19 Dis 2014

Sang Menantu Terlupakah Mertuanya Pernah Berkata DAP Berhak Tolak Hudud?


PAS cabar Guan Eng dialog, jelaskan sebab tolak hudud

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Zaharudin Muhammad hari ini mencabar Lim Guan Eng berdialog dengannya berhubung isu hudud, merujuk kenyataan yang dibuat setiausaha agung DAP itu meminta Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya ia mengambil alih pemerintahan negara.

Zaharudin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dialog itu bagi memberi peluang kepada Lim menerangkan kenapa beliau menolak hudud dan kepada PAS menjelaskan keadilan sistem Islam kepada rakyat.

"PAS membawa politik Islam, politik damai dan politik dialog. Maka dengan sebab itu saya menyeru YAB (Yang Amat Berhormat) berdialog di depan masyarakat khususnya bukan Islam.

"Saya tidak kisah jika dalam dialog nanti YAB dengan jelas dan lantang menyatakan tidak bersetuju dengan alternatif yang PAS bawa, tetapi yang saya dan rakyat perlukan ialah fakta di sebalik penolakan lantang YAB," katanya dalam satu surat terbuka kepada Lim hari ini.

Surat itu, bertajuk “Cabaran dialog dengan Lim Guan Eng” diletakkan di status Facebooknya petang semalam.

Berucap pada Persidangan Nasional DAP 2014 di Subang Jaya pada Ahad, Lim berkata, dalam usaha menunjukkan pembangkang mempunyai suara sama, pendirian tidak melaksanakan hudud perlu jelas dinyatakan.

"Pakatan perlu buktikan kita boleh mentadbir lebih baik, ini dapat dilakukan dengan dasar yang jelas.

"Perlu ada pendirian tegas, kerajaan PR di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud. Itu mesti jelas sama sekali," kata ahli Parlimen Bagan itu.

Zaharudin berkata beliau menulis surat itu atas kapasiti peribadi sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia yang faham dan yakin tentang keselamatan rakyat semakin terhimpit, jenayah menjadi-jadi serta kewujudan unsur rasuah dalam pengurusan ekonomi negara.

Katanya, PAS menegakkan Islam melalui kerangka demokrasi dan menawarkan sistem Islam yang adil sebagai alternatif kepada sistem sedia ada sekarang.

"Dengan kata lain, PAS berusaha menjelaskan keadilan sistem Islam kepada rakyat, kemudian terpulang kepada mereka untuk memilih atau menolak dasar PAS.

"Bila rakyat sokong dengan memberikan undi dan kemenangan kepada PAS sebagaimana berlaku di Kelantan, bermakna PAS berhak melaksanakan apa yang termampu sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat.

"Dengan kerangka demokrasi, sepatutnya semua parti dalam PR bebas bercakap tentang dasar perjuangan masing-masing dan ini juga dipersetujui dalam deklarasi ringkas pada 5 Mei 2013," katanya.

Beliau berkata, DAP tidak sepatutnya meminta PAS membuat pengisytiharan untuk tidak melaksanakan Islam sekiranya PR memenangi pilihan raya umum akan datang, sebagaimana PAS juga tidak boleh memaksa DAP untuk mengisytiharkan menerima pelaksanaan Islam.

"Apa yang penting ialah kita bersatu menentang BN (Barisan Nasional). Selepas menang kita melihat siapa yang majoriti sewaktu kemengangan.

"Jika PAS majoriti, maka Islam akan dilaksanakan demi kebaikan semua. Jika DAP majoriti, maka terpulang kepada DAP. Itu namanya demokrasi,” katanya.

Zaharudin berkata, keadaan itu sudah pun berlaku secara tidak langsung di Pulau Pinang di mana urusan pentadbiran diserahkan sepenuhnya kepada DAP dan di Kelantan, mengikut cara PAS.

Beliau menasihati orang bukan Islam supaya mengamalkan keterbukaan dan memahami hudud yang akan diperkenalkan oleh PAS, termasuk "hak dan keistimewaan yang mereka akan perolehi" di sebalik dasar itu, sebelum membuat keputusan menerima atau menolaknya.

"Apa yang rakyat tidak perolehi daripada Barisan Nasional (BN) ialah kebebasan mendengar dasar parti yang wujud di dalam Malaysia secara lebih jelas.

"Suara PAS disekat, dasar PAS tidak dapat difahamkan kepada masyarakat. Lebih teruk, media Umno putar belit hakikat dasar PAS. Akhirnya sokongan rakyat kepada sesuatu parti ialah berdasarkan sentimen.

"Saya menyeru YAB supaya sentimen ini dihancurkan bersama. Biar rakyat mendengar dan menilai. Itu yang saya dan rakyat Malaysia mahukan," katanya sambil mendakwa BN menerangkan dasar PAS dan memutar belitnya melalui sekatan media.

"1% betul, 99% putar belit. Akhirnya rakyat keliru. Saya harap ini tidak diikuti oleh DAP," katanya.

Zaharudin dengan yakin menegaskan beliau boleh menyatakan fakta yang hak orang bukan Islam sedang didiskriminasikan dalam sistem perundangan konvensional sekarang yang mempunyai banyak kelemahan. -TMI

ULASAN GB

Nampaknya semenjak Majlis Syura dianggotai oleh orang yang bukan ahlinya, maka PAS menjadi berantakan.

Salah seorangnya ialah menantu Presiden yang bernama Zaharuddin Muhammad yang seolah-olah bertindak lebih sudu dari kuah apabila mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya untuk berdialog mengenai hudud.

Sedangkan kenyataan mertuanya iaitu Haji Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan bahawa:

DAP berhak menyatakan pendirian termasuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penolakan DAP terhadap undang-undang Islam terutama oleh Pengerusinya, Karpal Singh bukan sesuatu yang menghairankan kerana Karpal dan majoriti ahli serta pemimpin DAP bukan beragama Islam. -SH (12/8/2012)

Malah Hj. Hadi sebelumnya pernah menyatakan bahawa hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.


Hadi: Hudud hanya dilaksana jika cukup syarat

HULU TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam.
-Bernama (9/5/2012)

Tak tahulah GB jika Presiden PAS sendiri sudah membuat "U-Turn" mengenainya untuk menyokong pandangan menantunya sepertimana di dalam beberapa kes seperti kes Menteri Besar Selangor, kes pil kuda & komunis dalam PRU13 dan lain-lain.


20 ulasan:

bat8 berkata...

GB

Siapa Din Ayam untuk bercakap bagi pihak PAS? Pangkat menantu kepada Presiden tu jawatan utama didalam kepimpinan PAS Pusat ke?

Seperti saya katakan sebelum ini, ini adalah sabotaj puak UG supaya PAS ditendang keluar dari PR dan depa boleh k3nduri keling dapat menjual PAS kepada UMNO!

Tektik ini saya dah ulas dalam kom3n s3b3lum ini. Din Ayam pun nak tunjuk angkuh dan sombong cuba provoke DAP dengan isu hudud ini untuk menimbulkan kemarahan DAP yang akan menghadapi PRN Sarawak 6 bulan lagi.Saja nak perdajal DAP yang mempunyai p3luang cerah untuk m3nambah bilangan kerusi DUN dalam PRN Sarawak nanti.

Din Ayam pandai s3but "PAS membawa politik Islam, politik damai dan politik dialog". Tali gaya dia ajak tak mengamba4kan apa yang dia kata. Ini cara nak ajak orang bergaduh.

Dulu semasa PAS mel3takkan calon di Kota Damansara menentang calon PR dalam PRU 13, Din Ayam diam macam tikus bila diajak berd3bat dan berdailog.

inilah perangai puak UG.

Tanpa Nama berkata...

Ding ayang ni soh doh bengong! Do soh dok layang natang berok ni.......faisbok nya utk puak GU je! Geng ustak bengong!

Tanpa Nama berkata...

Nabi Muhammad s.a.w. dgn segala mukjizat dianugerah Allah SWT, pun perlu 23 tahun untuk membawa musyrikin pd Islam dan gagal untuk mengislamkan semuanya termasuklah bapa saudaranya sendiri. Apakah kelebihan yg ada pd sang menantu ini boleh lakukan untuk memberikan kefahaman Islam pd yg bukan Islam dlm masa yg singkat pula? Hebat sangatkah dia tu?

Tanpa Nama berkata...

Budak menantu ini budak bshslol , mana ada layak nak persoal Lim Guan Eng.

Budak jual keta recon nak soal soal Ketua Mentri , nampak sah satu kluarga nya dah jadi bahalol.

Buat malu bsngsa saja.

Dunia di tongkat pun tak daya , nak ajar anak itik berenang pulsk.

Salam 1Bahalol

Tanpa Nama berkata...

Nak cakap sikit, rata rata di social media geng pas kata kalau cina Ingin bersuara Dari segi perlembagaan atas isu hudud maka bermakna cina anti Islam. Betul ker?

Apa logic? Bukan Tugas ostat bagi dakwah supaya cina paham?

Kenapa Cepat nak buat tuduhan cina anti melayu anti Islam??

Alasan dan bukit dah kukuh ker? Kalau tidak maka Kira FITNAH?

Banyak cina kerja kuat bayar cukai, Tak kan Tak boleh bersuara sikit dengan cara hormat dan rujuk kepada apa yang ternyata di perlembagaan?

Sampai nak halau cina keluar negara ker? Adakah cara berdakwah macam ini ker ?

bat8 berkata...

Anon 1:25

Inilah masaalah d3ngan segelintir golongan ustaz-ustaz didalam PAS. Betulkah versi Islam yang mereka bawa ini? Ini persoalan yang pertama kita tanya.

Kita yang tidak berp3ndidikan ugama seperti mereka memahami Islam tidak begitu. Kita diajar bahawa Islam itu diturunkan untuk seluruh manusia. Islam itu indah. Islam itu rahmat seluruh alam. Itulah yang ustaz-ustaz dan ulamak selalu kuliahkan kepada kita orang awam di masjid, ceramah ugama dll.

T3tapi didalam PAS kini ada seg3lintir ustaz-ustaz yang b3gitu taksub dengan politik cuba memberi gambaran yang buruk tentang Islam. Mer3ka menarik Islam ke zaman lampau. Sebenarnya mereka tidak layak pun menceburi bidang politik kepartian, l3bih-lebih lagi politik Islam. Mereka ini tersesat dalam memahami apa itu politik Islam.

Yang kita lihat s3karang, mereka bermain politik s3mata-mata sama seperti orang UMNO berpolitik. Politik menjadi pertarungan memegang jawatan kerana ja2atan politik hari ini m3mbawa imbuhan dunia yang lumayan walaupun di dalam parti PAS. Jawatan didalam PAS menjadi anak kunci untuk memperdagangkan ugama untuk mendapat imbuhan dunia. Jadi Politik menjadi medan merebut jawatan parti at all cost.

Sedang didalam Islam, politik itu juga medan dakwah. Politik itu merupakan medan untuk memperlihatkan keindahan Islam, kemampuan Islam membawa p3nyelesaian rabbani kepada permasalahan manusia, Islam itu s3b3narnya sistem hidup yang lengkap yang membawa kes3jahteraan kepada umat manusia sepanjang zaman.

Sebenarnya jika segelintir ustaz-ustaz ini tidak didalam keadaan mabuk politik yang pelik-pelik ini, mereka juga akan mengatakan dan mendakwahkan Islam dengan s3gala keistimewaan dan kebaikan seperti ustaz-ustaz dan alim ulamak yang benar! Bila depa zauk pelik je mereka meragam! Tim3 ni Islamlah yang menjadi mangsa mereka. Islam dilihat dengan pelbagai wajah buruk.....


Ini yang be4laku didalam PAS sekarang. Golongan ustaz seperti ini sebenarnya golongan minoriti. Tetapi mereka begitu giat menggunakan jawatan di dalam PAS dan keilmuan yang mereka mempegaruhi ahli-ahli PAS agar menyokong mereka. Mereka bol3h bergerak bebas menggunakan platform PAS kerana kepimpinan PAS terutamanya k3pimpinan Presiden yang lemah. Sesetengah pandangan mengatakan Presiden pun dah macam depa.

Jadi apa yang berlaku s3karang, golongan ini sedang .membina pengaruh didalam PAS untuk memecahkan ahli-ahli PAS kepada kumpulan yang menyokong mereka secara membabi buta dan golongan yang tidak menyokong mereka.

Dalwm PAS sendiri macam-macam puak ada. PAS dah jadi mqcam pasar malam. Inilah akibat k3pimpinan yang lemah.

Wallahualam.

Anti Fitnah berkata...

Semua insan di dalam dunia ini adalah hamba Allah swt sama ada dia tu Islam atau tidak.
"Harapkan pagar, pagar makan padi". Golongan ustaz yang kita berharap akan membawa sinaran INDAH untuk Islam tapi sayangnya, depa ni merupakan "TOKSIK" yang membinasakan Islam. Apabila golongan yang diberi gelaran "ustaz" dan "Ulama" mula berlangkah "pelik" dan sumbang, bukankah ini merupakan mala petaka bagi Islam?
Apakah kita akan setuju kalau LGE nak melaksanakan undang-undang agama lain terutamanya pada orang Islam? Hanya manusia yang otaknya "B..." sahaja akan setuju. LGE ni orang cerdik. Sedarkah dah berapa kali dia "menampar" orang Melayu UMNO tanpa depa sedari khasnya, orang Islam amnya???

Unknown berkata...

Pemimpin kemetot akal mcam inilah yg tiba2 menjadi hulubalang dlm pas.Gua betul2 nyampah dgn ostat ostat duniawi yg berlagak alim tapi tang 'masyuk' dia kelapar pulak.Tak caya lu tgk lifestyle Nik Abudoh dn NasTantaw yg hidup bermewah2 belagak macam VIP pung ada..!!!!Lu semua ostat duniawi gua x caya sama lu.

Tanpa Nama berkata...

kenapa umno yg perintah negara sejak merdeka sedikit pun tak ingin melaksanakan hudud tiba2 bersikap lunak terhadap k'tan yg hendak lakukannya. adakah umno sudah sedar tanggungjawabnya sbg org islam? jgn mudah tertipu. umno tahu dap tak akan terima hudud. dgn memberi laluan kpd pas, umno harap dap akan berperang besar dgn pas. ini besar kemungkinan menyebabkan PR berpecah. bukankah itu yg diidamkan oleh umno? jadi jgn percaya dgn alasan berlandaskan agama yg dikemukakan oleh umno dan ngo2 penyokongnya spt perkasa dll. ia helah semata2. semuanya berkaitan survival politik umno

Tanpa Nama berkata...

Ada pemimpin Pas tentukan surga dan pahala, telah ambil tugas Allah, sunggoh rosak akidah

bat8 berkata...

Anti fitnah dan pembahas

Untuk berlaku adil kepada ustaz-ustaz dan ulamak yang memang ikhlas dan berjuang semata kerana mengharap keredhaan Allah semata- mata , kita tidak borong fan tangkap muat semua ustaz dan ulamak didalam dan diluar PAS apabila kita bantai.

Kita bantai segelintir kecil ustaz-ustaz ini yang mabuk politik yang mereka tidak sesuai untuk menceburinya terutama politik Islam. Mereka sudah lari dari politik Islam dan terpesona dengan imbuhan jawatan yang hanya alat untuk memudahkan mereka melaksanakan tanggungjawab jawatan. Mereka yang terpesona dengan imbuhan duniawi tersebut sehingga memberi wajah-wajah buruk kepada Islam. Mereka sanggup memutarbelit isu, mencipta isu yang takde, mereka fitnah dan menyorok kebenaran kerana mahu pengaruh dan jawatan yang menyediakan imbuhan duniawi.

Harap kita semua faham isu ini. Jangan pakai pukul rata dan bercakap secara umum dan simplistik sahaja. Allah mengurniakan kita akal dan Allah telah mengurniakan kita Al Quraan dan sunnah sebagai panduan kepada akal agar tidak keliru. Percayalah....akal yang dikepala itu amat m3nakjubkan.

Wallahualam

bat8 berkata...

Anon 12:08

T3pat sekali p3ndapat sdra - "dgn memberi laluan kpd pas, umno harap dap akan berperang besar dgn pas ". Sebenarnya, puak UG sengaja m3nggunakan perlaksanaan hudud di Kelantan s3bagai isu UNTUK PROVOKE DAN MENGAJAK DAP BERPERANG BESAR!. INILAH YANG DILAKUKAN OL3H DIN AYAM .....mencabar Guan 3ng berdialog pasal hudud.

Sperti saya katakan, ini t3ktik puak UG untuk memp4ovoke agar DAP mend3sak pimpinan PR menghumban keluar PAS dari PR sebelum PRN Sarawak pertengahan tahun depan paling lewat. Puak UG provoke, serang DAP d3ngan mengajak DAP berpolemik isu hudud untuk sabotaj peluang cerah DAP untuk m3nambah kerusi di DUN Sarawak. Dengan mengajak DAP berpolemik isu hidup, akan timbul desakan dalaman DAP dan masyarakat cina agar men3ndang PAS keluar PR kerana tidak mahu imej DAP tercemar d3ngan bersama PAS yang dianggap ektrimis dan pelampau ugama di dalam PR.

Itulah yang kita boleh lihat dari tindakan Din Ayam, Nik Amar dan g3ng-g3ng UG.Mer3ka cuba m3nyorok fakta bahawa kerajaan Terengganu s3p3nggal pimpinan Presid3n PAS s3ndiri gagal melaksanakan enakmen hudud Terengganu yang diluliskan dan sudah ditandatangani oleh Baginda Sultan Terengganu dalam tahun 2002 dulu!.

TGHH mempunyai 2 tahun s3b3lum Kerajaan PAS Terengganu jatuh untuk melaksanakan hudid di Terengganu. MENGAPA TGHH DAN PAS TER3NGGANU TAK LAKSANAKAN HUDUD DI TERENGGANU TAHUN 2002 DULU SETELAH 3NAKM3N HIDUD TERS3BUT SUDAH DIPERSETUJUI OL3H SULTAN?

Ini satu isu yang baik untuk kita tanya kat Din Ayam? Asak Din Ayam d3ngan pertanyaan ini - mengapa pak mertuanya tak laksanakan hudud di Terengganu semasa ada peluang?

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju pendapat anon Dec 19 12:18 pm, bahawa UMNO ini sebenarnya berpura-pura sahaja menyokong hudud PAS Kelantan sedangkan dalam masa yang sama menolak hudud PAS untuk dilaksanakan di Terengganu pada sidang DUN Terengganu tempoh hari.
Jadi, pada saya, UMNO ni beria-ria sangat menyokong hudud PAS Kelantan adalah untuk mendapatkan semula pengaruh UMNO yang hilang kebelakangan ini dengan bergabung dengan PAS.
Bila sudah dapat balik sokongan rakyat, PAS akan ditendang semula keluar BN oleh UMNO seperti mana yang berlaku kepada PAS pada tahun 1978. Jika itu berlaku, bermakna salahlah ungkapan bahawa "Ulama' itu tidak akan dipatuk ular dua kali (tidak ditipu dua kali)".

Wallahu A'lam

bat8 berkata...

Benar pandangan Anon 4:03

Sebenarnya UMNO menghadapi masaalah untuk mengekalkan kerusi parlim3n yang dimenangi dlm PRU 13 dengan majoriti dibawah 3k - 4k di semenanjung. Dalam PRU 13 lalu mereka menang tipis di kerusi-kerusi ini boleh dikatakan sebab BR1M dan habuan2 kewangan yg lain. Satu.

Keduanya, mereka tidak pasti bahawa pengundi2 PRU 13 yang mengundi mereka akan terus mengundi mereka. Sebahagian dari pengundi2 muda tentunya sudah berpindah ketempat lain untuk mencari kerja. Golongan pengundi setia mereka dari g9l9ngan tua pun semakin mengecil. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang tenat sekarang dimana kos hidup semakin meningkat tanpa kawalan. Apa lagi apabila GST dilaksanakan nanti.

Ketiga, dalam PRU 14 nanti, 60% pengundi adalsh golongan muda iaitu antara 21 - 40 tahun. Golongan inilah yang paling tertekan dengan kesukaran mendapat perkejaan dan kos hidup yang tinggi. Mereka juga terdedah kepada maklumat alternatif dan tidak menerima auta UMNO secara membabi buta.

Berdasarkan 3 faktor diatas, UMNO melihat mereka perlu bergantung kepada undi prnyokong-penyokong PAS untuk menggantikan undi yang mereka jangka akan kehilangan. Orang PAS biasanya menetap disesuatu tempat dan tidak ramai yang berpindah randah. Apatah lagi ahli-ahli PAS begitu wala dengan pemimpin mereka terutama yang pakai serban, berjubah dan berjanggut.

Jadi jika mereka boleh mempegaruhi segelintir pemimpin2 PAS agar membawa PAS bekerjasama dengan UMNO ( atau bahasa kasarnya, UMNO kontrol PAS), maka selesai masaalah kerusi-kerusi parlimen UMNO yang dimenangi dengan majoriti yang tipis.

Maknanya, UMNO mahu menggunakan undi orang PAS untuk terus mengekalkan kuasa dan meneruskan ketja mentedarah harta rakyat. Ini motif utama mengapa UMNO sanggup buat apa saja supaya PAS boleh dibawa dibawah pengaruh UMNO, hatta menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan.

Strategi ini mempunyai serampang dua mata. Satu seperti diatas. Satu lagi, jika PAS boleh dibawa kebawah kawalan UMNO, bermakna PR akan hancur. Dengan hancurnya PR, UMNO/BN sudah tidak mempunyai saingan yang boleh menewaskanya di dalam mana-mana PRU untuk satu jangka yang panjang. BN mungkin akan kembali kuat seperti sebelum tsunami 2008 dengan menguasai 2/3 majoriti.

Rakyat akan kehilangan satu wadah untuk menumpaskan BN dan menghentikan kerosakan dan kemusnahan negara.

Itu cerita mengapa UMNO mahu bekerjasama atau kontrol PAS.

Kita lihat UMNO telah berjaya menrekrut dan memperdayakan beberapa pemimpin PAS yang berjawatan di peringkat PAS Pusat untuk membawa atau menjual PAS kepada UMNO. Kita semua tahu kumpulan ini terdiri dari kelompok agamawan yang kita kenali sebagai PUAK UG. Modus operandi UMNO senang je- UMNO menggunakan ugama dan habuan duniawi untuk memerangkap puak UG ini. Ramai antara kita tahu bagaimana gaya cakap, gaya hidup puak-puak UG ini yang sudah termasuk kedalam perangkap UMNO. Din Ayam adalah diantaranya.

Tanpa Nama berkata...

Oh! Maaf. Pendapat Dec 19 4:03PM adalah untuk Anon Dec 19 12:08PM bukan untuk Anon 19 12:18PM.
Typing Error!

Tanpa Nama berkata...

Hi bat8, thanks for insightful reply.

But still doesn't explain why member, cc member and delegates silent about the weak leadership that caused other chaos? Why silent when someone intentional sabotage your party from inside ?


For sure, from getting 80% votes of Chinese in last pru, pas gonna get 2% votes from Chinese in next pru.

Yes, the rest of Chinese suddenly think unmo is much more love able company to pas. And yes, we don't care if anwar cannot be PM or LGE cannot be CM. Not this way, never a right way to support a party putar balik and creates so many polotical lie.

My 2 cent, and my right to voice out without touching religion and ethic, just politic.

I hope I won't be call as "anti dan menentang agama".

Tanpa Nama berkata...

LGE bukan islam apa pasai nak debat dgn nya pasai hudud...sepatutnya debat dgn org islam yg tak mau hudud....buat pening org awam macam aku ni....patut2 la kalau nak cari publisiti

Tanpa Nama berkata...

Kenapa ada hudud baru orang Islam jadi baik ?

Oh bila dah laksana hudud bererti presiden tak lah asyik ber u-turn dan berfitnah

Maaf lah bila PAS dah dominan kan isu hudud semata mata nak jahanamkan PR semakin tak masuk akal kita mampu laksanakan hudud

Dah mula fikir balik yang hudud ni lebih kepada menghukum dari pelaksanaan atau kaedah untuk mengelakkan jenayah

Satu kajian menunjukkan bukan hanya orang bukan Islam yang tak faham hudud tapi peratus orang Islam yang faham hudud pun sikit

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Din ayam baik duduk diam. Buat kerja di ofis tu baik2 dan tambah nilai syarikat supaya dapat ESOS yang setimpal dengan usaha supaya taklah nanti jadi kes memerah duit rakyat. Kalau dulu bawah TKSI entah apa tambah nilai usaha yang ustaz buat untuk syarikat kerajaan negeri hingga boleh diberi ESOS hampir setengah juta...harap2 bawah MB baru ni tak akan berlaku lagilah ye. Kalau terutamanya setakat kerana syarikat jual aset kerajaan negeri catat untung tinggi boleh dapat ESOS tinggi...adakah patut ustaz hoi??? Baik duduk diam ustaz hoi, jangan debat ngan LGE... buat tugas asasi kamu dan jangan buat celaru PR atau tumpukan buat kerja recon kereta dan jangan jadi conman sudahlah. Lagi pun 5% sahaja rakyat Malaysia yang faham semua tu bak ustaz yang sendiri kata pasal bab2 ESOS dan recon kereta supaya tak berkurangan jumlah orang yang faham dan menceburinya. Alahai ularmak...ingat-ingatlah sikit pasal halal haram sumber rezeki tu. Buat ingatan kita semua jugak ye....

Tanpa Nama berkata...

Rakyat kecewa....
Pas ada betul...ada salah
Dap ada betul...ada salah
Pkr ada betul...ada salah
Umno/BN...tepuk tangan...masih berkuasa dan bakal berkuasa lagi...
Rakyat...kecewa dulu...kecewa sekarang...dan bakal kecewa lagi...
Partisan...dari ahli biasa kepada yang tertinggi...fikirkanlah...