5.91 meter (paras bahaya 5 meter).
Bandar ini pernah dilanda banjir besar pada 2004 sehingga melumpuhkan seluruh bandar tersebut, dan mengakibatkan kerugian berjuta ringgit.
Sementara itu, peniaga peralatan elektrik Leong Khoon Seng, 52, berkata pada banjir 2004, beliau mengalami kerugian besar apabila sebahagian besar alatan elektrik musnah.
"Masa itu air naik pada waktu malam dan saya tidak sempat menyelamatkan peralatan elektrik di kedai saya ini," katanya.
Khoon Seng berkata untuk tidak mahu menanggung risiko seperti dahulu, kali ini beliau melakukan persiapan lebih awal bagi mengelakkan peralatan elektriknya terjejas.
Sementara itu beberapa penduduk yang tinggal di rumah rakit di tebing sungai itu juga sudah membuat persiapan awal dengan mengikat kukuh rumah masing-masing bagi mengelak dihanyutkan arus deras.
"Rumah, kami sudah ikat dengan tali yang kukuh, tetapi apa yang kami bimbang adalah batang balak yang hanyut dalam keadaan arus deras ini yang boleh merempuh rumah kami," kata Ali Shahbudin, 56.
Jirannya, Mek Minah Ali, 52, berharap air sungai akan cepat surut kerana khuatir air banjir dari Gua Musang dan Kuala Krai akan mengalir turun ke sungai ini dan mengakibatkan keadaan banjir lebih buruk.
Paras air di Sungai Galas, Sungai Lebir dan Sungai Kelantan di Tangga Krai juga dilaporkan terus meningkat dengan masing-masing melepasi paras bahaya.
Bacaan di Sungai Galas kini ialah 45.65 meter (paras bahaya 38 meter), Sungai Lebir 36.13 meter (paras bahaya 36 meter) dan Tangga Krai 32.36 meter (paras bahaya 25 meter).
Tinjauan Bernama juga mendapati kanak-kanak mengambil kesempatan bermain air banjir dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah meminta ibu bapa mengawasi anak mereka daripada bermain air kerana khuatir boleh mengundang bahaya.
"Kita bimbang ada yang terjatuh longkang atau terkena renjatan elektrik selain membahayakan kesihatan berikutan air berlumpur," menurut jurucakap bomba. -BERNAMA
17 ulasan:
Tertanya2,brunei baru nak laksanakan hukum hudud,Allah dah mula bukakan pintu2 keberkahan.
Kelantan cakap nak laksanakan hudud biar pun hilang kerusi mb,,seperti bala yg datang .
Ikhlas ke orangnya atau retorik politik?.
Bantuan akan keluar segera dan datang mencurah-curah kalau PAS mengumumkan untuk keluar PR dan menyertai BN dalam masa terdekat
Mcm orang yg mengikut dajjal. Dajjal akan tunaikan segala hajatnya.
Kalau BN perintah Kelantan apa bezanya. Projek sumer kantoi. Tengoklah Trengganu. Yg bantuan BN hy hangat hangit je.Tu pun ada udang balik mee. Sepatutnya bantuan harus diagihkan tanpa mengira parti sbb pembyr cukat tak kira parti manapun.
Macam macam Tapi kita ambil dari sudut ekonomi Mata wang jatuh Harga Barang naik Duit simpanan merosot Dalam pada itu kena keluarkan belanja besar untuk membantu mangsa banjir Kalau tenguk kali ini besar peruntukkan yang perlu di keluarkan
Mana nak cekup duit lagi Kalau masalah berpanjangan satu demi satu
Harap harap ada NGO yang buat kotak untuk beri sumbangan pakaian kepada mangsa
KELAB ANAK-ANAK GUA MUSANG
54 mins · Edited ·
Assalamualaikum.Gua Musang dilanda banjir besar.Maka atas dasar simpati yang amat sangat maka satu sesi kutipan sumbangan pakaian(seluar/baju/kain/dll) untuk mangsa banjir di Gua Musang akan diadakan.Sahabat semua boleh serahkan sumbangan pakaian tersebut kepada PIC yang tersenarai di bawah :
1. Amran Arifin
(017-2089569).
Lokasi : Depan Alamanda Putrajaya
Masa : 2.00pm - 5.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
2. Zack Kagum
(017-6166528)
Lokasi : Depan Tesco Ampang
Masa : 10.00am - 12.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
3. Haji Hazmi Hanipa
(013-9100020/012-9192037)
Lokasi : Shell Greenwood,Gombak
Masa : 11.00am - 12.00pm
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
4. Mohd Sharuddin
(019-2949300)
Lokasi : Restoran Wira Sejati
Seksyen 24 Shah Alam
Masa : 24 jam (On Call)
Tarikh : 25.12.2014 / Khamis
Mohon jasa baik sahabat semua uar-uarkan kerja amal ini.Semoga Allah SWT bagi ganjaran setimpal untuk kita sama-sama ringankan beban sahabat dan keluarga di sana
tak dapat sumbang sbarkan di group masing2 insyaAllah
ada tak konvoi ke kelate?
Mohon bantuan disegerakan, kalo utk negara luar NGO serta kerajaan cepat menghulurkn bantuan inikan pula rakyat sendiri,biar berbeza parti tapi kita 1 malaysia.
Kerajaan Kelantan wajar hentikan dulu persidangan Dun utk hudud....tak de maknanya tergesa2 di saat rakyat ditimpa musibah. Dahulukan kebajikan rakyat.
Hudud tu wajib utk bagi org Islam.tangguh dulu persidangan . Bantu rakyat dlm kesusahan skrg ni. KususNya rakyat k'tan.
Mungkin peringatan kepada penduduk2 kelantan yg menyokong PEMERINTAH PERSEKuTUAN BN yg menafikan hak royalti gas dan minyak hak kelantan. Dengan adanya royalti kerajaan kelantan dapat meningkatkan infra di kelantan dan in shaa Allah dpt mengelakkan banjir.
Ingat kisah nabi Lut...apabila diturunkan bala...semua org terlibat.
1. Keluarga saya di Kota Bharu. Walaupun kediaman kami masih lagi baik, tetapi saya tetap bimbang dengan banjir kali ini memandangkan saya bekerja di luar Kelantan.
2. Mana PM dan TPM ketika rakyat di beberapa negeri mengalami musibah? Mohon ditambah bantuan dan diberi geran khas.
3. Sebagai penduduk negeri Kelantan, saya minta Mb dan kerajaan negeri tangguhkan dulu sidang Dun dan turun ke bawah. Saya maklum MB berkata walaupun banjir, namun kerja mesti dibuat. Pada saya, kerja yang lebih mustahak sekarang ialah kebajikan rakyat. Jangan nanti orang benci walaupun niat baik.
5. Ya Allah, kami mohon agar bumi menelan kembali airnya, dan langit menahan hujannya. Amin.
Pas kelantan terutama TMb tengah sebuk buat plot plot ambil alih putrajaya.
Tapi pula dikatakan putrajaya tu kurang penting.
Kalau ambil alih putra jaya pun Kira kurang penting, apa macam pula Banjir besar Sekarang tu penting?
Dulu nak laksanakan undang2 Islam , Kerajaan Pusat tak izinkan. Sekarang bila telah diizinkan, ditangguh pula atas berbagai alasan. Kat sinilah juga yang banyak mengaminkan doa celaka terhadap orang Islam yang tidak sealiran dengan mereka. Bencana banjir ini adalah sebagai ingatan kasih sayang walaupun berat bahu memikul.
10 55 AM
Baru keluar kandang ke !
Masuk kandang balik !
daripada korang semua merepek2 pasal politik,hudud n etc...better diamkan n tadah tangan tu aminkan doa..urmmm...ni la umat kita...dalam keadaan camni pn masih lg nk persoalkan benda camtu..mne ltknya belas ehsan korang????
Berdoalah nescaya Allah kabulkan
Catat Ulasan